Anda di halaman 1dari 15

1

ETIKA DAN
PENAMPILAN DIRI
DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD ADLI BIN HASAN
Keterampilan Diri 2

Secara umumnya, apabila kita menyebut tentang ketrampilan diri, ianya mestilah berkaitan dengan
penggayaan diri dan imej peribadi dan perkara yang perlu terangkum dalam penggayaan diri dan
imej peribadi adalah:

1. Personaliti (Sikap dan Perwatakan)

2. Kemahiran Komunikasi

3. Keyakinan diri

4. Kemahiran perhubungan awam

5. Penampilan Diri (Pakaian/Aksesori/Solekan/Kebersihan Diri)


Imej Diri 3

Imej bukan hanya terletak pada cara berpakaian, malah imej juga dinilai dari segi personaliti yang
meliputi gaya bercakap/pertuturan, gaya berjalan, makan, duduk, ketawa, hemah diri, kebersihan dan
kerapian diri, dan kesihatan.
Imej Diri 4

Imej memainkan peranan yang penting dalam membawa personaliti diri. Ia boleh dikategorikan
dalam aspek penampilan, perilaku dan pertuturan. Imej diri ini merupakan pandangan, gambaran dan
persepsi terhadap keperibadian atau watak seseorang oleh individu yang lain berdasarkan pandangan
pertama orang lain kepada seseorang.
Aspek Imej Diri 5

Aspek Imej ini dapat dilihat kepada beberapa komponennya iaitu:

1. Tertib Diri

2. Komunikasi

3. Personaliti

4. Sikap dan Amalan

5. Penguasaan Ilmu Pengetahuan


Personaliti 6

Sifat dan sikap seseorang yang membentuk perwatakan dan keperibadiannya. Cara kita ‘membawa
diri’ di khalayak ramai.
Penampilan Diri 7

Penampilan diri adalah bagaimana seseorang itu mempersembahkan dirinya kepada orang lain.
Gambaran tentang diri kita daripada hujung rambut sehingga hujung kaki.
Penampilan Diri 8

Penampilan menarik mencerminkan keperibadian seseorang. Secara lumrah dan adatnya, orang yang
berpenampilan menarik akan dinilai sebagai orang yang berkeperibadian baik.
Ciri Penampilan Diri 9

1. Pakaian

2. Ekspresi wajah dan bahasa tubuh

3. Sikap atau pembawaan diri – cara berjalan, cara berbicara, cara berdiri, cara duduk, cara makan,

intonasi suara, dsbnya.

4. Kepintaran Bersosial

5. Penjagaan kebersihan dan kerapian diri -rambut, kuku, bau mulut, bau badan, bau kasut dsbnya.

6. Penjagaan Kesihatan

7. Pemakaian Aksesori
Kepentingan Penampilan Diri 10

1. Melambangkan kecekapan seseorang mengurus diri.

2. Meningkatkan keyakinan diri.

3. Melambangkan imej organisasi yang diwakili.

4. Membentuk perhubungan seterusnya. Menarik orang untuk meneruskan perbualan dan


perkenalan dengan kita.

5. Mewujudkan rasa hormat dan rasa percaya orang kepada kita.


Bagaimana membina imej kendiri yang 11

1.Sering merasa gembira.


positif
2. Mempunyai keyakinan diri

3. Percaya sepenuhnya kepada diri

4. Berfikiran positif

5. Profesional

6. Matang

7. Berkebolehan

8. Yakin

9. Sentiasa ingat semua yang ada adalah pinjaman sementara – Keimanan kepada Allah.
Kebersihan dan kerapian diri 12

1. Badan tidak berbau

2. Gigi bersih dan dan mulut tidak berbau

3. Kuku bersih dan dipotong pendek

4. Rambut, misai, janggut, jambang dirapikan

5. Mata, hidung (bulu hidung), telinga dibersihkan

6. Menjaga adab bersin / batuk / buang angin / sendawa

7. Memastikan pakaian digosok


Kesesuaian Pakaian Lelaki ke Pejabat 13

 Baju Kemeja – sesuaikan dengan bentuk badan, warna kulit dan iklim negara. Elakkan memakai
kain jenis berkilat, terlalu jarang dan berwarna garang. Selesa, tidak terlalu ketat dan terlalu
besar.

 Pemilihan kolar kemeja. Kolar apabila dibutang hendaklan selesa dan tidak terasa ketat atau
longgar.

 Corak dan warna merupakan pilihan peribadi. Namun, elakkan warna kuning pekat dan merah
jambu.

 Warna baju hendaklah lebih muda daripada suit.


Kesesuaian Pakaian Lelaki ke Pejabat 14

 Warna tali leher hendaklah lebih gelap daripada warna baju. Tali leher. Mesti tahu panjangnya
supaya sesuai dan kemas apabila dipakai. Tali leher hanya dipakai dengan baju lengan panjang
kecuali pakaian seragam.

 Memakai stokin berwarna gelap mengikut warna seluar. Stokin tidak berbau / tidak koyak

 Aksesori untuk lelaki tidak melebihi empat.


Sekian, terima kasih 15

Etika penampilan diri hendaklah dititikberatkan oleh setiap manusia yang normal, kerana
penampilan yang kemas adalah pandangan pertama yang boleh membentuk tanggapan awal orang
lain kepada kita, jika tidak terjaga maka orang lain akan mulai pandang serong kepada kita, jaga diri,
terjaga peribadi.

Anda mungkin juga menyukai