Anda di halaman 1dari 43

TAJUK : PROSES KREATIF

N. SUB : BMMB 3103 (PENULISAN KREATIF


SASTERA KANAK-KANAK)
N. PEMBENTANG : RHENUGHA THANGARAJAN
: SHARMILAH AMBUALAGAN
UNIT : PISMP BM SJKT SEM 6
PROSES DAN PENGHASILAN
• Kreativiti adalah satu proses dan bukannya produk atau
peristiwa.
• Kreativiti kanak-kanak boleh dikembangkan dengan
menggalakkan mereka menulis cerita, bermain muzik,
menjalankan uji kaji dan sebagainya.
• Kreativiti dikembangkan melalui aplikasi secara praktikal.
• Kanak-kanak harus digalakkan mengalami dan mengenali
secara umum beberapa ciri proses kreativiti.
PENGALAMAN DAN
PENGUJIAN
• Sejak kanak-kanak berada di prasekolah, mereka telah
mengembangkan daya fantasi dan berinteraksi secara
kreatif.
• Mereka belajar melalui pengalaman dan meneroka.
• Mereka menunjukkan pencapaian kreatif dan berusaha
meluahkan perasaan melalui hasil aktiviti seni.
• Tugas orang dewasa memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk meneroka dan bereksperimen.
PROSES KREATIVITI UMUM
1. ILMU PENGETAHUAN
• Mengumpul maklumat sebanyak mungkin berkenaan tugasan atau
masalah.
• Jenis-jenis maklumat ;
Maklumat bercetak (buku, artikel, bahan muat turun internet)
Maklumat lisan
Maklumat elektronik
3. MENDEFINISIKAN
2. PENYELIDIKAN MATLAMAT/ARAH
• Mengenalpasti percubaan
yang lalu dan membuat
TUJU
• Mentakrifkan dengan jelas
pendirian di mana tumpuan
masalah yang hendak
hendak diberi.
diselesaikan atau hasil yang
dikehendaki.
• Mengenalpasti arah tuju
penyelesaian masalah.
4. PENGERAMAN (INCUBATION)
• Tiada apa yang dilakukan pada langkah ini.
• Menghasilkan buah fikiran atau idea yang memerlukan masa.
• Idea tidak datang dengan segera.
• Idea mungkin terbit pada keadaan yang tidak disangka.
• Terlalu banyak berfikir boleh menyebabkan kebuntuan.
5. MEMBINA KEYAKINAN
• Adalah lebih baik mencuba pendekatan yang berbeza dari
menumpukan pada satu idea.
• Idea adalah seperti batu loncatan;
 idea berkembang dari satu idea ke idea yang lain dan idea baru
sering kali adalah gabungan berbagai idea yang ada.
6. PENAPISAN 7. MENYATAKAN
• Idea-idea perlu ditapis untuk
DENGAN JELAS
mendapatkan cara
• Mencari jalan untuk
penyelesaian yang terbaik.
menyampaikan idea dengan
Idea-idea yang baik akan
berkongsi idea dengan pihak
digabungkan untuk
lain dan menggalakkan
menghasilkan satu
mereka untuk memajukan
penyelesaian yang kreatif.
idea tersebut.
GRAHAM
WALLAS Graham Wallas
dilahirkan pada 31
Mei 1858 dan
meninggal pada 9
Ogos 1932.

Beliau merupakan
seorang sosialis
Inggeris, seorang
pakar psikologi, dan
seorang tokoh
akademik.

Beliau banyak
mengemukakan
idea berkaitan
dengan proses
pemikiran kreatif.

Pada tahun 1926, beliau telah


memperkenalkan Model Proses kreativiti
dalam bukunya “The Art of Thought”.
1. PENYEDIAAN (PREPARATION)
• Minda difokuskan kepada isu atau masalah dan dianalisis atau
diteroka.
• Kriteria dibina untuk mengenal pasti penyelesaian yang boleh diterima.
• Peringkat ini melibatkan langkah-langkah seperti membina rangka
kasar, draf soalan dan idea-idea awal.
2. PENGERAMAN
(INCUBATION)
• Individu menangguhkan proses kreativiti buat seketika dan melakukan
perkara-perkara lain terlebih dahulu.
• Idea dibiarkan mengeram dalam minda.
3. ILUMINASI (ILLUMINATION)
• Idea-idea yang kreatif tercetus secara tiba-tiba dalam keadaan sedar.
• Seseorang itu tiba-tiba mendapat idea bagaimana untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.
• Pada peringkat ini, individu melalui proses mengenal pasti karakter.
4. VERIFIKASI (VERIFICATION)
• Dalam Model Proses Kreativiti Graham Wallas, verfikasi merupakan
peringkat terakhir.
• Pada peringkat ini, idea tersebut telah disahkan, dihuraikan dan
diimplimentasikan.
• Aktiviti atau demonstrasi akan dijalankan untuk melibatkan apa yang
terdapat pada peringkat iluminasi sesuai atau tidak dengan keperluan
atau kriteria yang terdapat pada peringkat persediaan.
Proses Dalaman
Unsur-unsur Intrinsik
INTRINSIK
• Intrinsik adalah sesuatu unsur yang yang lahir daripada naskah sesebuah sastera itu
sendiri. Intrinsik ini dikaji melalui tema sesebuah karya, plot, gaya bahasa yang
digunakan dan sebagainya. Karya ditafsir dan dikritikan berpandukan karya sastera
itu sendiri. Perkara yang dikritik hanya diambil daripada dalaman sesebuah karya
sastera itu sendiri. Segala unsur-unsur yang terdapat dalam teks tersebutdiambil
kira dalam pendekatandalam kritikan sastera.
Tema

Watak dan
Plot
perwatakan

Unsur-
unsur
Sudut

intrinsik
Latar
pandangan

Nilai murni Gaya bahasa


Tema
• Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu
karya, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

• Cth: Berdasarkan Novel Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd


Hanafiah tema novel berkenaan ialah pengorbanan seorang
gadis dalam menghadapi desakan kehidupan yang
dihadapinya.
Watak dan Perwatakan
• Watak merupakan pelaku yang memegang watak
dalam sesebuah karya sastera serta menggerakkan
cerita dengan cara berinteraksi sesama watak dan
persekitaran .

• Perwatakan merupakan gambaran atau sifat


pelaku tersebut.
• Cth:

Watak Perwatakan

•Rajin
•Selalu berada dalam keadaan bersedia
Semut
•Tidak membazirkan masa
•Baik hati

•Malas
Belalang •Tidak berfikir tentang masa depan
• ...
Plot
• Plot ialah sesuatu yang menghubungkan
peristiwa-peristiwa dalam sesebuah cerita. Setiap penstiwa
dari awal hingga akhir berdasarkan hukum sebab dan akibat.

• Susunan cerita bergantung pada fantasi dan kreativiti


pengarang. Plot dirangka dengan teliti dan tidak semestinya
berurutan peristiwanya dari awal hingga akhir atau
kronologi. Plot ialah penyusunan kronologi yang diubah suai
mengikut kemahuan pengarang.
Binaan plot:

o Plot Permulaan

Menceritakan tentang latar belakang watak/suasana yang wujud pada awal


cerita.

o Plot Perkembangan

Perjalanan cerita yang semakin berkembang dan wujudnya watak-watak lain.


o Plot Perumitan/Konflik
Pada ketika ini, akan wujudnya masalah yang dihadapi oleh watak dalam cerita.

o Plot Klimaks
Dalam plot ini, masalah yang wujud tadi berjaya diselesaikan.

o Plot Peleraian
Pengakhiran cerita sama ada diakhiri dengan kisah gembira atau duka.
Teknik plot
Teknik plot ialah cara pengarang mengembangkan plot ceritanya supaya menarik.

(a) Imbas kembali


(b) Imbas muka
(c) Saspens
(d) Konflik
(e) Kejutan
(f) Dialog
Latar
•Latar berperanan memberikan suasana kepada peristiwa dan
manusia yang terdapat dalam cerita.

(a) Latar tempat


Merupakan ruang atau tempat peristiwa berlaku yang
berkaitan dengan lokasi geografi.

Cth: Di sungai (Burung Merpati memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke


permukaan air berhampiran semut.)
(b ) Latar waktu atau masa
Menunjukkan masa peristiwa berlaku seperti zaman, era,
sejarahnya, atau musimnya.

Cth: musim hujan (semut membantu Sang belalang dengan


memberi makanan kepadanya pada musim hujan.)
(c) Latar masyarakat
Menunjukkan gambaran keadaan masyarakat dalam cerita
merangkumi bangsa atau etnik, status dan kehidupan sosial,
ekonomi, dan sebagainya yang bersesuaian dengan watak.

Cth: Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Contohnya, Tengku

Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan
miskin. Dia beranggapan Azfa Hanani cuba membolot harta keluarganya dengan menyamar
menjadi Tengku Murni
Sudut Pandangan
•Sudut pandangan berperanan untuk mengisahkan sesuatu cerita dan
menjelaskan pihak yang men-ceritakan sesuatu kisah. Maka sudut
pandangan mempunyai hubungan yang erat dengan watak.
•Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana
pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang
memilih cara yang terbaik untuk menyampaikan ceritanya.
Teknik sudut pandangan:
(a) Sudut pandangan orang pertama

• Pengarang bercerita sendiri atau terlibat dalam cerita sebagai watak utama
atau watak sampingan. Sudut pandangan ini disebut sebagai gaya
aku, iaitu cerita itu dibawakan seluruhnya oleh watak aku, orang pertama,
secara subjektif.

(b) Sudut pandangan orang ketiga tidak terbatas (serba tahu)

• Kerap digunakan oleh pengarang yang mengisahkan ceritanya melalui watak


lain menggunakan kata ganti nama diri ketiga, iaitu dia dan mereka atau
lengkap dengan nama. Pengarang bersikap serba tahu dan bebas bercerita
untuk mengemukakan emosi, fikiran, dan pergolakan jiwa watak-watak.
(c) Sudut pandangan orang ketiga terbatas

• Pengarang tidak menceritakan semua peristiwa atau watak


tetapi hanya akan memilih watak-watak tertentu dan
penceritaannya tertumpu kepada mereka. Watak-watak lain diceritakan
serba sedikit sahaja.

(d) Sudut pandangan objektif

• Pengarang hanya menceritakan segala sesuatu yang dilihat dan didengarnya


(melapor) dan masih menggunakan kata ganti nama diri ketiga. Bezanya
pengarang tidak terlibat dalam cerita. Maka pembaca berpeluang membuat
penilaian sendiri terhadap cerita tersebut.
Gaya Bahasa
Jenis Gaya
Huraiannya
Bahasa
(a) Diksi •Bermaksud pemilihan dan penyusunan kata-kata oleh pengarang daiam karyanya
•Harus memperlihatkan kesesuaian kata yang dipilih dengan tema dan persoalan, latar, watak, dan
mesej

(b) Ayat •Merujuk kepada cara pengarang membina dan menyusun ayat daiam karyanya, misalnya ayat pendek
dan ayat panjang

(c) Personifikasi •Dikenal juga sebagai perorangan atau penginsanan


•Membawa maksud tindakan pengarang memberikan sifat manusia, sama ada dari segi perasaan,
perwatakan, atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang, idea, atau hal-hal yang abstrak.
•Contohnya: ...matahari pagi bangkit daripada selimut gunung, benaknya mendandan sejuta
persoalan

(d) Simile •Merupakan perbandingan yang menggunakan kata konkrit (boleh dihitung) dengan kata abstrak (tidak
boleh dihitung)
•Contohnya: perahu duka, ladang kesabaran

(e) Metafora •Merupakan perbandingan secara terus atau langsung tanpa menggunakan kata-kata seperti, bak,
umpama, ibarat, dan sebagainya
•Contohnya: samudera hampa, lautan fikiran
(f) Hiperbola •Merupakan sejenis bahasa kiasan untuk menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud
yang sebenarnya
•Contohnya: seribu lautan sanggup diharungi

(g) Sinkope •Bermaksud penyingkatan perkataan


•Contohnya: "Apa dah jadi ni?"

(h) Rima •Bermaksud bunyi akhir suku kata pada tempat yang bersetentang antara dua baris atau lebih daripada
dua baris daiam puisi
•Terdiri daripada rima awal, rima dalam, dan rima akhir

(i) Asonansi •Merupakan pengulangan bunyi vokal yang sama dalam baris-baris sajak
•Contohnya: pengulangan vokal “u” dalam baris Kerana aku penyair kupenuhi hidupku

(j)Aliterasi •Bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama dalam baris sajak
•Contohnya: pengulangan konsonan m dalam baris Memacu menghimpun kekuatan

(k) Pengulangan •Berlaku pada kata, ungkapan, baris, atau rangkap yang diulang dalam sajak
•anafora - pengulangan kata pada awal baris secara berurutan. Contohnya:Tambah mengimbau sorotan
kitab MUHAMMAD ! Tambah mengimbau sorotan kitab ESA !
•epifora - pengulangan kata pada akhir baris.
•repitisi - pengulangan kata dalam baris yang sama. Contohnya, orang berbunga dia berbunga

(l)Perlambangan •merupakan kata-kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu benda, keadaan, atau
peristiwa yang membawa maksud yang lain atau maknanya lebih mendalam
•contohnya: senja melambangkan usia tua, pagi melambangkan usia muda
Nilai
contoh nilai :
• Baik hati
• Berdikari
• Hemah tinggi
• Hormat-menghormati
• Kasih sayang
• Keadilan
Pengajaran
• Pengajaran ialah peringatan/pedoman/perutusan/amanat/mesej yang ingin
disampaikan oleh pengarang dalam karyanya kepada pembaca/penonton.

• Dalam karya tradisional, ia disampaikan secara tersurat/secara langsung tetapi


dalam karya moden, ia disampaikan secara tersirat/tidak langsung.

• Gunakan nilai sebagai asas untuk menjawab. Jika nilai positif, mulakan ayat
jawapan anda dengan

- Kita hendaklah ……..

- Kita seharusnya…….

Jika nilai negatif,

- Kita jangan….

- Kita tidak boleh….

…diikuti dengan contoh dalam teks.


PROSES LUARAN
(UNSUR-UNSUR EKSTRINSIK)
• Ekstrinsik adalah merupakan sebuah
pendekatan dalam kritikan sastera yang melihat
karya sastera dengan kaitannya dengan unsur-
unsur diluar karya sastera seperti melihat
kepada pengarangnya, masyarakat, sejarah dah
sebagainya.

• Sastera akan dinilai dan dikritik berdasarkan


luaran sesebuah karya tanpa dilihat pada karya
itu sendiri.
1. Karya dipandang daripada sudut
sejarah
Karya akan dinilai berdasarkan mengapa boleh
wujudnya sesebuah karya itu, melihatkan kepada sejarah yang
pernah berlaku atau sebagainya.
2. Karya dipandang daripada sudut
pengarangnya
 Watak dan perwatakan pengarang menjadi sebab mengapa wujudnya sebuah
karya itu.

 Jadi, karya akan dikritik berdasarkan personaliti seseorang pengarang.

 Penelitian sastera ini cenderung membawa seseorang meluaskan


pandangannya terhadap riwayat hidup penulis, minat dan kecenderungan
penulis, latar belakang penulis dan sebagainya kerana segala faktor tersebut
dapat dihubungkan dengan hasil sesebuah karya.
3. Karya yang dihubungkan dengan
khalayak atau pembaca
Hal ini berlaku kerana akan berlaku proses timbal balik antara
karya dengan pembaca apabila sesebuah karya dibuat untuk
bacaan pembaca dan pembaca bertindak untuk memahami dan
menghayati sesebuah karya sastera itu
4. Karya sastera dihubungkan
dengan karya-karya yang lain
• Karya ini saling berhubung dengan karya-karya lain adalah kerana
walaupun dua buah karya mungkin terhasil dua jarak waktu yang jauh,
namun masih boleh memiliki unsur-unsur yang sama dalam sesebuah
karya.
Cerpen Matinya Seorang Perempuan oleh Usman Awang .
Karya juga dilihat antara hubungan karya dengan sesebuah karya yang lain.
Jika dibandingkan cerpen “Matinya Seorang Perempuan” dengan penceritaan novel Harga Se
buah Maruah” oleh Azizi Haji Abdullah, kedua-dua cerita ini bertemakan penindasan golongan
atasan kepada golongan bawahan.
Di dalam novel tersebut, Cah terpaksa berjuang untuk mempertahankan tanahnya daripada
dirampas oleh pihak berkuasa. Namun, novel ini menunjukkan kekuatan Cah apabila dia
bangkit menentang bersama orang – orang kampung yang lain. Cah merupakan seorang
balu yang kematian suaminya dan hidup bersama dua orang anak. Hal ini berbeza dengan
Minah yang hidup berseorangan tanpa hala tuju sehingga menyebabkan dia sering ditindas
dan tiada pembelaan. Minah hanya membela dirinya sendiri dengan berjuang bersenjatakan
mulutnya demi menentang kekejaman Cik Leman.

Anda mungkin juga menyukai