Anda di halaman 1dari 12

PEMIMPIN YANG DISANJUNG & CIRI-CIRI ISTIMEWA

Disediakan oleh : Ammar b. Abdul aziz Mohamad Fikri Bin Mohd Sazali

NABI MUHAMMAD S.A.W.

AKHLAK RASULULLAH MELALUI KEPIMPINAN


Adil Pengorbanan Berfikiran jauh Jujur dan bijaksana Bertanggungjawab Tegas dan tetap pendirian Terbuka dalam menentukan keputusan

ADIL

Dengan sifat tersebut, kemakmuran hidup orang yang dipimpin menjadi lebih terjaga daipada sebarang penyelewengan terutama daripada pihak atasan dan juga penindasan orang yang kuat terhadap orang yang lemah. Begitu juga dengan Rasulullah, keadilan yang diamalkan baginda terserlah apabila baginda mengatakan bahawa baginda sanggup menghukum anaknya Fatimah dengan hukum hudud sekiranya beliau melakukan maksiat.

PENGORBANAN

Pengorbanan yang dilakukan oleh Rasulullah saw tidak terhingga banyaknya samada dari segi nyawa, harta, keluarga dan sebagainya sebagaimana yang kita telah saksikan daripada rentetan-rentetan sirah yang berlaku terutama sewaktu umat Islam menerima tentangan yang begitu hebat di Makkah.

BERFIKIRAN JAUH

Dalam menyebarkan Islam, Rasulullah saw tidak sahaja menyebarkannya di Makkah dan Madinah. Malah, baginda telah menyebarkannya ke Habsyah(Ethiopia) dan Thaif. Ketika mencuba nasib di Thaif, baginda dan Zaid bin Harithah telah dilayan dengan begitu teruk oleh masyarakat setempat seprti dibaling dengan batu dan najis.

BERFIKIRAN JAUH

Apabila malaikat menawarkan untuk menghempap gunung ke atas mereka, baginda menolaknya dengan harapan semoga generasi mereka yang akan datang menerima ajaran Islam yang dibawa oleh baginda atupun pengikutnya.

JUJUR DAN BIJAKSANA

Kejujuran baginda membawa kepada gelaran alAmin oleh masyarakat Makkah yang bermaksud yang dipercayai. Sebagai seorang yang bijaksana juga, baginda banyak menyelesaikan masalah yang timbul dalam masyarakat terutama yang melibatkan isu perkauman. Contohnya, peristiwa peletakan Hajarul Aswad kembali ke tempat asalnya selepas kejadian banjir. Selesainya masalah tersebut, pertelingkahan antara kaum juga dapat dielakkan.

BERTANGGUNGJAWAB

Rasulullah saw merupakan seorang pemimpin yang sangat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugaan baginda samada sebagai utusan Alllah, pemimpin masyarakat, ketua keluarga dan sahabat kepada kenalannya. Setiap tindakan yang diambil adalah berdasarkan wahyu atau perintah Allah. Baginda tidak mengikut gerak hati dalam membuat keutusan untuk satusatu perkara

TEGAS DAN TETAP PENDIRIAN

Rasulullah saw merupakan seorang yang tegas dan tetap pendiriannya.Dalam satu peristiwa sewaktu kafir Quraisy sudah buntu untuk melemahkan usaha dakwah baginda melalui penyeksaan fizikal, mereka memberi pelbagai tawaran kepada Rasulullah saw dengan syarat baginda mesti berhenti berdakwah seperti harta yang banyak dan wanita-wanita yang cantik.

TEGAS DAN TETAP PENDIRIAN

Namun, ketika itulah berlakunya peristiwa yaitu Rasulullah menegaskan : "Demi Allah, seandainya mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiri ku, aku tetap tidak akan meninggalkan urusan dakwah ini, sehingga ianya dimenangkan oleh Allah, atau aku dibinasakan dalam usaha untuk menuntutnya"

TERBUKA DALAM MENENTUKAN KEPUTUSAN

Sikap baginda yang mengutamakn mesyuarat dalam setiap keputusan adalah antara resipi kejayaan kepimpinannya. Baginda bukan jenis pemimpin yang melakukan sesuatu mengikut keputuan sendiri sebaliknya sentiasa meminta pendapat daripada pengikutnya. Bagi sesetengah hal pula, orang-orang yang berkepakaran(ahli) dalam bidang-bidang tertentu diberi keutamaan untuk menentukan apa yang patut dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai