Anda di halaman 1dari 87

BBM 3107 : PENGANTAR STILISTIK

Prof Madya Dr. Arba’ie bin Sujud


Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Universiti Putra Malaysia
arbaie@upm.edu.my, asmidar63@gmail.com
013-3641145, 03-89468662

29-Aug-19 1
Pengaruh Bahasa
• Bayangkan jika manusia tidak memiliki
bahasa, bagaimana mereka berinteraksi?
• Apakah sebabnya kita boleh menerima
seseorang yang telah menghancurkan hati dan
perasaan dengan hanya satu perkataan iaitu
MAAF. Mengapa?
• Bagaimanakah kita berinteraksi dengan otak
untuk menggunakan bahasa yang bagaimana
untuk menyatakan sesuatu?
29-Aug-19 2
Fikir-Fikirkan
• Semanis apa pun masa lalu, tetap sudah
berlalu.Sepahit apa pun masa lalu, masih
tetap ada masa depan yang manis.Hadapi
hidup ini dengan tabah.

29-Aug-19 4
Memahami Stilistik
• Ilmu gaya = pemakaian bahasa
• Bagaimana sesuatu bahasa digunakan
• Bagaimana sesuatu bahasa dapat berfungsi
secara maksimum
– Sebagai alat komunikasi
– Sebagai medium yang memberikan kesan emosi
– Sebagai rangsangan yang memberikan tindak
balas
– Sebagai saluran untuk melahirkan/meluahkan
29-Aug-19 5
Ruang Lingkup Stilistik
• Melepasi aturan sistem bahasa
• Merangkumi seni bahasa
• Sesuatu yang di luar daripada aturan sistem
bahasa masih boleh diwajarkan melalui
bidang stilistik.
• Stilistik juga tidak menekankan aspek seni
bahasa tetapi berada pada lapisan tersendiri
yang sewajarnya difahami secara ilmiah.

29-Aug-19 6
Sistem Penilaian
• Tugasan Individu - 35 %
• Pep Pertengahan Sem - 25 %
• Pep Akhir Sem. - 40 %
• Jumlah 100 %

29-Aug-19 7
Pensyarah/Pengajar
• Nama : ARBA’IE BIN SUJUD (PM Dr)
• Jabatan : Jabatan Bahasa Melayu, FBMK
• Fakulti : Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
UPM
• Jawatan : Timbalan Dekan (Akademik &
Pelajar/Prof Madya)
• Email : arbaie@upm.edu.my,
asmidar63@gmail.com
• No Tel Pejabat : 03-89468662,(HP) : 013-3641145

29-Aug-19 8
Rujukan Kursus
Arba’ie Sujud (2006). Retorika Bahasa dan
Apresiasi Sastera. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn. Bhd.

Arba’ie Sujud (2007). Apresiasi Bahasa: Interpretasi &


Ekspresi. Kuala Lumpur. Tinta Press Sdn. Bhd.

Arba’ie Sujud & Arbak Othman. Stilistik. Serdang:UPM


Press
Gorys Keraf (2004). Diksi dan Gaya Bahasa. Jakarta: PT.
Gramedia.

29-Aug-19 9
Kertas Kerja Individu
• Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu
kertas kerja.
• Tajuk kertas kerja ditetapkan/didaftarkan*.
• Pelajar tidak boleh menukar tajuk tanpa
persetujuan pengendali kursus.
• Sila berbincang dengan tutor untuk mendapat
gambaran terhadap skop tugasan yang
diberikan.
• Pemberatan markah adalah 25 %.

29-Aug-19 10
Peraturan Umum
• Format Kertas kerja – Ilmiah- mengandungi tiga
bahagian (pendahuluan, perbincangan dan
Kesimpulan).
• Hasil kertas kerja asli dan patuhi etika ilmiah.
• Penghantaran KK - Selewat-lewatnya pada minggu
ke-10
• Kelewatan dalam menghantar kertas kerja boleh
menjejaskan markah.

29-Aug-19 11
Format Penaipan
• Ditaip menggunakan kertas bersaiz A4
berwarna putih.
• Jarak taipan dua langkau.
• Kepanjangan. 12– 18 halaman tidak
termasuk bibliografi.
• Saiz huruf 12
• Jenis Times New Roman atau Arial

29-Aug-19 12
Esei Ilmiah
• Penulisan berdasarkan tajuk yang telah
ditetapkan. Sebarang perubahan atau pindaan
tajuk tidak dibenarkan.
• Format – Rasmi kertas kerja yang mengandungi:
a. Pendahuluan
b. Isi dan Perbahasaan
c. Kesimpulan
• Bibliografi

29-Aug-19 13
Pendahuluan
• Pengertian dan konsep bagi tajuk yng
dibincangkan.
• Objektif Kajian.
• Pembatasan Kajian.
Penulisan dilakukan dalam bentuk
perenggan.
• Pendahuluan 1-3 halaman.

29-Aug-19 14
Isi dan Perbincangan
• Berkaitan dengan skop atau batasan kajian
yang dinyatakan dalam pendahuluan.
• Gunakan bahan atau teks untuk tujuan
menganalisis.

29-Aug-19 15
Rumusan Kesimpulan
• Kepanjangan - 1-2 halaman sahaja
• Merumuskan aspek-aspek yang telah
dibincangkan.
• Dapatan kajian yang diperoleh.
• Kaitkan dengan tajuk kertas kerja dan objektif
kertas kerja.

29-Aug-19 16
Bibliografi
Sapardi Djoko Damono.1978. Sosiologi Sastra: Sebuah Penghantar Ringkas. Jakarta:
Jabatan Pendidikan dan Kebudayaan.

Scholes, Robert.1969. Elements of Poetry. London: Oxford University Press.

Schwartz, Joseph dan Roby C., Robert. 1969. Poetry: Meaning and Form. New York:
Mc Graw-Hill Book Company.

Scott, Wilburs. 1972. Five Approaches of Literary Critism. London: Collier Books.

Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Selden, R. and Widdowson, P., 1993. Contemporary Literary Theory. New York:
Harvester Wheatsheaf.

Shahnon Ahmad. September 1987. “Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia”. Dewan


Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11.
29-Aug-19 17
Stilistik - Pengenalan
• Tumpuan Bidang –
• Bahasa atau Sastera?
• Apa itu Bahasa?
• Apa kata sarjana?
• Apa itu SASTERA?
• Apa yang dapat anda fahami?

29-Aug-19 18
“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang”
“Peluang apa lagi”
“Tolong Mah. Abang terpaksa”.
“Abang tak ada pilihan”
“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”
“Tak ada beban batu digalas”
BENTUK DAN GENRE KESUSASTERAAN MELAYU

PROSA PUISI

PROSA PROSA PUISI PUISI


KLASIK MODEN KLASIK MODEN
•Pantun
•Sastera Rakyat •Syair
•Sas. Pengaruh Hindu •Cerpen •Peribahasa Sajak
•Sas. Zmn Peralihan •Novel
•Sas. Pengaruh Islam •Teromba
•Drama •Talibun
•Sas. Panji
•Sas.Sejarah •Nya. Kanak-kanak
•Sas. Kt.negaraan •Jampi mentera
•Sas. Undang-undang •Gurindam, Zikir
•Sas. Saduran •Seloka,Kit’ah, Masnawi
•Cerita Berbingkai
•Nazam, Rubai, Ghazal
29-Aug-19 20
‘SASTERA’ dari sudut
Bahasa
• S – Seni Bahasa
• A - Akaliah.
• S - Sensitiviti
• T - Tersurat dan Tersirat
• E – Estetika
• R - Realiti
• A - Alternatif / Pelepasan Minda

29-Aug-19 21
• Kalau kita tidak ada apa-apa, kita dak dapat
beri apa-apa.
• Berkata ilmu akulah sultan,berkata nafsu,
akulah syaitan.

29-Aug-19 22
Fikir bersama

• Ambil teladan-
– Cerita “Kura-kura berlumba Lari dengan Arnab”
– Nyanyian “Bangau oh Bangau”
PERBEZAAN TANGGAPAN
Arnab dan Kura-kura
Pengenalan Stilistik
Apa itu stilistik?
• Ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa
dalam penulisan yang berkaitan dengan
disiplin linguistik.
• Stilistik atau sylistics adalah ilmu tentang stail
atau gaya yang dihubungkan dengan
pemakaian atau penggunaan bahasa
• bahasa sebagai wahana pengucapan.
• Fokus dan penekanan terhadap aspek kebahasaan
• Kesan penerapan daripada disiplin linguistik
tercerminnya ilmu gaya yang membezakan gaya
sastera dan gaya bukan sastera.
• Ilmu tersebut muncul dalam bidang linguistik dan
diperluas dalam bidang kesusasteraan yang
menggunakan bahasa sebagai medium.
• Stilistik sebagai ilmu gaya yang merujuk kepada
penggunaan bahasa.
Stalistik dari Sudut Sastera
• Kajian terhadap keseluruhan karya yang berpusat
kepada penggunaan bahasa.
• Cabang linguistik gunaan atau terapan.
• Karya sastera ditandai kelainan dalam
penggunaan gaya bahasanya untuk menimbulkan
kesan artistik.
• Rene Wellek dan Austin Warren (1966:182)-
stilistik meneliti penggunaan bahasa yang
menyimpang daripada norma dan berusaha
menemukan fungsi estetik.
Prinsip Stilistik
• Pertama menganggap dan mengiktiraf bahasa
sebagai punca kegiatan berkreatif dengan
merujuk kepada kemampuan berbahasa sebagai
satu anugerah dan bakat seseorang penulis.
• Analisis karya sastera merupakan suatu huraian
tentang bakat dan kebolehan mengarang bagi
seseorang pengarang.
• Analisis itu tidak sahaja dalam lingkungan
pengaplikasian bahasa tetapi menjangkaui
kepersisan bakat berbahasa penulisnya.
• Kedua, pendekatan stilistik membincangkan aspek
tema seperti yang sering dibicarakan dengan
menggunakan pendekatan struktural.
• Namun, penelitian menggunakan pendekatan ini
merujuk kepada aspek bahasa yang melibatkan
ayat-ayat yang membina keseluruhan karya.
• Pentafsiran makna ayat melibatkan makna yang
mudah difahami, mudah dimengerti, banyak
maksud dan mempunyai makna simbolik.
• Ketiga, penggunaan pendekatan stilistik berhasil
memperlihatkan gaya keperibadian seseorang
penulis.
• Murry J.M. (1976:7), kedudukan stilistik sebagai
penelitian sesuatu gaya istimewa dalam eksposisi
dan pembentukan satu penyusunan diksi serta
struktur kalimat yang mencerminkan
keperibadian atau idiosinkrasi penulisnya.
• Penulis mempunyai cara tersendiri. Perbezaan ini
disebabkan oleh beberapa faktor antaranya
pengalaman, pendidikan, sikap dan keperibadian
penulis
• Keempat, melalui pendekatan stilistik huraian
terhadap pemilihan diksi, pembentukan
perkataan dan ayat dapat dilakukan.
• Dalam sesebuah karya sastera yang pelbagai
genre itu terdapat pelbagai jenis dan kategori
perkataan dan ayat yang digunakan.
• Pengetahuan dan ilmu yang bersangkutan dengan
aspek kemasyarakatan iaitu bidang sosiolinguistik
dan dialektologi perlu dikuasai oleh pengkaji atau
peneliti.
• Kelima, pendekatan stilistik membantu mereka
memahami makna perkataan yang sukar serta
ayat yang kompleks yang digunakan oleh
pengarang.
• Pengaplikasian kata dan diksi dari bahasa daerah
atau tempatan dapat memperkaya
perbendaharaan kata di samping merupakan satu
gaya atau stail bagi seseorang penulis.
• Keenam, pendekatan stilistik juga menekankan
penelitian tentang penghasilan sesebuah karya.
• Semasa berkarya, seseorang penulis didorong
oleh pelbagai keadaan dan rangsangan yang
berlaku di sekelilingnya.
• Penelitian yang dilakukan dengan menggunakan
pendekatan stilistik ini akan menemukan
gagasan bahawa terdapat unsur-unsur bahasa
yang mendorong seseorang itu berkreatif.
• Ketujuh, pendekatan stilistik selain digunakan
untuk menganalisis proses penghasilan sesebuah
karya, juga digunakan untuk menghuraikan
penerimaan dan penghargaan pembaca atau
khalayak terhadap sesebuah karya.
• Aspek bahasa dapat menjelaskan kesan
penggunaan sesuatu bahasa sama ada dapat
difahami, menimbulkan keseronokan atau
memberi kecelaruan dan kekaburan tanggapan
kesan daripada penggunaan penanda dan
petanda bahasa yang digunakan untuk
mengungkapkan pemikiran, mesej atau idealisme
pengarang.
Sekian, terima kasih
Hubungan Bahasa dan
Sastera
• Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik)
• Fonologi
• Morfologi
• Sintaksis
• Semantik
• Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu
• Tradisional dan moden
• Prosa dan Puisi
• Aliran dan Pemikiran

29-Aug-19 38
Kedudukan Bahasa dalam
Sastera
• Bahasa juga merupakan suatu seni.
• Sesuatu yang seni bersifat halus, tertib,
bersistem dan memiliki nilai keindahan.
• Sastera juga bersifat seni – susastera -’seni
bahasa yang indah’.
Penulis & Bahasa?

• Penulis adalah pemikir, pemerhati, perenung dan


tukang sibuk untuk masyarakatnya. Penulis bukan
penghayal tetapi penafsir. Penulis apabila menulis,
sememangnya terdorong oleh keinginan untuk
menulis dari dalam dirinya. Penulis yang memahami
dunia penulisan akan menulis dengan jiwa dan roh.
Kerja menulis itu cukup sulit tetapi menggembirakan
bagi mereka yang tahu…
(SN A. Samad Said:2006)
Bahasa teks Sastera
• Penulis menggunakan bahasa untuk
menterjemahkan pemikiran mereka.
• Bahasa yang dipilih bersifat emotif, ada
unsur suspen, ketegangan dan peleraian.
• Perkara tersebut dapat ditandai melalui
pemilihan kata.
“Tak sangka. Mah betul-betul tak sangka”
“Beri abang peluang”
“Peluang apa lagi”
“Tolong Mah. Abang terpaksa”.
“Abang tak ada pilihan”
“Bukan tak ada pilihan. Sengaja memilih”
“Tak ada beban batu digalas”
Analisis Bahasa
• Suasana tegang/ situasi berkonflik.
• Bagaimana bentuk pola ayat? (sintaksis)
– Ayat yang digunakan pendek.
– Ayat tunggal (satu S+P)
1. “Bagi abang / peluang”
2. “Peluang / apa lagi”
3 “Tolong / Mah”.
4. “Abang / terpaksa”
Kenapa?
• Lufti Abas (2001:24)
“Ayat tunggal pengucapannya cepat.
Aliran pemikiran selari. Sering digunakan
dalam situasi berkonflik, berlawan cakap,
suasana cemas atau interaksi
bersemuka”
Morfologi
• Perulangan kata
– Tak sangka
– Peluang
– Tak ada pilihan
• Tujuan – penegasan. Menegaskan sesuatu
perkara yang menjadi titik perbincangan
atau perkara utama.
Hubungan Bahasa dalam
Kajian Sastera
• Pendekatan Stilistik
• Pendekatan Analisis Wacana
• Teori Semiotik

29-Aug-19 46
Bahasa dan Batas Makna
• Manusia menggunakan bahasa untuk :
– menyatakan maksud,
– menjelaskan sesuatu,
– mewujudkan kemesraan,
– mendapatkan kepastian dan
– membuat keputusan.

29-Aug-19 47
Penentuan Makna
• Tidak semua perkara sama diterima.
• Faktor perbezaan makna lambang bahasa.
• Lambang bahasa di ’fakulti bahasa individu’.
• Memahami maksud yang diterima melalui
isyarat bahasa.

29-Aug-19 48
Faktor Pemahaman
• Antaranya dipengaruhi oleh :
– intonasi,
– aliran fikiran,
– pemilihan diksi,
– presepsi dan tanggapan,
– hubungan.

29-Aug-19 49
Sekian, terima kasih
Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan
kuasa kata yang yang ada pada mereka
adalah merupakan senjata…. (Aristotle)

29-Aug-19 50
Bahasa Sastera

Kuliah 3 dan4

8/29/2019 51
Konsep Laras Bahasa
• LB adalah variasi bahasa yang berlainan berdasarkan
fungsinya.
• Setiap anggota masyarakat akan menggunakan LB
yang berbeza mengikut keperluannya.
• Semakin banyak LB yang digunakan, semakin
berkesan komunikasi seseorang itu.
• LB dihubungkan dengan keadaan atau situasi yang
berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan,
hubungan, situasi pembicaraan dan disiplin.

8/29/2019 52
Laras Bahasa Sastera
• Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu
memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta
bentuk stailistik yang dipelbagaikan.
• Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang
terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi),
kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah
kepada unsur wacana yang lebih luas.

8/29/2019 53
Ciri LB Sastera
• Bersifat Imaginatif dan Figuratif
• Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi.
• Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat
melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan
khayalan pengarang sebenarnya.
• Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan
• Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara
Shahnon Ahmad.
• Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna
daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik,
kiasan dan sindiran.
8/29/2019 54
Menggunakan Bahasa Hiasan

• Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot


dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu
hasil karya tersebut.
• Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan.
• Tujuan lain penggunaan :
– Sebagai hiasan karya
– Penyeri jalan terhadap isi cerita.
– Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering,
hambar atau menjemukan.
• Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan,
peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya.

8/29/2019 55
Perlukisan Gambaran yang Jelas

• Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa,


aksi dan emosi dalam wacana secara jelas.
• Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk
melukiskan gambaran yang jelas dan hidup.
• Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar
Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa
sebagai berikut:
• Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan
bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya
kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit
utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap
menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim.

8/29/2019 56
Penggunaan Bahasa Baku
• Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi
meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan
penyebutannya.
• Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan
dan kesesuaian.
• Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu
dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan
masyarakat.
• Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita
dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A. Samad Said
menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya
Daerah Zeni:
– Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan
melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan
pepatung tadi.

8/29/2019 57
Bernada Puitis
• Laras kreatif mengutamakan penggunaan bahasa
yang puitis dan indah.
• Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat tertentu sering
menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit
perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa
disampaikan melalui genre seperti novel, cerpen dan
puisi begitu memikat serta menghiburkan.
• Karya SN Usman Awang misalnya, banyak
memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh
dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda.

8/29/2019 58
Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu
Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi
( Kekasih )

KAMI mengunjungi pusara bunda,


Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.
Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.
8/29/2019 59
Pemilihan Diksi Berkesan
• Memilih perkataan berfungsi memerlukan
penyesuaian dengan tema atau persoalan.
• Terdapat beberapa perkataan untuk suatu
pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa
makna yang sama atau perkataan yang berbeza
ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang
sama dengan maksud yang hendak disampaikan.
• Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan
gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca.

8/29/2019 60
Bersifat Komunikatif
• LS lazimnya bersifat komunikatif, iaitu menghubungkan
penulis dengan pembaca.
• Penglahiran idea dan plot cerita yang disampaikan oleh
pengarang dapat membawa pembaca menghayati cerita yang
hendak disampaikan oleh pengarang.
• Laras bahasa yang bersifat komunikatif, akan mewujudkan
hubungan yang dekat antara pengarang dengan pembaca.
• Semua hasil karya kreatif akan bersifat komunikatif
membentuk hubungan langsung antara penulis dengan
pembaca.
• Melalui plot penceritaan yang disampaikan pengarang dapat
mendekatkan hubungan antara pengarang dengan khalayak
pembaca.

8/29/2019 61
Bersifat Ambiguiti (ketaksaan)

• Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur


kekaburan dan ketidakjelasan.
• Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur
ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej
disampaikan lebih jelas.
• Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental
iaitu membicarakan tentang perasaan dan
perkaitannya dengan indera seseorang.
• Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur
imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan
personafikasi.
8/29/2019 62
Bersifat Stilistik
• Kepelbagaian gaya yang dapat menawan golongan pembaca
supaya terus mengikut serta menghayati cerita yang
disampaikan.
• Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya bahasa
tersendiri sifatnya.
• Penggunaan unsur bahasa yang berunsur kiasan atau sindiran
untuk menunjukkan persamaan dan perbezaannya.
• Pemilihan kata digunakan untuk memberikan kesan yang
sensasi terhadap sesuatu. Oleh itu, penekanan utama akan
dihuraikan dalam bentuk bahasa yang digunakan.
• Contohnya, penggunaan perkataan merdu yang menekankan
kepada cita rasa telinga.

8/29/2019 63
Bersifat Simbolik
• Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan
kepada sesuatu benda.
• Simbol bersifat individu, konvensional dan ada
juga yang berunsur sejagat.
• Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis
manakala kumbang pula lambang bagi lelaki.
• Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan
secara lebih serius bagi menunjukkan maksud

8/29/2019 64
Unsur-Unsur Bahasa LS

• Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam


mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang atau
penulis kreatif.
• Penggunaan bahasanya beridentiti jika dibandingkan
dengan laras bahasa yang lain.
• Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat
untuk menunjukkan perbezaan di antara satu karya
dengan satu karya yang lain.
• Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras
sastera atau kreatif, seperti :-

8/29/2019 65
Unsur Perbandingan
• Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis.
Antaranya adalah seperti berikut :
• Unsur Personifikasi
– Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia
daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-
benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad.
– menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat
manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda,
binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia.
Contohnya ialah,
• Angin yang meraung ….
• Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan ….
• Kasih yang bersayap ….

8/29/2019 66
Unsur Hiperbola
• Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai
unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-
olah tidak masuk akal.
• Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan
itu masih menarik dan indah.
• Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan
dan pengaruh dalam kalangan pembaca.
• Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya
adalah seperti berikut:-
– Pijak semutpun tidak mati ….
– Hajat hati hendak memeluk gunung ….

8/29/2019 67
Unsur Simile
• Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya
sastera.
• Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain
yang hampir sama.
• Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai
kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai.
• Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk
menanggapi maksud pengarang.
• Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan
sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa.
• Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah,
– Pipinya laksana pauh dilayang ….
– Betisnya bagai bunting padi ….
– Giginya seperti mutiara ….

8/29/2019 68
Unsur Metafora
• Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras
sastera yang tidak menggunakan kata-kata
bandingan seperti simile.
• Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang
menyebut terus kepada benda atau binatang yang
hendak diumpamakannya.
• Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat.
Contoh:
– Perempuan itu burung murai, kuat berleter ….
– Perasaannya api yang menyala ….
– Kata adalah pedang tajam

8/29/2019 69
Unsur Analogi
• Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara
atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan
maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan.
• Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau
membuktikan tentang sesuatu perkara.
• Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu,
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman

• UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara


lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang
dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang berjaya
mengelilingi dunia.

8/29/2019 70
Unsur-unsur Sindiran
• Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif
seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu
makna yang sebaliknya.
• Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan
orang Melayu.
• Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang
disenangi dengan tidak dinyatakan secara terus.
• Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:-

8/29/2019 71
Unsur Ironi
• Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai
makna yang tajam.
• Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang
disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang
terkena akan terasa tajam sindirannya.
• Biasanya membawa maksud yang bertentangan
dengan maksud sebenarnya.
• Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth:
– Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi.
Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan cebisan
kertas bertaburan di lantai.

8/29/2019 72
Unsur Sarkastik
• Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali
akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau
menerima ungkapan tersebut.
• Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis
tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang.
• Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam
masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak
dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh:
– Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi….
– Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini….
– Nyah kamu dari rumah aku….

8/29/2019 73
Unsur Sinisme
• Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik
tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi.
• Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa
sarkastik dan bahasa ironi.
• Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan orang
yang mendengarnya. Contohnya:
– Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya ….
– Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya…..

8/29/2019 74
Unsur-unsur Penegasan
• Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap
kali kita dapati dalam bahan penulisan kreatif.
• Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang
beberapa kali.
• Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata,
ayat atau seumpamanya.
• Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah
seperti berikut;-

8/29/2019 75
Unsur Repetisi
• Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.
• Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai
estetik melalui bunyi yang berirama dan indah.
• Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara
mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan
yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud
penegasan.
• Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa
bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke,
mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh:
– Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga
berjaya….
– Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang …..

8/29/2019 76
Unsur Klimaks
• Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun
penceritaan.
• Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah
dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan
ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya
prosa.
• Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak
disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh
ungkapan klimaks,
• ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah
suara orang ramai serta sanak saudara yang mengiringi
mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai
tersenyum manis menandakan kebahagian menyeri majlis …..

8/29/2019 77
Unsur Antiklimaks
• Unsur antiklimaks VS konsep klimaks.
• Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya
menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun.
• Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada
yang kurang utama atau kurang penting. Cth:
– Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia
mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah
menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid
sekolah rendah.

8/29/2019 78
Unsur-unsur Pertentangan
• Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan
wujudnya pertentangan dalam bahasa
tersebut.
• Mewujudkan unsur atau gaya yang
bertentangan atau berlawanan dalam ayat-
ayat yang dihasilkan.
• Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras
sastera iaitu:

8/29/2019 79
Unsur Paradoks
• Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata
dalam ayat.
• Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang
mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-
fakta yang ada.
• Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana
kebenarannya. Cth:
– Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala
Lumpur…
– Aku kesepian di tengah keramaian….

8/29/2019 80
Unsur Antitesis
• Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang
menunjukkan perbandingan antara dua
antonim iaitu kata-kata yang mengandungi
ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth:
– Kecantikannya yang mencelakakannya….
– Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi
bahasanya yang baik…,
– Dia bergembira atas kesedihan orang lain….

8/29/2019 81
Unsur Kontradiksi
• Unsur yang bertentangan dengan apa yang
telah dinyatakan sebelumnya.
• Pernyataan yang dinyatakan pada
permulaannya akan menafikan ataupun
membuktikan kata-katanya pada pernyataan
berikutnya. Cth:
– Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang
kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta
daun-daun menampar angin…

8/29/2019 82
Sekian, terima kasih

8/29/2019 83
Pep. Pertengahan Sem
• Pemberatan – 30 %
• Skop –
– Nota Bersemuka Pertama
– Nota-nota Kuliah 1- kuliah 5

• Format -Objektif dan Subjektif (Struktur)


• Objektif – Konsep & Aplikasi (15 %)
• Struktur – Konsep dan Aplikasi (15 %)

29-Aug-19 84
Contoh Format Subjektif
1. Berikan tiga ciri laras bahasa sastera dalam konteks karya kreatif
imaginatif.
I.
II.______________________________________________________
III______________________________________________________
(3 markah)

2. Jelaskan kepentingan ilmu linguistik dalam menganalisis karya


kreatif imaginatif?
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
_______________________________________________________
__________________________________.( 2 markah)

29-Aug-19 85
XXI . Ciri-ciri berikut berkaitan dengan laras
bahasa sastera, KECUALI :

A. Bernada patriotik C. Diksi terpilih


B. Menggunakan bahasa kiasan D. Bersifat
imaginatif dan figuratif

29-Aug-19 86
Sekian, terima kasih
Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan
kuasa kata yang yang ada pada mereka
adalah merupakan senjata…. (Aristotle)

29-Aug-19 87

Anda mungkin juga menyukai