Anda di halaman 1dari 9

Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan Bilik darjah untuk murid berkeperluan khas

Susunan Peralatan
Keceriaan
perabot khas

Keselesaan Keselamatan

KATEGORI KANAK-KANAK BEKEPERLUAN KHAS


1.terencat akal2.
 
masalah kerosakan sesnsori
masalah kecacatan fizikal

 cerebral palsy
 musculor dystrophy
 spina bifida
 sawan (epilepsy)
masalah penglihatan
masalah pendengaran
masalah komunikasi
masalah bahasa 
masalah pertuturan
masalah pembelajaran

 
Aspek yang perlu diberikan perhatian ialah:-

 pengurusan bilik darjah yang efektif, iaitu merangkumi pengurusan aspek fizikal bilik
darjah, tingkah laku murid, rutin, peraturan serta prosedur dan juga arahan yang
berkesan
 pengetahuan dan kemahiran tentang strategi pengajaran yang pelbagai untuk
memenuhi keperluan murid yang berbeza
 keupayaan menilai kemahiran yang diperlukan seseorang murid
 menetapkan objektif pembelajaran yang sesuai dan realistik
 mengubahsuai aktiviti dan latihan di dalam bilik darjah supaya dapat mengambil kira
keperluan serta kebolehan murid yang berada pada tahap berbeza di dalam kelas
 menstrukturkan persekitaran agar dapat merangsang pembelajaran muridnya
 menggunakan strategi-strategi seperti bimbingan rakan sebaya dan pembelajaran
koperatif untuk menggalakkan kerjasama antara murid di dalam bilik darjah
 menekankan kepentingan menghormati rakan sebaya
 menghargai perbezaan dalam kalangan individu 
 mempunyai harapan yang tinggi atas kebolehan muridnya untuk berjaya
 membina hubungan yang baik dan bekerjasama dengan ibu bapa, guru-guru lain
serta guru pendidikan khas agar dapat memahami cara terbaik untuk membantu dan
memenuhi keperluan murid tersebut.

pengurusan bilik darjah yang mempunyai murid berkeperluan khas memerlukan guru
membentuk semangat komuniti yang dapat menerima kepelbagaian dalam kalangan murid
dan membina persekitaran yang dapat memberikan perhatian serta respon kepada
keperluan individu
Pengurusan tingkah laku merupakan satu aspek penting yang harus diketahui dan difahami
oleh setiap pendidik. Aspek ini penting kerana ramai guru menghadapi masalah untuk
menangani masalah tingkah laku murid-murid bermasalah pembelajaran. Apabila keadaan
ini berlaku, guru tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan sempurna dan seterusnya
boleh mengganggu perasaan dan emosi guru yang akhirnya menyebabkan guru merasa
begitu tertekan. 

Pengurusan tingkah laku juga merupakan aspek penting yang perlu dijalankan kerana ia
dapat menjamin suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan afektif. Persekitaran yang
kondusif dan afektif ini akan menjamin pembelajaran yang lebih selesa.

Tingkah laku bermasalah sekiranya tidak diuruskan dengan bijak akan mengakibatkan
kesan yang lebih buruk di masa hadapan. Apabila seseorang murid itu sudah biasa dengan
tingkah laku bermasalah, situasi ini akan mengundang masalah dalam perhubungan sosial
murid tersebut dengan keluarga, rakan-rakan, guru dan juga masyarakat amnya. Seorang
guru perlu bijak merancang dan memilih kaedah yang paling sesuai untuk menguruskan
sesuatu masalah tingkah laku yang timbul. 
TOPIK 4 PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 

Sebagai guru  berpengalaman,  imbas balik “ Apakah yang anda faham dengan pengajaran
dan pembelajaran?”  Apakah aspek-aspek yang perlu anda ambil perhatian  sebelum,
semasa dan selepas  proses pengajaran  dan pembelajaran.  Pernahkah anda berfikir  cara 
terbaik untuk menguruskan pengajaran dan pembelajaran yang baik   dalam bilik darjah
yang mesra budaya?  Topik ini akan membincangkan  pengurusan pengajaran dan
pembelajaran dengan  fokus  kepada konsep,  dan  peranan  guru dalam mengurus
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

4.1   Konsep  Pengajaran Dan Pembelajaran

“Pengajaran” atau “pedagogi” bermaksud bagaimana seseorang guru menyampaikan


pelajaran atau ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya.  Ia merupakan satu proses
daripada persediaan untuk mengajar, melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang
telah diajar serta melakukan tindakan susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.
Pengajaran juga adalah rancangan guru yang sistematik untuk membimbing pelajar
menjalankan aktiviti pembelajaran

Pengajaran juga boleh didefinisikan sebagai rancangan guru yang sistematik untuk
membimbing pelajar  menjalankan aktiviti pembelajaran. Santrock J.W dalam
bukunya Educational Psychology: A Tool for Effective Teaching menyatakan bahawa
pengajaran berkesan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu : pengetahuan profesional
guru dan komitmen guru yang berupaya merancang pengajaran tersusun dengan cemerlang
(excellent instructional planning).

Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan  tingkah
laku yang berbeza.  Dari sudut kognitif, pembelajaran boleh berlaku tanpa perubahan
tingkah laku yang segera. Perubahan struktur mental yang berlaku melibatkan perubahan
skema, kepercayaan, jangkaan dan matlamat.  Proses pembelajaran yang berlaku secara
berterusan akan membawa perubahan tingkah laku.  Contohnya, seseorang murid akan
mula menguasai kemahiran membaca setelah proses pembelajaran  berlaku secara
berulang-ulang dan berterusan.  Penguasaan dan pemahaman terhadap sesuatu fakta akan
mudah dikuasai apabila proses pembelajaran dibantu dengan pelbagai bahan bantu
mengajar sebagai bahan rangsangan seperti gambarajah, jadual, carta, gambar dan lain-lain
alat bantu yang memudahkan murid-murid menghubungkaitkan maklumat.

4.2   Ciri-ciri Guru Berkesan

Salhah Abdullah (2006) dalam bukunya Guru Sebagai Fasillitator menegaskan bahawa
”guru sebagai fasilitator berperanan sebagai perancang, pengurus dan pelaksana perlu
berpandukan prinsip pengurusan yang sistematik. Prinsip perancangan perlu tepat diikuti
dengan prinsip penyampaian yang sesuai dan disusuli dengan prinsip tindakan yang tepat  ”
( p.43).

“Effective teachers have good command of their subject matter and a solid core of teaching
skills. They have excellent instructional strategies supported by methods of goal setting,
instructional planning, and classroom management. They know how to motivate,
communicate, and work effectively with students who have different levels of skills and come
fromculturally diverse backgrounds. Effective teachers also understand how to use
appropriate levels of technology in the classroom. “ (Santrock, 2006)

Matlamat pengajaran pula adalah seperti berikut:

•          Untuk menyampaikan maklumat berbentuk ilmu pengetahuan


•          Membolehkan pelajar menguasai kemahiran kogintif, afektif dan psikomotor.
•          Membantu pelajar memiliki nilai dan sikap yang sihat.
•          Menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif.
•          Membantu pelajar supaya boleh berdikari

4.3  Konsep  Pembelajaran

4.4  Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran

Pengurusan  melibatkan proses-proses seperti merancang, melaksana, menilai dan


membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan. Manakala pengurusan pengajaran
dan pembelajaran adalah berkaitan aspek-aspek berikut:

         Merancang pengajaran dan pembelajaran  dengan berkesan dengan mengambilkira latar


belakang murid yang berbeza
         Melaksana pengajaran dan pengajaran seperti yang telah dirancang dan membuat
pengubahsuaian semasa jika perlu
         Menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
         Membuat tindakan susulan berdasarkan penilaian yang telah dibuat termasuk membuat
penambahbaikan

4.5  Pengurus Pengajaran dan pembelajaran Dalam Kelas pelbagai budaya:

Seorang guru yang mengurus pengajaran dan pembelajaran juga boleh digelar ‘pengurus’.
Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan 
termasuk :

         Prihatin dan peka terhadap situasi sekeliling


         Sistematik dalam merancang dan menilai
         Penyabar menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang
         Bijak mengurus masa
         Berpandangan jauh
         Bersedia untuk berubah dan fleksibel
         Berkomuknikasi dengan berkesan

4.6  Peringkat-peringkat pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Dalam konteks pengurusan pengajaran dan pembelajaran, peringkat-peringkat pengurusan


pengajaran dan pembelajaran adalah berkaitan persediaan guru :
i)              Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran
ii)             Semasa proses pengajaran dan pembelajaran
iii)            Selepas proses pengajaran dan pembelajaran
Rajah 1: PENGURUSAN  PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sebelum  proses pengajaran dan pembelajaran


Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan murid-murid pelbagai budaya, guru perlu
membuat persediaan rapi sebelum memulakan sesi pengjaran dan pembelajaran.
Persediaan sebelum pengajaran dan pembelajaran termasuk merancang pelaksanaan
pengajaran melalui penulisan Rancangan Pengajaran Harian meliputi aspek-aspek :

  Hasil pembelajaran yang tepat


  Kaedah pengajaran yang sesuai dengan kepelbagaian budaya murid
  Sumber pengajaran yang mencukupi
  Bahan bantu mengajar yang berkesan
  Langkah-langkah proses pengajaran yang jelas

(a)  Penggunaan Bahan Bantu Mengajar


                       
Pengurusan pengajaran dan pembelajaran bermula dengan  perancangan dan penyediaan
bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat bantu mengajar  yang sesuai dan
berkesan sangat penting untuk membantu guru menerangkan konsep abstrak yang sukar
kepada para pelajar. ” Mengguna alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu
menerangkan sesuatu konsep” (Hiebert, Weame & Taber, 1991; Kozma, 1991). Contoh-
contoh bahan bantu mengajar seperti bahan maujud, gambar, pengursan grafik, peta minda,
gambarajah, radio, komputer, video, kad imbasan, gambarajah, akhbar, majalah, audio
visual, model, prototaip atau bahan-bahan sejarah. Ciri-ciri bahan pengajaran efektif pula
berbentuk maujud, praktikal, selamat digunakan dan  guru dapat menggunakan bahan
tersebut untuk menerangkan konsep abstrak yang sukar difahami dengan berkesan.

Seorang guru yang kreatif akan menyesuaikan bahan bantu mengajar dengan isi  pelajaran
agar murid  mudah menguasai konsep abstrak yang  kompleks. Ini diakui oleh Mayer &
Gallini, (1990); “ Guru perlu menerangkan dengan jelas dan memberi contoh-contoh yang
berkaitan untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran “.  Manakala Slavin (1994)
menyarankan “guru perlu menyediakan pengajaran yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan pelajar dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan alat bantu
mengajar (ABM).

(b)  Pemilihan Sumber Pengajaran

Guru yang bersedia dengan maklumat dari pelbagai sumber bukan sahaja berjaya memberi
penerangan yang jelas kepada pelajarnya tetapi juga mampu membuat perkaitan antara
idea-idea, mencadangkan pemikiran baru dan mencabar pelajar untuk berfikir pada aras
tinggi . 

Sumber- sumber pembelajaran yang boleh digunakan seperti buku teks, buku rujukan,
internet, maklumat akhbar, majalah, rancangan radio dan televisyen, jurnal ,
prospektus, phamplets and brochures, laporan penyelidikan, statistik rasmi, Akta, Arahan
Perbendaharaan termasuk  sumber hasil temubual dan soal selidik. Sumber yang tepat,
sesuai, dan mencukupi mampu  mencabar minda pelajar seterusnya  menarik minat mereka
untuk memahami isi pelajaran dengan  lebih berkesan.  Semasa merancang pengajaran,
saya mendapatkan seberapa banyak  input daripada pelbagai sumber sebelum memulakan 
setiap sesi pengajaran .

Semasa  Proses Pengajaran dan Pembelajaran  


             
(a)   Strategi Pengajaran Releven Pelbagai Budaya

Pemilihan strategi pengajaran yang tepat juga mampu membuatkan penyampaian maklumat
dan pelaksanaan pengajaran menjadi lebih berkesan terutama aktiviti yang melibatkan
interaksi  aktif murid yang terdiri daripada pelbagai budaya dan latar belakang.

Semasa guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan   

  melaksanakan pengajaran seperti yang dirancang


  mengenalpasti prosedur penilaian pembelajaran murid yang sesuai
  menerapkan nilai-nilai kepelbagaian budaya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
  menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif dari segi psikososial dan fizikal untuk murid-
murid yang mempunyai latar belakang berbeza
  mengurus disiplin murid dengan mengambilkira kepelbagaian kelompok murid
  mengendalikan aktiviti pemulihan dan pengayaan

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran              


  
Seterusnya proses penilaian dan pengukuran perlu dilaksanakan oleh guru untuk
mengetahui keberkesanan pengajaran.  Penilaian prestasi merupakan satu proses meliputi
aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi, aktiviti, hasil dan impak pengajaran dan
pembelajaran bagi membuat analisis untuk memastikan pelajar telah menguasai kemahiran
yang disampaikan oleh guru. Guru juga dapat merancang aktivti selanjutnya dengan cara
yang lebih berkesan dan mengambil tindakan susulan .

Menurut  D. Stufflebeam dalam bukunya “ Educational Evaluation and Decision Making”,


beliau telah mentakrifkan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan serta
memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan yang selanjutnya. Gay
(1985) pula berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses sistematik mengumpul dan
menganalisis data  bagi menentukan  sama ada  sesuatu objektif  yang telah ditetapkan itu
telah tercapai.
Keberkesanan sesuatu proses pengajaran tidak dapat dipastikan tanpa proses penilaian
oleh guru semasa dan selepas pengajaran berlaku. Penilaian dilaksanakan berperanan
untuk:

•          Mengesan perkembangan penguasaan murid dan mengenal pasti kekuatan dan


kelemahan murid dalam pembelajaran untuk merancang aktiviti pengayaan dan pemulihan
•          Mengenal pasti keberkesanan pengajaran guru supaya membolehkan guru memperbaiki
pengajaran selanjutnya
•          Mengambil tindakan susulan untuk mengatasi kelemahan & meningkatkan lagi proses
pengajaran dan pembelajaran
            meningkatkan keberkesanan pengajaran .

Keputusan peperiksaan penilaian formatif  pula yang dilaksanakan selepas tamat sesuatu
tajuk dan  penilaian sumatif yang dilaksanakan secara holistik pada hujung semester dapat
menilai pencapaian pelajar. Penilaian prestasi pelajar juga membolehkan guru menilai
semula strategi pengajaran dan membuat penambahbaikan. Penilaian menyeluruh pelajar
dapat dilakukan melalui data-data pengukuran kuantitatif dan kuanlitatif .

Pengukuran merupakan satu proses sistematik  untuk  mendapatkan maklumat secara


kuantitatif untuk menentukan pencapaian murid. Tujuan utama pengukuran adalah untuk
membuat pengelasan bagi pencapaian akademik murid dalam pembelajaran dan membuat
penambahbaikan kepada kaedah pengajaran guru. Alat pengukuran dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah seperti data kuantitatif hasil daripada ujian bulanan,
kuiz,  peperiksaan, temubual murid/rakan sekerja, soal selidik,  senarai semak, rekod
anekdot, skala kadar, sosiogram, data pemerhatian dan kajian tindakan. Alat pengukuran
yang tepat dalam proses penilaian mampu memberi maklumat berharga kepada guru untuk
mengukur pembelajaran pelajar dan menilai keberkesanan pengajaran guru .  Apabila guru
memberikan ujian kepada pelajarnya,  guru sebenarnya bukan sahaja sedang mengukur
pencapaian pelajarnya tetapi juga mengukur keberkesanan strategi pengajarannya sendiri.
         
Penambahbaikan perlu dilakukan oleh guru setelah melaksanakan penilaian dan
pengukuran. Pendekatan Pengajaran Masteri contohnya amat menekankan bahawa guru
perlu memastikan murid telah dapat menguasai sesuatu kemahiran sebelum kemahiran
yang baru disampaikan. Penambahbaikan berbentuk pemulihan, pengayaan dan penilaian
semula kesemua elemen-elemen yang terlibat semasa merancang dan semasa  proses
pengajaran dan pembelajaran  berlaku perlu diambilkira oleh seorang guru yang proaktif dan
berkesan
                 
Setelah guru selesai menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu
memperuntukkan masa membuat refleksi terhadap pelaksanaan pengajarannya. Langkah
ini adalah penting untuk mengkaji keberkesanan pengajaran guru dalam aspek pemilihan
strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, maklumat dan sumber pengajaran,
tahap pencapaian murid dan keberkesanan komunikasi guru-murid..

Rumusan

Kita sudah sampai ke penghujung topik. Mari kita membuat rumusan.tentang apa yang telah
dipelajari.

               Pedagogi atau pengajaran merupakan satu proses daripada persediaan untuk mengajar,
melakukan pengajaran, menilai kembali apa yang telah diajar serta melakukan tindakan
susulan bagi menyempurnakan proses pengajaran itu.
               Pembelajaran ialah proses perubahan struktur mental yang membina keupayaan  tingkah
laku yang berbeza

               Pengurusan pengajaran dan pembelajaran  melibatkan proses-proses seperti merancang,


melaksana, menilai dan membuat tindakan susulan termasuk penambahbaikan terhadap
pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil  kira  latarbelakang pelajar, dan
kepelbagaian perbezaan dari segi kognitif, sosial, emosi dan fizikal pelajar.

               Ciri-ciri seorang pengurus pengajaran dan pembelajaran berkesan termasuk prihatin dan
peka terhadap situasi sekeliling; sistematik dalam merancang dan menilai;  penyabar
menghadapi kerenah murid pelbagai latar belakang, mengurus masa dengan baik dan 
mempunyai kemahiran abad ke 21.

               Guru perlu  mengambil kira semua aspek  kepelbagaian  budaya apabila mengurus
pengajaran dan pembelajaran dalam semua peringkat pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai