Anda di halaman 1dari 15

TOPIK 5:

FALASI
DALAM
BERFIKIR
DISEDIAKAN OLEH:
DR. NURUL IMAN MOHD ZAIN
Falasi: Kesalahan dalam berfikir

Falasi merupakan hujahan palsu yang mengelirukan untuk


memperdayakan orang lain supaya menerimanya sebagai sah dan
benar.

PENGENALAN Falasi berasal daripada perkataan fallo yang bermaksud “saya


menipu”.

Hujahan yang pada sekali imbas nampaknya benar dan sah, tetapi
sebenarnya tidak, kerana sama ada kesimpulannya nampak sah
tetapi hakikatnya tidak sah, atau pun premis-premisnya nampak
benar tetapi hakikatnya tidak benar.

Oleh itu, falasi boleh ditakrifkan sebagai bentuk hujahan yang


nampaknya betul, tetapi setelah diperiksa terbukti tidak betul dan
tidak sah. Oleh kerana itu hujahan falasi boleh mengelirukan.
JENIS-JENIS FALASI

FALASI
FALASI
TIDAK
FORMAL
FORMAL
FALASI FORMAL
Falasi formal adalah hujah yang lemah disebabkan strukturnya yang salah
atau kaedah berhujah yang digunakan adalah salah.

Struktur dan kaedah yang salah akan menyebabkan ketidakseimbangan


antara premis hujah yang dikeluarkan dengan kesimpulannya.

Ini bermakna premis-premis yang digunakan dalam sesebuah penghujahan


tidak mengimplikasikan kesimpulannya.

Falasi formal biasanya mudah dilihat melalui strukturnya yang salah.


HUJAH HUKUM

PREMIS Semua kucing Benar


CONTOH 1 adalah binatang
FALASI PREMIS Semua anjing ialah Benar
2 binatang
FORMAL
NATIJAH Maka, semua Tidak benar
kucing ialah anjing
• Terdapat banyak hujah yang meskipun dari
sudut formal adalah sah kerana patuh kepada
struktur penghujahan yang betul, namun ia
FALASI tetap dikategorikan sebagai hujah falasi.
TIDAK • Falasi tidak formal adalah kelemahan yang
terdapat dalam suatu hujah tetapi kelemahan
FORMAL ini tidak mempunyai kaitan secara langsung
dengan kaedah atau struktur hujah itu.
• Falasi ini tidak dapat dikesan dengan mudah
tanpa memahami konsep-konsep yang terlibat
dalam penghujahan yang dilakukan.
Jenis-Jenis Falasi Tidak Formal
Generalisasi yang terburu-buru (hasty generalization)

Falasi serangan peribadi (ad hominem)

Falasi orang-orang (strawman fallacy)

Falasi pemesongan (red hering)

Kesilapan memahami hubungan sebab dan akibat (faulty cause and effect)

Falasi menagih simpati (appeal to emotion)

Falasi rujukan kepada autoriti (appeal to authority/halo effect)


• Falasi ini berlaku apabila seseorang melihat
satu fenomena dan mengganggapnya sebagai
bukti yang cukup untuk menghukumnya
Generalisasi sebagai satu fenomena yang umum.
yang terburu- • Contoh: Ahmad memiliki kereta Proton.
Sepanjang tahun pertama, kereta itu telah
buru (hasty rosak beberapa kali. Ahmad membuat
generalization) kesimpulan bahawa semua kereta Proton
tiada kualiti. Ini adalah kaedah berfikir yang
silap kerana kesimpulan umum yang dibuat
hanya bersandarkan satu pembuktian sahaja.
• Kesilapan berfikir dengan menolak atau
menentang pendapat seseorang
kekurangan peribadi individu tersebut
tanpa menilai hujah yang dikemukakan.
Falasi serangan
• Dalam erti kata lain, serangan dilakukan
peribadi (ad ke atas peribadi individu dan bukannya
hominem) hujah yang dikemukakan.
• Contoh: Awak pelajar junior, saya lebih
senior. Maka, awak tidak berhak
menasihati saya.
• Apabila lawan memberi hujah yang kuat dan sukar untuk
ditolak, antara cara untuk menolak hujah ini ialah dengan
memberi tafsiran yang terpesong kepada hujah tersebut
supaya ia lebih mudah dipatahkan.

Falasi orang- Hujah terpesong ini kemudian dijadikan sasaran bagi
menampakkan seolah-olah hujahan balas ditujukan kepada

orang •
hujah asal, tetapi sebenarnya tidak.
Contoh:
(strawman Sally: Pengguguran adalah salah, kerana salah untuk kita
membunuh nyawa yang tidak berdosa. Fetus adalah nyawa yang
fallacy) tidak berdosa, justeru pengguguran adalah salah dari segi moral.
Bob: Tindakan menggugurkan bayi adalah tidak salah. Mereka
yang mengatakan atau berfikir bahawa pengguguran adalah
salah adalah golongan ekstremis yang cuba memaksa pemikiran
sempit mereka ke atas orang lain.
• Falasi jenis ini adalah dengan mengemukakan
pandangan yang tidak relevan dengan isu yang
diperkatakan. Tujuannya adalah untuk
memesongkan pernyataan asal hujahan yang secara
Falasi langsung memberikan implikasi terhadap isu yang
diperkatakan. Ia juga turut mengakibatkan
pemesongan pernyataan-pernyataan di dalam sesuatu isu itu
terkeluar daripada apa yang cuba diketengahkan di
(red herring) awal hujahan.
• Contohnya:
“Merokok boleh membawa maut” (hujah asal)
“Alah, tidak merokok pun boleh mati juga!” (hujah yang
dipesongkan).
• Falasi jenis ini berlaku apabila kita mengandaikan
Kesilapan bahawa dua fenomena yang dilihat saling berturutan
memahami mempunyai hubungan sebab dan akibat antara satu
sama lain. Oleh kerana B hadir selepas A, maka A
hubungan adalah sebab kepada B, tetapi sebenarnya tidak.

sebab dan • Contoh:


Setiap kali katak berbunyi, hujan akan turun selepas
akibat (faulty itu.
cause and Cara berfikir ini silap kerana hujan boleh turun
walaupun tiada bunyi katak. Untuk mengelakkan falasi
effect) jenis ini, kita perlu lihat dengan teliti hubungan antara
A dan B. Adakah wujud hubungan sebab akibat antara
kedua-duanya atau apa yang berlaku hanyalah
kebetulan.
• Hujahan jenis ini bukan berasaskan
Falasi hujah logik, tetapi untuk
menagih mendapat simpati pihak lain.
simpati • Contoh: seseorang yang bersalah
(appeal to dipertahankan semata-mata
emotion) kerana ia sudah tua atau kerana ia
anak yatim piatu.
• Hujahan yang tidak didasarkan dengan
Falasi rujukan
pemikiran logik, tetapi disandarkan
kepada pada kuasa atau pengaruh pihak
autoriti tertentu.
(appeal to • Contoh: apabila orang yang berkuasa
authority/halo atau berpengaruh berbuat sesuatu,
effect) maka diandaikan bahawa semua
tindakannya adalah betul.
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai