Anda di halaman 1dari 4

POST-OPERATIVE CARE

1. Letakan pesakit dalam baringan supine dengan kepala


di sisi untuk mengalirkan sekresi keluar. Apabila
pesakit telah sedar letakkan pesakit dalam posisi semi
Fowler’s atau Fowler’s untuk melawaskan pernafasan
dan membantu paru-paru berkembang.

2. Lakukan trakeostomi suction prn dengan lemah


lembut dan secara aseptik teknik untuk melawaskan
salur pernafasan, mengelakkan kecederaan dan
infeksi. Lakukan trakeostomi dressing daily dan prn.
3. Ambil tanda vital pernafasan, nadi, tekanan darah
setiap sejam dan jam sekali mengikut keadaan
pesakit. Ini untuk memastikan pernafasan lawas
dan dapat mengesan pendarahan dan juga menilai
kemajuan pesakit dari masa ke semasa.

4. Lakukan pemerhatian terhadap luka pembedahan


untuk mengesan pendarahan. Perhatikan
pembebat luka jika terdapat pendarahan dan
perhatikan sekeliling tempat pembedahan jika
terdapat edema atau haematoma. Laporkan
segera jika tanda pendarahan di kesan untuk
tindakan selanjutnya.
5. Penjagaan infusi intravena ikut arahan doktor
kerana pesakit dipuasakan.

6. Pemberian analgesic iv Tramal diberi


mengikut arahan dokto untuk mengurangkan
kesakitan dan memberi keselesaan kepada
pesakit.

7. Ajarkan pesakit melakukan senaman


pernafasan untuk elak lung collapse.
8. Ampukan leher pesakit dengan bantal kecil
semasa melakukan pergerakan untuk
mengurangkan kesakitan yang dialami.

9. Beritahu pesakit untuk menekan call bell yang


berhampiran dengan pesakit untuk
mendapatkan bantuan.

10.Nasihatkan keluarga untuk memberi sokongan


emosi kepada pesakit dengan datang melawat
dan menemani bila perlu untuk mengurangkan
rasa kebimbangan pesakit.

Anda mungkin juga menyukai