Anda di halaman 1dari 36

WACANA

Mokhtar Rais
Jabaan Pengajian Melayu
IPGM-Ipoh.
DEFINISI WACANA
Wacana adalah sebagai kesinambungan
cerita
Kesinambungan cerita ditunjangi oleh
jalinan beberapa maklumat.
Harimurti (1984:204)1

"Wacana atau dalam Bahasa Inggerisnya


ialah 'Discourse'. Wacana merupakan
satuan bahasa yang lengkap, iaitu dalam
hierarki gramatikal merupakan satuan
gramatikal tertinggi ataupun terbesar.
Wacana ini direalisasikan dalam bentuk
karangan yang utuh seperti novel, buku
seri ensiklopedia dan sebagainya,
paragraf, kalimat atau ayat yang
membawa amanat yang lengkap."
Anton M.Moeliono (1995:407)2

"Wacana adalah rentetan kalimat yang


berkaitan sehingga terbentuklah makna
yang serasi di antara kalimat itu."
Asmah (1982)3
Wacana tidak mempunyai satu-satu jenis ayat
yang terdiri dengan utuhnya tanpa dipengaruhi
oleh proses-proses kelahiran ayat. Ini
bermaksud bahawa ayat yang selalu didapati
dalam struktur dan sistem secara teratur. Asmah
telah membezakan ayat sistem daripada ayat
wacana. Ayat sistem adalah ayat atau tutur yang
dikeluarkan dan diasingkan dari konteks
wacana, sedangkan ayat wacana yang juga
disebut ayat teks adalah ayat yang betul-betul
terdapat dalam wacana teks dan wacana lisan.
Fokker (1951)4
Hubungan kesinambungan cerita itu dapat
menunjukkan secara nahuan, iaitu perujukan
(verwijzing), kata-kata penghubung
(verbindingswoorden) dan pengguguran (ellips).
Kesatuan makna dalam wacana seperti yang
diterangkan di atas akan dilihat dari segi makna
logik dan makna tautan. Makna tautan inilah
yang merupakan konsep semantik dan merujuk
kepada perkaitan kebahasaan yang didapati
pada suatu ujaran yang membentuk wacana.
definisi
Di samping itu juga, wacana letaknya lebih
tinggi daripada ayat pada skala tatatingkat
tatabahasa dan mempunyai keteraturan
fikiran logik (coherence) dan juga tautan
(cohesion) dalam strukturnya. Wacana
dicirikan oleh kesinambungan maklumat.
Makna kesinambungan di sini adalah
diertikan sebagai kesatuan makna
Ringkasnya..
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi
had ayat yang terdiri daripada ayat,
sejumlah ayat, ceraian, bab buku, cerita,
dialog, siri buku dan sebagainya yang
menunjukkan hubungan-hubungan dan
perkembangan fikiran yang berturutan.
Konsep Wacana

Berkait rapat dengan penggunaan bahasa yang


tersusun, ada struktur dalaman dan ada tujuan
Unit bahasa yang terdiri drp. ayat, sejumlah
ayat, bab, cerita, buku, siri buku dialog dan
sebagainya
Memperlihatkan hubungan dan perkembangan
fikiran yang berurutan serta mempunyai
permulaan dan akhiran yang nyata
Ciri-Ciri Wacana

Ada tujuan
Berlandaskan hubungan penutur/ pendengar
atau penulis/ pembaca
Berlaku secara formal dan tidak formal
Ada unsur susun atur/ urutan yg. berkaitan
Tidak mengulang maklumat terdahulu
Tidak berupa maklumat bertentangan dgn.
terdahulu
Ada andaian dan inferensi
Ciri-Ciri Wacana

Ada tujuan
Berlandaskan hubungan penutur/
pendengar atau penulis/ pembaca
Berlaku secara formal dan tidak
formal
Sambungan…
Ada unsur susun atur/ urutan yg. berkaitan
Tidak mengulang maklumat terdahulu
Tidak berupa maklumat bertentangan dgn.
terdahulu
Ada andaian dan inferensi
Keutuhan Wacana (M2)

Menentukan sesuatu kesatuan


bahasa itu wacana atau tidak
Dapat dilihat melalui hubungan dari
aspek semantik, leksikal, gramatikal
dan fonologis antara bahagian dlm.
Wacana (Rujuk Kajian Bahasa m/s:
221)
KEUTUHAN WACANA
semantik
leksikal
Gramatikal
fonologis
PENANDA WACANA (M3)

Penanda wacana penting dalam sesebuah


teks kerana penanda wacana dapat
mewujudkan pertautan atau
kesinambungan antara sebahagian teks
dengan yang lain sehingga membentuk
kesatuan
Penanda Wacana

Jenis kata untuk menghubungkan kata,


frasa, klausa, ayat, perenggan, bab dan
sebagainya
Penting untuk menentukan sesuatu kata
itu sama ada wacana atau tidak
Contoh: walau pun, sehubungan itu, oleh
itu, justeru itu, sebaliknya, manakala dan
sebagainya
Penanda wacana dalam
bahasa melayu terdiri
daripada:
Penanda leksikal
Penanda rujukan
Penanda penghubung
Penanda penggantian
Penanda ellipsis atau pengguguran
PENANDA LEKSIKAL

Penanda leksikal melibatkan pertautan


antara perkataan atau frasa secara
semantik dalam sesebuah wacana.

Pengulangan kata yang terlibat ialah


pengulangan unsur yang sama,
pengulangan sinonim, hiponim dan
kolokasi.

Pengulangan unsur yang sama bermaksud


setiap kata diulang secara penuh tanpa
melakukan sebarang perubahan.
Contohnya:
Raimah amat mencintai suaminya,
Nordin.
Kami sebagai anaknya juga amat
mencintainya.
 Suatu ketika dahulu wanita itu amat
dikaguminya.
 Tetapi kini, wanita itu dianggapnya
sebagai perempuan murahan
PENANDA RUJUKAN (M4)

Penanda rujukan melibatkan rujukan


terhadap ganti nama diri dan juga ganti
nama tunjuk.

Rujukan ganti nama diri melibatkan


ganti nama diri orang pertama, kedua
dan ketiga.
Contoh rujukan ganti nama diri

Saya, Amy dan Azwan akan ke pekan


Gedong.
Kami bertolak pada pukul sembilan
malam semalam.
PENANDA PENGHUBUNG
Penanda penghubung berfungsi sebagai
penjalin unsur-unsur linguistik seperti
perkataan, frasa atau ayat yang terdapat
dalam sesebuah wacana.
Penanda penghubung terdiri daripada
penghubung tambahan, penghubung
tentangan, penghubung musabab dan
penghubung tempoh.
Penghubung tambahan
Merupakan penghubung yang
memberikan maklumat tambahan sesuatu
perkara yang diperkatakan sebelumnya.
Antara penghubung tambahan dalam
bahasa melayu ialah dan, malahan,
tambahan pula, lebih-lebih lagi, di samping
itu dan selanjutnya.
Contohnya:
Tugasnya sebagai wartawan di salah sebuah
syarikat penyiaran benar-benar memberi
pengalaman kepadanya kerana dia sering
diberikan tugasan di luar bandar. Malahan dia
juga berpeluang melawat negara-negara luar
seperti Thailand dan India untuk menjayakan
rancangan dokumentari itu.
Penghubung tentangan
Penghubung yang menunjukkan
pertentangan maklumat antara suatu ayat
yang baru diperkatakan dengan ayat
sebelumnya dalam sesebuah wacana.
Antara contoh penanda penghubung
tentangan ialah tetapi, sebaliknya, namun
dan walau bagaimanapun.
Contohnya:

Mahmud adalah seorang yang cemerlang


dalam bidang akademik tetapi dalam
bidang sukan dia dikenali sebagai kaki
bangku.
Penanda penghubung musabab
Penanda yang merupakan sebab
berlakunya sesuatu.
Contoh penanda musabab ialah kerana,
oleh sebab dan oleh itu.
Contohnya:

Kami bergegas ke hujung kampung


kerana ada kemalangan nyawa berlaku
dengan dahsyat.
Penanda penghubung tempoh
Penanda penghubung yang menunjukkan
urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.

Contohnya penanda penghubung tempoh


ialah pertama, kedua, ketiga, kemudian,
selanjutnya dan sebagainya.
Contohnya :
Pada peringkat awal pendakian, ramai
dalam kalangan kami yang kepenatan.
Kemudian, kami berhenti rehat untuk
jangka waktu yang panjang dan selepas
itu, kami teruskan pendakian. Akhirnya,
berbekalkan semangat juang yang tinggi
kami berjaya sampai ke puncak Gunung
Kinabalu tepat jam 6.30 pagi.
PENANDA PENGGANTIAN
Penanda penggantian terdiri daripada
penanda penggantian nominal, verbal
dan klausa.

Penggatian nominal ialah penggantian


yang dilakukan terhadap kata nama
atau frasa nama.
PENANDA PENGGANTIAN

Penggantian verbal melibatkan


penggantian terhadap kata atau frasa
kerja.

penggantian klausa pula melibatkan


penggantian sebahagian daripada ayat.
Contohnya :

Saya sengaja tidak mahu menebang


pokok durian itu.

Nanti baru saya lakukan.


PENANDA ELIPSIS/PENANDA
PENGGUGURAN
Elipsis melibatkan pengguguran kata
atau frasa yang telah dinyatakan dalam
ayat sebelumnya.

Ini bererti pengguguran kata atau frasa


melibatkan maklumat yang telah
diketahui oleh pembaca atau
pendengar berdasarkan konteksnya.
Contohnya:

Wanita itu berjalan dengan santunnya.


Menuju ke arah suaminya yang sudah
lama menunggunya.
sekian
Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai