Anda di halaman 1dari 7

POLA PERBANDINGAN

HARGA BARANGAN MAKANAN ASAS


ANTARA MALAYSIA DENGAN NEGARA
SERANTAU
PENDAHULUAN
Graf menunjukkan kedudukan harga
barangan makanan asas antara Malaysia
dengan negara serantau berasaskan kadar
tukaran wang pada 3 Mei 2011.
ISI 1
Harga barangan makanan asas antara Malaysia dengan
negara serantau berasaskan kadar tukaran wang pada 3 Mei
2011 yang paling rendah ialah beras dan tepung gandum.
Harga beras Malaysia mencatatkan nilai yang paling rendah
iaitu hanya bernilai RM1.8/kg berbanding dengan negara
serantau seperti Singapura (RM2.8/kg), Thailand (RM3.5/kg),
dan Indonesia (RM2.05/kg). Harga tepung gandum Malaysia
juga rendah iaitu hanya bernilai RM1.35/kg berbanding
dengan negara Singapura (RM2.10/kg), Thailand (RM2.70/kg)
dan Indonesia (RM2.67/kg).
ISI 2
Seterusnya, harga daging tempatan antara
Malaysia dengan beberapa negara serantau iaitu
negara Thailand dan Indonesia mencatatkan nilai
yang paling tinggi berasaskan kadar tukaran wang
pada 3 Mei 2011. Nilai harga daging tempatan di
Malaysia adalah tinggi iaitu bernilai RM21.78/kg
berbanding dengan negara Thailand dan Indonesia
iaitu masing-masing hanya bernilai RM12.0/kg dan
RM15.6/kg .
ISI 3: Sebab harga barangan asas tertentu lebih
rendah di Malaysia
Harga barangan asas tertentu di Malaysia lebih
rendah berbanding dengan negara serantau kerana
penggunaan teknologi semakin meningkat. Hal ini
demikian kerana penggunaan teknologi yang lebih
moden kini membolehkan sesuatu barangan makanan
dapat dihasilkan dalam kuantiti yang lebih banyak.
Oleh itu, harga barangan makanan yang dikeluarkan
dalam kuantiti yang banyak akan dijual dengan harga
yang lebih rendah.
ISI 4
Selain itu, harga barangan asas tertentu di Malaysia
lebih rendah berbanding dengan negara serantau
disebabkan oleh kawalan harga barangan makanan.
Kawalan harga barangan makanan dilakukan bertujuan
untuk mengawal harga pasaran daripada terus meningkat
secara mendadak. Hal ini demikian kerana pihak kerajaan
akan mengawal harga barangan dari masa ke semasa
sekiranya permintaan produk atau barangan yang tinggi di
pasaran khususnya pada musim perayaan.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelbagai usaha haruslah dilakukan
bagi meningkatkan taraf ekonomi Malaysia. Oleh itu,
semua pihak haruslah bekerjasama dalam
melaksanakan usaha untuk mengukuhkan lagi
ekonomi negara kita.

Anda mungkin juga menyukai