Anda di halaman 1dari 8

JENAYAH RASUAH

NAMA :
1) MUHAMMAD AMINUL A’RIF
2) AMMAR AFHZAN
3) KONG JOE ENG
SOALAN:

Banyak faktor yang mengakibatkan kegiatan


rasuah semakin berleluasa di negara ini.Oleh
itu,huraikan langkah-langkah pencegahan
perlu untuk mengatasi gejala ini.Huraikan.
ISI-ISI:
FAKTOR
1. Kelemahan peribadi seseorang
2. Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi
3. Faktor arus modenisas
4. Faktor peluang

LANGKAH-LANGKAH
5. Penguatkuasaan undang-undang
6. Kempen kesedaran
7. Memupuk semangat anti-rasuah dalam kalangan belia
8. Keprihatinan majikan terhadap pekerja
9. Penerapan nilai murni di sekolah
10. Memudahkan Urusan Menggunakan ICT
ISI 1:KELEMAHAN PERIBADI SESEORANG
• kurangnya didikan agama dan moral seseorang
• sikap ingin mewah merasuk diri dan hanya mahu senang di duniawi
dan bukan ukhrawi
• individu yang tidak dapat membezakan rezeki yang halal dan haram
menyebabkan mereka mengambil rezeki haram tersebut
ISI 2:KELEMAHAN KEMPIMPINAN DAN PENGERUSA
ORGANISASI
• kepimpinan tidak cekap dan lemah menyebabkan kurang penyeliaan
dan pemantauan
• kepimpinan tidak bertanggungjawab membuatkan pekerja pecah
amanah dan melakukan rasuah
• pemimpin memberi gaji yang rendah kepada pekerja.ini membuat
pekerja beranggapan gaji yang diberi tidak mencukupi dan akan
melibatkan diri untuk mengambil rasuah
ISI 3:FAKTOR ARUS MODENISASI
• kemajuan sosioekonomi tidak seimbang dengan
pembangunan kerohanian
• menjadi perkara biasa pada seseorang individu untuk
melakukan rasuah
• mengambil sebagai perkara mudah pada sesiapa yang
melakukan rasuah
ISI 4:FAKTOR PELUANG
• mengambil kesempatan mengikut keadaan
• melihat ruang untuk mendapatkan ganjaran yang lebih tinggi
• dianggap terbuka luas apabila kedua-dua pihak berkerjasama
untuk memenuhi kehendak masing masing
ISI 5:PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
• Hanya dengan penguatkuasaan undang-undang sahaja yang mampu membawa
pengamal rasuah dibawa ke muka pengadilan dan diberi hukuman yang setimpal
• Hal ini kerana, hukuman dan denda dapat memberi pengajaran kepada mereka dan
orang lain agar menjauhi rasuah
• Oleh yang demikian, pihak yang terlibat terutamanya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM)haruslah mengambil langkah segera bagi menangani gejala
ini
ISI 6:KEMPEN KESEDARAN
• Kempen yang sedemikian dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai
kesan negatif amalan rasuah
• Hal ini juga dapat memberi kesan yang positif kepada pemikiran masyarakat
• Oleh itu, masyarakat dapat berfikir sebelum melibatkan diri dengan rasuah
ISI 7: MEMUPUK SEMANGAT ANTI-RASUAH DALAM KALANGAN BELIA
• Langkah ini dapat membantu untuk mengurangkan amalan rasuah yang turut
dikenali sebagai jenayah kolar putih ini memandangkan pendedahan awal telah
diberikan kepada mereka
• Bagi membentuk generasi yang bagus, penerapan ini sangat penting untuk
menjadikan belia lebih bertanggungjawab dan amanah
• Rasa benci terhadap rasuah akan membebaskan negara kita dari amalan rasuah
ISI 8:KEPRIHATINAN MAJIKAN TERHADAP PEKERJA
• Hal ini kerana, keprihatinan yang diberikan mampu melahirkan rasa tanggungjawab
terhadap pekerjaan yang dilakukan
• Justeru, pekerja tidak akan melahirkan rasa ingin mencuba dan mengamalkan rasuah
dalam tugasan
• Kesannya,gejala rasuah boleh disembunyikan dan aktiviti terlarang boleh berleluasa
ISI 9:PENERAPAN NILAI MURNI DI SEKOLAH
• Konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan
negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti
• Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal
kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya
• Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami
keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini
ISI 10:MEMUDAHKAN URUSAN MENGGUNAKAN ICT
• Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan
dipermudahkan dengan menggunakan kelebihan ICT
• Penggunaan borang, proses temu duga dan seumpamanya perlu diringkaskan supaya
tidak membebankan orang ramai khususnya para peniaga, kontraktor dan pelabur
• Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya rasuah kerana tidak perlu
disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses

Anda mungkin juga menyukai