Anda di halaman 1dari 32

JURNAL TEKNOLOGI, 38(E) JUN.

2003: 6574 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU, KULAI JOHOR. SATU TINJAUAN YAHYA BUNTAT 1 & ZAINUDDIN MASROM 2
ABSTRAK. KAJIAN BERBENTUK TINJAUAN INI DILAKUKAN UNTUK MELIHAT AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN 48 ORANG RESPONDEN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG MELAYU, KULAI, JOHOR. ASPEK ETIKA PROFESION PERGURUAN YANG DILIHAT DALAM KAJIAN INI ADALAH PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN TANGGUNGJAW AB GURU T ERHADAP PELAJAR, TANGGUNGJAW AB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA, TANGGUNGJAW AB GURU T ERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION DAN TANGGUNGJAW AB GURU TERHADAP IBU BAPA. MAKLUMAT KAJIAN DIPEROLEHI MELALUI SOAL SELIDIK YANG DIEDARKAN KEPADA RESPONDEN DAN DIANALISIS DALAM BENTUK KEKERAPAN DAN PERATUSAN. HASIL KAJIAN MENDAPATI GURU-GURU SEKOLAH INI KESELURUHANNYA TELAH MENGAMALKAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DALAM ASPEK YANG DIKAJI. BERDASARKAN DAPATAN KAJIAN INI BEBERAPA CADANGAN DIKEMUKAKAN UNTUK MENINGKATKAN LAGI TAHAP AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU SECARA AMNYA. KATA KUNCI: ETIKA PROFESION PERGURUAN, MARTABAT PROFESION

1.0 PENGENALAN

MATLAMAT UTAMA PENDIDIKAN DI MALAYSIA IALAH UNTUK MENAMPUNG KEPERLUAN TENAGA

KERJA DAN MENCAPAI PERPADUAN NEGARA MELALUI PERKEMBANGAN INDIVIDU YANG BERSEPADU

DAN MENYELURUH DARI SEGI JASMANI, EMOSI, ROHANI DAN INTELEK (JERI) SELARAS DENGAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK). BAGI MENYEMPURNAKAN HASRAT FPK INI, PARA

GURU TELAH DIAMANAHKAN UNTUK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI PENDIDIK BUKAN

SAHAJA DARI SEGI PENYEBARAN ILMU BAHKAN DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH ANAK DIDIKNYA.

GENERASI YANG BERILMU DAN BERAKHLAK TINGGI DAPAT MELAHIRKAN BANGSA YANG

BERTAMADUN. PIHAK PENTADBIR DAN PERANCANG SENTIASA MENGHARAPKAN AGAR GURU

MEMPUNYAI CITA-CITA UNGGUL IAITU MEMBINA MASYARAKAT YANG BERTAMADUN TINGGI.

APABILA FPK DIHAYATI, GURU HARUS SEDAR BAHAWA MEREKA SEBENARNYA MEMIKUL

TANGGUNGJAWAB YANG AMAT BERAT. GURU PERLU MENCURAHKAN ILMU SAMA ADA PELAJARNYA

MAHU ATAU TIDAK MAHU MENERIMANYA. DI SAMPING ITU, MEREKA HARUS PEKA DENGAN

PERUBAHAN SEMASA DAN MENYESUAIKANNYA SECARA BIJAK BAGI MENANGANI MASALAH

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERUTAMA YANG BERKAITAN DENGAN DISIPLIN PELAJAR. PADA

AMNYA, GURU PERLU PAKAR ATAU PROFESIONAL DALAM SEGALA BIDANG. UNTUK MENJADI GURU

YANG PROFESIONAL, SESEORANG GURU ITU HARUS MENEKANKAN TIGA ASPEK PENTING DALAM

DIRINYA IAITU KEPAKARAN, PENGETAHUAN DAN PEMBENTUKAN SAHSIAH (ROBIAH, 1998).

1&2

FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR. TEL: 607-5534411 E-MAIL:

YAHYA@FP.UTM.MY

JT38E[5B].PMD 65 02/16/2007, 21:3066 YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM

MEREKA BUKAN SAHAJA BERKEMAHIRAN MENGAJAR DAN MENGEMBANGKAN ILMU, MALAH

SIKAP, TINGKAH LAKU DAN DISIPLIN DIRI HARUS DIBENTUK KE ARAH PROFESIONAL.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN TELAH BERUSAHA SEJAK DARI DAHULU LAGI UNTUK MENJADIKAN

BIDANG PERGURUAN INI SEBAGAI SATU KERJAYA YANG PROFESIONAL. LAPORAN SURUHANJAYA

DIRAJA MENGENAI PERKHIDMATAN PERGURUAN MALAYSIA BARAT (LAPORAN AZIZ, 1971), TELAH

MENCADANGKAN SUPAYA DIADAKAN ETIKA PROFESION PERGURUAN (EPP) BAGI PEMBENTUKAN

TATASUSILA GURU. SEMUA GURU YANG TELAH MEMPEROLEHI SIJIL PERGURUAN PERLU

MEMATUHINYA. NAMUN BEGITU SEHINGGA KE HARI INI KITA MASIH LAGI MENDENGAR BERITABERITA YANG TIDAK MENYENANGKAN BAIK DARI SEGI TINDAKAN ATAU HUKUMAN TERHADAP

PELAJAR YANG MELAMPAU MAHUPUN SALAH LAKU GURU SENDIRI YANG MENCALAR KEWIBAWAAN

PROFESION PERGURUAN INI. DALAM USAHA UNTUK MEMASTIKAN MARTABAT PENDIDIKAN TERUS

TERPELIHARA DAN TIDAK TERPINGGIR DALAM PERUBAHAN ARUS ZAMAN, ETIKA PROFESION PERGURUAN

(EPP) HARUS DIKAJI SEMULA (NAJIB, 1977).

PENGAMALAN EPP DI KALANGAN GURU-GURU ADALAH PENTING DEMI MENJAMIN MARTABAT

PROFESION PERGURUAN SENTIASA DIPANDANG MULIA DI MATA MASYARAKAT. KEJAYAAN DAN

PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN BERKAIT RAPAT DENGAN KESEDARAN GURU TERHADAP

TANGGUNGJAWABNYA SEBAGAI PENDIDIK SELARAS DENGAN EPP YANG TELAH DIMAKTUBKAN

DALAM BENTUK IKRAR TERCETAK DI HALAMAN HADAPAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR SEPERTI

BERIKUT;

KAMI GURU MALAYSIA, YAKIN BAHAWA TUJUAN UTAMA PENDIDIKAN IALAH BERUSAHA

MENUJU KE ARAH PEMBENTUKAN WARGANEGARA YANG BERILMU, YANG TAAT SETIA, YANG

BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEBOLEHAN....

DENGAN MENYEDARI BETAPA BESARNYA TANGGUNGJAWAB MEMBIMBING ....

ANAK MUDA UNTUK MENCAPAI KEMAJUAN SEPENUH-PENUHNYA, MAKA DENGAN INI

KAMI MENERIMA TATASUSILA BERIKUT SEBAGAI PANDUAN.

DARI PENYATAAN IKRAR DAN KOD EPP DI ATAS, GURU SESUNGGUHNYA MEMPUNYAI BEBAN

YANG BERAT UNTUK DIJAYAKAN. SEPANJANG PENGETAHUAN PENGKAJI, KAJIAN MENGENAI

PENGALAMAN EPP DI KALANGAN GURU-GURU DI NEGARA INI ADALAH TERLALU SEDIKIT. PENGKAJI

MERASAKAN PERLU MENERUSKAN USAHA INI BAGI MENAMBAHKAN HASIL DAPATAN KAJIAN. HASIL

KAJIAN INI KELAK DIHARAPKAN DAPAT MEMBERI GAMBARAN TERHADAP AMALAN EPP DI SEKOLAH

DAN JUGA DAPAT MENGENAL PASTI PELBAGAI USAHA YANG DAPAT MEMBANTU PARA GURU

MENGAMALKAN EPP SECARA BERTERUSAN.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

SECARA AMNYA KAJIAN INI INGIN MENGETAHUI SEJAUH MANAKAH GURU-GURU SRK KG. MELAYU

KULAI BERTANGGUNGJAWAB MELAKSANAKAN AMALAN EPP YANG DISARANKAN OLEH

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. SECARA KHUSUS OBJEKTIF KAJIAN INI ADALAH UNTUK

MENINJAU;

JT38E[5B].PMD 66 02/16/2007, 21:30AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 67

(I) SEJAUHMANAKAH GURU-GURU SRK KG. MELAYU, KULAI BERTANGGUNGJAWAB

TERHADAP PELAJARNYA.

(II) SEJAUHMANAKAH GURU-GURU SRK KG. MELAYU, KULAI BERTANGGUNGJAWAB

TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESIONNYA.

(III) SEJAUHMANAKAH GURU-GURU SRK KG. MELAYU, KULAI BERTANGGUNGJAWAB

TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARANYA.

(IV) SEJAUHMANAKAH GURU-GURU SRK KG. MELAYU, KULAI BERTANGGUNGJAWAB

TERHADAP IBU BAPA.

3.0 METODOLOGI

POPULASI DALAM KAJIAN INI ADALAH GURU-GURU SRK KG. MELAYU KULAI, JOHOR. PEMILIHAN

SAMPEL KAJIAN ADALAH BERPANDUKAN FORMULA YANG DIPERKENALKAN OLEH KREJCIE DAN

MORGAN (1970). SAMPEL-SAMPEL INI DIPILIH SECARA RAWAK MUDAH YANG DILAKUKAN KE

ATAS POPULASI. SERAMAI 48 ORANG GURU YANG TERPILIH DIJADIKAN SAMPEL DALAM KAJIAN INI

UNTUK MEMBERI RESPON KEPADA SOAL SELIDIK YANG DIEDARKAN.

SOAL SELIDIK DIBAHAGIKAN KEPADA DUA BAHAGIAN IAITU BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B.

BAHAGIAN A MENGANDUNGI ITEM-ITEM DEMOGRAFI RESPONDEN. BAHAGIAN B PULA MENGANDUNGI 25 ITEM YANG DIPECAHKAN KEPADA EMPAT ASPEK BERDASARKAN KEPADA OBJEKTIF

KAJIAN YANG INGIN DIKAJI. AMALAN ETIKA DAN TANGGUNGJAWAB GURUGURU INI DIUKUR

MENGGUNAKAN SKALA LIKERT YANG MEMPUNYAI SKALA DARIPADA 1 TIDAK SETUJU HINGGA

5 AMAT SETUJU. KERJA-KERJA PENGUMPULAN DATA DIKENDALIKAN SENDIRI OLEH PENYELIDIK.

DATA-DATA YANG DIPEROLEHI DIPROSES MENGGUNAKAN SPSS 7.5 FOR WINDOWS DAN DIANALISIS

DALAM BENTUK KEKERAPAN DAN PERATUSAN.

4.0 KEPUTUSAN KAJIAN

BERIKUT DIBENTANGKAN DAPATAN KAJIAN.

4.1 MAKLUMAT RESPONDEN

SERAMAI 30 (62.5%) RESPONDEN ADALAH TERDIRI DARIPADA GURU LELAKI DAN 18 ORANG (37.5%)

ADALAH GURU PEREMPUAN. DARI JUMLAH TERSEBUT DIDAPATI SERAMAI 38 ORANG (79.2%) ADALAH

TERDIRI DARIPADA MEREKA YANG TELAH BERKELUARGA DAN SELEBIHNYA IAITU SERAMAI 10 (20.8%)

ADALAH MEREKA YANG MASIH BUJANG. DARI SEGI PENGALAMAN MENGAJAR SEBANYAK 37.5%

ORANG RESPONDEN MEMPUNYAI PENGALAMAN MENGAJAR MELEBIHI 11 TAHUN, 4.2%

BERPENGALAMAN MENGAJAR MELEBIHI 21 TAHUN DAN 41.6% RESPONDEN BERPENGALAMAN

MENGAJAR ANTARA 5 HINGGA 10 TAHUN. DARI SEGI TARAF PENDIDIKAN SERAMAI 83.3% SAMPEL

MEMPUNYAI SIJIL PERGURUAN ASAS, MANAKALA 4.2% MEMPUNYAI LAIN-LAIN KELAYAKAN.

KESELURUHAN RESPONDEN JUGA MENYATAKAN MEREKA TELAH DIDEDAHKAN SECARA LANGSUNG

TERHADAP ETIKA PROFESION PERGURUAN (EPP).

JT38E[5B].PMD 67 02/16/2007, 21:3068 YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM

OBJEKTIF KAJIAN 1: TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP PELAJARNYA

JADUAL 1 TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP PELAJAR

TAK TAK

BIL ITEM SOALAN SETUJU PASTI SETUJU

KS TS TP S AS

4 SAYA HARUS BERSEDIA MENGADAKAN 1 2 2 15 28

KELAS TAMBAHAN UNTUK KEPENTINGAN

3 2 43

MURIDNYA

6.25% 4.16% 89.6%

KS TS TP S AS

8 SAYA SENTIASA MEMBIMBING PELAJAR 1 14 33

MENGEMBANGKAN POTENSI ROHANI MEREKA

1 47

2.1% 97.9%

KS TS TP S AS

9 KEPENTINGAN PELAJAR LEBIH PENTING 2 1 24 21

DARI PADA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI

2 1 45

4.16% 2.08% 93.8%

KS TS TP S AS

17 SAYA MEMBIMBING PELAJAR MENGEMBANGKAN 6 18 24

POTENSI INTELEK MEREKA

6 42

12.5% 87.5%

KS TS TP S AS

20 MAKLUMAT PELAJAR ADALAH SULIT DAN TAK 1 1 1 13 32

PERLU DIHEBOH-HEBOHKAN

2 1 45

4.16% 2.08% 93.8%

PURATA

1.4 2.2 44.4

2.9% 4.5% 92.5%

BERDASARKAN JADUAL 1, KAJIAN INI MENDAPATI BAHAWA PURATA KESELURUHAN DALAM ASPEK

TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP PELAJAR MENUNJUKKAN BAHAWA KESELURUHAN RESPONDEN

MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG TINGGI TERHADAP PELAJARNYA IAITU DENGAN MENDAPAT

PERATUSAN PERSETUJUAN (92.5%).

OBJEKTIF KAJIAN 2: TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION

BERDASARKAN JADUAL 2, PURATA PERATUSAN BAGI ASPEK TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN

SEJAWAT DAN PROFESION MENUNJUKKAN LEBIH KURANG (86.8%) RESPONDEN MEMBERI

PERSETUJUAN BAHAWA MEREKA MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG TINGGI TERHADAP RAKAN

SEJAWAT DAN PROFESION. PERKARA INI DISOKONG DENGAN DAPATAN ITEM 14, 12, DAN 1 YANG

JT38E[5B].PMD 68 02/16/2007, 21:30AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 69

JADUAL 2 TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION

TAK TAK

BIL ITEM SOALAN SETUJU PASTI SETUJU

KS TS TP S AS

1 SAYA BERPAKAIAN KEMAS DAN RAPI 2 16 30

MENGIKUT LANDASAN AGAMA

2 46

4.2% 95.8%

KS TS TP S AS

2 SAYA BERBANGGA DIBERI KENAIKAN PANGKAT 1 2 7 16 22

BERDASARKAN KECEKAPAN SAYA

3 7 38

6.25% 14.58% 79.1%

KS TS TP S AS

3 SAYA SERING MEMOHON UNTUK MENGIKUTI 12 12 24

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

12 36

25% 75%

KS TS TP S AS

12 SAYA SELALU BEUSAHA UNTUK 1 19 28

MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN

1 47

2% 98%

KS TS TP S AS

13 ADALAH TIDAK WAJAR UNTUK MENEGUR RAKAN 2 1 1 14 30

SEJAWAT SECARA TIDAK SOPAN

3 1 44

6.25% 2% 91.6%

KS TS TP S AS

14 SAYA SENTIASA MENGAMALKAN TINGKAH LAKU 21 27

BERMORAL DALAM PROFESION PERGURUAN

48

100%

KS TS TP S AS

16 SIKAP AMANAH SANGAT PENTING UNTUK 7 14 27

MENGURUSKAN KEWANGAN SEKOLAH

7 41

14.5% 85.5%

KS TS TP S AS

18 HUBUNGAN INTERPERSONEL YANG BAIK DI 1 2 9 15 21

KALANGAN GURU-GURU MENJAMIN

3 9 36

KEBERKESANAN P&P

6.25% 18.7% 75%

PURATA 2.3% 10.8% 86.8%

MASING-MASING MENDAPAT PERATUSAN YANG TINGGI. WALAUPUN BEGITU TERDAPAT PERATUSAN

YANG AGAK RENDAH BAGI ITEM 3 DAN 18 DENGAN PERATUSAN SEBANYAK 75%.

JT38E[5B].PMD 69 02/16/2007, 21:3070 YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM

JADUAL 3 TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

TAK TAK

BIL ITEM SOALAN SETUJU PASTI SETUJU

KS TS TP S AS

5 SEBAGAI MENGHADIRI MESYUARAT PIBG 1 3 24 20

WALAU SEBAGAI AHLI BIASA

1 3 44

2.08% 6.2% 91.6%

KS TS TP S AS

7 SAYA BERSIKAP ADIL TANPA MENGIRA 1 20 27

AGAMA BANGSA DAN KETURUNAN

1 47

2% 98%

KS TS TP S AS

10 SAYA BERSIKAP ADIL TANPA MENGIRA 2 3 20 23

LATAR BELAKANG DAN KEDUDUKAN KELUARGA

2 3 43

4.16% 6.25% 89.6%

KS TS TP S AS

11 SAYA MEMBERIKAN SEPENUH PERHATIAN 2 1 2 26 17

DALAM PENGAJARAN TANPA MENGIRA KAUM 3 2 43

6.25% 4.1% 89.6%

KS TS TP S AS

15 SAYA SERING MENASIHATI PELAJAR SAYA, 9 12 27

AGAR MENGHARGAI HARTA AWAM 9 39

18.7% 81.3%

KS TS TP S AS

23 SAYA AKAN MENERAPKAN NILAI TAAT SETIA KEPADA 2 2 15 29

NEGARA DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

2 2 44

PEMBELAJARAN DI KELAS

4.2% 4.2% 91.6%

KS TS TP S AS

24 DALAM [PROSES P&P SAYA 1 14 33

MEMENTINGKAN NILAI-NILAI MORAL]

1 47

2% 98%

PURATA

0.4 3 44.6

1% 6.62% 92.2%

OBJEKTIF KAJIAN 3: TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA

BERDASARKAN DAPATAN KAJIAN YANG DITUNJUKKAN DALAM JADUAL 3, RESPONDEN

MEMBERIKAN KOMITMEN YANG TINGGI BERHUBUNG DENGAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP

MASYARAKAT DAN NEGARA. INI DIBUKTIKAN DENGAN KESEMUA ITEM SOALAN MENDAPAT

JT38E[5B].PMD 70 02/16/2007, 21:30AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 71

PERATUSAN MELEBIHI 80 PERSETUJUAN RESPONDEN. MANAKALA BAGI KESELURUHAN DAPATAN

PULA PURATA PERATUSAN MENUNJUKKAN SEJUMLAH 92.2% RESPONDEN BERSETUJU MEREKA

MENGAMALKAN PERLAKUAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA.

JADUAL 4 PULA MELAPORKAN AMALAN TANGGUNGJAWAB RESPONDEN TERHADAP IBU BAPA.

DARI PADA ANALISIS KAJIAN YANG DIJALANKAN, RESPONDEN MEMPUNYAI TANGGUNGJAWAB YANG

BAIK TERHADAP IBU BAPA DENGAN PERATUSAN PERSETUJUAN KESELURUHAN SEBANYAK 95.2%.

BAGI ITEM-ITEM TERTENTU SEPERTI ITEM 22, DAN 25, MENDAPAT PERSETUJUAN 100% DARIPADA

RESPONDEN. SECARA AMNYA MEMANG RESPONDEN MEMPUNYAI AMALAN DAN SIKAP

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA PELAJAR BAGI MERAPATKAN HUBUNGAN ANTARA PIHAK

SEKOLAH DAN JUGA MASYARAKAT.

OBJEKTIF KAJIAN 4: TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA

JADUAL 4 TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA

TAK TAK

BIL ITEM SOALAN SETUJU PASTI SETUJU

KS TS TP S AS

6 SAYA AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA IBU BAPA 1 18 29

PELAJAR SEKIRANYA ANAK MEREKA TIDAK HADIR

1 47

KE SEKOLAH SELAMA TIGA HARI BERTURUT-TURUT

2% 98%

KS TS TP S AS

19 SAYA SEDIA BERBINCANG DENGAN IBU BAPA 20 28

BAGI MEMBANTU MENANGANI MASALAH ANAK

48

YANG SERING MELANGGAR DISIPLIN SEKOLAH

100%

KS TS TP S AS

21 SAYA ADA MELUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK 1 2 1 24 20

BERKUNJUNG KE RUMAH KELUARGA PELAJAR

3 1 44

BAGI MERAPATKAN HUBUNGAN PERSAHABATAN

6.25% 2% 91.6%

KS TS TP S AS

22 SAYA SEDIA MELAPORKAN MASALAH SALAH 17 31

LAKU PELAJAR KEPADA IBU BAPA MEREKA

48%

UNTUK DIAMBIL TINDAKAN SEGERA

100%

KS TS TP S AS

23 SAYA MENJADI PENGGANTI IBU BAPA DI 2 2 3 14 27

SEKOLAH

4 3 41

8.3% 6.25% 85.5%

PURATA

1.4 0.7 45.6

2.9% 1.4% 95.2%

JT38E[5B].PMD 71 02/16/2007, 21:3072 YAHYA BUNTAT & ZAINUDDIN MASROM

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

BERDASARKAN DAPATAN KAJIAN YANG DIPEROLEHI DALAM KAJIAN INI DAPATLAH DISIMPULKAN

BAHAWA GURU-GURU DI SRK. KG. MELAYU, KULAI JOHOR INI TELAH MENGAMALKAN ETIKA

PROFESION PERGURUAN YANG MERANGKUMI ASPEK TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP PELAJAR,

TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA, TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP

RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN SERTA TANGGUNGJAWAB GURU TERHADAP IBU BAPA.

DAPATAN KAJIAN INI MENUNJUKKAN SERAMAI 92.5% GURU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP

PELAJAR, 91.6% GURU BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA, 86.8% GURU

BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN DAN 95.2% GURU

BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA. HASIL KAJIAN INI MENGGAMBARKAN BAHAWA GURUGURU SANGAT MENGAMBIL BERAT TERHADAP PELAJAR-PELAJARNYA KERANA MEREKA PERCAYA TUGAS

MENDIDIK PARA PELAJAR ADALAH AMAT BERAT DAN TIDAK BOLEH DIAMBIL SAMBIL LEWA SAHAJA.

INI BERSESUAIAN DENGAN KENYATAAN IMAM GHAZALI (1980) DALAM BUKU IHYA ULUMIDDIN

YANG BERBUNYI DAN ROSAKLAH PEMIMPIN KERANA GURU YANG JAHAT, DAN KATANYA LAGI

DUA GOLONGAN MANUSIA YANG PENTING DAN BERPENGARUH DALAM MASYARAKAT IALAH GURU

DAN PEMERINTAH NEGARA.

WALAUPUN DAPATAN KAJIAN INI SECARA KESELURUHAN MENUNJUKKAN GURUGURU TELAH

MENGAMALKAN ETIKA PROFESION PERGURUAN SEPERTI YANG DIHARAPKAN OLEH PIHAK

KEMENTERIAN PENDIDIKAN, NAMUN KEDAPATAN JUGA SEGELINTIR GURU BERTINDAK DAN

BERPELAKUAN TIDAK WAJAR TERHADAP PARA PELAJARNYA YANG SEDIKIT SEBANYAK TELAH

MENCEMARKAN NAMA BAIK PROFESION PERGURUAN. KENAPAKAH PERKARA INI BOLEH BERLAKU?

DAN SIAPAKAH YANG HARUS DIPERSALAHKAN DALAM HAL INI? BAGI MENINGKATKAN LAGI AMALAN

ETIKA PROFESION PERGURUAN YANG TELAH DIAMALKAN OLEH GURU-GURU TERSEBUT, PENGKAJI

MENCADANGKAN AGAR:

(I) PIHAK PENTADBIR HENDAKLAH MENERUSKAN USAHA MENYEMAI NILAI-NILAI MURNI SEPERTI

SIKAP KASIH SAYANG KEPADA SELURUH KELUARGA DI SEKOLAH MELIPUTI GURU-GURU DAN

KAKITANGAN SEKOLAH SERTA PARA PELAJARNYA.

(II) PIHAK PENTADBIR JUGA HENDAKLAH SENTIASA MEMBERI PERHATIAN DAN JUGA

MEMASTIKAN GURU SENTIASA SEDAR AKAN PERANANNYA DAN TANGGUNGJAWAB MEREKA

DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

(III) GURU PERLU PRIHATIN TERHADAP PELAJAR DAN JUGA BERSIKAP ADIL KEPADA SEMUA PELAJAR

SERTA MEWUJUDKAN SUASANA MUHIBAH TANPA MELIHAT KEPADA PERBEZAAN KAUM,

AGAMA DAN STATUS EKONOMI DI KALANGAN PELAJARNYA.

(IV) GURU PERLU SENTIASA MENUNJUKKAN SAHSIAH YANG BAIK DAN BOLEH MENJADI MODEL

KEPADA PELAJAR KERANA SETIAP TINGKAH LAKU SESEORANG GURU ITU MUDAH MENJADI

IKUTAN PADA PELAJARNYA. SELAIN IBU BAPA DI RUMAH, GURULAH ORANG YANG PALING

DEKAT DENGAN PARA PELAJAR.

JT38E[5B].PMD 72 02/16/2007, 21:30AMALAN ETIKA PROFESION PERGURUAN DI KALANGAN GURU-GURU 73

RUJUKAN

ALIAS BABA. 1997. STATISTIK PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL. BANGI: UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.

ASNAH ABD. HAMAID. 1996. NILAI DAN ETIKA PROFESIONAL DALAM PERKHIDMATAN PENDIDIKAN. PENGURUSAN PENDIDIKAN

05(02): 29-39.

IMAM GHAZALI. 1980. IHYA ULUMIDDIN. INDONESIA: PERCETAKAN MENARA KUDUS.

KREJCIE, R. V. & D. W. MORGAN. 1970. DETERMINING SAMPLE SIZE FOR RESEARCH ACTIVITIES. EDUCATIONAL AND PSYCHOLOGICAL

MEASUREMENT. 30(3): 607-610.

MOHD MAJID KONTING. 1990. KAEDAH PENYELIDIKAN PENDIDIKAN. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

NAJIB TUN RAZAK. 1971. KOD ETIKA PERGURUAN KITA SUDAH PROFESIONAL. UTUSAN MALAYSIA, 07 MEI 1995.

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 1991. PENGESANAN BUDAYA SEKOLAH. JURNAL

PENDIDIKAN 35: 34.

RASHIDI AZIZAN & ABDULLAH MOHD. NOOR. 1994. CABARAN, FALSAFAH DAN STRATEGI DALAM

PENDIDIKAN GURU:

PEMBENTUKAN GURU YANG UNGGUL. KAJANG: MASA ENTERPRISE.

ROBIAH SIDIN. 1998. PEMIKIRAN DALAM PENDIDIKAN. SHAH ALAM: FAJAR BAKTI.

SALANT, P. & D. A. DILLMAN. 1994. HOW TO CONDUCT YOUR OWN SURVEY. NEW YORK: JOHN WILEY & SONS, INC.

SUFEAN HUSSIN. 1993. PENDIDIKAN DI MALAYSIA: SEJARAH, SISTEM DAN FALSAFAH. KUALA LUMPUR: DEWAN BAHASA DAN

PUSTAKA.

TAJUL ARIFFIN NOORDIN & NORAINI DAN. 1992. PENDIDIKAN DAN WAWASAN 2020. KUALA LUMPUR: ARENA ULMU.

KEPENTINGAN ETIKA GURU

Posted by I N D A H Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. 6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991).

http://utusan-malaysia-online.com/aduan-babit-penjawat-awam-biadapmakin-meningkat-murugiah Aduan Babit Penjawat Awam Biadap Makin Meningkat Murugiah


Posted on the November 29th, 2010 under Berita Tempatan by Pinvader

o o o o

0digg
Share

IPOH: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah pada Isnin menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kes membabitkan penjawat awam berlaku biadap dan bersikap perkauman terhadap orang ramai. Beliau berkata masalah salah laku penjawat awam terutama yang bertugas di barisan hadapan tersebut disedari meningkatkan berdasarkan peningkatan aduan yang diterima oleh Biro Pengaduan Awam (BPA). BPA menerima lebih 60 aduan dari seluruh negara setiap bulan yang membabitkan penjawat awam bersikap kasar, biadap dan menyentuh isu perkauman sehingga menimbulkan rasa kemarahan pengadu dan rakyat, katanya pada sidang akhbar di pejabat BPA Perak di sini.

Aduan terhadap kes seumpama itu menimbulkan kemarahan kaum dan ia boleh digunakan sebagai isu untuk menyebabkan perbalahan di kalangan pemimpin politik, katanya. Murugiah berkata BPA sedang memantau semua aduan yang diterima itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan tindakan sewajarnya diambil oleh jabatan atau agensi terbabit bagi membendung masalah itu. Katanya, tindakan yang boleh diambil termasuk memecat, menggantung atau mengenakan tindakan disiplin kepada individu yang terbabit. Menurutnya, satu contoh kes yang diterima BPA ialah aduan pada 10 Nov lepas yang membabitkan seorang jururawat di sebuah hospital di sini yang mengeluarkan kata-kata kesat dan bersifat perkauman terhadap satu keluarga. Murugiah berkata kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan penjawat awam beruniform dan yang berurusan setiap masa bersama pelanggan seperti anggota polis, kakitangan hospital dan sekolah. Beliau berkata isu seperti itu menimbulkan masalah apabila berlaku campur tangan ahli politik. Beliau menasihati penjawat awam supaya lebih peka berhubung isu berkaitan dan berusaha sebaik mungkin memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan mereka. BERNAMA

ARKIB : 23/01/2011
Ponteng sekolah sebab cikgu tak mengajar
Oleh Noraini Abd. Raza

1 BERSEKOLAH pada hari Sabtu bukan berita gembira bagi murid dan juga ibu bapa. Guru-guru tak tahulah pula. Selepas lima hari bekerja dan bersekolah, kehadiran Sabtu dan Ahad sememangnya ditunggu-tunggu. Itulah hari untuk membasuh baju sekolah, kasut sekolah, bangun sedikit lewat berbanding hari biasa. Bila dapat pekeliling anak-anak perlu bersekolah pada Sabtu ada yang kelat wajah. Anak-anak apatah lagi, liat semacam terutama jika tahu telah ada perancangan untuk ke mana-mana. Seorang teman menitip catatan sekolah hari Sabtu di Facebooknya. Dia yang juga seorang guru bertanya mungkinkah sekolah hari Sabtu ganti cuti Tahun Baru Cina akan mengulangi sejarah satu kelas satu murid. Satu guru mengajar satu murid. Sebagai guru, tentunya sahabat itu amat arif perihal kehadiran murid setiap kali sekolah ganti diadakan pada Sabtu. Pasti kelas yang selalunya penuh dan riuh dengan pelbagai tata laku murid-murid agak sepi lantaran ramai yang ponteng. Ada ibu-bapa yang sengaja tidak mahu anaknya ke sekolah pada hari Sabtu. Alasannya

mudah, mahu mencuci baju sekolah sekali gus pada pagi Sabtu. Lalu anak-anaknya diberi pengecualian hadir ke sekolah atas alasan itu. Ada juga murid tidak ke sekolah pada hari Sabtu kerana terikat dengan jadual ibu bapa. Oleh kerana ibu bapa telah membuat perancangan awal untuk bercuti atau menghadiri kenduri kahwin dan pelbagai majlis lagi, maka anak-anak terpaksa akur. Boleh saja diandaikan ramai ibu bapa yang tidak peka tentang sekolah ganti pada hari Sabtu. Ada juga yang merungut setiap kali dimaklumkan tentang jadual persekolahan pada Sabtu. Bagi mereka cukuplah lima hari anak-anak bersekolah pagi dan petang (belum dicampur tuisyen pada waktu malam). Sabtu dan Ahad bagi kebanyakan ibu bapa adalah masa untuk bersama anak-anak biar pun dalam keadaan mana sekali pun. Kalau diberi cuti maka jangan minta diganti, kata mereka. Mengajar Ada juga ibu bapa yang berdisiplin mengikuti arahan sekolah atau pihak kementerian. Maka berperanglah memujuk anak-anak bersekolah pada pagi Sabtu. Bukan mudah menyakinkan anak supaya bersekolah pada hari Sabtu. Apatah lagi jika adik beradik yang bersekolah di tempat lain tidak bersekolah. Mereka (anak-anak) ada alasan tersendiri untuk ponteng kelas. Alasan yang sering diberi cikgu tak mengajar. Kalau masuk kelas pun cikgu suruh buat kerja sendiri. Bila buat kerja sendiri faham-fahamlah, tentu ada rasa bosan. Nak buat bising takut cikgu ada di depan, nak baca buku, semestinya bukan itu pilihan mereka. Lalu apabila disuruh ke sekolah pada hari Sabtu tentu alasan tersebut meniti di bibir anak-anak. Ibu bapa pula apabila dengar cikgu tidak mengajar dan anak-anak tidak diajar maka cairlah hati mereka. Lalu termeterailah persetujuan bersama mengizinkan anak ponteng sekolah walaupun secara diam. Yang pasti bersekolah pada Sabtu bagi menggantikan cuti peristiwa yang diambil oleh sekolah untuk menyambung cuti pendek sememangnya perlu. Tetapi sebagai guru yang berhadapan dengan cabaran dunia inovatif dan kreatif, apa kata wujudkan sedikit kelainan bagi hari persekolahan setiap Sabtu. Selain aktiviti biasa seperti merentas desa atau bersukan, tidak salah jika Sabtu dijadikan hari untuk mengenali alam semula jadi tanpa perlu pergi jauh. Jadikan kawasan sekeliling sekolah untuk bercakap tentang keindahan alam, pencemaran, kebersihan dan keselamatan. Aktiviti berkumpulan yang mencabar minda murid-murid sekali gus memberi nafas baru dalam pembelajaran secara tidak formal mesti dicetuskan oleh guru-guru. Apa kata Sabtu juga dijadikan hari untuk mengeratkan hubungan warga sekolah dengan penduduk di kawasan kejiranan terdekat. Terap nilai-nilai kejiranan, saling bantu-membantu, bekerjasama dan kenal-mengenali supaya persekolahan hari Sabtu menjadi umpama acara yang ditunggu-tunggu. 2 Bagi yang mengikuti kisah seorang pembaca yang terpaksa turun naik pejabat tanah dari Seremban ke Putrajaya dua minggu lepas, tentu tertanya-tanya apa kesudahannya. Dalam luahan terbarunya, dia memberitahu akhirnya nasib geran rumah ibu mertuanya diserahkan ke tangan peguam.

Sebabnya selepas pergi ke pejabat Tanah Seremban, saya diminta merujuk perkara itu kepada Wisma Persekutuan. Proses itu tidak berakhir di situ. Saya diberitahu selepas ke Wisma Persekutuan, saya kena kembali ke pejabat tanah dan ke Putrajaya semula. Terlalu banyak selepas itu dan selepas itu, menyebabkan saya jeran mahu mengunjungi pejabat-pejabat yang berkaitan dengan tuntutan geran rumah ibu mertuanya. Berulang-alik Bayangkan saya yang mempunyai sedikit wang berlebihan boleh menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan masalah tersebut. Tetapi bagaimana pula orang susah atau orang kampung yang terpaksa berulang-alik ke pejabat-pejabat berkenaan yang bukan terletak di dalam satu negeri. Apa jadi dengan kerja mereka? Bagaimana pula duit minyak dan tol untuk berulang-alik ke Putrajaya? Siapa pula yang hendak menguruskan anak-anak mereka? Adakah berbaloi berulang-alik tanpa mengetahui bilakah perkara tersebut dapat diselesaikan. Saya juga tertanya-tanya sampai bila jabatan kerajaan masih terikat dan diikat dengan kerenah birokrasi ciptaan manusia. Jika Piagam Pelanggan menuntut segala urusan berkepentingan orang ramai diselesaikan secepat mungkin dengan mengetepikan kerenah birokrasi, kenapa pula kakitangan awam masih bersikap sambil lewa. Adakah kerana saya rakyat marhaen maka mereka tidak kisah untuk buat begitu.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0123&pub=utusan_malaysia&sec=Rencan a&pg=re_11.htm&arc=hive

ARKIB : 29/07/2010
Guru dinasihat guna tiket secara profesional
KUALA LUMPUR 28 Julai - Golongan guru yang kini mendapat 'tiket' untuk bergiat aktif dalam politik dinasihatkan supaya menggunakannya secara profesional agar tugas mendidik sentiasa menjadi keutamaan mereka. Langkah itu perlu kerana guru merupakan golongan yang amat berpengaruh dan lebih diyakini dalam masyarakat. Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd. Ali Hassan berkata, para guru seharusnya sedar batas-batas yang perlu dipatuhi jika mereka mahu berkecimpung dalam politik. "Jika mereka berada di dalam kelas, seharusnya ideologi politik yang dipegang ditinggalkan di luar kelas dan fokus pada tugas mendidik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang membenarkan Pegawai Pendidikan Perkhidmatan Siswazah Gred DG41 hingga DG48 melibatkan diri dalam politik mulai 1 Ogos ini. Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, pindaan itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memainkan peranan penting sebagai pemimpin masyarakat dalam sejarah politik negara. Mohd. Ali bagaimanapun mencadangkan agar Kementerian Pelajaran memantau penyertaan guru-guru yang menyertai politik setiap masa supaya mereka tidak lari daripada menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. "Jika terdapat bukti adanya guru yang berpolitik di dalam kelas, pindaan ini seharusnya dikaji semula," katanya. Sementara itu Pengerusi Persatuan Guru-Guru Bersara Kedah (Cawangan Kulim/Bandar Bharu) Mohd. Khir Hassan berkata, guru mempunyai tugas penting di sekolah untuk mendidik anak bangsa dan perlu bijak menyeimbangkan tugas sebagai pendidik dan berpolitik. "Tidak salah jika guru aktif dalam politik namun mereka perlu berwaspada agar tugas sebagai guru tidak diabaikan. "Saya juga dulu pernah bergiat aktif dalam politik namun hanya aktif di peringkat cawangan kerana tidak mahu tugas sebagai guru terjejas," katanya. Tambahnya, guru-guru yang aktif berpolitik juga perlu bertanggungjawab dan tidak menyebarkan dakyah politik dengan memburukkan imej kerajaan kepada pelajar di sekolah. "Pelajar percaya dan yakin dengan apa yang dikatakan oleh guru mereka kerana separuh daripada masa para pelajar dihabiskan dengan guru. "Jangan rosakkan minda pelajar dengan politik yang menyimpang dan memecahbelahkan negara," katanya. Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Mohamed Sabri Mohamed Arsad pula berkata, penyertaan guru dalam politik secara tidak langsung membolehkan mereka menjadi wakil kerajaan mendampingi rakyat. Menurutnya, pembabitan itu dijangka mengubah senario politik negara terutamanya dalam menentukan hala tuju kemajuan negara. "Guru merupakan kelompok manusia yang ada di mana-mana sahaja dalam komuniti masyarakat dan sentiasa berkhidmat serta menyumbang bakti secara ikhlas dan terarah untuk tujuan kebaikan. Sementara itu Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah berkata, pengetua dan guru besar sekolah perlu menyelia dan memantau dengan rapi setiap guru supaya mereka tidak berpolitik di dalam kelas. "Jika wujud, satu tindakan tegas harus diambil sebagai pengajaran kepada guru-guru lain," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa: Perspektif Pembangunan Inklusif: Melingkungi Kepelbagaian dan Mencipta Masyarakat Yang Sensitif Kecacatan di Kuching hari ini.

Fatimah memberitahu, guru merupakan seseorang yang mempunyai ketokohan dan kepimpinan yang jelas dan merupakan aset kepada parti politik. Habis///

Perkhidmatan Awam
ISU-ISU PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA SEPERTI JPA, SPA, PTK, SKIM PERKHIDMATAN, CUEPACS DAN BERBAGAI LAGI. 29 JUNE 2007

Dewan Rakyat: 200 aduan salah laku guru


Berita Harian Laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan

81 kes termasuk jenayah syariah, hutang selesai dalam lima bulan KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh negara sejak Januari lalu hingga 15 Mei tahun ini. Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata daripada jumlah itu, 81 kes diselesaikan dengan mengenakan tindakan sewajarnya berdasarkan kesalahan. Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian (enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius (satu peratus). Noh berkata, daripada jumlah itu, 22 guru dibuang kerja, senamuak (22 kes), turun gaji dan lucut hak emolumen (masing-masing 17 kes), diberi amaran (10 kes), selesai secara pentadbiran (lima kes), dibebaskan (empat kes), turun pangkat (dua kes) dan tangguh gaji (satu kes). Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Mat Yasir Kasran (BN-Sabak Bernam) yang ingin mengetahui jumlah guru yang terbabit pelbagai kesalahan dan jenis

tindakan. Mengenai usaha kementerian memartabat profesyen perguruan, Noh berkata, menerusi Bahagian Sumber Manusia di Cawangan Kaunseling dan Keutuhan, pihaknya mengguna pakai Program 3P (Perkembangan, Pencegahan dan Pemulihan) bagi memastikan tahap profesionalisme guru. "Sehingga 30 April lalu, 88 pegawai dan kakitangan kementerian dirujuk kepada cawangan itu untuk tujuan kaunseling. Sesi itu membolehkan mereka membuat penyesuaian diri sebelum dibenarkan menyertai semula sistem organisasi," katanya. Menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai guru dari Semenanjung yang menolak untuk mengajar ke kawasan pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak, Noh berkata mereka yang enggan mengikut arahan dianggap sebagai ingkar perintah. "Guru tidak mahu bertugas apabila surat bertugas dikeluarkan dianggap ingkar perintah kerana membabitkan arahan bertugas, oleh itu, kita sedia maklum semua kakitangan, termasuk guru adalah penjawat awam yang perlu menurut perintah dan berkhidmat untuk negara," katanya. Mengenai jumlah guru di sekolah yang tidak seimbang, Noh berkata, kementerian berkuasa menentukan penempatan guru di sesebuah sekolah untuk mengajar. "Ada negeri yang guru lebih, ada yang kurang, ada daerah kurang dan ada yang lebih, ini mungkin disebabkan kita terlalu mengikut kehendak guru yang mahu kementerian membuat pertimbangan semula berhubung penempatan mereka sebelum ini. "Kementerian akan menentukan penempatan mereka kerana lebih tahu keperluan guru. Jika guru mempunyai masalah kesihatan dan keselamatan dalam keluarga dan membuat rayuan, kita sedia pertimbangkan," katanya.

http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/06/dewan-rakyat-200-aduan-salah-laku-guru.html
23 JULY 2007

Guru mesti didik bukan dera pelajar


Berita Harian

ISU mengenai segelintir guru melepas geram kepada pelajar dengan tindakan tanpa mengikut peraturan dan menjejaskan nama baik dan etika profesionalisme dalam akhbar sejak akhirakhir ini, menarik perhatian. Kes dakwaan 22 murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Gayang, Tuaran ditampar kerana tidak menyiapkan kerja di rumah dan 200 pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Bawang Assan dekat Sibu, kena berendam dalam air kolam ikan kotor selama sejam kerana kesalahan seorang pelajar membuang tuala wanita dalam mangkuk tandas, adalah suatu tindakan keterlaluan serta memalukan warga guru yang mengutamakan prosedur dan garis panduan salah laku pelajar di sekolah. Biarpun guru mempunyai objektif dan niat murni untuk mendidik pelajar, pelaksanaan tindakan mesti rasional dan berfokus sahsiah dan selaras konsep Jeri iaitu keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang ingin diterapkan kepada pelajar. Tindakan menampar dan merendam dalam air kolam busuk amat berbahaya dan terdedah kepada gigitan serangga dan binatang bisa, malah penyakit kulit antara kesan jangka panjang. Apakah insurans dan cagaran yang ditanggung oleh guru seperti itu dalam usaha kerajaan menerap nilai murni dan modal insan. Zaman guru bengis dan tidak mesra pelajar sudah berlalu. Guru wajar dihormati bukan ditakuti. Pelajar akan berasa dihargai jika guru sering berdamping dan menasihati pelajar nakal. Umpamanya, menyedarkan pelajar bahawa mereka menjadi harapan ibu bapa untuk mengubah nasib sendiri dan keluarga. Mereka belajar pelbagai ilmu dan kemahiran serta nilai di sekolah agar menjadi ahli masyarakat mulia dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Memang tidak dinafikan salah laku dan disiplin pelajar merunsingkan semua pihak. Apatah lagi kini pelajar terdedah kepada persekitaran dan media yang memerlukan guru cakna dan waras dalam tindakan. Guru harus banyak bersabar dan tabah menghadapi kerenah pelajar dewasa ini. Rasionalnya mereka budak yang nakal, berbuat salah dan silap tetapi manusia yang bernama guru menerima tanggungjawab mendidik, mengajar, mengasuh dan membentuk manusia yang bakal menjadi warganegara berprinsipkan Rukun Negara.

Guru harus menerima risiko diancam pelajar, kenderaan dicalar atau dibocorkan tayar atau paling menyusahkan guru apabila kes mahkamah membabitkan guru. Malah, tindakan tatatertib juga adalah prosedur dan etika dalam perkhidmatan awam menanti guru yang melepas geram ketika bertugas. Biar apapun bebanan tugas dan disiplin pelajar yang dihadapi, guru mesti berpegang pada nilai murni. Usaha mendidik dan membangunkan nilai manusia tidak semudah membina bangunan. Sekali gus guru disanjung kerana maruah dan disiplin keilmuan. Jangan nila setitik rosak susu sebelanga.

http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/07/guru-mesti-didik-bukan-dera-pelajar.html
NUGERAH Industri Muzik (AIM) kali ke-16 baru sahaja melabuhkan sauhnya. Artis-artis yang ditabalkan sebagai pemenang dalam kategori masing-masing pulang dengan hadiah-hadiah lumayan yang ditawarkan oleh pihak penganjur. Pengiktirafan demi pengiktirafan dihamparkan kepada golongan artis atas jasa menghiburkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira tua mahu pun muda. Malah artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu negara telah meraih sebanyak lebih daripada 150 anugerah seni dalam dan luar negara hasil daripada nyanyiannya yang berjaya menghibur para pendengar. Terbaru, Tomok pula dianugerahkan dengan ganjaran RM1 juta kerana memenangi pertandingan One In A Million. Meet Uncle Hussain juga tidak kurang hebatnya apabila telah mengungguli tiga anugerah hiburan berprestij tahun ini iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-23, Anugerah Bintang Popular dan AIM ke-16. Di sudut yang lain, doktor yang bergadai nyawa siang dan malam menyelamatkan nyawa ribuan manusia jarang diberi penghormatan sebesar itu, malah sering dipersalahkan atas kelemahan dan kecuaian yang berlaku. Mungkin tidak ramai yang prihatin apabila para doktor dan jururawat sentiasa berada di barisan hadapan setiap kali negara dilanda wabak penyakit yang merungsingkan semua. Lihat sahaja ketika ini, di saat seluruh dunia bimbang akan penyebaran virus influenza A (H1N1), para doktor berkorban nyawa, menanggung risiko kemungkinan dijangkiti wabak itu, apabila mereka dipertanggungjawabkan dengan tugas memeriksa setiap pelawat yang tiba di pintu masuk utama negara. Mereka dikerah bertugas siang dan malam semata-mata bagi mengawal penyebaran wabak ini kepada rakyat Malaysia.

Perkara serupa juga berlaku ketika negara diserang virus JE dan virus Nipah. Para doktor dan jururawat jugalah yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia, sehingga ada di kalangan mereka yang turut dijangkiti virus itu. Selayaknya para doktor dan jururawat diberi penghormatan yang sebesar-besarnya atas jasa bakti menyelamatkan seluruh warga negara Malaysia tanpa mengira kaum dan ikutan agama daripada dijangkiti penyakit berbahaya ini. Kecuaian yang mungkin dilakukan oleh sesetengah pengamal perubatan tidak wajar dijadikan alasan untuk memperlekehkan mereka, sehingga seolah-olah segala jasa bakti kepada negara dilupakan begitu sahaja. Sebagai manusia biasa yang tidak maksum, semua perlu sedar bahawa kekurangan dan kealpaan merupakan sifat semula jadi manusia. Malah yang afdal, segala kelemahan dan kecuaian yang berlaku diganti dengan usaha-usaha penambah baikkan untuk manfaat bersama. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: ''Semua anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat, berhenti daripada melakukan kesalahan itu.'' Golongan guru juga sering menerima nasib yang sama. Setiap kali pelajar dihukum kerana kenakalan anak-anak, mereka dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kata-kata nista. Masyarakat kelihatan alpa dengan cabaran dunia pendidikan masa kini yang jauh berbeza daripada zaman lalu. Sering kali dilaporkan berita murid membelasah guru dan tidak kurang juga terdapat laporan-laporan yang melibatkan salah laku guru. Semua ini berlaku kerana faktor persekitaran yang turut menyumbang kepada masalah yang berlaku. Oleh itu, ungkapan guru umpama lilin, membakar diri untuk kebahagiaan orang lain selayaknya dihayati dengan rasa tanggungjawab bersama. Ini kerana tugas memberi pendidikan tidak hanya terbatas kepada guru di sekolah sepenuhnya. Ibu bapa juga wajar memainkan peranan sebagai pendidik kepada anak ketika mereka di rumah. Malah jika diteliti, mereka lebih lama berada di rumah berbanding di sekolah yang hanya memakan masa lebih kurang tujuh hingga lapan jam sahaja sehari. Ibu bapa juga disaran menjadi contoh teladan terbaik kepada anak-anak dengan sentiasa melakukan ketaatan dan kebajikan. Amalan solat berjemaah bersama seluruh ahli keluarga selain dapat merapatkan hubungan dengan Allah SWT juga mampu menjadi mekanisme terbaik kepada pendidikan anak-anak. Tulisan ini tidak bermaksud untuk menyatakan isu betul dan salah, sebaliknya marilah kita seluruh warga negara atas prinsip One Malaysia, bersama berganding bahu

memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku. Amalan menuding jari menyalahkan orang lain tidak akan memberi apa-apa kebaikan untuk kejayaan bersama. Adalah lebih manis jika cadangan-cadangan penambahbaikkan disalurkan kepada pihak-pihak tertentu agar perkara serupa tidak berulang kembali. MOHD. ALI MUHAMAD DON Pensyarah Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya, Johor Bahru UMO

Anda mungkin juga menyukai