Anda di halaman 1dari 20

NOTA 4:

ELEMEN SPIRITUAL (DALAMAN) MANUSIA

AIDA HARTINI BINTI NAN


PENSYARAH
JABATAN USULUDDIN
UNIVERSITI SULTAN AZLAN SHAH
ELEMEN SPIRITUAL ISLAM
• Islam amat menekankan aspek kesihatan dalaman
ataupun spiritual manusia terutama dalam kalangan
umat Islam itu sendiri.
• Nilai spiritual yang baik, akan melahirkan tingkah laku
yang baik dari aspek personal dan interpersonal.
• Kesihatan spiritual ini juga amat ditekankan oleh
Rasulullah s.a.w kepada sahabat dan umatnya yang
dikenali sebagai tasawuf (sabar,reda,
syukur,mujahadah al-nafs, riyadah al-nafs dan rasa
berdukacita terhada maksiat)
• Doktrin yang menjadi sumber kepada proses kesihatan
spiritual adalah AL-QURAN bertujuan untuk mendidik,
memberi petunjuk dan pengajaran. Juga sebagai
kaedah rawatan:

• Firman Allah s.w.t:


Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepada
kamu al-Quran yang menjadi nasihat, penawar bagi
penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu
dan juga menjadi hidayah, petunjuk dan keselamatan
serta membawa rahmat bagi orang yang beriman
Yunus (10): 57
• Elemen dalaman manusia terbahagi kepada 4
iaitu:
a. al-Nafs (Jiwa)
b. Al-Qalb (Hati)
c. Al-Ruh (Roh)
d. Al-Aql (Akal)
• 1) AL-NAFS
• Jiwa atau nafs dalam Bahasa Arab, dan dalam
Bahasa Inggeris disebut sebagai soul
• secara umumnya boleh difahami sebagai suatu
jirim halus yang bergerak memberi kekuatan
kepada kehidupan dan perasaan serta kehendak
yang ada pada diri manusia (Al-Jurjani, 2000:239).
• Firman Allah SWT , Surah al-Baqarah (2:235)
bermaksud: “Ketahuilah! Sesungguhnya Allah
mengetahui apa yang terdapat di dalam jiwa kamu
(anfusikum), maka hendaklah kamu berhati-hati”
(dipetik oleh al-Ghazali, 2003).
• Nafs atau jiwa ini merupakan suatu hasrat
yang mencetuskan nilai-nilai kekuatan pada
diri seseorang insan bagi mencapai naluri
kemahuannya.
• Kesimpulan al-nafs: sesuatu yang terdapat
di dalam diri manusia, yang tidak dapat
diketahui wujudnya, yang dapat menerima
arahan kebaikan atau keburukan, memiliki
pelbagai sifat dan karakter kemanusiaan,
juga memiliki pengaruh yang nyata kepada
perilaku manusia6
• Jenis-jenis nafsu:
ammarah
lawwamah
mulhamah
muthmainnah
radhiah
mardhiyyah
kamaliah
AMMARAH
• Nafsu yang cenderung untuk membuat dosa
• Merasa tidak bersalah dalam membuat dosa
• Bertangguh dan banyak alasan untuk berbuat
baik
• Tidak menerima teguran
• Mempunyai emosi negatif yang tidak terkawal
• Jauh daripada Allah s.w.t
LAWWAMAH
• Jiwa cenderung untuk buat dosa
• Cepat menyesal atas dosa yang dilakukan
• Rasa bersalah atas dosa tapi masih
melakukannya
• Iman yang tidak kuat
• Mudah terpengaruh dengan perkara negatif
• Nafsu yang jauh daripada Allah tapi mudah
untuk kembali
MULHAMAH
• Jiwa yang cenderung dan teringin untuk
membuat dosa
• Tapi mampu menghindari
• Mampu mengawal emosi mungkar dengan
amal-amal yang baik
• Mampu melaksanakan mujahadah (berusaha
untuk jauh dari perkara mungkar)
• Jiwa yang dalam proses untuk pembersihan
MUTMAINNAH
• Jiwa yang cenderung untuk melakukan amal
kebaikkan
• Rasa berdosa dan takut untuk melakukan
kejahatan
• Jiwa yang menuju kepada Allah
• Jiwa yang bersih
• Jiwa yang bahagia dan tenang
RADHIAH
• Jiwa yang sentiasa mencari redha Allah
• Melakukan amal2 secara ikhlas
• Jiwa yang tenang dan menerima ujian dengan
sabar tanpa gusar
• Jiwa yang menjadikan sunat sebagai wajib
• Jiwa yang menjadikan makruh sebagai haram
• Jiwa yang mengelakkan perkara syubhah
bahkan harus
MARDHIAH
• Jiwa yang diredhai dan dikasihi Allah
• Jiwa yang hampir kepada sempurna
• Jiwa para sahabat dan wali Allah
KAMALIAH
• Jiwa sempurna
• Tingkatan paling tinggi
• Tiada dosa besar dan kecil
• Jiwa yang dijaga oleh Allah
• Jiwa para Nabi dan Rasul
AL-QALB
• Hati adalah sultan untuk seluruh anggota badan
• Hati bersih, tingkah laku bersih dan sebaliknya
• Ulama salaf bahagikan hati kepada 3 jenis:
1. Hati selamat/benar:
- Hati yang sejahtera, mereka yang selamat pada
hari akhirat,hati yang sentiasa mencari Allah,suka
melakukan kebaikkan, terpelihara dari unsur
syahwat,berserah dan tawakal kepada Allah,semua
perkara di dunia dilakukan untuk akhirat.
2. Hati sakit:
- Hati yang hidup tetapi mempunyai kecacatan,ada ketika
bersifat positif,ada ketika bersifat negatif,sering lalai dan
terlupa tapi akhirnya akan kembali semula,hati yang
berubah-ubah,hati yang berperang antara 2 perkara
(mengajak kepada akhirat, mengajak kepada dunia)

3. Hati mati:
- tidak mengenali Tuhan, tidak menyembahNya,tidak
menunaikan suruhanNya,tidak takut kepada dosa,mengikut
kehendak syahwat,semua amal di dunia dilakukan untuk
memuaskan syahwat,melebihkan dunia dan tidak
memandang akhirat,hati tidak tersentuh pada azab siksaan
• FAKTOR HATI TIDAK TENANG:
- Menzalimi insan lain
- Banyak melakukan dosa
- Derhaka kepada ibu bapa
- Menghina guru yang menunjukkan jalan yang
benar
- Tidak percaya dan mempersoalkan
kekuasaan Allah s.w.t
- Tidak mengharap kepada Allah s.w.t
- Golongan yang diuji ketika imannya lemah
AL-RUH
• Elemen dalaman yang ditiupkan ke dalam jasad
• Ruh adalah hidup (ada kemahuan dan perasaan)
• Merupakan makhluk Allah yang dibentuk melalui
hati dan jiwa
• Ruh adalah urusan Allah s.w.t:
- Sabda Rasulullah s.a.w: Dan mereka bertanya
kepada mu tentang roh. Katakan: “Roh itu dari
perkara urusan TuhanKu; dan kamu tidak diberikan
ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.
AL-AQL
• Daya fikir yang terdapat di dalam otak
• Akal sihat – akal yang mengenali kebahagiaan dan
memandu untuk memperolehinya
• Akal memandu hati dan jiwa untuk menjadi baik
• Akal, hati dan jiwa saling bekerjasama (akal + iman)
• Ahli falsafah : akal yang menjadikan seseorang itu bahagia
(menggunakan logik akal semata tanpa iman)
• Islam : akal menolong hati/jiwa memilih baik dan buruk
• Menjaga akal dengan ilmu + mursyid
• Ali bin Abi Talib iaitu seperti yang berikut:
• ”Ubat hati itu ada lima jenis iaitu membaca al-Quran
sambil mencuba memahami ertinya, melakukan
solat malam, bergaul dengan orang yang baik atau
soleh, memperbanyak shaum atau puasa dan zikir
malam hari yang berpanjangan. Barang siapa yang
mampu melakukan salah salah satu dari kelima jenis
ubat hati tersebut maka Allah akan
memperkenankan hajatnya (permintaannya dengan
menyembuhkan penyakit yang diderita).”

Anda mungkin juga menyukai