Anda di halaman 1dari 15

KONSEP ETIKA

KAMUS DEWAN 1995


 Satu sistem dasar akhlak, adat atau
tingkah laku atau kesusilaan
J.L. MACKIE
 Disiplin yang dapat menerangkan nilai baik
dan buruk sesuatu perbuatan serta
menyediakan garis-garis perbezaan antara
kebaikan dan keburukan seseorang.
A.R LICEY DAN W.L.REESE
 Aktiviti praktikal yang melibatkan
 Tingkah laku
 Adat dan cara hidup
 Aspek niat dan kecenderungan melakukan
aktiviti
PANDANGAN AHLI FALSAFAH
 Merujuk kepada pengajian moral yang
bertumpu kepada nilai dan kelakuan
manusia
SUDUT ISLAM
 Akhlak yang diamalkan oleh manusia yang
bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
MAKSUD ETIKA
KEWARTAWANAN
 Menurut Aminudin Basir (2009), media
komunikasi tidak dapat dipisahkan
daripada mesej. Untuk memperoleh mesej
yang telus dan benar, kebebasan
diperlukan. Tanpa kebebasan mesej,
media komunikasi tidak dapat mencapai
matlamat yand dikehendaki.
 Untuk menjaga kepentingan masyarakat
awam dan keselamatan negara,
kebebasan media dalam memperoleh
mesej dan menyampaikannya perlu
bergerak dalam lingkungan undang-
undang serta berpegang teguh pada
akhlak dan etika yang luhur.
 Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar
dan panduan utama dalam membentuk
garis panduan kebebasan media
komunikasi dan amalan etika pengalaman
media komunikasi negara.
Garis panduan dan etika
kewartawanan dalam Islam adalah
seperti yang berikut:
 Dilarang mendedahkan keburukan serta
keaiban seseorang tanpa sesuatu
maslahah atau kepentingan yang jelas.
 Dilarang menyiarkan berita berunsuran
fitnah dalam pelbagai bentuk.
 Dilarang menyebarkan perkara-perkara
yang lucah atau berunsur lucah.
 Tidak harus membesar-besarkan sesuatu
perkara yang tidak penting. Mengkaji
semula setiap berita sama ada benar atau
salah (palsu).
Kod Etika Wartawan Malaysia yang
telah digubal oleh Jawatankuasa
Penggubal Tatasusila
 Tujuan utama wartawan ialah melaporkan
kebenaran dan menghormati hak orang
ramai untuk mendapatkan maklumat yang
benar.
 Wartawan hendaklah menggunakan cara
yang wajar untuk mendapatkan berita,
gambar, filem, dan dokumen.
 Sebarang maklumat yang tersiar yang
didapati tidak benar hendaklah
diperbetulkan.
 Wartawan hendaklah menghormati
kerahsiaan sumber berita.
 Wartawan tidak boleh menyiarkan berita
atau rencana yang bersifat perkauman dan
bertentangan dengan tatasusila
masyarakat majmuk di Malaysia.
Etika Kewartawanan dalam
Islam merangkumi prinsip etika
 Bertakwa dan takut kepada Allah S.W.T.
dalam setiap khabar berita yang diberi
ulasan serta perlu menjaga akhlak peribadi
dengan akhlak dan adab-adab Islam.
 Bersifat amanah pada diri dan masyarakat
dengan menyiarkan kebenaran dan khabar
berita yang berfaedah serta membuat
kajian yang terperinci sebelum disebarkan
setiap khabar berita yang diterima.
 Menjadikan dakwah sebagai matlamat utamanya
bukan hanya mendapatkan keuntungan
sematamata. Dengan cara menghubungkan isu-isu
dan berita yang ditulisnya dengan dakwah kepada
Allah S.W.T agar manusia mengetahui bahawa
agama Allah S.W.T atau risalah Islam itu meliputi
seluruh bidang kehidupan.
 Berusaha menolak segala pembohongan/penulisan
serta pemikiran yang menyesatkan serta
mengembalikan mereka kepada Allah S.W.T. kerana
itulah satu-satunya jalan yang memberi kebahagian
kepada manusia.

Anda mungkin juga menyukai