Anda di halaman 1dari 15

Sejarah Lari Berpagar Dalam acara lari berpagar pula, pagar yang dilalui sebenarnya, merupakan pintu kandang

biri-biri. Larian pada nusa itu adalah dengan kaki hadapan bengkok.

Pada tahun 1886, Arthur Crooml' daripada England merupakan orang pertama melompat pagar dengan kaki hadapan diluruskan. Cara ini dicipta oleh Alvin Kraenzlein (USA) yang kemudiannya mencapai pingat emas dalam Olimpik 1990.

Pada tahun 1896, senma acara lari berpagar melebihi 100 meter. Pada 1900 dua acara untuk lelaki diperkenalkan iaitu 110 m dan 400 m. Acara lari berpagar untuk wanita diadakan pada tahun 1926 dengan jarak 80 m. Selepas itu 100 m wanita diperkenalkan pada tahun 1968 dan diikuti dengan acara 400 m pada tahun 1971.

Bagi acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter, pasukan Jerman mencatat masa 42.3 saat dalam tahun 1912. Dan masa ini dicatat di bawah 40 saat dalam tahun 1936 oleh pasukan Amerika Syarikat dengan catatan 39.8 saat. Untuk pasukan wanita, pasukan Jerman berjaya mencatat 46.4 saat pada tahun 1936. Dan pasukan Jeman juga berjaya mencatatkan masa 41.37 saat dalam tahun 1985.

Binaan palang lari berpagar ( tinggi pagar 0.8 meter, jarak pagar 1 dari garis mula 10 meter dan jarak antara pagar 8 meter) -pagar diperbuat daripada logam berpalangkan kayu - mengandungi 2 tiang penyokong bingkai empat segi - pagar-pagar dilaraskan ketinggiannya bagi setiap acara -lebar pagar 1.18m ke 1.20m - panjang maksimun tiang penyokong 70sm - berat pagar tidak kurang 10kg - lebar palang 7sm - semua larian mengikut lorong, semua peserta berada dilorong masing2.

Pengenalan Kepada Lari Berpagar Acara olahraga lari berpagar kurang mendapat perhatian dalam rancangan Pendidikan Jasmani di peringkat sekolah. Ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor. Di antaranya ialah masalah ketiadaan atau kekurangan alatan yang sebenar. Selain itu, mungkin juga ada pihak menganggap bahawa aktiviti ini adalah suatu lompatan yang terlalu teknikal dan oleh itu kurang sesuai bagi para pelajar sekolah.

Faktor-faktor yang disebutkan di atas tidak seharusnya timbul. Seorang guru yang berpengetahuan dan kreatif boleh menggunakan alatan asas seperti tali, batang rotan dan skitel untuk mengajar kemahuran asas lari berpagar. Alatan tersebut adalh memadai untuk memperkenalkan asas-asas lari berpagar kepada para pelajar sekolah rendah. Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukan satu acara lompatan.

Lari berpagar ialah larian pecut melepasi halangan-halangan yang disusun rapi di trek. Di peringkat antarabangsa acara yang dipertandingkan ialah 100 meter ( wanita ), 110 meter ( lelaki ) dan 400 meter ( lelaki dan wanita ). Namun begitu acara 55 m, 70 m, 75 m dan 80 m boleh diadakan di sekolah untuk tujuan mempopularkan acara ini.

Bagi acara lati berpagar, seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari. Di samping itu, kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta. Kelicinan ini disebut sebagai ritma. Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya. Badan peserta pula mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini dia akan dapat melenturkan badannya secara automatic semasa membuat lompatan.

Sebagai usaha memperkenalkan acara lari berpagar di peringkat awalan, para guru hendaklah mengamalkan pengajaran yang beransur maju. Cara ini akan membantu para pelajar mempelajari asas-asas lari berpagar dengan cara yang menyeronokkan dan sesuai pula dengan kemampuan mereka. Di samping itu, cara pengajaran ansur maju juga dapat menyemaikan sifat-sifat keyakinan diri dalam kalangan pelajar. Definisi Larian Berpagar LARI BERPAGAR

DEFINISI Acara lari berpagar adalah acara lari pecut melepasi halangan dan bukan satu acara lompatan.

Kemahiran lari pecut, boleh dipelajari dan dipraktikkan dengan menggunakan alatan seperti: - tali - batang rotan - skitel

Bagi acara lari berpagar seseorang peserta perlu menunjukkan kepantasan berlari.

Keperluan utama yang harus ada pada setiap peserta ialah - kelicinan berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar. - Kelicinan ini disebut sebagai ritma.

Setiap peserta acara ini mestilah mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kakinya.

Badan peserta juga mestilah mempunyai daya kelenturan yang baik. Dengan ini, dia akan dapat melenturkan badannya secara automatik semasa membuat lompatan.

Latihan ansur maju adalah satu latihan yang amat sesuai untuk dijalankan sebagai langkah awal dalam usaha memperkenalkan lari berpagar kerana ia memberi keseronokan dan menyemai sifat-sifat keyakinan diri dikalangan pelajar. Peraturan Larian Berpagar PERATURAN

1.

Pelari dibenarkan berlari dalam lorong masing-masing sahaja.

2.

Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang yang ber lari dalam keadaan berikut:

1. Mengheret kaki di bawah palang pagar. 2. Melompat pagar di lorong lain.

3.Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja. Kemahiran lari berpagar Acara ini memerlukan kepantasan belari . Kelincinan (RITMA) berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang

terentang dan sewaktu melepasi pagar-pagar tersebut merupakan keperluan utama. Perlu mahir mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki. Perlu mempunyai daya kelenturan badan yang baik.

LATIHAN 5 Lari berpagar dari peringkat mulaan gaya sehingga ke garis tamat. Tujuan latihan ini dilakukan untuk membina keseragaman langkah-langkah pelari ketika menuju ke pagar pertama dan di antara pagar-pagar.

FASA LARI BERPAGAR 1. FASA PENUJUAN KE PAGAR PERTAMA Pada am 8 langkah digunakan untuk penujuan ke pagar pertama Kedudukan kaki (depan belakang) diubah untuk memastikan penujuan ke pagar pertam adalah tepat. Panjang langkah mestilah konsisiten dan perlu dilatih supaya pelari sampai ke titik lonjakan dengan tepat

2.Lonjakan Pelari berlari dengan kedudukan larian biasa. Kaki hadapan digerakkan dengan cepat supaya lutut mencapai paras paling tinggi Bila ini berlaku barulah bahagian bawah kaki digerakkan ke hadapan. Pada masa yang sama tangan yang bertentangan digerakkan ke hadapan. Kedua-dua belah bahu sentiasa menghadap pagar. Jari-jari kaki adalah bersudut tepat kepada bahagian bawah kaki.

3. Melepasi pagar Kaki yang mula-mula melangkah melepasi pagar hendaklah hampir lurus dan mengarah ke hadapan. Bongkokkan badan ke hadapan. Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah dihulur ke hadapan selari dengan kaki itu. Tapak kaki belakang hendaklah mengarah ke luar semasa kaki hadapan melangkah melepasi pagar. Tarik kaki belakang dengan pantas ke bawah sebaik sahaja kaki hadapan melangkah mencecah tanah (mendarat).

Keterangan yang lebih berkesan (a) Pergerakan kaki hadapan (i) Kaki hadapan diangkat dengan cepat dan lutut dibengkokkan. (ii) Apabila kaki yang dibengkokkan sampai ke ketinggian halangan, tumit kaki itu Ditendang ke hadapan (iii) Apabila kaki hadapan itu melepasi pagar iaitu ketika tumit kaki melangkah melepasi halangan, ia terus dijatuhkan untuk mencecah tanah seberapa cepat yang mungkin (b) Pergerakan kaki belakang (i) Apabila kaki hadapan ditendang ke hadapan dan kaki belakang masih di tanah, badan dicondong ke hadapan. (ii) Bila kaki belakang diangkat dari tanah, ia dihayun ke sisi dengan lutut dibengkokkan.Tapak kaki belakang diarah ke luar. Lutut dikekalkan tinggi (c) Pergerakan tangan (i) Tangan yang bertentangan dengan kaki yang melangkah hadapan dihulur dan menolak ke hadapan dan selari dengan kaki hidapan itu. Sementara itu tangan pada kaki melangkah dihayun ke belakang. (ii) Apabila kaki belakang dibawa melepasi pagar, tangan hadapan dikilas ke belakang.

6. MENGAKHIRI LARIAN Gaya yang harus diikuti di peringkat ini adalah sarna dengan gaya yang diarnalkan untuk lari pecut jarak dekat.

LATIHAN ANSUR MAJU A. HALANGAN DI ATAS TANAH (a) Melangkah tali yang direntang di tanah. (b) Berlari dan melangkah batang rotan rendah.

(c) Berlari dan melangkah halangan di tanah seperti berikut

B. Halangan dengan ketinggian (a) Berlari dan melangkah tali anjal yang direntang. (b) Berlari dan melangkah kaki dan lutut. " (c) Berlari dan melangkah gulungan tilam (yang diikat). (d) Berlari dan melangkah bangku panjang. (e) Berlari dan melangkah bangku panjang secara berulang (Taman Pagar). (f) Berlari dan melangkah ketinggian yang berbeza (guna tilam yang digulung untuk memberi ketinggian berbeza; rendah ke tinggi).

C .Melangkah bahagian tengah dua halangan i. ii. Melangkah tengah halangan Melangkah tengah halangan secara berulang

Anda mungkin juga menyukai