Anda di halaman 1dari 19

Oleh:

AHMAD RIDZUAN MUHAMMAD


PENGENALAN
• Sebahagian besar aktiviti belajar melibatkan
penglihatan dan pendengaran. Tidak mungkin kita
dapat mengingat semua yang kita dengar dan lihat.
Buku teks dan rujukan semua subjek bagi setiap
semester jika kita jumlahkan mungkin mencapai
ribuan muka surat.

• Membuat nota bermaksud kita meringkaskan


fakta yang panjang menjadi lebih pendek supaya kita
dapat memaham dan mengingatnya dengan lebih
mudah
• Membuat nota boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu

1. Mengambil nota (mengambil nota) semasa pengajaran


berlaku dalam kelas dan

2. Membuat nota ringkas semasa kita membuat pembacaan


sendiri dari buku teks/rujukan atau nota pensyarah

• Perkara yang dinotakan adalah idea-idea utama, isi-isi


penting, contoh-contoh, dan huraian tertentu dengan
menggunakan ayat dan bahasa atau ilustrasi yang
ringkas, padat dan tepat
Kepentingan Membuat Nota

• Sebagai rekod kekal

– Rekod kekal ini boleh kita gunakan sebagai panduan dan


rujukan semasa kita membuat ulangkaji, kuliah yang
disampaikan oleh pensyarah, tidak semuanya ada dalam
buku
• Memudahkan proses ingatan

– Minda kita lebih mudah mengingai fakta yang ditulis dalam


bentuk yang ringkas, teratur dan sistematik.
KEPENTINGAN MEMBUAT NOTA

• Meningkatkan konsentrasi belajar

– Konsentrasi belajar boleh ditingkatkan, jika semasa guru


mengajar, kita mencatat perkara-perkara yang penting
(bukan semua perkara perlu dicatat). Demikian juga
semasa belajar sendiri, tumpuan dan fokus minda kita akan
meningkat dan lebih aktif.

• Rujukan dalam menyiapkan tugasan

– Catatan amat berguna apabila kita hendak menyiapkan


sesuatu tugasan/projek kerana faktor masa akan menjadi
sangat penting. Jika tiada catatan, kita terpaksa merujuk
dan membaca kembali teks asal.
CIRI-CIRI NOTA YG. EFEKTIF..
Nota hendaklah bermakna, jelas, padat dan
Meaningful ringkas

Sistematik, tersusun, mengikut urutan seperti


Organise proses, tarikh, fenomena dan lain-lain

Visualised Dalam bentuk yang boleh digambarkan

Menarik minat dan tidak membosankan


Interesting
Memberi jawapan kepada soalan yang berkaitan
Feedback dengan tajuk

Meningkatkan perhatian dan daya tumpuan


Attention
Menunjukkan hubungkait antara satu idea utama
dengan idea utama yang lain dan antara
Association idea utama dengan isi-isi penting.
Teknik Mengambil Nota
• Buat satu garisan lurus, dari atas ke bawah di bahagian kanan kertas
nota anda (lebih kurang 5cm dari bahagian hujung kanan kertas)

• Kertas nota anda sekarang, terbahagi kepada dua ruang, iaitu kiri (lebih
lebar) dan kanan (lebih kecil)

• Tulis tajuk di bahagian atas, ruang sebelah kiri.

• Kemudian tulis soalan ( semester lepas) yang berkaitan dengan tajuk


yang dibincangkan, di bawah tajuk. (kalau boleh… petakkan soalan ini)

• Seterusnya catatkan nota kuliah anda, gunakan sistem nombor untuk


merujuk kepada idea utama dan isi-isi penting.

• Setelah anda kembali ke kolej atau rumah, baca nota pensyarah sekali
lagi dan buat rumusan ringkas idea-idea utama dan isi-isi penting di
ruang sebelah kiri (gunakan pen warna lain)

• Setelah tamat sesuatu tajuk, pindahkan semua idea-idea utama dan isi-isi
penting ke dalam peta minda.
TEKNIK MENGAMBIL NOTA
   
Tajuk : .………………………………………..
Soalan : a. ………………………………………..
b. ……………………………………….
    c. ………………………………………. Catitkan ringkasan
Idea-idea utama dan
1.0 …………………………..
Isi-isi penting
…………………………………………………………….
……………………………………………………………. Function of Money
1. Buy Goods
2.0 Functions of Money
…………………………………………………………….
2. Buy Services
……………………………………………………………. 3. Travel
4. Investment
3.0 …………………………… 5. Business
……………………………………………………………
……………………………………………………………

4.0 …………………………..
……………………………………………………………
……………………………………………………………

Dan seterusnya ….
TEKNIK MEMBUAT NOTA
 Teknik Peta Minda
 Teknik Gambarajah
 Teknik Mnemoniks
 Teknik Carta Aliran
 Teknik Senarai Fakta
 Teknik Lagu
 Teknik Grafik
TEKNIK PETA MINDA
 Kebaikan Peta Minda

 Semua maklumat dapat dilihat secara


menyeluruh
 Bahan disusun secara teratur dan
sistematik
 Fungsi otak kiri dan kanan dioptimakan
 Dapat memaham, mengingat, dan
menguasai dengan mudah
 Menunjukkan perhubungan antara satu
perkara dengan perkara lain dengan jelas
KONSEP PETA MINDA
Idea Utama 6
Idea Utama 5 Idea Utama 1
1. Isi penting
1. Isi Penting 1. Isi penting
2. 2………….
2. …………. 2. ………….
3. ……………
3. ………….. 3. ………….
4. ………….. 4. ………….
TAJUK

Idea Utama 4 Idea Utama 2


Idea Utama 3
1. Isi Penting 1. Isi penting
1. Isi penting
2. ……………… 2. ………….
2. …………..
3. ………………. 3. ………….
3. …………..
4. ………….
TEKNIK GAMBARAJAH
• Gambarajah Ishikawa

• Gambarajah Pokok
– Gambarajah pokok, sama seperti gambarajah ishikawa, boleh
digunakan untuk membuat nota, di mana batang mewakili
tajuk, dahan mewakili idea-idea utama, ranting mewakili isi-isi
penting dan daun, boleh menggambarkan contoh.
TEKNIK MNEMONIKS
• Mnemoniks Huruf
Contoh: PGK = Pendapatan Garis Kemiskinan
PLC = Public Limited Company
NPL = Non Performing Loan
• Mnemoniks Perkataan
Contoh: I = Isntitusi perlindungan barang berisiko
N = Nisbah premium
S = Sumbangan sedikit/diansurkan
U = Untung rugi/kongsi sama
R = Risiko; rosak, kebakaran, kematian, kemalangan dll
A = Aktiviti-pelaburan, perniagaan, perusahaan
N = Nasib terbela
S = Sejahtera hidup sekeluarga
• Mnemoniks Cerita
Contoh: Fungsi Kulit Manusia.
Vimala Suka Lihat Wayang Di Kuala Lumpur
Vitamin suhu lindung warna deria kumuh lemak
TEKNIK CARTA ALIRAN
• Teknik ini menggunakan anak panah
untuk menunjukkan aliran atau perhubungan
antara satu perkara dengan yang lain. Kita
boleh menggunakan anak panah dalam
berbagai arah untuk menggambarkan satu
proses, peristiwa, struktur dan sebagainya
TEKNIK SENARAI FAKTA
• Teknik ini memerlukan kita menyenaraikan dari aatas ke bawah
idea-idea utama atau abjad. Teknik ini lazim digunakan oleh
pensyarah di kelas dan juga amat diminati oleh pelajar. Teknik
ini mempunyai kelemahan kerana ia bersifat linear.

• Contoh: Ciri-ciri Pelajar Cemerlang


 
      Sikap yang positif terhadap kursus dan subjek
      Berfikiran positif dan proaktif
      Berdisplin dan bijak mengurus masa
      Mempunyai motivasi belajar yang tinggi
      Hadir kelas dan rajin berbincang dengan pensyarah
      Mengamalkan teknik belajar yang efektif dan sistematik
      Membuat ulangkaji secara konsisten
Teknik Grafik

– Lain-lain bentuk gambarajah atau


ilustrasi ialah geraf, peta, pelan,
historgram, carta pai, jadual,
kartun dan sebagainya boleh
digunakan untuk membuat nota
ringkas
LAIN-LAIN TEKNIK MEMBUAT NOTA

• Pelajar boleh menggunakan teknik lagu tertentu,


di mana senikata lagu mewakili idea-idea utama
dan isi-isi penting sesuatu tajuk. Teknik ini
memerlukan minat dan daya kreativiti yang tinggi

• Pelajar juga boleh menggunakan kombinasi


beberapa teknik untuk menghasilkan nota ringkas.
Yang penting anda mestilah faham bahawa nota
anda itu bermakna dan membantu anda secara
optima untuk memaham, mengingat dan
menguasai sesuatu tajuk
AKTIVITI PENGUKUHAN 1
• Bahagikan peserta kepada beberapa kumpulan kecil, setiap
kumpulan dikehendaki membuat satu contoh nota ringkas
(pilih satu tajuk) dengan menggunakan teknik membuat nota
yang berbeza dengan kumpulan lain. Minta setiap kumpulan
membuat persembahan kumpulan.

K1 – TEKNIK SENARAI ISI /FAKTA


K2 – TEKNIK PETA MINDA
K3 – TEKNIK ISHIKAWA
K4 – TEKNIK GAMBAJARAH ( POKOK DLL )
K5 – TEKNIK CARTA ALIRAN
K6 – TEKNIK GRAFIK
K7 – TEKNIK MNEMONIK
K8 – TEKNIK LAGU
K9 – TEKNIK KOMBINASI
AKTIVITI PENGUKUHAN 2
• BUAT SATU KULIAH MENGENAI APA-APA
TAJUK ( 15 MINIT) DAN MINTA PESERTA
MENCATAT NOTA MENGGUNAKAN TEKNIK
CORNELLSU
• BERI MASA 5 MINIT KEPADA PESERTA
UNTUK MEMBUAT RINGKASAN (RUANG
SEBELAH KANAN )
• BUAT KUIZ
• DAPATKAN SKOR
• BERI ULASAN

Anda mungkin juga menyukai