Anda di halaman 1dari 10

Bukti-Bukti Kepimpinan

Rasulullah SAW Sebagai


Negarawan.

Dibuat Oleh :
- Tracia Bawang U6A4
- Jeslynna Simang U6A4
Pemimpin Masyarakat
• Rasulullah SAW Berjaya mengubah tradisi masyarakat
Arab Jahiliah yang berpegang kepada semangat kabilah
(Asabiah). Semangat Asabiah mengundang berlakunya
perpecahan, perbalahan, peperangan dan pembunuhan.
• Rasulullah memperkenalkan konsep persaudaraan
dalam kalangan umat Islam (Ukhwah Islamiyyah).
Konsep ini mewujudkan sikap saling bekerjasama dan
hormat-menghormati antara satu sama lain.
• Buktinya, Rasulullah SAW bertindak
mempersaudarakan golongan Mujhajirin dan Ansar
serta menyatukan puak Aus dan Khazraj yang hidup
bermusuhan sehingga mencetuskan perang.
• Rasulullah SAW mengubah atau memulihkan imej kaum
wanita. Pada zaman Jahiliah, kaum wanita dipandang
hina sehingga kelahiran bayi perempuan dianggap
menjatuhkan maruah sehingga mereka bertindak untuk
membunuh bayi berkenaan.
• Rasulullah memulihkan senario tersebut dengan
memberikan hak yang sewajarnya kepada kaum Wanita.
Antaranya :
 Bermasyarakat
 Berpolitik
 Berekonomi
 Hak untuk hidup kepada bayi-bayi perempuan
Pemimpin Politik
• Rasulullah menggubal piagam Madinah yang bersumberkan
wahyu dan norma-norma masyarakat.
• Piagam ini bukan sahaja menjadi sumber perundangan
tertinggi, tetapi turut menjadi lambang kedaulatan sesebuah
negara. Salah satunya adalah; pengisytiharan Rasulullah
sebagai pemimpin tertinggi negara yang diiktiraf oleh setiap
warga Madinah.
• Sebagai pemimpin tertinggi negara, Rasulullah SAW telah
memperkenalkan sistem pentadbiran yang adil dengan
memberikan hak kepada setiap warga Madinah dalam urusan
pentadbiran dengan menggunakan prinsip dan amalan syura.
Kebijaksaan baginda jelas dengan tindakn mengirim utusan ke
negara lain.
• Tujuan utusan dihantar ialah;
 Mewujudkan hubungan diplomatik
dengan negara atau kabilah lain
 Mengukuhkan kerajaan Islam
• Rasulullah telah membentuk sistem
pentadbiran yang sistematik dan birokratik
dengan pengenalan sistem wazir. Baginda juga
membahagikan negara kepada pentadbiran
peringkat pusat dan wilayah.
Perancang Ekonomi
• Rasulullah SAW memperkenalkan sistem ekonomi Islam bagi
menggantikan ekonomi Jahiliah yang berteraskan penindasan.
• Baginda melaksanakan sistem ekonomi yang adil dengan
mengharamkan segala bentuk penindasan seperti; riba dan penipuan.
• Rasulullah juga berusaha menjaga kebajikan rakyat melalui
pengagihan kekayaan secara sama rata melalui baitulmal.
• Rasulullah mewajibkan zakat dan menggalakkan amalan bersedekah.
Misalnya; sumber zakat yang diperoleh akan diagihkan kepada lapan
golongan asnaf.
• Sistem cukai berlandaskan hukum syaraf dan tidak membebankan
telah dilaksanakan. Umpama cukai jizyah dikenakan kepada golongan
bukan Islam yang berada di bawah naungan kerajaan Islam.
• Golongan Yahudi Bani Taima’ antara kelompok bukan Islam yang
membayar cukai perlindungan.
Panglima Tentera
• Rasulullah SAW sendiri yang mengetuai setiap ekspidisi ketenteraan
dijalankan. Contohnya; Baginda memimpin pasukan tentera ketika
menghadapi Quraisy dalam Perang Badar, Perang Uhud, dan Perang
Ahzab.
• Pelbagai strategi dan taktik peperangan dirancang dan dipraktikkan
dalam menghadapi musuh dan bersesuaian dengan persekitaran.
Misalnya; Perang Badar menempatkan tentera di kawasan strategik
iaitu kawasan sumber bekalan air (telaga badar) dan Perang Uhud
menempatkan pasukan tentera di bukit Uhud.
• Etika perang ini menggambarkan tentera Islam mempunyai disiplin
tinggi yang merangkumi sebelum, semasa, dan selepas berperang.
• Antara etikanya ialah; Melarang tentera Islam membunuh golongan-
golongan yang lemah seperti Wanita, kanak-kanak dan orang tua.
Selain itu, memberi layanan yang baik ke atas para tawanan perang.
Pemimpin Agama
• Rasulullah SAW telah menghantar utusan dakwah ke serata
tempat merangkumi semenanjung tanah Arab dan kawasan di
luarnya. Contohnya; di Syam, Mesir, Yaman, Habsyah, Rom
dan Parsi.
• Penghantaran utusan membolehkan islam bertapak di
kawasan tersebut dan menjadi perintis kepada hubungan
diplomatik dengan kerajaan dan kabilah lain.
• Rasulullah SAW mendirikan masjid Nabawi yang beperanan
sebagai;
 Pusat ibadat yang membolehkan umat Islam beribadat
tanpa sebarang gangguan.
 Institusi pendidikan
• Rasulullah SAW sendiri menjadi tenaga pengajar dan sumber
rujukan permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Islam
khasnya.
Ketua Hakim
• Rasulullah SAW telah memperkenalkan hukum-
hukum yang terkandung dalam sistem
perundangan Islam. Hukum-hukum tersebut
bersumberkan syarak meliputi aspek jenayah
seperti; hudud, qisas dan takzir, aspek
kekeluargaan dan muamalat.
• Sebagai ketua hakim, Rasulullah SAW mengambil
tindakan tegas terhadap golongan Yahudi yang
mengkhianati perlembagaan Madinah.
Contohnya; Bani Quraizah telah diusir malah ada
kalangan mereka dijatuhkan hukuman mati.
Ketua Keluarga
• Rasulullah SAW menjadi suri teladan kepada pembentukan
institusi keluarga Islam dan menjadi contoh terbaik sebagai
ketua keluarga.
• Disebalik kesibukan sebagai pemimpin negara, Rasulullah SAW
tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua
keluarga
• Baginda cuba membahagiakan masa dengan isteri-isterinya dan
tidak pernah membawa pulang masalah diluar ke dalam rumah.
• Walaupun penat, baginda pulang ke rumah dengan
melemparkan senyuman dan mempunyai ruang untuk menolong
serta menguruskan rumah tangga bersama isteri-isteri baginda.

Anda mungkin juga menyukai