Anda di halaman 1dari 56

Kepimpinan Dalam Islam

EL1623
Diploma Pendidikan Islam Zuhri
Minggu Pertama – Kuliah 1
1.0 Pengenalan Modul
• Tujuan modul ini ialah untuk peserta mendalami dan menghayati
prinsip-prinsip kepimpinan Islam dan bagaimana ia dapat
digunapakai di dalam era moden ini samada dalam keluarga atau
organisasi.

• Modul ini melibatkan ceramah dan kegiatan-kegiatan bukan sahaja


mempertingkatkan pengetahuan kognitif tapi juga menajamkan
(skill) kemahiran kepimpinan peserta dalam tugasan harian.

• Ia juga akan membuat perbandingan ringkas mengenai teori-teori


kepimpinan barat serta tamadun-tamadun lain seperti, Cina, Jepun
dan India untuk melihatkan kelebihan prinsip kepimpinan Islam.
1.1 Hasil Pembelajaran
• Di akhir modul pelajar dapat:

• Mengenalpasti krisis kepimpinan dan jalan keluar kepada krisis


tersebut berdasarkan teori kepimpinan Islam

• Membezakan teori-teori kepimpinan selain Islam dengan teori


Islam serta membuat perbandingan.

• Menghayati Islam serta dapat berfikir secara rasional, kreatif,


kritikal dan analatikal berpandukan Islam serta berpengaruh
dalam komunikasi.
1.3 Silibus Pengajian
• Minggu Pertama:

• Definisi kepimpinan dan fungsinya dalam


masyarakat tersusun

• Krisis kepimpinan Muslim masakini dan


penyelesaiannya

• Kepimpinan, organisasi dan masa depan Muslim


• Minggu Kedua:

• Konsep kepimpinan dalam Islam

• Sumber prinsip Islam dari Al-Quran, Al-Hadis dan


sejarah

• Asas moral kepimpinan Islam

• Peranan adab dan akibat kehilangan adab


dikalangan para pemimpin (Fokus: Hadis Jibrail)
• Minggu Ketiga:
• Insan sebagai Khalifah Allah dan tugasannya

• Ciri-ciri dan kompetensi pemimpin yang


berkesan

• Kepimpinan bermula dengan memimpin diri


sendiri

• Muhasabah untuk meningkatkan potensi


sebagai pemimpin (self-leadership)
• Minggu Ke Empat:

• Struktur dan fungsi kerja berkumpulan

• Peranan pemimpin dalam memperkasakan kerja


berkumpulan

• Mengenal naluri insan dan motivasi

• Prinsip dan kemahiran berkomunikasi sebagai pemimpin

• Cara-cara membuat keputusan (decision styles)


• Minggu Kelima:

• Pemimpin sebagai pembina modal insan (people


development and coaching)

• Delegasi dan membina kemahiran wargakerja

• Perbandingan ringkas prinsip kepimpinan – mana


yang lebih berkesan?

• Halatuju kepimpinan, organisasi dan prestasi Muslim


masadepan
2.0 Muqadimah

• Dunia Islam kini menghadapi satu era yang amat genting dalam
sejarah. Walaupun umat Islam merupakan lebih dari satu per lima
penduduk dunia dan kaya dengan sumber bumi ia mengeluarkan
hanya 8% GNP dunia.

• Umat Islam diselimuti dengan pelbagai masaalah – buta tuli,


kemiskinan, pengangguran dan situasi imbangan ekonomi yang amat
rumit.

• Hampir semua negara Islam telah dijajahi – adanya selama 500


tahun. Kebanyakan negara ini telah dapat kemerdekaan hanya kira-
kira 50 tahun yang lalu. Namun begitu boleh dikatakan kesemua
negara-negara ini masih dibelenggu pelbagai masaalah, hingga ada
yang dipanggil “failed state” atau negara yang gagal.
• Selepas kolonisasi terdapat dua fenomena ketara di
negara-negara ini:

1.Korupsi dan kronisma dikalangan pemimpin-pemimpin


Muslim yang amat berleluasa tanpa perasaan malu dan
canggung.

2.Dikotomi diantara kaum secular dan agama.


• Agama Islam mengajarkan prinsip dan amalan kepimpinan yang amat
memberangsangkan dan yang telah terbukti berkesan dalam meningkatkan
struktur dan mutu kehidupan orang Muslim atau bukan Muslim dan
menjana kemajuan sains dan teknologi.

• Namun nampaknya kepimpinan Muslim masakini samaada dalam bidang


politik, pembelajaran dan terutama sekali dalam bisnes amat ketandusan.
Dan kita harus mengingati bahawa Islam adalah agama yang paling mesra
dengan bisnes di mana umatnya digalakkan giat berniaga.

• Kemanakah halatuju umat dan negara-negara Islam? Jawapannya banyak


bergantung pada mutu kepimpinan individu Muslim masakini dan
masadepan.
3.0 Definisi Pemimpin
• Pemimpin (Natural Leader) adalah seseorang
yang menggunakan kemampuannya, sikapnya,
nalurinya, dan ciri-ciri keperibadiannya yang
mampu menciptakan suatu keadaan, sehingga
orang lain yang dipimpinnya dapat saling
bekerja sama untuk mencapai tujuan.
3.1 Definisi Kepimpinan
• Kepimpinan adalah proses mempengaruhi
atau memberi contoh oleh pemimpin kepada
pengikutnya dalam upaya mencapai tujuan
organisasi.

• Cara alamiah mempelajari kepimpinan adalah


"melakukannya dalam kerja" dengan
mempraktikannya.
3.2 Pemimpin dalam Al-Quran
• Pertama, secara umum manusia di atas dunia ini
adalah sebagai khalifah sesuai dengan kehendak
Allah Ta’ala tatkala menciptakan Adam As. sebagai
manusia pertama dan menjadi umat manusia selaku
Hamba-Nya.
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat:
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka
bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan
(khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan
menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan
memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui (QS. 2:30).
3.3 Kepimpinan dalam hadis:
Hampir setiap masa kita melibatkan
dengan diri dalam kepimpinan:
• Kedua, secara khusus pengertian khalifah
dalam erti yang lebih luas lagi bererti ia tidak
sahaja sebagai manusia biasa (umum) tapi
dianugerahkan jawatan oleh Allah Ta’ala
seperti menjadi seorang nabi atau rasul. Ini
dengan adanya jawatan ini maka secara
otomatis para tokoh ini juga adalah sebagai
khalifah formal (pemimpin).
“Hai Daud, sesungguhnya Kami menjadikan kamu KHALIFAH di muka
bumi, maka berilah keputusan (perkara) di antara manusia (rakyat
dan umat yang engkau pimpin) dengan adil dan janganlah kamu
mengikuti hawa nafsu atau emosi (untuk kepentingan peribadi dan
kelompok tertentu), kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan
(tuntutan) Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan
Allah akan mendapat azab yang berat, karena mereka melupakan
hari perhitung (QS. 38:26)
• Ketiga, kalau pada kedua makna khalifah
berasal dari para ahli atau orang pilihan Allah
Ta’ala baik sebagai nabi dan rasul, maka
pengertian khalifah yang ini berlaku khusus
bagi manusia bukan jawatan dari Tuhan.
Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah (ada yang jadi raja,
sultan, presiden, gubernur.) di muka bumi. Barang- siapa yang kafir,
maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran
orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah
kemurkaan pada sisi Tuhannya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu
tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (QS.
35:39).
3.4 Kepimpinan dan fungsinya dalam masyarakat
tersusun
• Pemimpin merupakan individu yang memberi pengaruh kepada individu yang
lain di dalam suatu pertubuhan atau kumpulan ataupun masyarakat.

• Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilakumanusia, pengaruh, daya


tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara
yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.

• Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari


masa ke semasa. Kemahiran bekerjasama amat ditekankan di dalam sesebuah
negara mahupun organisasi bagi mencapai kecemerlangan.

• Islam menganggap setiap seorang muslim yang mukallaf sebagai pemimpin.


Sekurang-sekurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka dan keluarga
mereka
• Dalam Islam menentukan dan memilih
pemimpin adalah suatu perkara yang sangat
penting dan wajib. Ini dibuktikan dalam sejarah
Islam apabila wafatnya Rasullulah s.a.w, maka
seorang khalifah dilantik bagi mengantikan
beliau.

• Sabda Rasullulah S.A.W bermaksud, “ Apabila


keluar tiga orang dalam bermusafir maka
hendaklah dilantik seorang ketua”. (Hadis
Riwayat Abu Daud)
• Keperluan ketua atau pemimpim ini adalah jelas iaitu menjalankan syariat
Allah S.W.T di muka bumi ini, terutama suruhan-suruhan yang berkaitan
dengan tugas penguasa, juga untuk memberi arahan, menjaga kebajikan
dan keselamatan ramai, dan mengelak berlakunya pertelingkahan antara
mereka.

• Seorang pemimpin hendaklah melaksanakan tugas secara berhati-hati dan


tiada berkepentingan peribadi dan sebagainya.

• Jika seorang pemimpin itu gagal melaksanakan tugas dengan adil dan
megutamakan untuk kebajikan rakyat, maka pemimpin itu bersalah dan
akan diazab oleh Allah S.W.T. di akhirat kelak

• Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud, “Sesiapa yang diamanahkan oleh Allah


S.W.T untuk memimpin rakyat, lalu dia mati dalam keadaan dia menipu
rakyatnya, maka Allah S.W.T telah mengharamkan syurga untuknya”. (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim)
• Dalam Islam kepimpinan amat perlu dalam membina dan membangunkan sesebuah
masyarakat atau organsasi atau persatuan serta gagal atau berjayanya sesebuah
negara, organisasi atau persatuan.

• Gagal atau berjayanya sesebuah negara itu banyak ditentukan oleh ciri-ciri dan gaya
pemimpin negara berkenaan.

• Firman Allah SWT yang bermaksud: “Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu
(penguasa) di muka bumi, makaberilah keputusan (perkara) di antara manusia dengan
adil dan janganlah kamu mengikuti hawa-nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu
dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat
azab yang berat kerana mereka melupakan hai perhitungan”. (Surah As-Shaad 34:26)
4.0 Krisis Kepimpanan
• Islam melihat konflik sebagai keadaan yang tidak stabil dalam
perhubungan manusia sama ada dengan diri sendiri, orang lain,
dalam kumpulan dan sesama kumpulan.

• Konflik merupakan situatasi di mana adanya ketegangan atau


munculnya kesulitan-kesulitan lain di antara dua pihak atau lebih.

• Konflik dalam sesebuah negara wujud sebagai natijah daripada


sikap manusia yang tidak beretika dan mengabaikan sifat utama
yang perlu dihayati dalam pekerjaan seperti amanah,
bertanggungjawab, adil dan sebagainya.
• Oleh itu, Islam menggariskan beberapa penyelesaian konflik atau
perbezaan pendapat yang berlandaskan syarak iaitu:

• 1. Kesedaran Bahawa Kepimpinan Sebagai Suatu Ibadah: Allah SWT


telah berfirman bermaksud: “tidak aku menjadikan jin dan manusia
melainkan untuk beribadah kepadaku”. (Surah Az-Zaariyat 51:56)

• Jelas menunjukkan bahawa ayat tesebut menyatakan setiap


perbuatan manusia di dunia adalah ibadah sekiranya dilakukan
dengan niat kerana Allah SWT dan diiringi dengan pelaksanaan yang
betul.

• Oleh itu, setiap pemimpin yang didokong adalah untuk mendapat


keredhaan Allah SWT. Di samping itu, modus operandi dalam
kepimpinannya juga hendaklah berpaksikan atau berlandasan syarak
dan tidak menyeleweng.
• Menurut Mustafa Daud (1996), asas kepada kepimpinan
Islam mestilah menjurus kepada tiga matlamat utama yang
jelas iaitu:

• i. Akidah: Hakikat kepimpinan itu adalah amanah Allah


SWT yang mempunyai implikasi kepada keimanan terhadap
Rukun Iman yang enam pasti ditanya di akhirat kelak

• ii. Syarak: Mengakui dan menurut setiap syariat dan


undang-undang yang diperuntukkan oleh Allah SWT di
dalam sumber teragung iaitu kitab Al- Quran dan al-Hadis

• iii. Akhlak: Asas kepada kepimpinan Islam dan mestilah


bertunjang kepada akidah dan syariat.
• 2. Mengaplikasikan Pendekatan Syura Dalam Negara atau organisasi

• “Bermesyuaratlah kamu dalam setiap urusan” (Surah Ash-Syura 42:38)

• Syura atau lebih dikenali dengan mesyuarat bermaksud seseorang tidak


menyendiri pendapatnya dan dalam persoalan yang memerlukan
kebersamaan fikiran dengan orang lain.

• Pelaksanaan syura sebagai jalan penyelesaian konflik dalam sebuah


negara mahupun organisasi boleh dilakukan sama ada dalam bentuk
formal atau perbincangan di antara pihak atasan dan bawahan
• 3. Mengaplikasikan Kerja Berpasukan: Kerja
berpasukan berperanan menyerlahkan potensi
dan meningkatkan prestasi apabila tugasan
yang melibatkan pelbagai kemahiran,
pengalaman dan penilaian digabungkan.

• Dalam erti kata lain, kerja berpasukan


membantu sesebuah negara atau organisasi
memaksimumkan bakat dan kemahiran
anggota-anggota kumpulan.
• 4. Mewujudkan Amalan Nasihat-Menasihati: Konflik juga
boleh diselesaikan melalui kaedah yang lebih berhikmah
iaitu dengan memberi nasihat bagi menjernihkan situasi
keruh yang berlaku.

• Konsep ini bertepatan dengan hadis Nabi Muhammad


s.a.w: “Agama itu nasihat. Kami bertanya: Untuk siapa?
Rasullulah SAW bersabda: “Untuk Allah SWT, kitabNya,
rasulNya, para pemerintah dan untuk umat Islam
keseluruhannya”.

• Hadis ini jelas menunjukkan bahawa amalan nasihat-


menasihati wajar diamalkan oleh setiap anggota organisasi
dari peringkat atasan ke peringkat bawahan.
• 5. Menghormati Orang Lain Dalam Organisasi:
Perbezaan warna kulit, bangsa dan sebagainya
bertujuan untuk menambahkan pengetahuan
manusia dengan saling kenal-mengenali dan
bukan untuk permusuhan

• 6. Mewujudkan Komunikasi Berkesan:


Keberkesanan komunikasi memastikan
kelancaran arahan, keputusan dan nasihat.Antara
kriteria komunikasi berkesan adalah komunikasi
berdepan atau secara face to face.
• 7. Kaedah Penyelesaian Konflik Semasa:
Pelbagai kaedah dan panduan untuk
menyelesaikan konflik telah dilahirkan dalam
teoti pengurusan moden.

• Kita tidak boleh nafikan keberkesan kaedah-


kaedah moden – “Kamu lagi tahu tentang
kehidupan kamu!”
4.1 Masalah-masalah Kepimpinan!
• Tiada pemimpin yang berkaliber

• Salah faham mengenai modal kepimpanan

• Salah tujuan serta niat menjadi pemimpin

• Meminta-minta menjadi pemimpin


1. Tiada pemimpin yang berkaliber

• Untuk mengetahui penyebab krisis


kepimpinan ini maka kita harus menganalisa
sistem kepimpinan zaman sekarang dan
membandingkannya dengan pemimpin-
pemimpin yang sukses di zaman dahulu.

• Lihat pada pemimpin itu sendiri.


• Kepimpinan dikatakan gagal apabila tidak dapat
memenuhi hak-hak masyarakat. Sekarang kekuasaan
dijalankan semaunya, hanya pihak-pihak tertentu saja yang
boleh menikmati hak-hak mereka. Berbeza dengan
rasulullah dan sahabat

• Masalah kepimpinan adalah masalah sosial yang


didalamnya terjadi interaksi antara pihak yang memimpin
dengan pihak yang dipimpin untuk mencapai tujuan
bersama, kegagalan dan keberhasilan suatu organisasi
maupun sebuah masyarakat dalam mencapai tujuan
sangat tergantung kepada kemampuan pemimpinnya
dalam mengatur dan mengendalikan roda kepimpinannya.
• Kegagalan Kepimpinan: Daripada laporan-laporan kita dapat
mengenalpasti sebab-sebab mengapa ramai pemimpin gagal dalam
tugasan dan peranan mereka.

• Lima Godaan (Temptations) Yang Mempengaruhi


Kepimpinan (Lencioni)
• 1. Mementingkan pangkat (status) lebih
daripada pencapaian (results)
• Symbol

• Pakaian

• Kediaman

• Protokol

• Percampuran
• 2. Mencari populariti lebih daripada dorongan bertanggungjawab
(accountability).

• Tidak melatihkan, mendisiplinkan atau menghukumkan kerabat dan


wargakerja yang tidak mencapai matlamat kerja atau cuai dalam tugasan
mereka kerana ingin dilihat sebagai orang yang penyayang.

• Fenomena “Tutup sebelah mata”.

• Fenomena pilih kasih.


• 3. Mementingkan keinginan pada kepastian (certainty)
lebih daripada dorongan mencari penjelasan (clarity).

• Ingin membuat keputusan pada sesuatu masalah hanya setelah


mendapat semua maklumat

• Takut membuat keputusan kerana takut tersilap sehingga


langsung tidak membuat keputusan dan membuat sesuatu isu
tergantung tak bertali. Menganalisa berlebihan.
• 4. Takut pada Konflik (perbalahan) kerana inginkan keharmonian yang
palsu.

• Tidak ingin mengkemukakan dan membincang isu-isu penting kerana mungkin


akan timbul percanggahan dan ketidakharmonian.

• Membenamkan isu-isu panas hingga ia meledak justeru membawa kepadahan


pada organisasi atau pada masyarakat.

• Senang dengan pak turut (yes men) yang membawa berita gembira walau pun
tidak benar.
• 5. Mementingkan keegoan (atau air muka) lebih
daripada kebenaran.

• Ingin memaparkan imej yang pemimpin itu kuat, pandai,


dan tak mungkin membuat kesalahan.

• Tidak mudah mengaku yang dia mungkin kesilapan dalam


membuat sesuatu keputusan.
2. Salah faham mengenai modal kepimpanan

• Masyarat Islam sekarang masih keliru dengan


modal kepimpinan yang bagaimana?

• Islam atau Barat?

• Sebenarnya bukan modal atau sistem kepimpinan


tetapi pemimpin itu sendiri yang penting.
Lihat pada Rasulullah s.a.w

• Gelaran Al-Amin sebelum menjadi Rasulullah s.a.w

• Karakteristik kepimpinan Rasulullah s.a.w. adalah


kejujuran yang teruji dan terbukti. Kejujuran adalah
perilaku kunci yang sangat efektif untuk membangun
kepercayaan sebagai seorang pemimpin, di samping
itu juga, cekap, cerdas, inovatif, berwawasan ke
depan, tegas tapi rendah diri, berani tapi santun,
kuat fisik dan tahan penderitaan.
• Rabun dekat kaum Muslims sehingga tidak
melihat sirah Rasulullah s.a.w secara
menyeluruh dalam semua skop kehidupan.

• Muslim hanya fokus bab ibadah Rasulullah


s.a.w sahaja

• Walhal kalau ikut pun ada yang salah faham


3. Salah tujuan serta niat menjadi pemimpin

• Hadis niat!

• Jawatan pemimpin tidak boleh diminta-minta

• Niat – untuk diri sendiri, harta, tahta dan lain-


lain lagi
4. Meminta-minta menjadi pemimpin

• Hadis Rasulullah saw: Dari Abu Said, iatu Abdur Rahman Ibn Samurah ra.
berkata: Rasulullah saw. bersabda kepadaku:

• “Hai Abdurrahman ibn Samurah, janganlah engkau meminta menjadi


pemimpin (pembesar negara). Sebab jika engkau diberi kekuasaan
tanpa memintanya, engkau akan ditolong untuk melaksanakannya.

• Tetapi, jika engkau diberi kekuasaan dengan sebab adanya permintaan


daripadamu, maka engkau akan dipalingkan dari pertolongan Allah.

• Dan jika engkau bersumpah atas sesuatu, kemudian engkau mengetahui


yang lebih baik darinya, maka kerjakan yang lebih baik dan tebuslah
sumpahmu. (Muttafaq 'alaih)
4. Meminta-minta menjadi pemimpin

• Hadis Rasulullah saw:

• Kisah Syaidina Umar r.a. serta sahabat yang


meminta jawatan
5.0 Kepimpinan, organisasi dan masa depan Muslim

• Kemanakah arah-tuju umat Islam dengan


kepimpinan sekarang?

• Solusinya: Quran dan Sunnah

• Caranya: Aplikasi dengan mengikut cara


Rasulullah saw sambil prihatin tentang
kehidupan dunia sekarang.
5.1 Skop Kepimpinan
6.0 Kesimpulannya
• Cara memilih khalifah atau pemimpin harus
betul.

• Ciri-ciri pemimpin amat mustahak.

• Ciri-ciri pengikut juga memainkan peranan


genting: Syaidina Ali ditanya mengapa
kepimpinan dia hura-hara tidak macam zaman
Rasulullah saw. Jawapan beliau........
6.1 Renungan!
6.3 Peringatan!

Anda mungkin juga menyukai