Anda di halaman 1dari 15

3.2.

1 DASAR
EKONOMI NEGARA
Disediakan oleh Kumpulan 4
a) DASAR AUTOMOTIF
NASIONAL (NAP)
Tujuan:

 Untuk merangasang perkembangan sektor automotif negara


seterusnya, pembangunan sektor automotif Malaysia.
Objektif utama kajian semula NAP:

 memastikan pembangunan industri automotif tempatan yang terancang


dan tersusun serta meningkatkan keupayaan dan daya saing industri
dalam jangka panjang berikutan liberalisasi pasaran.

 mewujudkan persekitaran pelaburan yang kondusif bagi menggalakkan


pelaburan tambahan dan baru.

 meningkatkan daya saing syarikat pembuat kenderaan berstatus nasional


melalui usahasama strategik.

 menggalakkan pembangunan teknologi baru dan terkini dalam industri


automotif domestik.

 menggalakkan pembangunan aktiviti pengeluaran dalam bidang niche


yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
b) DASAR PERTANIAN
NEGARA KETIGA (DPN3)
Tujuan:

 Semenjak tahun 1984, tiga Dasar Pertanian Negara


telah digubal untuk memajukan sektor pertanian.
Dasar Pertanian Negara Pertama (1984-1991)

 memberi penekanan membangunkan sektor pertanian yang berorientasikan


eksport.

 memberi penekanan kepada dasar ekspansionari yang mengutamakan


tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko. Kerajaan telah melabur
dengan banyak dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan
pembukaan tanah-tanah baru bagi memajukan dua tanaman tersebut.
Dasar Pertanian Negara Kedua (1992-1997)

 Memberi penekanan kepada peningkatan produktiviti, kecekapan dan


persaingan.

 Tanaman ladang seperi kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha-usaha


meluaskan kawasan penanamannya.

 Pelaksanaan DPN2 dibuat setelah mengambil kira kedudukan kekangan


tanah, tenaga buruh yang kian tua dan produktiviti yang rendah.

 Mengubah penumpuan kepada usaha pembangunan pertanian ke arah


menghasilkan produk yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
 Membawa pembaharuan dari segi memajukan industri asas tani. Hal ini
adalah selaras dengan strategi perindustrian yang telah dihuraikan dalam
Pelan Induk Perindustrian Pertama dan Kedua.

 Mengeksploitasikan faedah berbanding dan pasaran niche untuk


menambah peluang pekerjaan, menjana pendapatan yang lebi tinggi
melalui peningkatan produktiviti dan untuk menambah hasil pertukaran
asing negara.
Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010)

 Meningkatkan daya saing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan


antarabangsa.

 Sektor pertanian dan industri asas tani akan memberi keutamaan kepada usaha-usaha
berikut:
- meningkatkan daya saing pengeluaran makanan
- mengurangkan defisit imbangan dagangan untuk makanan
- meningkatkan pelaburan swasta
- sumber manusia mahir
- bekerjasama dengan kerajaan negeri
- memperkemaskan sistem penyampaian perkhidmatan sektor awam
Cabaran baru yang dihadapi oleh sektor pertanian

 Keperluan untuk menjamin bekalan makanan yang mencukupi, selamat, berkhasiat


serta bermutu tinggi pada harga yang berpatutan.
 Keperluan untuk mengurangkan penggunaan buruh dalam kegiatan pertanian.
 Keperluan untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber terhad yang sedia ada
sepert tanah dan air.
 Keperluan untuk memperkukuhkan daya saingan sektor pertanian negara.
 Keperluan untuk meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan.
 Keperluan untuk merubah sektor pekebun kecil.
 Keperluan untuk menyokong perindustrian negara dan pelaburan luar negara.
 Keperluan bagi memastikan pembangunan pertanian dan perhutanan yang mampan.
Objektif Dasar Pertanian Negara Ketiga

 Memaksimumkan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor


ini.

 Meliputi usaha memaksimumkan sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam


Negara Kasar (KDNK), pendapatan eksport serta pendapatan petani,penternak dan
Halnelayan.
ini dilakukan melalui:
- Peningkatan sekuriti makanan (food security)
- Peningkatan produktiviti dan daya saing sektor pertanian
- Pengukuhan pertalian dengan sektor-sektor lain.
- Mewujudkan sumber pertumbuhan yang baru untuk sektor pertanian
- Pemuliharaan dan menggunakan sumber-sumber asli secara mampan
- Pengenalan dua pendekatan strategik yang baru iaitu pendekatan perhutani
(agroforestry approach) dan pendekatan berasaskan produk (product-based approach)
Dua pendekatan yang digunakan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga:

1. Pendekatan Perhutani

memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber


termasuk tanah, buruh dan bahan mentah.

kegiatan pertanian dan perhutanan dibangunkan bersama-sama kerana


dilihat sebagai dua kegiatan yang serasi dan saling melengkapi

integrasi pertanian dan perhutanan juga adalah bertujuan membentuk


asas pengeluaran yang lebih luas bagi kedua-dua sektor tersebut.
2. Pendekatan Berasaskan Produk

Dengan menggunakan pendekatan berasaskan produk, ia


akan memberi pendekanan kepada keperluan dan cita rasa
pengguna serta pasaran khursus di seluruh dunia.

Permintaan dan keperluan pasaran ini digunakan untuk


menggubal strategi-strategi pengeluaran pertanian huluan.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai