Anda di halaman 1dari 22

Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah

dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan


masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan
mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka
yang kuat. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli
merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh
membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh
mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
dividu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
In
Merekapernah menjadi mangsa buli.
Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila
membuat kesilapan.
Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada
kanak-kanak hiperaktif atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah
mengambil peduli perasaan orang lain.
Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
Akibat perceraian ibu bapa.
Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
Sekadar mahu berseronok.
Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk
menghilangkan perasaan bosan.
Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa
Inggeris.
Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
Pengaruh Keluarga/Ibubapa.
Kanak-kanak membuli mungkin kerana meniru tingkah laku agresif
yang diperlakukan terhadap dirinya di rumah atau menyaksikan
tindakan agresif yang diperlakukan ke atas ahli keluarganya. Contohnya
ayah mendera ibu, atau adik-beradik lain didera di hadapannya.
Hidup dalam keluarga yang dipenuhi dengan keganasan rumah tangga
akan mengajar kanak-kanak bahawa kekerasan dan keganasan adalah
satu cara yang efektif dan sesuai untuk mencapai atau mendapat
sesuatu yang dihajati apatah lagi jika mereka tidak mendapat
bimbingan atau pembelaan daripada sesiapa.
Pengaruh rakan sebaya
Faktor utama mengapa kanak-kanak terbabit dengan gejala membuli
dan tingkah laku antisosial yang lain. Kehadiran kanak-kanak lain yang
menjadi ‘penyokong’nya menjadikan dia berasa mempunyai kekuatan
kerana meraih populariti dan status.
Akan tetapi rakan sebaya juga boleh menjadi penghalang kepada
popularitinya sekiranya mereka menyebelahi mangsa yang dibuli cuma
selalunya mereka ini akan senyap dan tidak berani membuat tindakan
apa-apa kerana takut dengan ugutan dan sebagainya.
Faktor sekolah
Tidak dapat dinafikan sekolah juga turut menjadi faktor yang
mendorong kanak-kanak membuli. Amalan dan polisi sesebuah sekolah
secara tidak langsung akan mempengaruhi cara pelajar berinteraksi,
aktiviti yang dilakukan dan tingkah laku mereka.
Buli dan tindakan agresif kanak-kanak dikatakan mempunyai kaitan
dengan sekolah yang gurunya acap kali bertukar-tukar, pentadbiran
yang lemah, kaedah mendisiplinkan pelajar selalu tidak konsisten, garis
panduan mengenai sesuatu perlakuan yang dianggap salah tidak begitu
jelas dan pemantauan yang tidak dilakukan dengan sempurna.
Media:
Sememangnya filem atau aksi ganas yang dipaparkan di layar televisyen,
cakera padat video (vcd), cakera video digital (dvd) dan sebagainya
adalah antara faktor yang mendorong kanak-kanak melakukan aksi
ganas seperti membuli.Kanak-kanak selalunya akan meniru dan cuba
untuk merealisasikan apa yang dilihat di kaca televisyen di dalam
kehidupan mereka seharian dan bila mereka sudah mula seronok
melakukannya, mereka akan melihat keganasan sebagai satu sikap yang
positif. Kesannya akan lebih ketara terhadap kanak-kanak yang
menghadapi masalah emosi, bermasalah pembelajaran, mengalami
gangguan tingkah laku dan sukar untuk mengawal diri.
Terhadap Mangsa Buli
Mangsa buli akan menerima impak yang besar dalam kehidupannya.
Mangsa akan sering merasa tidak tenteram atau selamat jika berada
di kawasan-kewasan tertentu terutamanya di tempat yang sunyi,
gelap, suram, dan kawasan-kawasan yang seakan-akan di tempat
mangsa dibuli. Tekanan perasaan yang dialami oleh mangsa buli ini
boleh membawa kepada perkara-perkara yang lebih serius jika tidak
mendapat rawatan yang lebih spesifik. Perasaan ingin bunuh diri
juga boleh datang ke dalam diri mangsa apabila beliau sering
mengalami tekanan perasaan akibat daripada perbuatan buli yang
memberi kesan yang mendalam kepada diri mangsa. Mangsa akan
merasakan bahawa kehidupannya tidak baik untuk diteruskan akibat
daripada pengalaman-pengalaman pahit yang dilalui semasa
kehidupannya. Selaian itu, mangsa juga akan sentiasa mengasingkan
diri dari orang ramai. Impak daripada buli ini menunjukkan bahawa
mangsa adalah seorang yang lemah, pondan, tidak kuat, penakut
dan sebagainya dan hal ini menjadikan mangsa merasakan bahawa
dirinya tidak sama dengan individu lain lalu bersikap seperti kera
sumbang, sikap yang dingin dan pemalu. Kesihatan mental mangsa
buli ini terjejas tidak seperti individu lain yang tidak pernah
mengalami situasi seperti itu.
Mangsa buli juga selain daripada terjejas kesihatan
mentalnya, kesihatan fizikalnya juga turut mendapat
kesan. Mangsa buli lebih mudah untuk mengalami
masalah fizikal jika dibandingkan dengan individu
lainnya. Penyakit-penyakit seperti selsema, batuk,
sakit tekak, selera makan menurun dan sering kali
terjaga pada waktu malam mudah untuk mangsa
untuk menghidapinya. Sudah pasti kita tidak dapat
menolak bahawa antara penyakit ini adalah kesan
daripada tekanan jiwa atau perasaan yang dialami
mangsa
Terhadap Pembuli
Kesan terhadap kaki buli pula ialah beliau akan menjadi
lebih agresif pada hari depannya. Ini adalah kerana cara
hidupnya yang bersifat agresif pada seawal usianya
menjadikannya sentiasa bersifat dan bersikap secara
agresif. Ia juga akan mendorong kepada perbuatan jenayah
yang lebih besar seperti merompak, menyamun dan
membunuh. Personaliti yang telah dipupuk semasa kecil
akan mencorak kehidupan ketika menjangkau alam
dewasa. Dengan itu kaki buli semasa di peringkat sekolah
lebih berpeluang untuk menjadi seorang penjenayah sama
ada penjenayah kecil atau besar apabila dewasa kelak jika
tidak terdapat sebarang usaha untuk menerapkan nilai-
nilai murni ke dalam diri individu ini ketika masih awal
Terhadap Sekolah
Buli juga memberi kesan yang negatif kepada sekolah itu
sendiri. Sekolah tersebut akan dilihat dan dilabelkan sebagai
sekolah yang mempunyai masalah disiplin yang besar dan
pentadbiran sekolah jugalah yang akan mendapat malu. Dalam
jangka masa yang panjang, prestasi akademik sekolah juga akan
menurun apabila kejadian buli ini tidak dapat diselesaikan oleh
pihak sekolah. Ini adalah kerana sistem pendidikan yang tidak
dapat disampaikan dan diserapkan ke dalam diri pelajar-pelajar
kerana sibuk menguruskan kes-kes buli yang tidak pernah
selesai. Ini seterusnya menjatuhkan nama baik sekolah tersebut
dan sekolah itu tidak akan menjadi pilihan bagi ibu bapa yang
ingin menghantar anak-anak mereka untuk belajar di sekolah
kerana masalah tersebut akan mengancam prestasi anaknya
sendiri dalam mencapai kemajuan
Kesan luaran
Mereka akan membalas dendam kepada orang
lain. Tujuannya untuk mengembalikan harga diri
yang hilang akibat dibuli.

Kesan dalaman
Hilang keyakinan diri, membiarkan diri
diperlakukan apa sahaja, sanggup melakukan
sesuatu demi membahagiakan orang lain, tidak
mahu ke sekolah, dan sebagainya. Sehinggakan
ada yang sanggup mencederakan diri sendiri
kerana merasakan diri mereka tidak berguna.
 Kajian mencadangkan bahawa kejadian membuli pelajar-pelajar
lebih muda yang berlaku hanya sekali sahaja tidak semestinya
mempunyai kesan-kesan yang berpanjangan, manakala kejadian
yang berlaku dengan kerap dan lebih teruk boleh mewujudkan
suatu bayangan. Kajian juga mengatakan bahawa satu episod
membuli yang kecil tidak semestinya memberi kesan yang
panjang, manakala episod-episod yang lebih kerap dan lebih
teruk mungkin akan menjadi bayangan kepada masa depan
seseorang remaja. Perasaan yang penuh dengan ketidakadilan
dan ketidaksamaan serta ketakutan masih kekal terbuku di
dalam ingatan kanak-kanak yang telah menjadi mangsa
walaupun perkara tersebut telah lama berlalu.
LANGKAH
 Peranan sekolah amat penting
 Bersama-sama dengan Kolej Universiti HELP dan Kementerian
Pendidikan, UNICEF kini sedang melaksanakan Program Mencegah
Buli di Sekolah yang merupakan sebuah projek perintis bertujuan
untuk meningkatkan keselamatan di sekolah. Program ini telah pun
berjalan selama enam bulan di kawasan Lembah Klang, di mana
program ini memperkenalkan dasar-dasar sekolah dan program-
program untuk bertindakbalas dan mencegah pembulian termasuklah
mengajar kanak-kanak kemahiran-kemahiran hidup agar mereka lebih
yakin dengan diri mereka sendiri apabila berhadapan dengan sebarang
serangan.
Langkah-langkah menangani
kejadian buli
 Kementerian Pelajaran menghalalkan semula
 Denda rotan di sekolah-sekolah
 Kementerian mewajibkan amalan khemah
ibadat, qiyamullail sebagai rutin wajib di
sekolah-sekolah setiap malam Jumaat di
sekolah berasrama penuh?
 Kementerian mengguna pendekatan latihan
kerohanian berunsurkan keagamaan seperti
latihan tarekat bertujuan mengatasi masalah
buli ini?
 pengurusan sekolah termasuk penyelia asrama, kaunselor
serta semua guru perlu menangani segera kes disiplin,
sekali gus memperkasakan peraturan di sekolah.
 penyelia asrama perlu mengadakan perjumpaan bersama
penghuni asrama dengan lebih kerap untuk mengetahui
dan berbincang mengenai masalah yang dihadapi pelajar
bagi mengelakkan ia menjadi punca kepada kes disiplin
yang berlaku ketika ini
 Kaunselor juga perlu kerap berjumpa pelajar secara
individu atau berkumpulan bagi mendengar masalah
mereka selain semua guru perlu menganggap diri mereka
guru disiplin dalam erti kata lain membantu guru disiplin
menangani isu itu .
 Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) perlu lebih peka
terhadap kes buli di kawasan seliaan masing-masing serta
tidak berdolak- dalik mengenai perkara itu.
pihak sekolah juga perlu sentiasa
memastikan bahawa pengawasan di setiap
pelosok kawasan sekolah seperti di belakang
bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang
sunyi diperketat supaya tidak memberi
sebarang peluang kepada mereka yang
mempunyai keinginan untuk membuli
mangsanya.
Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para
pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah
Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini
kerana para pelajar akan memperoleh lebih
banyak pengetahuan tentang cara-cara
mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar
menjadi pemangsa dalam kes itu dan para
pelajar juga boleh menyebarkan info yang
diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain
agar semua pelajar tahu akannya.
Penutup
 Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang
ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan
tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai
Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-
matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting
dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa
Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua
pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani
masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang
penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita
dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa di persada dunia.
www.wikipedia.com/buli.html
www.google.com/buli.html
www.google.com/kesan+buli.html
www.google.com/langkah-langkah+mengatasi+buli.html
Ugutan wang yang dibuat oleh
pembuli kepada mangsa.

Keruntuhan moral dan


keyakinan diri dalam mangsa
buli
Pembuli yang hendak menunjukkan
kelelakian dengan membuli.

Pembulian dalam kalangan


perempuan.
Pembulian dalam kumpulan

Jenayah buli cyber

Anda mungkin juga menyukai