Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

PROJEK INOVASI ‘VINAIMUTRU PALAGAI’


(வினைமுற்றுப் பலனை)

TEMPAT:
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL KERAJAAN

DISEDIAKAN OLEH:
SINEEGA A/P GOBI

PROGRAM:
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

NAMA MENTOR INTERNSHIP:


PN JAYANTHI A/P MARIAPPAN

NAMA PENSYARAH PENYELIA INTERNSHIP:


DR SAGAR A/L NARAYANAN
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

1.0 TAJUK

Tajuk Projek Inovasi bagi Internship yang telah dipilih oleh saya adalah Vinaimutru Palagai
(வினைமுற்றுப் பலனை). Vinaimutru Palagai ini adalah hasil inovasi yang mengandungi kad
imbasan bagi 5 komponen 'vinaimutru'. Tujuan saya mencipta inovasi ini adalah untuk
mengatasi masalah mengenal 5 komponen 'vinaimutru' dengan menggunakan bahan bantu
mengajar 'Vinaimutru Palagai’

2.0 MAKLUMAT PENYEDIA KERTAS CADANGAN INTERNSHIP

Nama : Sineega A/P Gobi


No. Kad Pengenalan : 010227-10-1586
Unit : V9
Sekolah Praktikum : SJK(T) Kerajaan
Kod Sekolah : ABD2159
Program : PISMP
Ambilan : Jun 2020/2024
Bidang Teras : Bahasa Tamil
Bidang Elektif : Pendidikan Kesihatan

3.0 PENGENALAN

Internship merupakan salah satu program latihan bagi siswa guru bertujuan untuk
mengembangkan serta mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
sedia ada sebagai seorang guru. Sehubungan dengan itu, kepelbagaian dalam
menggunakan alat bantu mengajar bagi mewujudkan persekitaran yang boleh menarik
minat murid semakin diberi keutamaan pada masa kini. Sejajar dengan kehendak dan
keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang menekankan kepada
kemenjadian murid, maka inovasi dalam sistem pendidikan perlu diberi penekanan
sewajarnya.

Siswa guru dikehendaki merancang, melaksankan dan menilai aktiviti atau projek
yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta
aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini, siswa guru
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

perlu membentuk sifat kepimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke


arah melahirkan seorang guru yang berkesan. Hal ini bertujuan agar produk yang kita
hasilkan adalah sesuai dengan keperluan dan aspirasi negara. Justeru, keberhasilan
sesebuah proses pendidikan sedikit sebanyak dipengaruhi oleh sejauh mana kompetensi
dan profesionalisme guru. Oleh itu, untuk menjadikan proses pendidikan itu tidak layu maka,
guru sebagai antara agen pembaharuan perlu menghasilkan idea yang kreatif dan membuat
beberapa inovasi yang sesuai mengikut keperluan semasa murid.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Tamil adalah untuk


melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa, memperoleh ilmu pengetahuan dan
menerapkan diri dengan tiga kemahiran utama iaitu mendengar dan bertutur, membaca
serta menulis. Selain tiga kemahiran utama tersebut terdapat dua aspek yang perlu
dipelajari dan dikuasai oleh murid iaitu aspek tatabahasa dan aspek seni bahasa. Seiring
dengan itu, aspek tatabahasa terkandung dalam Standard Kandungan 5.0 dalam Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang perlu dikuasai oleh semua murid dari
sekolah rendah hingga sekolah menengah kerana aspek ini merupakan asas bagi
persediaan individu untuk menguasai kemahiran berbahasa dengan cekap. Tatabahasa
merupakan satu cabang daripada lingusitik umum yang menerangkan peraturan-peraturan
sesuatu bahasa. Maka, sebagai guru pelatih yang mengikuti semester terakhir iaitu
Internship dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan
Guru Malaysia Kampus Ipoh (IPGMKI), saya diwajibkan untuk menghasilkan satu projek
atau inovasi dengan menggabungjalinkan pengetahuan yang digarap sepanjang mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), kemahiran baharu yang dipelajari dan
pengalaman sedia ada. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai
projek atau aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam
dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan budaya sekolah.
Sehubungan dengan itu, satu inovasi berbentuk maujud iaitu ‘Vinaimutru Palagai’ dicadang
untuk dihasilkan dengan mempertimbangkan lima komponen ‘vinaimutru’.
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

4.0 RASIONAL

Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran di dalam
kelas. ‘Vinaimutru Palagai’ sememangnya merupakan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM)
yang memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. Ini membantu murid-murid dalam
meningkatkan kefahaman, kemahiran yang terlibat dan yang penting supaya mereka dapat
melahirkan murid yang berpengetahuan dan kemahiran dalam aspek tatabahasa
‘Vinaimutru’. Dari segi kriteria kepentingan, bahan bantu mengajar ini bermatlamat untuk
menarik minat murid untuk belajar, meningkatkan motivasi dan semangat murid untuk
terlibat dalam aktiviti pembelajaran aspek-aspek tatabahasa di samping sebagai sumber
hiburan yang menyeronokkan.

5.0 OBJEKTIF

Secara khususnya, bahan bantu mengajar ini dihasilkan untuk:

i) Meningkatkan kemahiran murid mengenalpasti ‘vinaimutru’ dalam ayat.


ii) Meningkatkan tahap penguasaan murid mengenal 5 komponen 'vinaimutru'
menggunakan ‘Vinaimutru Palagai’ yang menarik dan berinovasi.
iii) Meningkatkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam aspek tatabahasa
iaitu Vinaimutru.

6.0 BUTIRAN PELAKSANAAN

Tempoh Pelaksanaan : 29 April 2024 - 24 Mei 2024 (4 Minggu)


Tempat : Bilik darjah 2 Barathiyar

7.0 SASARAN PESERTA

Murid tahun dua, di SJK(T) Kerajaan, Ipoh terutamanya murid yang menghadapi masalah
dalam menguasai 5 komponen 'vinaimutru'.
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Jadual 1 menunjukkan anggaran kos penyediaan ‘Vinaimutru Palagai’.

BIL. BAHAN JUMLAH (RM)


1. Papan RM 20.00
2. Laminating Film RM 15.50
3. Kertas Warna RM 8.80
4. Kos Percetakan RM 12.00
5. Ribbon RM 4.20
6. Cangkuk Pelekat RM 2.20
JUMLAH RM 62.70

9.0 PROSES REKA BENTUK

Model MICUP dijadikan panduan dan rujukan oleh guru pelatih bagi menghasilkan
‘Vinaimutru Palagai’ agar inovasi yang terhasil lebih berkesan kepada para murid mahupun
guru-guru. Lima fasa yang terangkum dalam Model MICUP ini diadaptasikan oleh guru
pelatih untuk mencipta inovasi ini dengan lebih bersistematik seperti yang ditunjukkan
dalam rajah 1 dan jadual 2.

Rajah 1

Fasa-fasa yang diadaptasikan dalam penghasilan ‘Vinaimutru Palagai’

Mengenal
pasti isu

Penjenama Menjana
an produk idea

Mereka
Menguji
cipta
produk
produk
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

Jadual 2

Pengadaptasian fasa-fasa Model MICUP dalam ‘Vinaimutru Palagai’

Guru pelatih dapat mengenal pasti masalah yang seringkali dihadapi

oleh murid-murid tahap satu SJK(T) Kerajaan dalam sesi PdP bahasa
MENGENAL
Tamil. Melalui refleksi yang dilakukan secara kritis oleh guru pelatih,
PASTI
dapatlah diketahui bahawa murid-murid tahap satu di sekolah tersebut
MASALAH
kurang menguasai aspek tatabahasa iaitu 5 komponen ‘vinaimutru’.

Guru pelatih menjana dan mengenal pasti idea-idea berpotensi yang

boleh diimplementasikan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi

oleh murid-murid tersebut. Guru pelatih berkeupayaan untuk membuat


IDEA
pilihan idea yang paling tepat bagi untuk menyelesaikan masalah ini

dengan lebih berkesan selepas mengadakan perbincangan dengan

pihak pentadbir, mentor Internship dan pensyarah penyelia Internship.

Guru pelatih menghasilkan ‘Vinaimutru Palagai’ yang menitikberatkan 5

komponen ‘vinaimutru’. ‘Vinaimutru Palagai’ yang dihasilkan ini

menepati konsep pembelajaran abad ke-21 iaitu didik hibur (belajar

CIPTA sambil bermain) dan merangsang minat dan pemikiran murid-murid. Hal

ini kerana bahan bantu mengajar yang dihasilkan ini berwarna-warni

serta menimbulkan keinginanan para murid untuk bermain permainan

ini.

Guru pelatih menguji tahap keberkesanan bahan bantu mengajar yang


UJI
dibangun dari segi kandungannya kepada murid mahupun guru
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu pemerhatian berstruktur

dan temu bual berstruktur.

Mengadakan perbincangan terakhir dengan mentor Internship berkaitan

sebarang perancangan dan penambahbaikan berkaitan bahan bantu

mengajar ini.

Guru pelatih melaksanakan projek inovasi termasuk membuat rakaman

bagi memenuhi syarat menjalankan Internship dan sebagai penilaian


PENJENAMAAN
unit praktikum. Guru pelatih turut menyediakan laporan sepanjang

pelaksanaan Internship.

10.0 STRATEGI DAN PROSEDUR PELAKSANAAN

MINGGU TARIKH AKTIVITI

1 • Mendapatkan bimbingan dan pencerahan daripada


Mentor Internship berkaitan penghasilan ‘Vinaimutru
Palagai’.
• Menyediakan kertas cadangan Internship bagi
membentangkan idea ‘Vinaimutru Palagai’ kepada
29 April 2024
mentor Internship dan pensyarah penyelia Internship.
- • Menghantar kertas cadangan untuk mentor
Internship dan pensyarah penyelia Internship untuk
3 Mei 2024
disemak.
• Membaiki kertas cadangan yang disemak oleh
mentor Internship dan pensyarah penyelia Internship
• Menghantar kertas cadangan kepada guru besar
untuk disahkan
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

2 6 Mei 2024 • Membuat rujukan untuk menyediakan bahan-bahan


yang kreatif bagi penghasilan ‘Vinaimutru Palagai’.
-
• Menghasilkan ‘Vinaimutru Palagai’.
10 Mei 2024

3 • Menggunakan ‘Vinaimutru Palagai’ dalam kalangan


murid tahap satu.
13 Mei 2024
• Membuat rakaman sewaktu murid-murid tahap satu
- menggunakan kit ini
• Menilai penghasilan ‘Vinaimutru Palagai’
17 Mei 2024
menggunakan dua kaedah iaitu pemerhatian
berstruktur dan temu bual berstruktur

4 20 Mei 2024 • Penulisan laporan tentang ‘Vinaimutru Palagai’


• Penulisan refleksi secara keseluruhan
-

24 Mei 2024

11.0 CARTA GANTT

MINGGU
BIL. TINDAKAN
1 2 3 4

1. Mengenalpasti masalah/isu di
sekolah
2. Menyediakan kertas cadangan
projek Internship iaitu ‘Vinaimutru
Palagai’.
3. Menghasilkan ‘Vinaimutru Palagai’
4. Menggunakan ‘Vinaimutru Palagai’
dalam kalangan murid tahap satu
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

5. Merakam video semasa murid-


murid menggunakan ‘Vinaimutru
Palagai’
6. Menilai penghasilan ‘Vinaimutru
Palagai’
7. Menulis refleksi dan cadangan
penambahbaikan
8. Menulis laporan
9. Menghantar laporan kepada mentor
Internship dan pensyarah penyelia
Internship untuk disemak

5.0 PENUTUP

Sebagai menggulung semua perkara di atas, dapatlah dirumuskan bahawa


penghasilkan ‘Vinaimutru Palagai’ sejajar dengan pelaksananaan PdP yang bersifat didik
hibur kerana menekankan pembelajaran berpusatkan murid yang menunjukkan kefahaman
yang lebih tinggi dan gambaran yang lebih positif berbanding kaedah konvensional.
Kecenderungan seseorang murid terhadap sesuatu perkara yang ditambah dengan
perasaan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran membolehkan murid-murid mudah
menguasai input pembelajaran. Harapan guru pelatih ialah memiliki sikap fleksibiliti yang
tinggi dan pengetahuan, pedagogi serta kreativiti yang menarik dan mencukupi untuk
merancang dan membina satu penyelesaian yang berkesan kepada masalah pembelajaran
murid dalam kelas bagi mengatasi masalah yang dihadapi sepnjang proses penghasilan
‘Vinaimutru Palagai’ ini. Dalam konteks ini, guru pelatuh difahamkan bahawa amalan
pedagogi dan pengajaran terbaik perlulah mengaplikasikan pelbagai strategi, teknik,
pendekatan dan disokong dengan penggunaan sumber yang terkini bagi memastikan PdPc
dapat dilaksanakan secara teradun dan sekata antara guru, murid dan bahan.
KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI PENDIDIKAN INTERNSHIP 2024

Disediakan oleh, Disemak oleh,

____________________________

(SINEEGA A/P GOBI) (PN. JAYANTHI A/P MARIAPPAN)

Guru Pelatih, Mentor Internship,

Institut Pendidikan Guru Malaysia SJK(T) Kerajaan.


Kampus Ipoh.

Disokong oleh, Disahkan oleh,

_______________________________ ____________________________

(DR SAGAR A/L NARAYANAN) (EN. VALLIAPPAN A/L GURUSAMY)

Pensyarah Penyelia Internship, Guru Besar,

Institut Pendidikan Guru Malaysia SJK(T) Kerajaan.


Kampus Ipoh.

Anda mungkin juga menyukai