Anda di halaman 1dari 7

PERANAN GURU SEKOLAH

RENDAH
(PENGURUS PEMBELAJARAN)
NAMA : AGO RANTAU BIN GHANI
HASNALINA BINTI JOHARI
ILYA YOHANA RENYTA BINTI AWANG
Definisi pengurusan :

 Guru berperanan dalam mengurus rutin bilik darjah, mengurus


murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual
bertugas seperti membersihkan bilik darjah dan menyusun meja
kerusi, mematuhi segala peraturan bilik darjah, mengurus
keadaan persekitaran bilik darjah yang kondusif untuk aktiviti
pembelajaran dan pengajaran, mengurus bahan-bahan
pengajaran dengan lebih berkesan dan mengurus aktiviti
berkumpulan secara teratur mengikut perancangan.
Definisi pembelajaran :

 Pembelajaran merupakan suatu proses


pengenalpastian tentang sesuatu yang boleh
memberikan kefahaman kepada kita melalui proses
mempelajari dan pengajaran yang berlaku sama ada
secara formal atau tidak formal.
Konsep pengurusan pembelajaran :

 Peranan guru sebagai pengurus bilik darjah adalah


berasaskan elemen-elemen pengurusan iaitu
merancang, mengelola, mengarah dan mengawal.
Justeru itu, untuk menjadi pengurus bilik darjah yang
berkesan , guru hendaklah memahami elemen-elemen
pengurus bilik darjah serta berusaha menguasai
kemahiran-kemahirannya.
Peranan :

 Menggunakan banyak method pada waktu mengajar


 Mempelbagaikan penggunaan bahan bantu belajar
untuk menarik perhatian murid-murid agar terlibat
dalam aktiviti yang dirancangkan.
 Motivasi
 Memberikan ganjaran dan pujian sebagai perangsang
utama dalam pembelajaran dan pengajaran.
 Kurikulum yang baik dan seimbang
 Memilih kurikulum yang merangkumi aspek JERIS dalam
pembelajaran dan pengajaran yang di tekankan
 Mengenalpasti perbezaan individu
 Guru perlu peka dan memahami setiap perbezaan
murid-murid serta mengcungkil potensi yang ada
dalam kalangan murid
 Menyediakan perancangan sebelum mengajar
 Guru menyediakan perancangan dengan teliti supaya
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar
serta murid- murid dapat memahami setiap
pengajaran tersebut.
 Penghasilan bahan bantu mengajar yang merangsang
murid-murid berfikir
 Melalui penghasilan bahan bantu mengajar ia dapat
merangsang pemikiran murid-murid kerana berlakunya
komunikasi dua hala antara guru dan murid-murid.

Anda mungkin juga menyukai