Anda di halaman 1dari 12

DIET DAN PRESTASI ATLET

• Diet bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu.


• Pengambilan makanan adalah penting untuk memelihara dan mempertingkat
kesihatan.
• Optima diet didefinisikan sebagai makan atau minum yang dapat memberikan
semua keperluan nutrient mencukupi untuk pemeliharaan tisu, pemulihan dan
perkembangan tanpa berlebihan (McArdle et al. 1996).
• Terdapat banyak cadangan jenis makanan yang boleh menyediakan keperluan
nutrient untuk pemeliharaan tisu, pemulihan dan perkembangan.
• Badan atlit hendaklah ditala dengan begitu rapi akibat latihan yang berterusan.
• Bagi mencapai hasrat ini, atlit perlu memberi perhatian terhadap pemakanan yang
sempurna, tidur dan rehat yang cukup.
SAMBUNGAN…
• Ada banyak cara dan jalan untuk melakukan diet penurunan berat badan bagi
seorang atlet.
• Bagi seorang atlet, diet dapat dilakukan relatif lebih mudah dan aman dari
orang yang bukan atlet kerana seorang atlet aktif akan lebih banyak
mengeluarkan kalori daripada mengkonsumsi kalori.
• Sistem metabolisme tubuh seorang atlet juga relatif lebih baik.
• Hukum diet adalah kalori keluar lebih berbanding dengan kalori masuk. Hal ini
kerana, kalori masuk dan tidak digunakan akan menyebabkan timbunan
lemak dan menambah berat badan.
• Diet bermaksud pengambilan makanan oleh seseorang individu. Pengambilan makanan adalah penting untuk memelihara dan
mempertingkat kesihatan. Bagi tujuan ini, amalan pemakanan berdasarkan Peruntukan Diet Harian yang Disarankan dan Piramid Makanan
amatlah disyorkan untuk mencapai diet yang seimbang.
• 1. Diet Seimbang
• Diet seimbang bermaksud pengambilan makanan yang mengandungi semua nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin, garam
mineral, air, dan pelawas dalam kuantiti yang diperlukan.
• 2. Faktor yang Mempengaruhi Pengambilan Diet
• Pengambilan makanan untuk mengawal kesihatan yang baik bergantung pada keperluan fisiologi setiap individu seperti umur, jantina, saiz
badan, aktiviti yang dijalankan, dan juga tahap kesihatan.
• Dari segi umur,
• kanak-kanak dan remaja memerlukan nutrien pembina tubuh kerana mereka sedang membesar
• orang dewasa dan remaja yang cergas memerlukan lebih nutrien pembekal tenaga
• golongan tua pula lebih memerlukan nutrien untuk memelihara kesihatan
• Dari segi jantina pula,
• kaum lelaki memerlukan lebih makanan pembekal tenaga daripada wanita kerana mereka lebih aktif dan mempunyai lebih tisu otot.
• kaum wanita pula memerlukan lebih nutrien ferum untuk menggantikan kehilangan darah semasa haid dan bersalin.
• Dari segi saiz badan,
• individu yang bertubuh besar memerlukan lebih makanan pembekal tenaga
• Dari segi aktiviti yang dijalankan,
• pekerja buruh memerlukan lebih banyak makanan pembekal tenaga kerana mereka melakukan kerja berat
• kerani pejabat tidak perlu banyak kerana hanya membuat kerja-kerja pejabat sahaja
• Dari segi tahap kesihatan,
• seorang pesakit memerlukan diet jenis cecair sahaja
• orang yang sedang pulih memerlukan makanan pembina tubuh yang mudah dicernakan
• Pengetahuan pendidikan terhadap pemilihan diet boleh menjadikan kita lebih prihatin untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Contohnya,
selepas mempelajari jenis-jenis dan fungsi-fungsi setiap nutrien, apakah yang akan anda makan jika mengalami sembelit? Ini jelas
menunjukkan
• bahawa pendidikan mempengaruhi kualiti dan kuantiti makanan yang diambil.
• Pendapatan keluarga merupakan faktor yang mempengaruhi secara langsung dalam pemilihan makanan mengikut kemampuan masing-
masing. Keluarga yang berpendapatan rendah masih boleh mengamalkan diet seimbang. Makanan mahal boleh digantikan dengan makanan
yang lebih murah tetapi berkhasiat. Contohnya, ikan tenggiri yang mahal boleh digantikan dengan ikan sardin, keranan kedua-dua ikan
tersebut mengandungi kandungan nutrien yang sama dan merupakan sumber protein nilai biologi tinggi.
• Dari segi geografi, diet dipengaruhi oleh iklim dan kemudahan infrastruktur. Iklim Malaysia sesuai untuk menghasilkan sumber makanan
tempatan seperti beras, kelapa, dan pisang. Beras dan hasil beras menjadi bahan utama sajian harian. Kemudahan infrastruktur membolehkan
sumber makanan diperoleh sepanjang masa.
LANGKAH SEORANG ATLET MELAKUKAN
DIET SERTA MENINGKATKAN PRESTASI :
1. Mantapkan hati dan pikiran
• Semua tingkah laku dan kondisi tubuh hampir seluruhnya dikendalikan oleh otak. Oleh itu, diet harus dimulai dari niat
dan memikirkan tujuan untuk melakukan diet.
2. Disiplin
• Dalam menjalani diet pasti banyak gangguan yang boleh merosak program diet . Oleh itu, sikap disiplin pada program
diet harus dikawal dengan baik.
3. Terus bersukan dan bersenam
• Kunci utama pembakaran lemak adalah bergerak. Lakukan kegiatan rutin di pagi dan malam hari diluar kegiatan
olahraga.
4. Ikhlas
• lakukan senaman dan diet dengan ikhlas tanpa rasa terpaksa.
CONTOH PIRAMID MAKANAN ATLET:
Nutrien yang diperlukan oleh badan untuk
menjana tenaga bagi melakukan aktiviti harian
pengambilan calori kita haruslah mengikut
spesifikasi di bawah :
Mengira calori makanan untuk mengamalkan
pemakanan yang seimbang
Contohnya : seorang atlet mempunyai berat 50kg dan memerlukan 1.3
kalori setiap jam bagi setiap kg beratnya (BMR) dan telah mengikuti
latihan selama 3 jam (kadar BMR berbeza setiap individu)
Berapakah keperluan atlet tadi dari segi karbohidrat,
protein dan lemak (fats)?
Pencapaian atlet banyak bergantung
kepada pengamalan diet yang seimbang

Bagi seseorang atlet diet


amatlah penting kerana
akan mempengaruhi kecergasan
dan prestasi serta
menentukan kepantasan mereka
untuk mencapai ‘competitive standard’

Anda mungkin juga menyukai