Anda di halaman 1dari 22

KEPIMPINAN & ETIKA KETENTERAAN ISLAM

(DKI 3333)

KULIAH 10
KEPIMPINAN al-quran & sunnah

1
Firman Allah SWT: Surah An-Nisa, 4: 59……..
“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah
kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan
pemerintah dalam kalangan kamu”
Sabda Rasulullah SAW ……..
“Sesungguhnya jawatan itu adalah amanah
dan setiap amanah itu akan disoal pada hari
kiamat kelak. Ramai orang akan menyesal
kerananya, kecuali mereka yang telah
2
menjalankan tugasnya dengan ikhlas dan
jujur”.
PENDAHULUAN
Kepimpinan yang berkesan merupakan kunci kejayaan
sesebuah organisasi.
Keupayaan pemimpin membuat perancangan, pengarahan dan
penyeliaan sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan dalam
kepimpinannya akan membawa kejayaan dan kecemerlangan
organisasi tersebut.
Kejayaan dan kecemerlangan tersebut mampu diperolehi
melalui kepimpinan yang profesional dan berakhlak mulia.
Petikan ayat dan hadith tersebut jelas menyatakan bahawa
Allah SWT mengangkat pemimpin pada kedudukan yang
tinggi.
Namun begitu, kedudukan istimewa tersebut turut diancam
dengan sabda Rasulullah SAW berkaitan dengan amanah yang
dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku penyelewengan.
3
KONSEP KEPEMIMPINAN BERTERASKAN ISLAM
Sasaran organisasi sudah tentu akan tercapai sekiranya
prestasi dan komitmen para pemimpinnya berupaya
mencapai kualiti yang maksimum.
Tuntutan terhadap setiap insan agar mengutamakan kualiti
dalam pekerjaan telah ditegaskan melalui firman Allah
SWT dalam surah al-Mulk, ayat 2, yang bermaksud:
“Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup
untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah
yang lebih baik amalannya; dan Dia Maha Berkuasa
(bagi membalas amalan kamu) lagi Maha Pengampun
(bagi orang-orang yang bertaubat).”
(Al-Quran, al-Mulk, 66:2)
4
KONSEP KEPEMIMPINAN BERTERASKAN
ISLAM ……
Konsep kualiti ini turut disusuli dengan saranan-
saranan Rasulullah SAW melalui hadith Baginda yang
mengutamakan impak berkualiti dalam setiap tingkah
laku manusia.
Konsep itqaan (kesempurnaan) amatlah dititikberatkan
dengan harapan memperoleh hasil yang terbaik dan
berkualiti.
Maksud hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-
Bayhaqi r.a. melalui Saidatina ‘Aisyah r.a. iaitu:
“Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah bersabda yang
bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menyukai sekiranya seseorang
5
melakukan sesuatu perbuatan secara Itqaan atau
KONSEP KEPEMIMPINAN BERTERASKAN
ISLAM ……
Selain dari konsep itqaan, setiap individu muslim perlu
menerapkan juga konsep ihsan dan ia mestilah
diterjemahkan dalam setiap pekerjaan yang
dilaksanakan.
Pemahaman tentang konsep ihsan ini berupaya
menggalakkan kita berusaha secara berterusan dan
tekun bagi mencapai kecemerlangan dan kualiti kerja
menurut acuan Islam.
 Bagi seorang Muslim sejati, sebarang pekerjaan yang
dilakukan bukan hanya didorong oleh keperluan
peribadi sahaja, malah didorong oleh kehendak
“bagaimana untuk meningkatkan kualiti pekerjaannya”.
6
KONSEP KEPEMIMPINAN BERTERASKAN
ISLAM ……
Keyakinan bahawa Allah sentiasa mengawasi setiap
pekerjaan yang dilakukan dan Allah melihat di mana
sahaja kita berada.
Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Yahya
bin Ya’mar RA, yang bermaksud:
“...Engkau beribadah kepada Allah, seakan-akan
engkau melihatNya. Jika engkau tidak melihatNya,
sesungguhnya Dia pasti melihatmu…”
(Shahih Muslim)

7
KONSEP KEPEMIMPINAN BERTERASKAN
ISLAM ……
Konsep-konsep yang memberi impak lebih efektif
dalam kualiti kepimpinan dan pengurusan:
 Insaniyyah. Prinsip ini membentuk seseorang pemimpin
yang mempunyai prinsip Insaniyyah (kemanusiaan sejati),
dan pasti melaksanakan segala amanah dan tugasan dengan
sempurna kerana begitu yakin dengan kehendak dan
ketetapan Allah SWT sejak azali lagi.
 Ihsan. Prinsip ini membentuk seseorang pemimpin
melakukan sesuatu pekerjaan dengan kaedah yang terbaik
(proficiency). Ini kerana sifat Ihsan (suka melakukan
kebaikan) amat berkaitan dengan aspek kecemerlangan dalam
pekerjaan kerana melakukan tugas melebihi daripada
keperluan minimum.
8 
KONSEP KEPEMIMPINAN BERTERASKAN
ISLAM ……
 Syura. Prinsip ini membentuk seseorang pemimpin dalam
menetapkan pembahagian sesuatu pencapaian kepada tiga
matlamat utama:
 Penetapan falsafah pengurusan berdasarkan kitab suci
Al-Quran dan Sunnah.
 Keutamaan kepada lahirnya seseorang pemimpin atau
pengurus yang mempunyai watak atau akhlak yang
tinggi.
 Pelaksanaan amalan pengurusan sesebuah organisasi
yang akan terjamin kejayaannya di dunia dan hari
akhirat kelak.
 Istiqamah. Prinsip ini membentuk seseorang pemimpin
berpendirian teguh pada keyakinan yang benar, tetap,
9 berlanjutan, mempercayai dan akan bekerja dengan tekun,
KARAKTER KEPEMIMPINAN
BERTERASKAN ISLAM
Karakter-karakter yang perlu ada dalam diri
seseorang pemimpin Islam:
 Ubudiyyah.
 Mas’uliah.
 Itqaan.
 Qanaah.
 Murunah.

10
KARAKTER KEPEMIMPINAN
BERTERASKAN ISLAM ……..
Ubudiyyah.
Sifat utama yang wajib ada dalam diri seseorang pemimpin
Islam.
Tanpa sifat ini, segala amal perlakuannya tidak akan bermakna
di akhirat kelak.
Setiap pemimpin wajib menghindari segala amalan yang
bertentangan dengan Islam dalam melaksanakan sebarang fungsi
dan aktiviti kepimpinannya.
Setiap perancangan, strategi dan objektif mestilah bertunjangkan
prinsip Islam dan menyerahkan segala perlakuannya ke arah
pengabdian diri semata-mata kerana Allah SWT.

11
KARAKTER KEPEMIMPINAN BERTERASKAN
ISLAM ……..
Mas’uliah.
 Karakter ini menuntut tanggungjawab seseorang pemimpin atas
sebarang perlakuannya serta prestasi anggota pimpinannya.
 Sifat ini akan melahirkan keyakinan bahawa setiap tindakannya
sama ada baik atau buruk akan dihitung di akhirat.
 Pemimpin perlu berusaha seupaya mungkin untuk melaksanakan
amanah yang dipertanggungjawabkan oleh majikan kepadanya.
Itqaan.
 Karakter ini merujuk kepada ketekunan dan kesungguhan dalam
pelaksanaan dan penyempurnaan tugas yang diamanahkan serta
ganjaran yang dijanjikan.
 Sifat ini akan memandu para pemimpin untuk menunaikan segala
hak dalam kehidupannya dengan mengimbangi haknya terhadap
12 Allah SWT, majikannya, keluarga dan masyarakat.
KARAKTER KEPEMIMPINAN BERTERASKAN
ISLAM ……..
Qanaah.
 Karakter ini menjadikan seseorang pemimpin itu sentiasa redha di atas
setiap ketentuan Allah SWT terhadap rezeki yang diterimanya.
 Pemimpin yang memiliki sifat ini sentiasa yakin bahawa ganjaran yang
sebenarnya adalah ganjaran di akhirat kelak.
 Pemimpin sebegini akan sentiasa berusaha memberi peluang, ganjaran
dan penghargaan terhadap hasil usaha anggota pimpinannya tanpa
mengeksploitasi mereka demi kepentingan diri.
Murunah.
 Karakter ini menjadikan seseorang pemimpin sentiasa menggunakan budi
bicaranya dalam sesuatu tindakan.
 Ketat atau longgarnya sesuatu jalan penyelesaian masalah mampu diatasi
berasaskan situasi dan tidak semata-mata pada polisi dan peraturan
organisasi.
 Karekter ini amat bergantung kepada tahap pendidikan serta pengalaman
13 luas yang dimiliki.
MEMBENTUK KEPEMIMPINAN ISLAM
 Sebagai pemimpin Islam, adalah wajib bagi setiap individu
untuk mengaplikasikan nilai-nilai Islam dalam
kepimpinannya, iaitu:
 Amanah.
 Bertanggungjawab.
 Tidak mementingkan pandangan dan pendapat sendiri
dalam sesuatu perbincangan.
 Berlaku adil dan saksama terhadap pimpinannya.
 Bertolak-ansur dan menggunakan budi bicara dalam
sesuatu tindakan.
 Sentiasa redha dengan ketentuan Allah SWT atas hasil
usahanya.
 Kebanyakan model kepimpinan didominasi pemikiran
berteraskan perspektif Barat yang lebih menekankan elemen
14
duniawi.
MEMBENTUK KEPEMIMPINAN ISLAM …..
Sebagai umat Islam telah diberikan panduan yang
lengkap, iaitu Al-Quran yang mempunyai segala
jawapan bagi setiap kekusutan sebagaimana firman
Allah SWT dalam surah an-Nahl:
“…dan Kami turunkan kepadamu kitab (Al-Quran)
untuk menjelaskan segala sesuatu, petunjuk dan rahmat
bagi orang-orang muslim (orang-orang yang mentaati
Allah)”
(Al-Quran, an-Nahl, 16: 89)

15
MEMBENTUK KEPEMIMPINAN ISLAM …..
 Selain itu, Allah SWT menyatakan bahawa Rasullullah
SAW merupakan pemimpin agung kepada umat manusia
yang disertai tingkah laku, akhlak serta gaya kepimpinan
terpuji yang tiada tolok bandingnya.
 Kepimpinan beliau adalah contoh yang ideal dan praktikal
yang semestinya diikuti oleh umat manusia bagi
melahirkan modal insan profesional.
 Baginda diutuskan untuk membimbing manusia di seluruh
dunia bukannya khusus untuk satu-satu bangsa atau negara
sahaja.
 Firman Allah SWT:
“Sungguh, pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang
baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharapkan
16
(rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang
banyak mengingati Allah”
MEMBENTUK KEPEMIMPINAN ISLAM …..
Elemen-elemen penting dalam merekabentuk sesuatu
model kepimpinan ketenteraan:
 Kandungan kursus (pengisian program).
 Peranan jurulatih.
 Sokongan pihak pengurusan.
Lahirkan pemimpin tentera yang mempunyai prestasi
kerja berkualiti serta komitmen organisasi yang tinggi.
Pemimpin yang berkualiti ini akan membawa kepada
kompetensi profesional serta keunggulan peribadi seperti
kemahiran yang tinggi, berakhlak baik, tekun,
berdedikasi serta berperwatakan sopan.
Menepati ciri-ciri ubudiyyah, mas’uliah, itqaan, qanaah
17
dan murunah.
MEMBENTUK KEPEMIMPINAN ISLAM …..
 Islam amat menuntut pencapaian prestasi kerja yang
berkualiti dan komitmen yang tinggi dalam pekerjaan.
 Islam melihat kerja sebagai sebahagian daripada amal soleh
seseorang hamba kepada penciptaNya.
 Kerja merupakan ibadah dan apabila dilaksanakan dengan
penuh komited dan berkualiti, seseorang itu akan mendapat
ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
 Setiap insan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak
atas apa yang mereka kerjakan di dunia sebagaimana firman
Allah SWT:
“Dan katakanlah, bekerjalah kamu, nescaya Allah dan
RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat
pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah
18 yang mengetahui yang ghaib dan nyata, lalu
diberitahukanNya kepada kamu apa yang telah kamu
MEMBENTUK KEPEMIMPINAN ISLAM …..
Perkara ini diperkukuhkan lagi melalui firman Allah SWT
dalam surah al-Qasas, yang bermaksud:
“Sesungguhnya sebaik-baik pekerja itu ialah orang yang kuat
dan jujur”
(Al-Quran, al-Qasas, 28:26)
Ayat-ayat tersebut merupakan sebahagian daripada ayat-
ayat Allah SWT yang menyeru kepada komitmen dan
kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan mereka yang
akhirnya akan meningkatkan kualiti dalam pekerjaan.
Komitmen dan kecekapan dalam melaksanakan pekerjaan
ini merupakan hasil daripada proses menimba ilmu dalam
program latihan yang direkabentuk oleh organisasi.
19
KESIMPULAN
Tujuan dilantik pemimpin adalah untuk membimbing
masyarakat serta membantu organisasi dalam
menyelesaikan permasalahan dalam lingkungan
kepemimpinan tersebut.
Masyarakat mengharapkan seseorang pemimpin
memimpin dalam persoalan yang bersangkutan dengan
pekerjaan atau hubungan dengan organisasi.
Pemimpin yang dilantik perlu mempunyai akhlak yang
baik untuk dijadikan contoh dan tauladan.
Pemimpin haruslah dilatih dengan sistem latihan yang
betul, teratur dan penuh dengan nilai-nilai agama.
Mereka seharusnya membimbing subordinat dengan
mengaplikasikan kaedah yang dikehendaki oleh agama.
20
KESIMPULAN…….
 Kejayaan peperangan di zaman Nabi dan para sahabat
adalah disebabkan kehebatan kepemimpinan.
 Pemimpin pada zaman kegemilangan Islam dilatih serta
dibimbing melalui kaedah yang menurut kehendak
agama.
 Latihan yang dilalui mestilah melibatkan kekuatan
fizikal, mental dan berunsurkan keislaman bagi
memantapkan rohani.
 Banyak konsep, kaedah dan karakter kepimpinan cara
Islam telah diperkenalkan oleh para ulama dan
cendiakawan Islam untuk digunakan dan dilatih kepada
pemimpin generasi akan datang.
 Pusat-pusat latihan ketenteraan harus mengaplikasikan
21 cara dan kaedah tersebut supaya produk kepimpinan
Q&A
22

Anda mungkin juga menyukai