Anda di halaman 1dari 5

Jangan Takut Jatuh

Oleh: Hazmi Irsyad

Pendahuluan

- Manusia sentiasa memerlukan motivasi dalam kehidupan

- Bertujuan untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya

- Waktu yang paling perlukan, apabila dalam kesedihan

- Banyak persoalan yang akan timbul waktu itu

- Sentiasa memerlukan orang sekeliling yang menguatkan kita

- Berlaku pada zaman Nabi SAW dan para sahabat sewaktu peperangan

Uhud

Terjadinya Peperangan

- Peperangan Uhud terjadi kerana orang kafir Quraisy mahu membalas

dendam dalam kekalahan mereka di Badar

- Orang Quraisy yang telah diketuai oleh Abu Sufyan, telah mengumpulkan

hampir 3000 orang kekuatan tentera

- Apabila mendapat berita tersebut, maka Baginda SAW telah

mengarahkan umat Islam untuk keluar daripada Madinah dan menuju ke

Uhud
- Pada mulanya mereka seramai 1000 orang, tetapi tinggal 700 kerana 300

orang telah tarik diri hasil daripada hasutan Abdullah bin Ubay

Kekalahan Yang Menyedihkan

۟ ‫سول ُ َيدْ ُعو ُك ْم ف ِٓى ُأ ْخ َر ٰى ُك ْم َفَأ َث ٰـ َب ُك ْم َغ ۢ ًّما ِب َغ ۢ ٍّم ِّل َك ْياَل َت ْح َز ُن‬
‫وا َع َل ٰى َما َفا َت ُك ْم‬ َّ ‫ص ِعدُونَ َواَل َت ْل ُوۥنَ َع َل ٰ ٓى َأ َح ۢ ٍد َو‬
ُ ‫ٱلر‬ ْ ‫ِإ ْذ ُت‬

َ‫ص ٰـ َب ُك ْم ۗ َوٱهَّلل ُ َخ ِبي ۢ ٌر ِب َما َت ْع َملُون‬


َ ‫َواَل َمٓا َأ‬

(Ingatlah) ketika kamu berundur lari dan tidak menoleh kepada

sesiapa pun, sedang Rasulullah (yang masih berjuang dengan

gagahnya) memanggil kamu dari kumpulan yang tinggal di belakang

kamu (untuk berjuang terus tetapi kamu tidak mematuhinya). Oleh

sebab itu Allah membalas kamu (dengan peristiwa) yang

mendukacitakan (kekalahan), dengan sebab perbuatan (kamu

menderhaka) yang mendukacitakan (Rasulullah) itu, supaya kamu

tidak bersedih hati akan apa yang telah luput dari kamu, dan tidak

(pula bersedih) akan apa yang menimpa kamu. Dan (ingatlah), Allah

Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu

lakukan.
(ali-Imran, 3:153)

- Sudah maklum, Rasulullah telah meletakkan beberapa pemanah di atas

bukit Uhud

- Sewaktu di ambang kemenangan, pemanah di bukit telah turun ke bawah

untuk mengambil ghanimah perang

- Disebabkan ini, tentera Quraisy yang diketuai oleh Khalid al-Walid telah

menyerang mereka daripada belakang

- Hasilnya, ramai yang telah gugur syahid

- Hal ini menyebabkan ramai dalam kalangan mereka yang sangat sedih

melihat keadaan sekeliling

- Kesedihan mereka bertambah apabila Rasulullah turut tercedera

- Pulangnya mereka daripada Madinah, ada yang tak percaya mereka

kalah

- “Mengapa kalah, sedangkan kami berada dalam kebenaran?”

- Maka Allah telah menurunkan ayat ini bagi mengingatkan mereka sebab

kekalahan mereka

- Allah mahu ajar mereka untuk menjadi manusia yang realistik

- Sesiapa yang hebat taktikal, maka mereka akan menang

- Sesiapa yang ingkar arahan ketua, maka mereka akan kalah


- Namun begitu, Allah juga telah memotivasikan mereka

- Bahawa ini merupakan pengajaran yang mereka perlu sentiasa ingat

- Walaupun mereka kalah, tetapi itu tidak membuatkan mereka berada

dalam kebatilan

- Allah memujuk mereka dengan memberikan kata-kata yang akhirnya

memberikan motivasi buat mereka

- Kalah sekali tidak bermakna kalah selama-lamanya

- Jatuh sekali tidak bermakna jatuh selama-lamanya

Pengajaran

- Hidup ini kadangkala akan dipenuhi dengan kesedihan dan kekecewaan.

Tetapi jangan biarkan kekecewaan tersebut menguasai kita

- Kesilapan adalah perkara yang normal. Kita perlu belajar supaya tidak

mengulangi kesalahan yang sama

- Sentiasa bersama mereka yang sentiasa memotavasikan kita untuk maju

ke hadapan

- Sesungguhnya mereka yang bangkit daripada kesedihan akan menjadai

orang-orang yang paling beruntung


“Jangan takut jatuh, karena yang tidak pernah memanjatlah yang tidak

pernah jatuh. Yang takut gagal, kerana yang tidak pernah gagal hanyalah

orang-orang yang tidak pernah melangkah”.

-Hamka

Anda mungkin juga menyukai