Anda di halaman 1dari 17

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS),

Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional, UTHM


Sem 2 Sesi 2016/2017
DR. AZMAN BIN HASAN
PENGENALAN

Rancangan Orientasi Sekolah (BBD 10500) adalah


kursus yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional (FPTV) kepada pelajar
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional.
Kursus ini memerlukan komitmen pelajar selama dua
(2) minggu bertujuan untuk memastikan pelajar
memiliki pengetahuan dan memahami sistem
persekolahan masa kini, peranan guru dan
tanggungjawabnya, dan aspek-aspek pengurusan
dan pentadbiran di sekolah dan bilik darjah.
SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi pendedahan khusus dan


pengetahuan asas kepada pelajar terhadap
sejarah sekolah, lokasi sekolah, visi dan misi
sekolah, organisasi pentadbiran sekolah, aktiviti
sekolah, dan penglibatan sekolah dan
masyarakat.
HASIL PEMBELAJARAN

Hasil pembelajaran bagi kursus ini adalah


pelatih dapat:-
menerangkan tentang iklim sekolah dan bilik
darjah masa kini,
melaporkan hasil refleksi perancangan orentasi
sekolah, dan
menjelaskan tugas dan tanggung jawab guru
berdasarkan pemerhatian sepanjang tempoh
latihan
KONSEP

Rancangan Orientasi Sekolah (ROS)


merupakan suatu program yang
mendedahkan alam persekolahan kepada
guru pelatih. ROS bertujuan memberi peluang
kepada guru pelatih untuk memahami sekolah
sebagai sebuah institut pendidikan dan
perasaan guru di dalam bilik darjah.
OBJEKTIF

Melalui ROS guru pelatih dapat


memahami masyarakat sekolah.
menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah.
membina kemahiran mengumpul maklumat tentang
pengurusan, iklim dan budaya sekolah.
menyepadukan teori dengan amalan pengurusan bilik
darjah melalui pemerhatian dalam konteks pengajaran
merekodkan pengalaman yang dilalui dalam portfolio
untuk memupuk budaya pemikiran kreatif dan reflektif.
PENTAKSIRAN

Penilaian ROS adalah berdasarkan kepada


rubrik penilaian yang telah ditetapkan oleh
fakulti.
Komponen penilaian adalah seperti berikut:
(i) Laporan Akhir ROS 100%
PENDEKATAN

Dijalankan dengan menggunakan 3 kaedah


Pemerhatian

Interaksi

Refleksi

Tanpa melaksanakan PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN dalam kelas.
KEHADIRAN

Kehadiran pelatih adalah wajib dan perlu direkodkan di dalam borang


kehadiran (LAMPIRAN C). Pelatih perlu menunjukkan komitmen yang tinggi
sepanjang tempoh latihan dengan menjalani latihan selama (2) dua minggu.
Pelatih tidak dibenarkan bercuti selain dari cuti sakit (yang disahkan oleh pihak
perubatan kerajaan) dan cuti kecemasan. Walaubagaimanapun, pihak
sekolah dan universiti perlu dimaklumkan dan kelulusan cuti tertakluk kepada
kebenaran pihak sekolah.
Selain dari kes-kes yang dinyatakan, pelatih perlu melengkapkan tempoh
latihan ROS sebelum menjalani Latihan Mengajar jika komitmen kehadiran
kurang dari 100%.
FORMAT LAPORAN ROS

Penilaian prestasi semasa ROS akan dinilai berdasarkan portfolio.


Laporan ROS perlu dilaksanakan secara individu.
Lampiran bergambar perlu disertakan bersama-sama laporan.
Kedatangan pelajar individu perlu dilampirkan di dalam laporan akhir.
Aktiviti yang perlu dilaksanakan dan perlu melaporkan dalam bentuk laporan
refleksi dalam bentuk laporan berjilid (binding).
Isi kandungan laporan ROS perlu merangkumi aspek-aspek yang berikut
(LAMPIRAN A)
TUGASAN ROS

Bahagian Pertama (Suasana Pengajaran dan Pembelajaran) menggunakan 3


pendekatan iaitu pemerhatian, interaksi dan refleksi
Aktiviti 1: Kumpul Data
Aktiviti 2: Pelan dua (2) bilik darjah dan jawab setiap soalan 1 6.
Aktiviti 3: Jawab soalan (Peraturan dan Disiplin Sekolah).
Rujuk LAMPIRAN F.
Bahagian Kedua (Kemudahan Fizikal dan Peralatan)
Lengkapkan borang kemudahan yang terdapat di sekolah
Rujuk LAMPIRAN F.
LAMPIRAN LAPORAN PELAJAR

LAMPIRAN BERTULIS
Pentaksiran Penilaian Berasaskan Sekolah
Contoh Kurikulum dan Sukatan Pelajaran (bagi setiap tingkatan)
LAMPIRAN BERGAMBAR
Keceriaan (kawasan sekolah dan bilik darjah dan lain-lain)
Kebersihan sekitar sekolah
Bilik guru
Kantin
Padang
Tandas
Taman dan landskap
Mural pada dinding, tangga dan koridor.
Papan tanda.
Aktiviti Sekolah
LAPORAN REFLEKSI PELATIH

Laporan refleksi Pelatih adalah laporan refleksi secara keseluruhan


sepanjang ROS dilaksanakan di sekolah/institut (LAMPIRAN E)
Merangkumi
Refleksi Pemerhatian
Pasarana
Persekitaran
Refleksi Interaksi
Konteks Pengurusan
Pendekatan PdP
Refleksi Keseluruhan
Keseluruhan Aktiviti
TARIKH PERLAKSANAAN

Tarikh pelaksanaan Program


09/10 Julai 2017 20/21 Julai 2017.
Penempatan Sekolah/Institut
Ditentukan oleh fakulti berdasarkan permohonan
pelajar.
Penempatan Pelajar
Tanggungjawab Pelajar.
PERATURAN

Tertakluk kepada peraturan Sekolah/Institusi dan


universiti.
Pelajar yang tidak mengikut atau ingkar
arahan/peraturan/undang-undang sekolah dan
universiti (UTHM) pelajar akan digagalkan dalam ROS.
Jika pelajar melakukan jenayah atau bersubahat
melakukan jenayah di institusi semasa melaksanakan
ROS, pelajar akan digagalkan dalam ROS dan tindakan
undang-undang akan dilakukan.
MAKLUMAT PELATIH

Semakan melalui data profile pelajar yang


perlu dilengkapkan dalam link
(https://goo.gl/forms/uETp2u1KIkRfw22z1) adalah
diperlukan bagi tujuan memastikan maklumat
telah diterima oleh pelajar.
Pelajar DIWAJIBKAN untuk mengisi segala
butiran yang disediakan sebelum 30 JUN 2017.
Sekian
SELAMAT MAJU JAYA

Anda mungkin juga menyukai