Anda di halaman 1dari 15

TEKANAN EMOSI GURU

NUR ZAHIDAH BT SUBRI


NURFARAHIM BT ADNAN
NURUL SYUHADA BT ZAKARIA
SITI KHADIJAH SAHIDA ABD MAJID
NUR SYAMIRA BT MOHD SHUKRI

Definisi 'Stress'
'Stress' atau tekanan melibatkan penggunaan semua sistem yang ada
dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan
mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan
usaha yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan
dengan alam sekitar.

Robbins, 1993, menerangkannya sebagai:


Suatu keadaan yang dinamik yang menyebabkan individu berdepan
dengan peluang, kekangan atau desakan terhadap apa yang
dihasratkan. Pada masa yang sama wujud ketidakpastian akan hasilnya
dan hasil tersebut adalah penting kepada individu tersebut.

Secara keseluruhannya 'stress' adalah:


Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran
Gangguan fungsi kehidupan
Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan
masalah, kekangan dan desakan hidup
Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat
yang negatif
Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan
ketegangan kepada individu
Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak
balas kimia dalam tubuh
Hakikatnya 'stress' itu normal dan berlaku kepada setiap insan. Kita
memerlukan 'stress' sebagai peransang. Namun apabila stress itu
tidak boleh dikendalikan ia akan membebankan kita

Tahap-tahap stress
Kehidupan seharian memang terdedah kepada
stress, jalanraya yang sesak, anak-anak yang degil
dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat,
cuaca yang semakin panas dan tidak menentu
semuanya boleh menyumbang kepada
pembentukan stress. Kita perlu menyedari tahap
stress dalam diri. Jika kita sentiasa mengabaikan
dan memberi penyembuhan yang betul, tahap
stress ini akan meningkat perlahan-lahan dan boleh
mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress
tidak terkawal seperti amuk, masalah mental dll

Terdapat tiga peringkat stress yang


perlu dikenalpasti iaitu:
Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga
Simptom-simptomnya seperti kegelisahan,
mudah berasa bimbang, ketakutan, marah dan
murung
Tahap penentangan
Simptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan
perasaan kecewa iaitu tidak merasa sedih memikirkan
kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi
terdahulu

Tahap kelesuan

Simptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa harga diri, sukar untuk tidur, terlalu
mudah marah, kebimbangan tidak bertempat, masalah gangguan fizikal seperti mendapat
penyakit yang berpunca dari stress seperti darah tinggi, migraine, ulser dll

Apabila kita stress, otak akan memberi isyarat untuk berjaga-jaga bagi menghadapi stress
atau ancaman yang merangsang kelenjar mengeluarkan hormon glukokortikoid yang
mengawal metabolisme dan membina tubuh tetapi boleh meracuni saraf dan sistem lain
dalam badan apabila dikeluarkan berlebihan dan berpanjangan.

Rembesan hormon dan kimia otak ini akan menyebabkan pertambahan dengupan jantung,
denyutan nadi dan kandungan gula dalam darah. Seseorang akan menjadi lebih bersedia
khususnya dari segi penglihatan denga bukaan anak mata yang membesar, peningkatan daya
tumpuan dan ingatan, peningkatan kadar pembakaran gula dan lemak membuatkan
seseorang itu berasa panas serta dapat bergerak dengan pantas.

Oleh itu adalah sangat penting bagi kita untuk mengawal tahap stress secara sihat seperti
beriadah, bersosial, membuat jenaka ketika membincangkan permasalah yang berat,
menolong orang, mengangap permasalahan sebagai cabaran yang dipandang dari sudut
positif.

Elakan daripada penafian terhadap masalah/stress yang mendatang dengan mengalih stress
kepada orang lain seperti memarahi orang lain atas kesilapan diri, menuduh stress berpunca
dari orang lain dan menyalahkan orang lain, pelupakan masalah/stress dengan merokok,
minum arak dll.

Bukti guru stress


Di Malaysia, persoalan tekanan dalam kalangan guru bukan lagi setakat bahan kajian
ilmiah, malah menjadi isu dalam media masa. Menurut Muhamad (1995) , kajian oleh
Kongres Kesatuan Guru-guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES)
menunjukkan guru-guru mengeluh terhadap kerja-kerja persediaan guru seperti
menyediakan perancangan tahunan, penggal, mingguan, dan harian.
Dalam konteks negeri Sarawak, Menteri Pembangunan Industri, Datuk Abang Johari
Abang Haji Openg selaku menteri yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pendidikan
telah menjelaskan sebab-sebab mengapa 75 guru di Sarawak telah meninggalkan
profesion perguruan (semenjak 1993 hingga Mei 1996).
Antara alasannya ialah masalah peribadi, tawaran yang lebih baik, tidak mahu
berjauhan dengan keluarga, persekitaran kerja yang tidak sesuai dan beban tugas yang
berat (Borneo Post, 1996). Perubahan yang berlaku dalam dunia pendidikan
terutamanya masalah pelajar, bebanan kerja , isu SSB, dan perubahan dasar yang tidak
pernah selesai. Kesemua ini menuntut perubahan pandangan guru terhadap
persekitaran mereka. Perubahan ini pasti menyebabkan tekanan ke atas guru.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai