Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH

KEBANGSAAN WAN IBRAHIM,

27200 KUALA LIPIS, PAHANG

KERTAS CADANGAN PROJEK KIT AYUH BACA

(KitABa)

Tarikh:

29 April 2024 hingga 24 Mei 2024

Tempat:

Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim

Anjuran:

Guru Pelatih Bahasa Melayu

PISMP Ambilan Jun 2020/2024


1.0 PENDAHULUAN

Inovasi bermaksud pembaharuan atau penambahbaikan dengan menggunakan


kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencipta penyelesaian sesuatu masalah atau
isu dalam mempertingkat kualiti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk mengguna
pakai beberapa strategi paling berkesan, berinovasi dengan teknologi untuk mencipta sesuatu
kaedah yang baharu, dan menggalakkan kreativiti yang lebih besar dalam kalangan pendidik.

Justeru, kami telah membina satu inovasi Kit Ayuh Baca (KitABa) untuk membantu
masalah membaca dalam kalangan murid khususnya kepada murid tahap satu. Inovasi ini
merupakan Bahan Bantu Belajar (BBB) yang berbentuk maujud. Salah satu faktor
keberkesanan sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) di dalam kelas ialah penggunaan
sumber BBB yang menarik dan efektif terhadap murid. BBB yang berkesan mampu untuk
meningkatkan tahap kefahaman murid seterusnya dapat menjamin peningkatan penguasaan
murid dalam pelajaran.

2.0 RASIONAL

Rasional projek inovasi ini adalah untuk membantu murid yang lemah dalam
menguasai kemahiran membaca mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih cepat. Projek ini
dilaksanakan selaras dengan kehendak sistem pendidikan Negara dalam memantapkan
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid-murid sekolah
rendah. Hal ini kerana terdapat segelintir murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas
3M di sekolah rendah, malahan sehingga ke sekolah menengah. Oleh yang demikian, projek
Kit Ayuh Baca (KitABa) telah dihasilkan sebagai satu alternatif untuk membantu murid-
murid dalam penguasaan 3M, sekali gus berperanan ke arah sifar buta huruf. Penguasaan
kemahiran membaca diharap dapat meningkatkan prestari murid-murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dan juga mata pelajaran lain.

3.0 PERNYATAAN MASALAH

Masalah kekurangan minat membaca bukan sahaja dapat dikesan dalam kalangan
orang dewasa semata-mata, tetapi juga dalam kalangan murid sekolah rendah (Habibah
Mohammad et al., 2023) Sistem pembelajaran secara dalam talian yang digunakan semasa
krisis wabak COVID-19 memberi kesan yang sangat mendalam dalam proses pengajaran dan
pembelajaran murid di sekolah. Justeru, kelemahan murid menguasai kemahiran membaca
dan menulis ini menjejaskan potensi serta motivasi dalam menguasai pelbagai kemahiran lain.

4.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan projek inovasi Kit Membaca ini adalah untuk:

4.1 Membantu murid membaca suku kata kv, kvk, kvkk, kkvk, diftong dan vocal
gandingan.
4.2 Membantu murid-murid meningkatkan penguasaan membaca mengikut aras.
4.3 Memastikan murid dapat membaca sekurang-kurang enam ke lapan patah perkataan
dengan lancar.
4.4 Menarik minat dan motivasi murid dalam membaca kit.
4.5 Memudahkan murid melaksanakan latihan membaca pada bila-bila masa.

5.0 PENGISIAN

5.1 Guru pelatih menghasilkan KitABa

Kit Ayuh Baca ini dihasilkan sebagai bahan bantu belajar yang dapat membantu sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kit dihasilkan melalui aplikasi
Canva dan dijadikan bahan maujud.

5.2 Latih tubi membaca KitABa


Latihan membaca dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Setiap murid diberikan kit. Murid-murid dibimbing agar mereka tidak mengalami
kesukaran semasa membaca kit.

6.0 KUMPULAN SASARAN


Murid tidak menguasai kemahiran membaca.

7.0 ANJURAN
Guru Pelatih Bahasa Melayu PISMP Ambilan Jun 2020/2024
8.0 TEMPOH PELAKSANAAN
29 April hingga 24 Mei 2024

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil. Perkara Jumlah
1. Kit Ayuh Baca
Kertas A4 – 1 Rim X RM 12.00 RM 12.00
2. Kertas lamina – 1 Pek X RM 25.00 RM 25.00
3. Ink warna – 120 Helai X RM 0.50 RM 60.00
JUMLAH RM 97.00

10.0 PENGLIBATAN MURID


Senarai nama murid

Bil. Nama Kelas


1 Adam Qairullah bin Abdullah 5 Delta
2 Mohamad Shafiq Hijrah bin Mohd Saharizan 5 Delta
3 Muhammad Danish Daniyal bin Mohd Yusri 5 Delta
4 Muhammad Hazril Danial bin Rostam 5 Delta
5 Muhammad Majdi Rasyid bin Mohamad Radzuan 5 Delta
6 Putera Shahrul Amirul bin Mohd I Nazri 5 Delta
7 Khalish Daniel bin Khairul Zaini 3 Gamma

11.0 CARTA GANTT

BI PROSES APRIL MEI


L 4 1 2 3 4
1 Mengenal pasti masalah
2 Pemilihan tajuk projek
3 Penghasilan kertas cadangan projek
4 Pelaksanaan projek
5 Penambahbaikan projek
6 Dokumentasi projek
7 Penghasilan laporan projek inovasi
8 Penghantaran video pelaksanaan projek
12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan projek yang dilaksanakan dapat membantu murid membaca dan
memberi impak yang meningkatkan tahap penguasaan (TP) murid dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Semoga projek yang dirancang akan mendapat kerjasama daripada semua
pihak.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................ ………………...
(NURIN NADIAH BINTI YUSOF) (MASJULIA BINTI MUSTAFFA)
Guru pelatih PISMP Ambilan Ketua Panitia Bahasa Melayu,
Jun 2020/2024 Mentor Internship

Diluluskan / Tidak Diluluskan

Ulasan:

..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................
..........................................................................................................................................

.................................................
(MOHD FAZLI BIN ABD HAMID)

Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Wan Ibrahim.

Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai