Anda di halaman 1dari 11

- PENYELESAIAN MASALAH

- PERBINCANGAN
- TUNJUK CARA

CHEW ZHI XIN, CHIN YEE MEI, TIO BENG SHEE, FATIN SHAHIDAH
(P3D)
Penyelesaian Masalah
Definisi:
 satu proses, kaedah, langkah atau cara yang diambil

oleh seseorang untuk mengatasi masalah yang


dihadapi
 satu cubaan mencari atau satu cara yang sesuai dan
berkesan dalam mencapai sesuatu matlamat.
 Contoh aktiviti: teka teki, silang kata dan kuiz
Penyelesaian Masalah
Tujuan:
 menjana pelbagai idea yang bernas

 membentuk penyelesaian yang lebih paktikal dan

efektif.
 mengaplikasikan konsep, prinsip dan teori yang
telah dipelajari.
 menggunakan kemahiran berfikir secara kritikal

berdasarkan satu topik yang diberikan


(Thomas,2000).
 Membina sifat keyakinan murid
Proses Penyelesaian Masalah

Mengenal Menilai
pasti Mencari Membuat Menguji dan
masalah maklumat hipotesis hipotesis membuat
rumusan
Prinsip Teknik Pengajaran
Penyelesaian Masalah
1) Sesuatu masalah harus diberikan sebaik sahaja murid-
murid memperolehi ilmu pengetahuanatau menguasai
kemahiran yang berkaitan.
2) Soalan bermasalah harus dibina berdasarkan kebolehan
dan pengetahuan lepas serta pengalaman murid
3) Bimbingan perlu diberi kepada murid-murid memahami dan
mengenal pasti masalah sebelum memulakan pengajaran.
4) Guru perlu memperkenalkan pelbagai cara untuk
menyelesaikan masalah.
5) gelakkan daripada memberi tunjuk cara untuk
menyelesaikan masalah.
• Kaedah yang melibatkan aktiviti pembelajaran melalui percambahan dan
pertukaran idea serta perkongsian maklumat tentang sesuatu perkara atau isu
• Berbincang, bertukar fikiran dan maklumat berkaitan untuk memantapkan
pemahaman terhadap konsep, membina konsep yang baru, membuat keputusan
serta menyelesaikan masalah
• Melalui perbincangan, idea-idea yang menyokong atau menentang akan
dibangkitkan untuk mendapatkan satu kesimpulan pemahaman yang lebih
mantap dan jitu
• Perbincangan kelas (atau kumpulan kecil) yang dirancang dengan rapi dapat
merangsang minat murid untuk menambahbaik pengetahuan lama serta
menambah pengetahuan serta kemahiran yang baru.
– Melibatkan sekumpulan pelajar untuk kumpulan besar
dan beberapa pelajar dalam kumpulan-kumpulan kecil.
– Mempunyai seorang ketua (pengerusi) dan pencatat
– Tempoh masa perbincangan ditetapkan
– Hasil perbincangan dibentangkan oleh seorang atau
lebih wakil kumpulan (sebaiknya dipilih secara rawak)
Persediaan

 Tentukan tajuk, perkara atau isu perbincangan serta objektifnya.


 Sediakan garis panduan, prosedur dan jadual
 Sediakan bahan bantu untuk menyokong dan membantu perbincangan
 Pilih tempat yang sesuai
 Sekiranya perlu, pastikan tidak terlalu ramai ahli dalam setiap kumpulan kecil
Pelaksanaan
 Agihkan tajuk
 Beri peluang kepada murid untuk bersoal jawab, membuat komen, memberikan
cadangan atau membuat pembetulan
Tindakan susulan
 Rumusan oleh guru merangkumi isi, proses dan unsur-unsur kemahiran berfikir
 Refleksi pembelajaran oleh murid (boleh menggunakan borang reflektif rationality
jika perlu)
Teknik Pengajaran Kaedah Demonstrasi / Tunjuk
Cara

Kaedah Demonstrasi (Tunjuk cara) merupakan kaedah


menunjukkan apa dan bagaimana (cara) sesuatu proses atau
perlakuan (peristiwa) dengan tujuan untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan tentang sesuatu objek, peristiwa (proses) atau
kemahiran.
Langkah-langkah untuk menggunakan teknik Tunjuk Cara

Langkah 1: Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti


oleh mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu
dimaklumkan tentang sifat tugas itu.
Langkah 2 : Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara
yang telah dibuat. Guru juga perlu bertanyakan soalan kepada murid
untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang
diberikan.
Langkah 3 : Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti
oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-langkah aktiviti.
Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan
tiada arahan yang tertinggal semasa aktiviti berlangsung.
Langkah 4 : Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang
murid untuk membacakan turutan langkah-langkah betul yang
telah dilakukan oleh mereka.
Langkah 5 : Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah
dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk cara apabila dirancang
dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid.
Pada bahagian awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit
masa untuk mengingatkan murid tentang objektif yang diberi
penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam
kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk membantu
murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari
sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.
JENIS-JENIS TUNJUK CARA

Model hidup
Merujuk kepada model yang sebenar yang digunakan untuk
melaksanakan demonstrasi.
Termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran
untuk mendemonstrasi aktiviti yang berkenaan.

Model simbolik
Merujuk kepada tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-
langkah secara bertulis,bergambar atau arahan guru.

Model persepsi
Merujuk kepada penggunaan video yang menayangkan sesuatu
demonstrasi. Biasanya suatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan
ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain tidak ingin diketepikan.

Anda mungkin juga menyukai