Anda di halaman 1dari 47

Lorong Midaq

Hamida menerima lamaran


Salim Alwan

Bab 18

Peristiwa penting Bab 18


Umm Hamida pulang ke rumah untuk memberitahu Hamida tentang
lamaran Salim Alwan untuk menjadikan gadis itu isterinya
Hamida berasa sangat gembira kerana dilamar ole seorang lelaki yang kayaraya yang boleh memberinya kehidupan yang dipenuhi kemewahan yang
diimpkannya
Namun begitu, berlaku konflik di antara dua perempuan itu kerana Hamida
telah pun bertunang dengan Abbas dan Hamida berasa marah terhadap
Abbas kern menghalang cita-citanya.
Umm Hamida pergi bertemu dengan Radwan Hussainy untuk mendapatkan
nasihat dan Hamida memikirkan tentang lamaran itu dan memikirkan
tentang Abbas

Umm Hamida pulang untulk memberitahu Hamida tentang


nasihat yang diberikan oleh Salim Alwan dan Hamida berasa
march terhadap lelaki tua itu
Hamid menerima lamaran lelaki until menjadikannya sebagai
isterinya
Pada keesokan hari, Umm Hamida pergi ke pejabat Salim Alwan
untuk memberitahu tentang berita pertunangan itu tetapi
sebaliknya mendapat berita bahawa lelaki tua itu mendapat
serangan jantung pada malam sebelum itu.

Persoalan
Persoalan tentang ketidaksetiaan seorang gads terhadap tunangnya
Hamida yang meupakan tunang Abbas sanggup memutuskan pertunangan
mereka demi mencapai cita-citanya untuk hidup mewah
Teknik: Pemerian
Kesan: Menguatkan perwatakan Hamida sebagai seorang yang tidak setia

Persoalan tentang anak muda yang tidak menghormati orang tua


Hamida memaki Radwan Hussainy yang tidak bersetuju dengan
keputusannya untuk bertunang dengan Salim Alwan
Teknik: Dialog
Kesan: Memperkukuhkan perwatakan Hamida sebagai seorang yang tidak
beradab

Persoalan tentang sikap materialistik seorang perempuan


Hamida yang telah pun bertunang dengan Abbas memutuskan
ikatan itu tanpa ragu-ragu apabila seorang lelaki yang lebih kaya
daripada tunangnya itu meminangnya
Teknik: Pemerian
Kesan: Memperkukuhkan perwatakan Hamida sebagai gadis
yang inginkan harta

Watak dan Perwatakan


Hamida
Seorang gadis yang cantik
Merupakan tunang Abbas
Seorang yang materialistik
Sanggup memutuskan pertunangannya dengan Abbas untuk
berkahwin dengan Salim Alwan yang jauh lebih kaya daripada Abbas
Teknik: Pemerian
Kesan: Menimbulkan konflik antara dia dan ibunya

Seorang yang tidak setia


Memutuskan pertunangannya kerana ingin berkahwin dengan Salim Alwan
yang kaya-raya
Teknik: Dialog & Pemerian
Kesan: Memperkukuhkan persoalan tentang ketidaksetiaan seorang gadis
terhadap tunangnya

Seorang yang tidak berhati perut


Sanggup memutuskan pertunangannya dengan Abbas tanpa ragu-ragu
suatu pandangan jahat terpancar dalam mata anak gadis itu dan
menghancurkan kecantikannya (m/s 220 perenggan 4)
Teknik: Dialog & Pemerian
Kesan: Menimbulkan konflik antara Hamida dan ibunya

Seorang yang keras hati


Tidak mahu menerima nasihat Radwan Hussainy kerana impiannya
hampir tercapai (m/s 225)
Teknik: Dialog antara Hamida dan ibunya
Kesan: Menimbulkan konflik antara Hamida dan ibunya

Seorang gadis yang tidak beradab


Dia memaki Radwan Hussainy kerana tidak mahu lelaki itu masuk
campur dalam urusan pertunangannya(m/s 224)
Teknik: Dialog dan pemerian
Kesan: Mengukuhkan persoalan tentang anak muda yang tidak
menghormati orang tua

Seorang yang kuat marah


Dia berasa marah terhadap ibunya kerana ibunya ingin meminta nasihat
daripada Radwan Hussainy kerana dia tidak mahu lelaki itu masuk campur
dalam urusan pertunangannya (m/s 224 perenggan 1)
Teknik: Dialog
Kesan: Berlaku konflik antara Hamida dan ibunya.

Seorang yang tidak kisah akan pandangan orang lain terhadap dirinya
Hamida tidak kisah akan pandangan orang lain terhadapnya apabila dia
membuat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan Abbas
untuk bertunang dengan Salim Alwan (m/s 221 perenggan 3)
Teknik: Dialog antara Hamida dan ibunya
Kesan: Memperkukuhkan perwatakan Hamida sebagai seorang yang
materialistik

Umm Hamida
Ibu angkat kepada Hamida
Seorang penemu jodoh
Seorang yang rasional
Pergi berjumpa dengan Radwan Hussainy untuk meminta nasihatnya
untuk menyelesaikan konflik dalamannya tentang pertunangan Hamida
dan lamaran Salim Alwan(m/s 221)
Teknik: Dialog antara Umm Hamida dan Hamida
Kesan: Menimbulkan konflik antara dirinya dan juga anaknya kerana
anaknya tidak mahu Radwan Hussainy masuk campur dalam urusannya

Seorang yang iri hati


Umm Hamida iri hati anaknya berjaya memikat Salim Alwan (m/s
217)
Teknik: Monolog dalaman Umm Hamida & Pemerian
Kesan: Menimbulkan konflik dalam diri Umm Hamida tentang lamaran
Salim Alwan untuk anaknya

Suka bergaduh
Umm Hamida ingin bertengkar dengan anaknya berkenaan lamaran
Salim Alwan kepada anaknya(m/s 199 perenggan terakhir)
Teknik: Pemerian
Kesan: Menimbulkan konflik antara Umm Hamida dan anaknya

Penyayang
Umm Hamida tidak meragui keputusan yang dibuat oleh anaknya
(m/s 220 perenggan 5)
Teknik: Pemerian
Kesan: Menimbulkan konflik dalam dirinya apabila anaknya
membuat keputusan serta merta tanpa perasaan ragu-ragu

Radwan Hussainy
Seorang wali Allah
Seorang yang alim
Umm Hamida berjumpa dengannya untuk meminta nasihat
Teknik: Pemerian
Kesan: Menimbulkan konflik antara Umm Hamida dan anaknya

Salim Alwan
seorang yang kaya raya dan sangat dihormati
telah melamar Hamida untuk menjadi isterinya

Abbas
Tunang Hamida
Pertunangan mereka diputuskan serta merta apabila Hamida
dilamar oleh seorang lelaki yang jauh lebih kaya daripadanya

Plot
Eksposisi
Umm Hamida pulang ke rumah untuk memberitahu Hamida tentang
lamaran oleh seorang lelaki kaya raya untuk berkahwin dengan gadis
itu
Hamida sedang menyisir rambutnya terkejut mendengar berita itu dan
tertanya-tanya siapakah lelaki itu
Umm Hamida memberitahunya bahawa lelaki itu adalah Salim Alwan

Perkembangan
Hamida berasa gembira kerana impiannya untuk hidup kaya raya bakal
dicapai
Umm Hamida berasa takjub dengan keputusan Hamida yang begitu cepat
membuat keputusan untuk menerima lamaran Salim Alwan
Umm Hamida mengingatkan Hamida tentang Abbas tetapi gadis itu
bersikap acuh tak acuh dan menyuruh ibunya membiarkan sahaja
tunangnya itu dan tidak kisah akan pandangan orang lain terhadapnya
kerana dia bakal mencapai impiannya.
Umm Hamida membuat keputusan untuk berjumpa dengan Radwan
Hussainy untuk mendapatkan nasihat tetapi Hamida membatah. Namun
begitu, wanita tua itu tidak mengendahkan bantahannya.

Hamida memikirkan tentang lamaran Salim Alwan dan memikirkan


nasibnya sekiranya dia berkahwin dengan Abbas
Umm Hamida pulang dan memberitahu Hamida tentang nasihat
Radwan Hussainy. Hal ini menyebabkan Hamida marah dan berlaku
konflik antara Hamida dan ibunya.
Umm Hamida berpura-pura bersetuju dengan kata-kata Radwan
Hussainy tetapi dapat dikesan oleh anaknya
Akhirnya, Hamida dan ibunya bersetuju supaya dia bertunang
dengan Salim Alwan
Umm Hamida pergi ke pejabat Salim Alwan pada esok paginya untuk
mengesahkan pertunangan anaknya

Klimaks
Umm Hamida mendapat berita bahawa Salim Alwan mendapat
serangan jantung pada malam sebelumnya

Peleraian

Berita itu bagaikan panahan halilintar yang terkena pada Umm


Hamida

Unsur Plot
Konflik
Konflik luaran
Konflik antara Hamida dan ibunya apabila ibunya meminta nasihat Radwan
Hussainy membuatkan gadis itu membantah dan memaki Hussainy

Kesan: Memperkukuh perwatakan Hamida sebagai seorang gadis yang biadab

Konflik antara Hamida dan ibunya kerana ibunya tidak bersetuju anaknya
begitu cepat membuat keputusan untuk memutuskan pertunangannya dengan
Abbas

Kesan: Memperkukuh perwatakan Umm Hamida sebagai seorang yang rasional

Konflik dalaman
Umm Hamida berasa tersepit antara lamaran Salim Alwan untuk anaknya dan
pertunangan anaknya dengan Abbas
Kesan: Menimbulkan konflik luaran antara Hamida dan ibunya

Suspen
Pembaca tertanya-tanya apakah nasihat yang bakal diberikan oleh Radwan
Hussainy berkenaan keputusan Hamida untuk bertunang dengan Salim Alwan
Teknik: Pemerian (m/s 223 perenggan 3)

Ketegangan
Pembaca tertanya-tanya apa yang berlaku kepada Salim Alwan dan Hamida
selepas mendapat tahu bahawa lelaki itu mendapat serangan jantung dan kii
terlantar sakit

Kejutan
Umm Hamida pergi ke pejabat Salim Alwan untuk mengesahkan pertunangan
anaknya dengan Salim Alwan tetapi mendapat beritahu bahawa Salim Alwan
mendapat serangan jantung pada malam sebelum itu.
Teknik: Pemerian

Teknik Plot
Monolog Dalaman
Hamida memikirkan tentang Abbas yang merupakan tunangnya dan
menggambarkan masa depannya jika dia berkahwin dengan Abbas
Kesan: Memperkukuhkan perwatakan materialistik Hamida

Dialog
Dialog antara Hamida dan ibunya ketika ibunya bertanya tentang
pendapatnya tentang lamaran Salim Alwan
Dialog antara Hamida dan ibunya apabila ibunya pulang daripada
meminta nasihat Salim Alwan
Kesan: Memperkukuhkan perwatakan biadab Hamida

Latar
latar tempat
Rumah Umm Hamida
Pejabat Salim Alwan

Latar masyarakat
Masyarkat yang materialistik

Hamida memutuskan ikatan pertunangannya tanpa pertimbangan apabila


menerima lamaran daripada Salim Alwan(m/s 223 perenggan 2)

Teknik: Pemerian

Kesan: Menimbulkan konflik antara Hamida dan ibunya

Masyarakat yang tidak beradab


Hamida memaki Radwan Hussainy yang merupakan seorang yang
alim dan warak yang memberikannya nasihat
Teknik: Dialog antara Hamida dan ibunya
Kesan: Memperkukuhkan perwatakan Hamida sebagai gadis yang
tidak beradab

Masyarakat yang rasional


Untuk menyelesaikan konflik dalamannya, Umm Hamida pergi
berjumpa dengan Radwan Hussainy untuk mendapatkan nasihat
Teknik: Dialog
Kesan: Menimbulkan konflik antara Umm Hamida dan anaknya kerana
anaknya tidak mahu Radwan Hussainy masuk campur dalam
urusannya

Masyarakat yang tidak mempunyai perasaan malu


Hamida tidak malu untuk dilabel apa-apa pun oleh masyarakat sekelilingnya
asalkan dia dapat berkahwin dengan orang yang kaya(m/s 221 perenggan 3)
Teknik: Dialog antara Umm Hamida dan anaknya
Kesan: Memperkukuh perwatakan Hamida sebagai gadis yang materialistik
dan tidak kisah dengan pandangan masyarakat terhadap dirinya

Masyarakat yang bersikap iri hati


Umm Hamida berasa iri hati terhadap anaknya kerana anaknya berjaya
menarik perhatian seorang lelaki yang terhormat dan kaya raya (m/s 217 &
218)
Teknik: Pemerian
Kesan: Mengukuhkan perwatakan Umm Hamida sebagai seorang yang
bersikap iri hati

Peristiwa Penting Bab 19


Terdapat satu pavilion yang sedang didirikan untuk kempen pilihan
raya Ibrahim Farhat
Kemudian parti dimulakan. Ibrahim Farhat melawat warung kopi Kirsha
untuk meminta pertolongan lelaki itu untuk kempen pilihan rayanya
Pengarang menceritakan tentang sejarah penglibatan Kirsha dalam
politik
Farhat berjanji bahawa dia tidak terikat dengan apa-apa parti politik
dan ingin mempertahankan prinsip-prinsip Saad Zaqhloul. Sebelum
beliau pulang, beliau meminta Syeikh Darwish mendoakannya
Ucapan Ibrahim Farhat tersebar kepada orang ramai dan pavilion itu
telah pun dipenuhi orang ramai

Sebelum calon itu memulakan ucapannya, suasana di kawasan itu


berubah menjadi seperti suatu perayaan
Hamida pulang dari perjalanan petangnya dan berasa begitu teruja
melihat suasana di pavilion itu.
Semasa sedang asyik menikmati suasana di pavilion itu, Hamida
perasan bahawa dia sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang
bertentangan arahnya
Lelaki itu dengan sengaja menghalang pemandangan Hamida dan
perbuatan itu membuatkan Hamida marah
Hamida tidak jadi untuk menengking lelaki itu
Kemudian Hamida pulang ke rumah dan memerhatikan lelaki itu yang
kini berada di warung kopi Kirsha dari jendelanya.

Persoalan
Persoalan tentang penglibatan seseorang dalam politik

Kirsha dahulu begitu aktif semasa kempen politik diadakan dan begitu terkenal
dalam bidang politik(m/s 232 perenggan terakhir)

Teknik: Pemerian
Kesan: Mewujudkan unsur kejutan kepada pembaca tentang perwatakan Kirsha
yang aktif dalam politik

Persoalan tentang sikap berpura-pura seseorang


Untuk memenangi pilihan raya, Ibrahim Farhat cuba menarik minat masyarakat
di lorong Midaq dengan memberikan kata-kata janji bahawa dia bukanlah
seorang yang terikat dengan mana-mana parti politik, danberkata bahawa
zaman rasuah sudahpun berlalu tetapi dia sendiri memberi rasuah untuk
meluaskan pengaruhnya kepada pemilik-pemilik warung di lorong Midaq seperti
Kirsha(m/s 235&236)
Teknik: Dialog Ibrahim Farhat dengan pengunjung warung kopi Kirsha
Kesan: Memperkukuh perwatakan Ibrahim Farhat sebagai seorang yang hipokrit

Persoalan tentang sikap panas baran seseorang gadis


Hamida berasa marah kepada lelaki yang memerhatinya itu kerana dia asyik
memerhatikannya yang menyebabkan dia hilang fokus pada persembahan
nasyid yang sedang didendangkan (m/s 241 perenggan terakhir)
Teknik: Pemerian
Kesan: Memperkukuh perwatakan Hamida sebagai seorang yang kuat marah

Persoalan tentang rasuah


Ibrahim Farhat menawarkan 15 paun kepada pekerja warung-warung di
lorong Midaq untuk memberikan sokongan kepadanya (m/s 232 perenggan
7)
Teknik: Pemerian
Kesan: Memperkukuh perwatakan Ibrahim Farhat yang hipokrit

Watak dan Perwatakan


Ibrahim Farhat
seorang calon bebas pilihan raya
Gemuk, pendek, berjalan dengan lagak yang sombong
Seorang yang hipokrit
Memberi rasuah untuk mendapatkan sokongan dalam pilihan raya
terutama daripada Kirsha padahal beliau dalam ucapannya berkata
bahawa zaman rasuah telah pun berlalu (m/s 232 &236)
Teknik: Pemerian & Dialog antara Farhat dan pengunjung warung
Kesan: Mengukuh persoalan tentang sikap berpura-pura seseorang

Seorang yang sangat teliti


Membuat pemeriksaan yang teliti ke atas anggaran perbelanjaannya dan
berbelanja apabila benar-benar perlu sahaja (m/s 230)
Teknik: Pemerian
Kesan: Mengetengahkan latar masyarakat yang teliti

Kirsha
pemilik sebuah warung kopi di lorong Midaq
Pernah terlibat secara aktif dalam kempen politik.
Terkenal pada zaman mudanya kerana telah merancang sebuah
kebakaran besar yang memusnahkan syarikat perniagaan rokok
Yahudi di medan Hussain (m/s 232 perenggan terakhir)
Teknik: Pemerian
Kesan: Menimbulkan unsur kejutan kepada pembaca kerana tidak
menyangka bahawa Kirsha pernah terlibat dalam politik

Seorang penerima rasuah


Semasa penglibatannya dalam dunia politik, Kirsha dikatakan pernah menerima
rasuah daripada calon parti Wafd
Kini dia sudah bersedia menerima rasuah
Teknik: Pemerian

Kesan: Mengukuhkan persoalan tentang rasuah


Kagum terhadap Hitler
Kirsha mendoakan kejayaan Hitler dalam perang dunia kedua kerana
menganggap Hitler adalah pahlawan lagenda dalam kesusasteraan Antar dan
ABu Zaid
Teknik: Pemerian
Kesan: Menimbulkan unsur kejutan kepada pembaca tentang fahaman politiknya

Hamida
Seorang gadis yang suka akan suasana yang meriah
Berasa begitu teruja apabila melihat suasana yang menggembirakan di
pavilion.
Teknik: Pemerian
Kesan: Memperkukuh latar masyarakat yang suka akan keraian

Seorang yang panas marah


Berasa amat marah kepada lelaki yang memerhatikannya di pavilion kerana
mengganggu fokusnya sehingga menyebabkannya ingin memaki hamun
lelaki itu di khalayak ramai tetapi membatalkan niatnya
Teknik: Pemerian
Kesan: Memperkukuh persoalan tentang sikap marah seseorang

Syeikh Darwish
dianggap sebagai seorang yang alim oleh Farhat

Plot
Eksposisi
Sebuah pavilion didirikan di lorong Midaq yang menimbulkan rasa
tidak senang hati pada Pak Cik Kamil
Difahamkan bahawa pavilion itu didirikan unutk kempen pilihanraya
sebuah parti politik
Terdapat dua orang pemuda sedang berkempen agar orang ramai
mengundi Ibrahim Farhat dengan melagukan janji-janji calon itu dan
menampal poster calon itu

Perkembangan
Tibanya waktu tengah hari, pavilion itu telah pun siap dan kawasan itu
kembali tenang
Pada waktu petang, Ibrahim Farhat tiba di kawasan itu untuk memulakan
operasi kempennya.
Di belakangnya anak-anak muda seolah-olah berzikir bahawa Ibrahim
adalah wakil mereka secara berterusan sehinggalah kawasan pavilion itu
dipenuhi orang
Ibrahim Farhat bergerak ke lorong Midaq dan diikuti oleh para
pengikutnya dan mendekati pemilik-pemilik kedai di lorong itu
Ibrahim Farhat tiba di warung itu dengan niat untuk memenangi hati
Kirsha untuk membantunya dalam kempen politiknya

Sejarah penglibatan Kirsha dalam politik diceritakan oleh pengarang.


Kemudian Ibrahim Farhat meninggalkan warung tersebut
Pavilion dipenuhi orang ramai dan pelbagai persembahan telah
dipersembahkan sebelum Farhat memulakan ucapannya
Suasana begitu meriah sehingga membuatkan Hamida berasa teruja

Klimaks
Hamida perasan ada seorang lelaki sedang memerhatikannya dan
perkara itu mengganggunya dan menyebabkannya naik angin
terhadap lelaki itu

Peleraian
Hamida membatalkan niatnya dan pulang ke rumah
Dia berasa puas apabila lelaki itu tercari-cari di mana Hamida
berada
Dia juga seronok apabila dia mendapat perhatian lelaki itu
Baginya peristiwa itu adalah peristiwa yang tidak dapat
dilupakannya.

Unsur Plot
Konflik
Konflik luaran antara Hamida dengan lelaki di pavilion kerana lelaki itu
menaikkan kemarahan Hamida sehingga membuatkannya ingin memaki
hamun lelaki itu di khalayak ramai
Kesan: Memperkukuh perwatakan Hamida yang panas baran

Suspen
Pembaca tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki yang membuat
Hamida itu berasa marah

Kesan: Memperkukuh sifat pemarah Hamida

Pembaca tertanya-tanya adakah Hamida akan menengking lelaki itu di


khalayak ramai seperti yang diniatkannya itu

Kesan: Menimbulkan unsur kejutan apabila Hamida melupakan niat tersebut


dan pulang ke rumah

Kejutan
Pembaca terkejut apabila mendapat tahu bahawa pada suatu ketika
dahulu Kirsha pernah terlibat dalam kempen politik
Kesan: Memperkukuh perwatakan Kirsha yang merupakan seorang
penerima rasuah
Pembaca juga terkejut apabila Hamida melupakan niatnya untuk
memarahi lelaki di pavilion itu kerana Hamida merupakan seorang yang
panas baran dan tidak mempunyai perasaan segan silu
Kesan: Menimbulkan unsur ketegangan kepada pembaca tentang apa
yang akan berlaku kepada mereka berdua

Teknik Plot
Dialog
Dialog antara Ibrahim Farhat dan pengunjung warung Kirsha tentang
janjinya sebagai wakil rakyat
Kesan: Memperkukuhkan perwatakan Farhat yang hipokrit

Deskriptif
Pengarang menceritakan tentang sejarah penglibatan Kirsha dalam
dunia politik
Kesan: Menimbulkan unsur kejutan kepada pembaca tentang
penglibatan Kirsha dalam politik

Monolog dalaman
Hamida berasa puas hati apabila melihat lelaki di pavilion itu tercaricari di mana kelibat Hamida
Kesan: Menimbulkan unsur ketegangan tentang apa yang akan
berlaku kepada dua insan tersebut selepas itu

Latar Masa
Pada waktu pagi
Peristiwa: Suasana bising di lorong Midaq kerana sebuah
pavillion sedang didirikan
Pada waktu tengah hari
Peristiwa: Pavillion sudah siap didirkan
Pada waktu petang
Peristiwa: Ibrahim Farhat tiba di lorong Midaq

Latar Tempat
Lorong Midaq
Peristiwa: Sebuah pavillion didirikan sebagai tempat untuk kempen parti
politik Ibrahim Farhat
Pavilion
Peristiwa: ibrahim Farhat memberikan ucapan tentang kempen politiknya
Warung Kirsha
Peristiwa: Ibrahim Farhat berbual dengan pengunjung di situ dengan
harapan Kirsha dapat membantunya dalam kempen politiknya
Rumah Hamida
Peristiwa: Hamida memerhatikan lelaki yang sedang berada di warung
Kirsha melalui tingkapnya

Latar Masyarakat

Masyarakat yang terlibat dalam politik


Ibrahim Farhat merupakan seorang calon pilihan raya (m/s: 229)
Kesan: Memperkukuh persoalan tentang penglibatan politik seseorang
Kirsha yang juga pernah terlibat dalam kempen pilihan raya (m/s 232)
Kesan: Menimbulkan unsur kejutan kepada pembaca kerana tidak
menyangka bahawa Kirsha pernah terlibat dalam politik

Masyarakat yang terlibat dalam rasuah


Kirsha pernah menerima rasuah ketika zaman mudanya semasa dia masih
terlibat dalam dunia politik (m/s 233)
Kesan: Memperkukuh persoalan tentang rasuah
Ibrahim Farhat memberi 15 paun kepada pemilik warung kopi lain untuk
mendapatkan sokongan (m/s 232)
Kesan: Memperkukuh persoaln tentang rasuah

Masyarakat yang panas baran


Hamida berasa amat marah apabila lelaki di pavilion itu asyik
memerhatikannya sehingga dia berasa tidak selesa dan menyebabkannya
ingin memarahi lelaki di depan orang ramai (m/s 242 & 243)
Teknik: Pemerian
Kesan:Pengukuhan perwatakan Hamida yang panas baran

Masyarakat yang teliti


Ibrahim Farahat meneliti perbelanjaannya dengan rapi supaya beliau
hanya menggunakan wangnya apbila perlu sahaja (m/s 230)
Teknik: Pemerian
Kesan: Mengukuhkan perwatakan Ibrahim Farhat

Masyarakat yang taksub dengan pemimpin


Pemuda-pemuda di lorong Midaq berarak untuk menyebarkan agenda
supaya orang ramai menyokong Ibrahim Farhat (m/s 229 & 230)
Teknik: Pemerian
Kesan: Memperkukuh persoalan penglibatan masyarkat dalam politik

Anda mungkin juga menyukai