Anda di halaman 1dari 29

CTU 101-PRINSIP ASAS ISLAM

BAB 1 : TASAWWUR ISLAM


USTAZAH NUR NABILAH BINTI AZIMOHA
KANDUNGAN TOPIK

 1.1 Islam sebagai ad-Din


1.1.1 Definisi Agama, Islam dan Islam sebagai ad-Din
1.1.2 Keperluan Manusia kepada Agama
1.1.3 Keistimewaan Manusia
1.1.4 Matlamat Kejadian Manusia
Hasil Pembelajaran (Learning Outcomes)

 Pelajar dapat memahami keperluan manusia kepada agama


 Pelajar dapat menghayati matlamat penciptaan manusia
 Mengenalpasti Islam sebagai ad-Din dalam kehidupan seorang
Muslim
Pengenalan

 Islam adalah agama yang lengkap iaitu merangkumi semua aspek


serta sesuai dengan keadaan, masa dan tempat.
 Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah Taala yang mulia,
sempuna dan indah kejadiannya.
 Manusia dibekalkan dengan panduan seperti syariat iaitu agama.
1.1.1 DEFINISI AGAMA, ISLAM DAN ISLAM SEBAGAI
AD-DIN

•Bahasa: tunduk, pasrah, menyerah

Agama •Istilah: keimanan kepada zat ketuhanan yang layak diberi ketaatan
dan pengabdian

•Bahasa: kata dasar aslama iaitu tunduk, patuh, menyerahkan diri

Islam •Istilah: Pengakuan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan pengakuan bahawa
Muhammad itu rasulllah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan
Ramadhan dan mengejarkan haji di Baitullah

Ad-Din
•slam sebagai ad-din bermaksud Islam sebagai cara hidup
bagi mereka yang tunduk dan patuh kepada Allah.
Manusia dan Agama

 Manusia adalah makhluk ciptaaan Allah SWT yang mulia , sempurna .


 Manusia dibekalkan panduan yang dikenali syariat.
 Panduan hidup dan bekalan akhirat.
 Syariat Islam telah diturun oleh Allah Taala sesuai dengan fitrah manusia di muka bumi
 Allah Taala telah mengistiharkan kepada para malaikat dan kaum jin tentang kejadian Adam dan
umat manusia sebagai khalifah Allah.
 Manusia pertama-Nabi Adam a.s
 Dicipta dari unsur tanah dan roh ditiupkan dari langit.
Firman Allah:
 Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan
kepadanya roh ciptaanku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.
(Al-Hijr;29)
Manusia dalam Al-Quran
1
Al-Basyar-terdapat dalam 36 tempat dalam Al-Quran ( diertikan
sebagai anak Adam yang memiliki tabiat seperti makan,
berjalan dan sebagainya

2
Al-Nas- Terdapat lebih 24 tempat dalam Al-Quran
(menunjukkan nama jenis keturunan Adam

Al-Ins- terdapat pada lebih 18 ayat ( bererti jinak)


3
Proses Kejadian Manusia

‘Alaqah
Nutfah ( segumpul
(mani) darah)

Mudghah
( seketul daging)

Izam Izam Lahim


MANUSIA MENURUT SAINS BARAT

1. Alam terbentuk secara kebetulan dan dengan sendiri.


 Teori ini menafikan kewujudan Allah

2. Manusia
 Mereka menyamakan manusia dengan binatang kerana:
 Manusia melalui proses evolusi sel purba (monyet)
 Manusia mempunyai sifat-sifat kebinatangan seperti kasar dan agresif
 Manusia bergerak secara automatik seperti mesin (tiada jiwa) / digerakkan oleh naluri biologi
 Teori ini menafikan kewujudan Allah dan penciptaan Adam sebagai manusia yang pertama
MANUSIA MENURUT SAINS BARAT

3. Rasional saintis
 Tidak percaya kewujudan Maha Pencipta
 Tidak mempercayai ajaran para Rasul dan Kitab-Kitab Allah yang menjelaskan proses kejadian manusia
 Teori berpandukan akal sahaja yang mengkaji melalui kacamata serba benda (materialis), sedangkan akal
mempunyai keupayaan yang terbatas seperti mereka tidak dapat memberi penjelasan tentang roh dan nyawa.
 Menurut mereka kesedaran diri, kebebasan kehendak dan roh adalah khayalan yang dicipta oleh manusia
KEISTIMEWAAN MANUSIA

 Sebaik-baik
ciptaan
 Mempunya
manusia i akal

 Ilmu Agama  Bimbingan


pengetahuan Rasul &Kitab
KEPERLUAN BERAGAMA

Kel
em
Fit
aha
Ten
rah
nden
ma
akasi
lnu
man
usia
sia
berp
eratu
ran
Kelemahan Akal:

 Mempunyai akal yang terbatas.


 Tidak mampu memikirkan hakikat perkara ghaib seperti
persoalan dosa, pahala, syurga, neraka, roh, alam kubur,
malaikat, jin, nyawa, dan sebagainya.
 Memerlukan bimbingan agama untuk menjelaskan perkara-
perkara (ghaibiyyat).
 Dalam hadis dijelaskan, sebagaimana diriwayatkan oleh Bukhari dan
Muslim dari sahabat Abdullah bin Mas'ud radhiyallahu 'anhu, bahwa Nabi
Muhammad Shalallahu ‘alaihi wa sallam pernah melihat malaikat Jibril
yang mempunyai enam ratus sayap. (HR Bukhari no: 4856. Muslim no:
174.)
 Contoh : Allah menjelaskan kejahilan manusia tentang
hakikat roh dengan firmannya:

Terjemahan:
“Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang roh.
Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhanku, sedangkan
kamu diberi pengetahuan hanya sedikit.”
(Al-Isra’: 17:85)
Fitrah Manusia:

 Fitrahmembawa maksud asal kejadian, keadaan suci dan kembali


ke asal.

 Setiap manusia memiliki fitrah ingin beragama.

 Tujuanberagama sebagai panduan hidup, sokongan dan


menjawab segala persoalan metafizik.

 Majoriti manusia di dunia beragama dan minoriti sahaja tidak


beragama (Atis).
- Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah atau sifat semulajadi
manusia kerana tuntutan naluri manusia dapat dipenuhi oleh Islam.

- Contoh: dalam soal perkahwinan, soal makan dan minum makanan


dan minuman yang halal dan tidak mudarat, soal menutup aurat
demi menjaga maruah, kehormatan dan keselamatan diri samada
lelaki atau wanita.
Tedensi Manusia Berperaturan:

 Manusia sejak zaman silam cenderung mengikut peraturan yg


ada di dalam masyarakatnya .
 Kesempurnaan sistem peraturan hanya ada di dalam islam.
MANUSIA MEMERLUKAN AGAMA

Kelemahan akal manusia untuk mentafsir kewujudan makhluk


di sebalik alam ini – akal fikiran manusia terbatas

Agama jaminan keselamatan dan perlindungan – memberi


petunjuk ke jalan yang benar

Kejahilan manusia mengenai kehidupan selepas kematian –


persoalan kematian hanya boleh dijawab oleh agama
Kecenderungan manusia hidup menurut sesuatu peraturan –
tanpa agama, dunia akan huru-hara, kejahatan
bermaharajalela
Agama asas kebajikan dan kekuatan – menenangkan jiwa,
cekal menghadapi ujian dan sentiasa bekerja untuk mencapai
kebajikan
Fitrah manusia yang telah diciptakan oleh Allah memiliki
naluri beragama. Nabi Muhammad bersabda:
“Setiap anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah (Islam)
……………”
MATLAMAT PENCIPTAAN MANUSIA
Ma’rifatullah

Hamba Allah

Khalifah
Makrifatullah (Mengenal Allah)
- Perkara asas fardu ain. Nama-nama Allah dan sifat-sifat Allah wajib diketahui.

- Bukti kewujudan Allah :


a) Dalil Naqli (wahyu)
b) Dalil Aqli (akal)

- Cara mengenal Allah :


a) Maktubah b) Manzurah
Dari ayat 164 surah al-Baqarah, yang bermaksud;

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; pertukaran malam dan siang; dan kapal-kapal yang belayar
di laut membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah
turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya (air hujan itu) tumbuh-tumbuhan di bumi setelah
matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga pada peredaran angin
dan awan yang tunduk (kepada kekuasaan Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi;
sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (wujudnya Allah) bagi kaum yang mahu menggunakan
akal fikiran."

o kejadian langit dan bumi.


o pertukaran malam dan siang.
o kapal-kapal yang belayar di lautan.
o turun hujan dari langit.
o tumbuh-tumbahan yang keluar dari bumi.
o berbagai jenis binatang yang melata di bumi
o peredaran awan dan angin
Hamba Allah

- Setiap penciptaan sama ada haiwan, tumbuhan, cakerawala, lautan


dan gunung-ganang adalah hamba Allah. Masing-masing mengikut
aturanNya.

- Istimewanya manusia berbanding ciptaan lain kerana diberi akal, ilmu,


nafsu serta ditaklifkan menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya
dengan beribadat.
-
- Sebagaimana firman Allah SWT :
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka
beribadah kepadaKu”
Surah al-Zariyat 51 :56
KESIMPULAN

 Fahami dan kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya


 Agama Islam adalah garis panduan yang membentuk kesempurnaan dalam
kehidupan manusia
 Integrasi secara keseluruhan antara duniawi dan ukhrawi dalam menghayati
agama Islam
Ada soalan
class??
TERIMA KASIH….

Anda mungkin juga menyukai