Bab 6 Dan 7 Strategi Berfikir OUM

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 13

BAB 6

STRATEGI PENYELESAIAN
MASALAH
MODEL POLYA

• Menurut Model Polya, penyelesaian masalah sepatutnya dilakukan mengikut


empat kaedah berikut:
• (a) Memahami masalah;
• (b) Membina satu perancangan;
• (c) Melaksanakan perancangan itu; dan
• (d) Melihat kembali.
MODEL HAYES
• 1.   MENGENAL PASTI MASALAH - kenalpasti apa sebenarnya masalah
yang dihadapi.
• 2. MEWAKILI MASALAH - setelah kenalpasti masalah, maka explore
masalah tersebut. apakah punca, apakah kesan, matlamat dan sebagainya lagi
• 3. MERANCANG PENYELESAIAN MASALAH - boleh rancang apabila
maklumat tentang masalah sudah diketahui. Pilih strategi, alat, tempoh masa
dan sebagainya 
• 4. MENJALANKAN PERANCANGAN - laksanakan apa yang telah anda
rancang untuk mengatasi masalah tersebut
• 5. MENILAI PENYELESAIAN - setelah laksanakan, selesai. lakukan
penilaian sama ada anda benar-benar berjaya menyelesaikan masalah
tersebut. 
• 6. MENGGABUNG GANJARAN - setelah menilai maka anda lihat apakah
antara kelebihan penyelesaian yang telah anda dapat. apakah keputusan
penyelesaian itu benar-benar membantu anda.
MODEL BRANSFORD DAN STEIN (1984)

• Seterusnya, Bransford dan Stein (1984) menyarankan satu lagi konsep


penyelesaian masalah yang berasaskan akronim di bawah:
• Identify I = Mengenal pasti masalah
• Define D = Mendefinisi dan mewakili masalah (lakaran /model)
• Explore E = Meneroka strategi-strategi
• Act A = Bertindak pada strategi
• Look L = Melihat kembali dan menilai kesan aktiviti anda
STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

• http://www.youblisher.com/p/735041-Strategi-Dalam-Penyelesaian-Masalah/
• http://www.youblisher.com/p/735041-Strategi-Dalam-Penyelesaian-Masalah/
STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

• Kita akan mempelajari lima strategi yang telah ditemui oleh pengkaji melalui
kaedah pengalaman iaitu:
• (a) Pembahagian masalah atau sub-masalah;
• (b) Bergerak ke belakang;
• (c) Mendaki bukit ( hill-climbing );
• (d) Analisis cara akhir ( means-end ); dan
• (e) Rantaian hadapan ( forward chaining ).
BAB 7 ALAT PENYELESAI MASALAH

• Percambahan minda,
• penanda aras,
• gambar rajah kesan dan sebab,
• carta alir,
• analisis SWOT dan
• matriks senarai keutamaan sebagai alat penyelesaian masalah;
Gambar rajah tulang ikan dibuat berdasarkan langkah ini:
• (i) Kenal pasti masalah: Pada sebelah kiri kertas, tulis masalah dan kemudian lukis satu
garisan secara mendatar merentas kertas bermula daripada masalah.
• (ii) Fikirkan faktor-faktor utama yang terlibat: Lukis garisan-garisan berlabel daripada
tengah garisan yang dilukis di atas bagi mewakili setiap faktor yang menyumbang kepada
masalah. Teroka semua faktor terlibat sehingga semua telah termasuk. Faktor-faktor yang
diambil kira mungkin merangkumi keterlibatan orang, sistem, alat, bahan dan sebagainya.
• (iii) Kenal pasti sebab-sebab yang mungkin: Ambil kira faktor yang mungkin berkaitan
dengan sebab masalah yang anda telah kenal pasti di atas. Lukiskan ini dengan garisan
mendatar lebih kecil dari garisan yang dilukis pada bahagian (ii) di atas.
• (iv) Analisis gambar rajah anda: Teroka setiap faktor dengan lebih mendalam. Siasat sama
ada penilaian anda adalah betul dan sama ada anda perlukan pencarian lebih lanjut tentang
sebab-sebab masalah.
ANALISIS SWOT
MATRIKS KEUTAMAAN/ANALISIS GRID
• (i) Jalankan satu sesi percambahan minda dan penuhkan matriks keutamaannya.
• (ii) Di dalam lajur pertama, tuliskan masalah yang dinyatakan dalam sesi percambahan
minda
• (iii) Di dalam lajur kedua hingga keempat, definisikan kriteria anda. Contoh kriteria
biasa ialah: • Kekerapan: Berapa kerap masalah timbul? • Kepentingan: Masalah mana
yang paling penting berdasarkan pada kriteria terpilih? • Boleh dilaksanakan: Sejauh
mana usaha menyelesaikan masalah terpilih adalah praktikal dan realistik?
• (iv) Anda boleh membina apa jua kriteria yang anda rasa penting bagi masalah anda.
Kriteria lain termasuklah kos, nilai, keselamatan, masa dan tempoh.
• (v) Selepas sahaja anda habis mendefinisikan kriteria, biarkan individu yang menyertai
dalam pembinaan penyelesaian mengundi. Setiap orang boleh mengundi setiap kriteria
• Jumlah undi ini membolehkan anda menyusun masalah anda mengikut keutamaannya.
RUJUK LAMPIRAN : WORDS

Anda mungkin juga menyukai