Bab 6 - Epistemologi
Bab 6 - Epistemologi
(TAR UC)
BAB 6
EPISTEMOLOGI
6.1 Perkembangan Epistemologi dan Kesan Terhadap Kehidupan
6.2 Pelbagai Kaedah dan Sumber Perolehan Ilmu
6.3 Teori-teori tentang Kebenaran
6.4 Epistemologi untuk Kegunaan Kehidupan
Hasil Pembelajaran:
● Menjelaskan teori dan syarat ilmu.
● Menjelaskan pelbagai kaedah epistemologi seperti
Rasionalisme dan Empirisisme.
● Menghuraikan teori-teori tentang Kebenaran iaitu Teori
Koresponden, Teori Koheren dan Teori Pragmatik, Agama
dan Tradisi
6.1 PERKEMBANGAN EPISTEMOLOGI DAN KESAN
TERHADAP KEHIDUPAN
Maksud Epistemologi
❏ Epistemologi pada asasnya merupakan istilah yang
terbina daripada dua perkataan dalam bahasa Yunani,
iaitu:
1) episteme : ilmu
2) logos : ilmu, kritik, teori, dan kajian
❏ Epistemologi bermaksud: ilmu tentang ilmu atau
kajian mengenai ilmu atau disebut juga teori ilmu.
❏ Ilmu boleh ditakrifkan sebagai “kepercayaan yang
benar berasaskan justifikasi” (justified true belief).
Asas Ilmu
➢ Untuk menganggap sesuatu perkara sebagai ilmu, tiga asas perlu
dipenuhi:
1) Kepercayaan - seseorang yang tidak percaya kepada sesuatu perkara
tidak dianggap mempunyai ilmu mengenai perkara itu.
2) Kebenaran - kepercayaan itu mestilah benar kerana perkara yang tidak
benar tidak dianggap sebagai ilmu.
3) Justifikasi - bukan semua kepercayaan benar dianggap ilmu kerana
sebahagian kepercayaan mungkin terbit daripada sangkaan atau tekaan.
Oleh itu, syarat ini adalah perlu kerana kepercayaan yang benar
mestilah ada justifikasi.
➢ Antara syarat di atas, “kebenaran” merupakan syarat paling utama dalam
menilai sesuatu sebagai ilmu.
Perkembangan Epistemologi
❏ Pada zaman klasik dan pertengahan, persoalan epistemologi dibincangkan secara
berselerak.
❏ Bermula kurun ke-17 khususnya di Barat, ia menjadi topik perbahasan utama
selaras dengan perkembangan sains dan matematik.
❏ Era ini dianggap sebagai kemuncak perkembangan epistemologi yang banyak
menyumbang kepada kemajuan ilmu, sains, teknologi dan lain-lain pada hari ini.
❏ Tetapi, seiring dengan perkembangan ini, proses pemisahan ilmu pengetahuan
daripada nilai-nilai agama Kristian turut bermula.
❏ Kesannya, penyelidikan dan penghasilan ilmu di Barat mula disesuaikan dengan
keadaan neutral nilai (konsep bebas nilai).
❏ Lalu, lahirlah pelbagai aliran dan pendirian kesan perbezaan pandangan terhadap
permasalahan ilmu. Antaranya, persoalan mengenai sumber ilmu yang sah.
❏ Sebenarnya, keadaan ini telah menyumbang kepada perkembangan ilmu.
❏ Namun begitu, kelemahan dan kesalahan setiap pendirian perlu disedari dan
dielakkan supaya ilmu yang dijana tidak terkeluar dari kerangka dan pandangan
alam yang sah.
Kesan Epistemologi Terhadap Kehidupan
Shaharir Mohamad Zain. (2018). Pengenalan Sejarah dan Falsafah Sains (Edisi
Ketiga), Bangi: Penerbit UKM (ms. 106-107)