Anda di halaman 1dari 15

SHCI 1062

USUL FIQH 1

IJMA’
TA’RIF IJMA’

→ Imam al-Ghazali: Persepakatan umat Muhammad S.A.W ke atas


suatu perkara dari perkara-perkara agama.

→ Imam al-Thusi : Persepakatan para mujtahid pada suatu zaman


dari kalangan umat ini di dalam perkara agama.

→ Imam al-Zarkasyi : Ijma’ ialah kesepakatan para mujtahid umat


Muhammad S.A.W setelah kewafatan baginda pada sesuatu
kejadian di atas suatu perkara dari perkara-perkara di dalam satu-
satu zaman.
TA’RIF IJMA’
Huraian takrif Imam al-Zarkasyi :

• Kesepakatan orang awam di dalam sesuatu isu tidak dianggap sebagai ijma’
kerana mereka bukan mujtahid.

• Demikian juga kesepakatan sebahagian para mujtahid tidak dikira sebagai ijma’.

• Kesepakatan umat sebelum Nabi Muhammad S.A.W tidak termasuk dalam ijma’
kerana ia berlaku sebelum baginda.

• Ijma’ berlaku meliputi perkara-perkara syarak, ‘aqliyyat, ‘uruf, dan juga bahasa.

• Kesepakatan para mujtahid itu berlaku di dalam satu zaman yang sama.

• Yang dimaksudkan dengan zaman di situ: Sesiapa yang ada kelayakan


berijtihad di dalam masa berlakunya sesuatu kejadian, maka dia merupakan ahli
pada zaman tersebut.
SANDARAN HUKUM YG DIIJMA’
→ JUMHUR ULAMAK: tidak akan wujud Ijma’ tanpa sandaran.
→ Sandaran Ijma’ bolehd iambil daripada dalil Qat’ie atau Zhanni.
RUKUN IJMA’
→ PERTAMA: Terdapat beberapa orang mujtahid di waktu/ zaman
tersebut, dan merekalah yg melakukan persepakatan hukum ketika
berlakunya peristiwa.
→ Seandainya tidak ada beberapa orang mujtahid di waktu
terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak akan terjadi ijma’,
kerana ijma’ itu harus dilakukan oleh beberapa orang.
→ KEDUA: Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh
mujtahid yang ada dalam dunia Islam.
→ Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang
ada pada suatu tempat sahaja, maka kesepakatan yang
demikian belum dapat dikatakan suatu ijma’.
RUKUN IJMA’
→ KETIGA: Kesepakatan itu harus dinyatakan secara jelas oleh setiap
mujtahid bahawa ia sependapat dengan mujtahid-mujtahid yang
lain tentang hukum (syarak) dari suatu peristiwa yang terjadi pada
masa itu.
→ Tiada paksaaan, ugutan.
→ KEEMPAT: Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan
yang bulat dari seluruh mujtahid. Seandainya terjadi suatu
kesepakatan oleh hanya sebahagian besar mujtahid yang ada,
maka tidak dianggap ijma’.
JENIS-JENIS (PEMBAHAGIAN) IJMA’

IJMA’ IJMA’
SARIH SUKUTI
JENIS-JENIS (PEMBAHAGIAN) IJMA’

→ PERTAMA: IJMA’ SARIH ( JELAS, QAT’IYY, HAKIKI)


→ Setiap mujtahid di sesuatu zaman menzahirkan persetujuan
terhadap hukum , secara jelas (sarih), samada melalui fatwa
(tulisan) atau qadha’ (melaksanakan hukuman yg
dibincangkan).
→ JUMHUR : dijadikan hujah
JENIS-JENIS (PEMBAHAGIAN) IJMA’
→ KEDUA: IJMA’ SUKUTI (ZANNIY, SENYAP)
→ Sebahagian mujtahid di zaman tersebut mengeluarkan fatwa/
hukum secara jelas, namun sebahagian mujtahid yang lain
berdiam diri, tidak menyatakan pandangan mereka secara
jelas/terang-terangan terhadap fatwa/ hukum tersebut.
→ Tidak mengingkari dgn jelas, dan tidak menyatakan persetujuan
dgn terang.
→ PENGHUJAHAN IJMA’ SUKUTI:
→ JUMHUR: TIDAK MENERIMANYA SEBAGAI HUJAH SHARIYYAH.
→ MAZHAB HANAFI: MENERIMA DGN BERSYARAT.
JENIS-JENIS (PEMBAHAGIAN) IJMA’
→ SYARAT PENERIMAAN IJMA’ SUKUTI OLEH HANAFIYYAH
→ Mestilah melalui suatu masa yang cukup untuk berfikir atau
membuat kajian dan rumusan tentang masalah yang diputuskan
itu.
→ Tidak ada sebab untuk menakut-nakutkan mujtahid lain dalam
mengeluarkan pendapat.
→ Semata-mata diam, bukan menolak
KEMUNGKINAN BERLAKU IJMA’ MASA KINI

→ IJMA’ MASAKINI TIDAK MUNGKIN BERLAKU KERANA:


→ 1) Para ulama mujtahid tidak berada pada suatu tempat, malahan mereka
tinggal berselerak dan berada di seluruh pelusuk dunia. Lantaran itu, sukar
untuk memastikan dan untuk mendapatkan pendapat setiap daripada
mereka terhadap sesuatu masalah.
Selain itu, tidak mungkin ulama sepakat dalam mengeluarkan hukum
sesuatu masalah.

2) Adalah menjadi kesukaran untuk mengenal pasti mujtahid dan yang


bergelar mujtahid itu kerana setengah orang mengaku ia sebagai mujtahid,
sedangkan sebenarnya ia belum mencapai tahap tersebut. Hal tersebut
kerana ijmak itu ialah persepakatan para ulama mujtahid.
KEMUNGKINAN BERLAKU IJMA’ SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH

→ IJMA’ TIDAK MUNGKIN BERLAKU KERANA:


→ Persepakatan sahabah dalam sesuatu perkara/ hukum adalah hasil
daripada syura (musyawarah) bersama ahli ilmu dan yang hadir, bukan
hukum (fatwa) yang dikeluarkan oleh setiap sahabah di seluruh tempat.
CONTOH IJMA’
→ 1. Berkenaan pewarisan datuk jika bersama anak. (Mustafa Ahmad 2000:
6) menjelaskan apabila seorang meninggal dunia dan ahli warisnya adalah
terdiri dari datuk dan anak, maka datuk sebagaimana bapa mendapat 1/6
harta warisan apabila adanya anak.

2. (Mustafa Ahmad 2000: 6 ) menjelaskan iaitu ijmak menganggap sah


transaksi istishna’ (pesanan). Jumhur fuqaha menetapkan dan memegang
pendapat tersebut. Begitu juga ijmak amali (kebiasaan) telah menjalankan
transaksi istishna’.

3. Ijmak sahabat tentang pemerintahan. Wajib hukumnya mengangkat


seorang imam atau khalifah untuk menggantikan Rasulullah dalam
mengurusi urusan Daulah Islamiah yang menyangkut urusan agama dan
dunia yang disepakati oleh para Sahabat di Saqifah Bani Sai’idah.
CONTOH IJMA’
→ Muhammad.et.al (2009: 10) dalam menerangkan ijmak mengenai
kesahihan nikah yang dilakukan untuk memenuhi keperluan biologi
seorang lelaki seperti mendapat keturunan, membina sebuah keluarga,
berbaur menjadi sebahagian dari sebuah masyarakat adalah dengan
mengatakan bahawa pernikahan yang disyariatkan sejak masa Nabi Adam
a.s hingga berlangsung ke seluruh masa kenabian. Bahkan kaum muslimin
telah sepakat akan keberlangsungan pernikahan hingga sampai ke syurga
kelak. Selain itu, seluruh para ulama dari masa ke semasa telah bersepakat
ke atas kesahihan pernikahan di dalam agama Islam.
CONTOH IJMA’
→ 5. Ijmak berkenaan kesahihan khuluk merupakan perbuatan yang
disyariatkan oleh Islam dan boleh untuk dilakukan berdasarkan
kesepakatan seluruh sahabat Rasulullah s.a.w ke atas bolehnya hukum
melakukan khuluk dan tidak ada salah satu dari mereka yang
menentangnya. Muhammad et.al (2009: 285) menyatakan lagi bahawa
dengan demikian kesepakatan tersebut menjadi ijmak mereka atas hukum
khuluk yang dibolehkan. Alasannya adalah kerana khuluk adalah perbuatan
yang mencabut pernikahan dengan saling rela di antara kedua pasangan
suami isteri. khuluk disyariatkan bertujuan untuk menghindari sejumlah
masalah dan bahaya di antara kedua pasangan suami isteri dan
diberlakukan tanpa menimbulkan masalah dan bahaya bagi mereka berdua.
Kerana kewujudan khuluk tersebut dapat menghilangkan bahaya dari diri si
wanita secara umum.

Anda mungkin juga menyukai