Anda di halaman 1dari 7

PERHUBUNGAN AWAM DARI PERSPEKTIF ISLAM

CIK JUWAIRIAH BT HASSAN

MUHAMMAD NAIM BIN NAZARUDIN PID 10222

Pengenalan.
Kebiasaannya perkerjaan yang diiktiraf sebagai profesional mempunyai etika kerja yang perlu dipatuhi oleh mereka yang terlibat dalamnya, seperti peguam, doktor, guru, pensyarah dan lain-lainya. Ianya bertujuan bagi membina dan menjaga imej profesional sesuatu pekerjaan tersebut dan bagi memastikan para pekerjanya mempunyai imej yang bersih, cekap, dedikasi, amanah dan yang paling penting bertanggungjawab dalam menjaga reputasi dan taraf pekerjaan tersebut.

Nilai dan etika Perhubungan awam dalam Islam.

Dalam islam nilai dan etika adalah cebisan dengan kehidupan manusia kerana manusia perlu beinteraksi mengikut lunas yang betul dengan insan lain,dan yg lebih penting dengan ALLAH S.W.T.

Etika pula adalah berkait dengan baik dan apa yang buruk. Ini bagi mencapai matlamat dan mencapai objektif.

Sifat-sifat terpuji Perhubungan awam dari segi perspektif islam

1) Mendisiplinkan diri supaya bertindak untuk menggalakkan setiap amalan baik, mencegah penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah; 2) Bekerja dengan semangat berpasukan melalui permuafakatan,persefahaman dan sentiasa bersyukur serta berkongsi dalam setiap kejayaan atau kegagalan;

3) Memastikan segala arahan dan tugas dilaksanakan dengan penuh ketaatan, menyemaikan sifat amanah dan bertanggungjawab menjalankan tugas;

4) Bersikap terbuka, sanggup menghadapi cabaran dan saingan dalam perubahan semasa dengan membentuk sikap yang positif demi menjaga imej jabatan.

5) Berusaha untuk meningkatkan lagi kecekapan,profesionalisme serta kecemerlangan diri melalui ilmu pengetahuan, amanah dan kemahiran secara berterusan.

Contoh-contoh etika.

Seseorang ahli hendaklah menjaga kepercayaan pelanggan atau majikannya yang terdahulu dan sekarang. Ahli tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat sulit yang didapatinya semasa tugas rasmi tanpa mendapat kebenaran daripada pelanggan dan majikan berkenaan kecuali dengan perintah mahkamah. Seseorang ahli hendaklah sentiasa bersikap adil dan jujur terhadap pelanggan atau majikannya terdahulu dan sekarang

Seseorang ahli yang mengendalikan perkhidmatan kepada pelanggan atau majikan tidak boleh menerima bayaran, komisyen atau sebarang pertimbangan berharga daripada sesiapa pun selain daripada pelanggan atau majikannya kecuali amalan itu dipersetujui oleh pelanggan atau majikan berkenaan. Seseorang ahli tidak boleh secara sengaja merosakkan reputasi atau amalan profesional ahli lain, tetapi jika ahli mempunyai bukti bahawa ahli lain bersalah atau tidak beretika, melakukan amalan haram atau tidak adil, maka menjadi tanggungjawb ahli untuk melaporkannya kepada institut berdasarkan memorandum dan fasal perlembagaan IPRM.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat diberikan ialah bahawa etika perhubungan awam amat penting diamalkan dengan baik oleh seluruh organisasi perhubungan awam. Secara amnya pihak kerajaan adalah antara pihak yang paling banyak mengamalkan etika perhubungan awam. Segala kod etika perhubungan awam yang disediakan perlulah diaplikasikan dan diadaptasikan dalam setiap urusan yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai