Anda di halaman 1dari 24

AYEA 3342

PREDAGANGAN DAN PELABURAN


ANTARABANGSA CHINA

ISA MA ZILIANG

Bincangkan Kepentingan Perdagangan


Dan Pelaburan Antarabangsa dan Jelaskan
Kenapa Negara-negara berdagang dan
Berlabur ?
PENGENALAN
Menurut kamus,perdagangan antarabangsa bermaksud
aktiviti menjual,membeli serta berdagang barang niaga
dan perkhidmatan yang melepasi sempadan negara.
Menurut Wikipedia Bahasa Melayu,ensiklopedia
bebas,pelaburan didefinisikan sebagai komitmen wang
atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau
aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan
dalam bentuk bayaran faedah,pendapatan,atau
penambahan nilai instrumen.
Perdagangan antarabangsa dilakukan apabila sesebuah
negara memerlukan barangan atau perkhidmatan yang
tidak dapat dihasilkan dalam negara tersebut.
Ini disebabkan setiap negara mempunyai iklim,sumber
asli yang berlainan dengan ini akan menghasilkan
barangan yang berbeza.
Semua negara menjalankan perdagangan dan
pelaburan antarabangsa kerana kedua-dua kegiatan
akan mendatangkan manfaat yang lumayan terhadap
negara tersebut.
Oleh itu,kerajaan Malaysia amat menggalakan rakyat
Malaysia melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan
dan pelaburan antarabangsa.
Selain itu,perdagangan dan pelaburan antarabangsa
dapat mempercepatkan pertumbuhan ekonomi
negara,memperluaskan pilihan pengguna dan
sebagainya.
Perdagangan antarabangsa juga dikenali sebagai
“perdagangan asing.”
KEPENTINGAN PERDAGANGN
DAN PELABURAN
ANTARABANGSA
1.Pertumbuhan ekonomi negara dan menambah
peluang perkerjaan
2.Menggalakkan penggunaan teknologi baru
dan memperluaskan pilihan pengguna
3.Pembangunan Negara
4.Menambahkan pendapatan negara
1.Pertumbuhan ekonomi negara dan menambah
peluang perkerjaan
Perdagangan antarabangsa merupakan faktor yang
terpenting bagi pertumbuhan ekonomi sesebuah
negara.
Negara tidak boleh maju tanpa melalukan kegiatan
perdagangan dengan negara-negara yang lain.
Hal ini kerana perdagangan antarabangsa dapat
mempercepat pengaliran barang dan perkhidmatan
yang berlainan,penambahan modal,pertukaran
teknologi dengan negara yang berbeza.
Dengan ini dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
serta menggalakan pertumbuhan ekonomi negara.
Pertumbuhan ekonomi negara dapat mendatangkan
manfaat kepada negara-negara dagangan serta negara
sendiri.
Permintaan terhadap barang eksport semakin
bertambah dari semasa ke semasa.
Dengan ini dapat menggalakan pengeluar dan pelabur
asing untuk membesarkan skala pengeluaran firmanya
supaya dapat menikmati keuntungan yang paling
lumayan.
Oleh itu,peluang pekerjaan akan diwujudkan serta
masalah pengangguran dalam negara dapat
dikurangkan.Masalah-masalah sosial akan dikurangkan
secara langsungnya.
2.Menggalakkan penggunaan teknologi baru dan
memperluaskan pilihan pengguna

Tingkat teknologi antara negara adalah berlainan.

Oleh itu,perdagangan antarabangsa dapat


membolehkan negara-negara membangun mempelajari
teknologi yang canggih dari negara yang maju.

Negara-negara yang membangun juga boleh


mengimport peralatan dan perkhidmatan yang
berteknologi tinggi dari negara yang maju bagi
menghasilkan barangan dan perkhidmatan yang lebih
bermutu.

Dengan mempunyai teknologi yang canggih dapat


menjadikan proses pengeluaran menjadi semakin cekap
dan daya pengeluaran akan semakin meningkat.
Perdagangan antarabangsa dapat memperluaskan
pilihan pengguna.Pengguna dapat menikmati
pelbagai pilihan barangan seperti yang dihasilkan di
dalam negara atau diimport dari luar negara.
Pengguna juga dapat memilih barangan yang tidak
dapat dihasilkan dalam negara sendiri.Ini disebabkan
perbezaaan sumber semulajadi akan mendorongkan
penghasilan barangan yang berbeza.
Sebagai contohnya,rakyat akan menikmati gandum
dari Kanada dan buah Kiwi dari New Zealand.
Daya persaingan antara negara-negara dapat
mendorongkan pengeluar mengeluarkan barang-
barang yang paling berkualiti.
3.Pembangunan Negara
Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan
perbelanjaan yang besar untuk menyediakan
kemudahan elektrik dan air,sistem pengangkutan yang
baik serta sistem telekomunikasi canggih demi
menjayakan projek pelaburan antarabangsa.
kerajaan Malaysia juga menyediakan kawasan
perindustrian dan kemudahan infrastruktur yang
sempurna.
Penyediaan tapak perindustrian dan kemudahan
infrastruktur ini bertujuan untuk menarik minat
pemodal-pemodal asing untuk memajukan perusahaan
baru di sini.
Hal ini demikian negara Malaysia telah dibangunkan
dari segi infrastruktur,industri tempatan dan
sebagainya.
4.Menambahkan pendapatan Negara
Pelaburan antarabangsa dapat menggalakkan
pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara.
Pelabur asing dapat menambahkan aliran modal
dalam negara dengan menyalurkan modal ke dalam
kilang-kilang tempatan.
Pengaliran wang ke luar negara akan menjadikan
semakin berkurangan kerana banyak barangan
import telah digantikan dengan barangan tempatan.
Pelaburan modal asing dapat meningkatkan
hasil,pengeluaran dan pendapatan negara melalui
pungutan cukai pendapatan.
Selain itu,pelaburan antarabangsa dapat membantu
negara menyelesaikan masalah dan hutang negara
dengan menggunakan modal pelaburan.

Sebagai contohnya,kerajaan Malaysia juga telah


menandatangani Perjanjian Jaminan Pelaburan dengan
negara-negara asing yang bermatlamat untuk memberi
jaminan bahawa kerajaan tidak akan memiliknegarakan
mana-mana syarikat asing di negara ini.
Perjanjian ini dapat menambahkan keyakinan pelabur
asing dan menggalakkan kemasukan modal asing ke
negara ini.
Jelaskan Kenapa
Negara-negara
Berdagang dan
Berlabur?
1) Ingin mendapatkan barang / perkhidmatan yang
tidak mampu dikeluarkan di dalam negara
sendiri.
2) Hendak meluaskan pasaran / industri tempatan
3) Meningkatkan Peluang Pekerjaaan,
Mengurangkan Kadar Penggangguran dan
Mencapai Pertumbuhan Ekonomi.
4) Untuk memperolehi faedah-faedah tertentu
1) Ingin mendapatkan barang / perkhidmatan yang
tidak mampu dikeluarkan di dalam negara
sendiri.
 Perdagangan antarabangsa wujud kerana tiada
sebuah negara yang mengeluarkan semua
barang dan perkhidamatan di dunia ini.
 Hal ini demikian berlaku kerana terdapat
perbezaan dari segi iklim dan sumber – sumber
semulajadi yang berlainan di sesebuah negara.
 Bahan-bahan anugerah di dunia ini adalah
diagihkan dengan tidak sama rata. Contohnya,
bahan galian di antara negara Malaysia dengan
Arab Saudi adalah berbeza.
 Negara Malaysia kaya dengan bijih timah
manakala Arab Saudi pula kaya dengan
petroleum.
 Jadi, perdagangan antarabangsa berlaku dengan

Malaysia mengeksport bijih timah ke Arab Saudi


dan mengimport petroleum dari Arab Saudi.
2)Hendak meluaskan pasaran / industri tempatan
 Pasaran antarabangsa memang lebih besar jika
dibandingkan dengan industri tempatan di
dalam sesebuah negara.
 Sesebuah negara tidak boleh bergantung
kepada industri tempatan sahaja kerana
ekonomi dan perusahaan tempatan mungkin
tidak mampu maju dengan pesat.
 Kos-kos pengeluaran juga akan bertambah
tinggi dan tidak mampu menggunakkan
teknologi yang lebih canggih untuk pengeluran.
 Kewujudan perdagangan antarabangsa telah
membolehkan kedua-dua pasaran di dalam
negara dan pasaran di antarabangsa berjalan
dengan lancar dan stabil.
 Secara tidak langsung, sesebuah negara dapat
mengeluarkan barang-barangan dengan kos
yang lebih rendah dan berteknologi tinggi serta
menghasilkannya dengan kuantiti yang banyak.
 Perdagangan antarabangsa juga akan membawa
pendapatan yang lumayan bagi sesebuah
negara.
3)Meningkatkan Peluang Pekerjaaan,
Mengurangkan Kadar Penggangguran dan
Mencapai Pertumbuhan Ekonomi.
 Apabila wujud permintaan pasaran yang luas
membolehkan sesebuah negara mengeluarkan
barangan dan perkhidmatan dengan bilangan
yang banyak.
 Secara tidak langsung, perdagangan
antarabangsa dapat membantu sesebuah
negara membekalkan lebih banyak peluang
pekerjaan.
 Apabila permitaan terhadap tenaga buruh

semakin meningkat, maka kadar


penggangguran akan menurun.
 Jadi, pertumbuhan ekonomi di sesebuah
negara akan mencapai ke tahap yang stabil.
4) Untuk memperolehi faedah-faedah tertentu
 Perdagangan antarabangsa dapat menggalakkan
pelabur dari luar negara mendirikan kilang di
Malaysia.
 Misalnya, negara Malaysia telah mejalankan dasar
ekonomi terbuka dengan memberi peluang
kepada pelabur asing seperti Amerika Syarikat,
China, Jepun dan sebagainya untuk melabur dan
menjalakan perusahaan di pasaran tempatan.
 Keadaan ini dapat memanfaatkan perusahaan
dan peniaga tempatan.

 Selain itu, perdagangan ini akan membawa


masuk kemahiran, pengalaman dan teknologi
yang canggih ke dalam sesebuah negara.

 Semua kemahiran dan pengetahuan ini


memang dapat membantu sektor perdagangan
tempatan bersaing di antarabangsa serta
berkembang dengan lebih pesat di dalam dan
luar negara.
Penutup:
 Perdagangan dan pelaburan antarabangsa
sama-sama memainkan peranan yang penting
terhadap sesebuah negara.
 Sesebuah negara haruslah menjalankan
perdagangan dan pelaburan antarabangsa
dengan negara lain demi memperolehi dan
menikmati barangan dan perkhimatan yang
tiada dihasilkan dalam negara sendiri.
 Apabila sesebuah negara giat melibatkan diri
dalam perdagangan dan pelaburan
antarabangsa, maka pendapatan negara dan
taraf hidup negara tersebut juga turut semakin
meningkat serta pertumbuhan ekonominya juga
akan semakin stabil.
 Perdagangan ini juga turut penting untuk
mengeratkan hubungan politik dan sosial di
antara negara-negara berdagang dan seterusnya
mewujudkan suasana yang aman dan stabil.

Anda mungkin juga menyukai