Anda di halaman 1dari 1

1.

Syurga Firdaus

- Syurga yang diciptakan dari emas yang merah. Allah menjadikan penghuni syurga ini sebagai kekasih-
Nya.

-Di dalam Syurga Firdaus, terdapat empat sungai iaitu, sungai air tawar, sungai susu, sungai arak dan
sungai madu.

-Di dalamnya juga diperolehi berbagai macam buah-buahan. Ada lagi empat mata air iaitu: Salsabil,
Zanjabil, Rohiiq, dan Tasniim. Ada lagi dua mata air yang mengalir dan dua mata air yang memancar, iaitu
Al-kaafuur dan Al-kautsar.Di dalamnya juga disediakan segala sesuatu yang tidak pernah dilihat, tidak
pernah didengar, tidak pernah terlintas dalam hati manusia.

-Mengenai syurga firdaus ini, dalam Al Qur'an, surat Al Kahfi, ayat 107, Allah swt. telah menegaskan:
 ‫ِإَّن اَّلِذ يَن آَم ُنوا َو َعِم ُلوا الَّصاِلَح اِت َك اَنْت َلُه ْم َج َّناُت اْلِف ْر َد ْو ِس ُنُز اًل‬
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh bagi mereka adalah syurga
firdaus menjadi tempat tinggal".

-Juga penegasannya dalam Al Qur'an, surat Al Mu'minuun, ayat 9-11:


)١١( ‫)اَّلِذ يَن َيِر ُثوَن اْلِف ْر َد ْو َس ُه ْم ِفيَه ا َخ اِلُد وَن‬١٠( ‫)ُأوَلِئَك ُه ُم اْلَو اِر ُثوَن‬٩( ‫َو اَّلِذ يَن ُه ْم َعَلى َص َلَو اِتِه ْم ُيَح اِفُظوَن‬
"Dan orang-orang yang memelihara shalat: Mereka itu adalah orang - orang yang akan mewarisi (iaitu)
yang bakal mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya".

-Orang-orang yang akan menghuni syurga Firdaus itu adalah orang yang benar-benar beriman dan
beramal soleh.Antara amal soleh yang dikerjakannnya ialah..
 Sentiasa khusyuk dalam mengerjakan solat
 Sentiasa menjauhkan diri dari perbuatan yang sia-sia
 Rajin membayar zakat
 Sentiasa memelihara kemaluannya daripada melakukan maksiat
 Memelihara amanah
 Menepati janji
 Sentiasa memelihara solat

-Ciri-ciri yang disebutkan di atas ini bertepatan dengan firmanNya yang bermaksud:
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan
orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan )yang tidak berguna, dan orang yang
menunaikan zakat, dan orang yang memelihara kemaluannya, kecuali terhadap ister-isteri mereka atau
hamba sahaya yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Tetapi barangsiapa yang
mencari di balik itu (zina dan sebagainya) maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan
(sungguh beruntung) orang yang memelihara amanat-amanat dan janjinya, serta orang yang memelihara
solatnya. Mereka itulah yang akan mewarisi, syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya."
(surah al-Mukminun:1-11)

Anda mungkin juga menyukai