Anda di halaman 1dari 27

PELAN INTEGRITI

JABATAN PERKHIDMATAN KOMPUTER NEGERI


2013-2015

PROFESIONALISMA TERAS KEUNGGULAN

HALA TUJU STRATEGIK JPKN


VISI
Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Untuk Mencapai Connected Government

MISI
Memberikan perkhidmatan ICT yang cemerlang kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi
membawanya dekat kepada masyarakat.

Nilai Teras Perkhidmatan Awam


AMANAH

Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggung jawab dan ikhlas

BENAR
Setiap amalan, tindakan dan perilaku hendaklah berasaskan kebenaran, undang-undang
dan peraturan

BIJAKSANA
Setiap tugas dan tanggung jawab perlu dilaksanakan secara bijaksana berpandukan ilmu,
kemabiran dan tahap profesionalisma yang tinggi.

TELUS
Setiap tindakan dan keputusan hendaklah dibuat melalui proses yang telus dan
maklumatnya perlu dihebahkan kepada pihak yang berhak selagi ia tidak bercanggah
dengan undang-undang dan peraturan.

ADIL
Membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan
berasaskan undang-undang, peraturan, keutamaan serta fakya yang lengkap dan tepat.

BERSYUKUR
Menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah
yang diperoleh serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima.

(i)

KANDUNGAN
Tujuan

Latar Belakang

Pelan Integriti Nasional

Komitment Terhadap Integriti

1
2

Konsep dan Definisi

Agenda Integriti JPKN

Peranan Warga JPKN

Kod Etika JPKN

Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam

Pendekatan

Rangka Kerja Pelan Integriti JPKN

Objektif Strategik

Pelaksanaan dan Pemantauan

11

Tempoh Pelaksanaan

11

Jawatankuasa Pelaksana

11

Penutup

11

(ii)

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


TUJUAN
Pelan ini dibangunkan untuk menjadikan JPKN sebuah agensi Kerajaan yang cemerlang
dalam aspek pembudayaan nilai-nilai murni dan integriti bagi menerajui usaha-usaha
transformasi perkhidmatan awam khususnya dalam aspek-aspek tersebut secara strategik
dan berkesan. Untuk tujuan tersebut, pelan ini menggariskan strategi dan program ke arah
menyemarakkan pembudayaan akhlak, etika dan integriti dalam semua aspek pelaksanaan
tugas dan penyampaian perkhidmatan kepada stakeholder dan pelanggan. Pelan ini juga
bertujuan membentuk keperibadian yang unggul di kalangan warga JPKN serta memupuk
sikap bertanggung jawab bagi memberikan perkhidmatan y ang terbaik selaras dengan visi
dan misi JPKN.
LATAR BELAKANG
Pelan Integriti Nasional
Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah dilancarkan pada 23 April 2004 merupakan antara
langkah penting yang diambil oleh Kerajaan dalam usaha meningkatkan integriti dan
pembudayaan nilai murni di kalangan smeua lapisan rakyat dan intitusi. PIN dirangka bagi
menrealisasikan cabaran ke-4 Wawasan 2020, iaitu membentuk sebuah masyarakat yang
kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur. PIN menyediakan pelan
tindkan secara berseapdu dan menyeluruh untuk mempertingkatkan integrirti nasional.
Agenda integriti untuk sektor awam dalam PIN adalah bagi mencapai objektif berikut:
Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; dan
Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam
Pencapaian objektif-objektif di atas adalah melalui pelaksanaan strategi-strategi berikut:
Strategi 1: Memantapkan Keberkesanan Tabdir Urus Terbaik;
Strategi 2: Meningkatkan Keberkesanan Sistem Penyampaian Perkhidmatan;
Strategi 3: Melaksanakan Program Kesedaran Memerangi Rasuah, Penyelewengan dan
Salah Guna Kuasa serta Meningkatkan Integriti;
Strategi 4: Memantapkan Pentadbiran Sistem Keadilan; dan
Strategi 5: Memantapkan Pengurusan Sumber Manusia

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


KOMITMENT TERHADAP INTEGRITI
Konsep Dan Definisi
Nilai
Nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi
untuk bertindak mengikut pemilihan y ang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat.
Etika
Etika boleh diertikan sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi paiwai bagi tingkah
laku individu, organisasi dan profesion.
Etika Individu
Etika individu ialah himpunan nilai pada diri individu yang membimbingnya dalam
membezakan antara yang besar dan yang salah, yang baik dan yang buruk, yang patut dan
boleh dilakukan, serta yang tidak patut dan tidak boleh dilakukan.
Etika Organisasi
Etika Organisasi merupakan garis panduan yang memandu perlakuan dan tindakan anggota
organisasi dalam melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang diamanahkan kepadanya
Integriti
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu
pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan
etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.
Integriti Individu
Integriti individu ialah keselaran di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa
yang diamalkan, di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang
serta di antara kepentingan diri dan kepentingan umum. Seseorang dikatakan berintegriti
apabila dia bertindak atau bertingkah laku sedemikian secara konsisten dalam pelbagai segi.
Integriti Organisasi
Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam
pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika
organisasi ditegaskan, diulangai dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga
menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi
Sumber : Pelan Integriti Nasional (2004) dan INTAN (1991)
AGENDA INTEGRITI JPKN
Bagi memperkukuh integriti di kalangan warga, JPKN akan memberikan penekanan kepada
tiga (3) elemen integriti yang penting iaitu sahsiah, profesionalime dan kepimpinan yang
unggul dalam mewujudkan suasana yang boleh meningkatkan keutusahn organisasi atau
individu.
Dalam aspek sahsiah, program-program yang sesuai akan dilaksanakan bagi memastikan
setiap individu atau warga JPKN mempunyai sahsiah yang kukuh untuk bekerja dengan
bersih, cekap dan amanah. Warga JPKN mesti mempunyai tekad untuk bekerja keras dan
ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada pekerjaan yang dilakukan. Mereka
haruslah yakin dan percaya bahawa setiap perbuatan yang baik pasti akan dibalas dengan
kebaikan dan setiap perbuatan buruk pasti berakhir dengan kesudahan yang merugikan.

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


Dalam aspek profesionalisme, warga JPKN perlu memastikan pelaksanaan tugas berasaskan
ilmu dan kepintaran serta etika kerja yang ditetapkan. Warga JPKN perlu memastikan
mereka memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang diperlukan dalam
menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan. Warga JPKN juga hendaklah mematuhi
peraturan dan dasar yang ditetapkan serta mengutamakan kepentingan organisasi dalam
setiap tindakan yang diambil. Dalam konteks integriti, warga JPKN wajar 'berbuat atau
melakukan sesuatu yang betul walaupun tiada siapa yang melihat'. Menurut ajaran Islam,
keadaan ini disebut sebagai ihsan, iaitu membuat sesuatu dengan yakin bahawa Tuhan
sedang memerhatikan setiap gerak geri kita.
Kepimpinan merupakan penggerak dan peneraju perubahan dalam sesebuah organisasi.
Dalam konteks pembudayaan nilai-nilai murni, peranan kepimpinan adalah amat penting
untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong pembentukan budaya tersebut.
Pemimpin perlu menydiakan suasan yang membolehkan setiap warga melaksanakan tugas
berlandaskan prinsip-prinsip integriti seperti ketelusan, keadilan, akauntabiliti dan nila-nilai
murni yang lain. Adalah menjadi tanggung jawab pemimpin untuk menyediakan dasar,
prosedur dan peraturan yang jelas serta telus bagi menutup ruang untuk sebarang
penyelewengan dan salah laku. Ianya dapat memastikan integriti menjadi satu budaya
korporat di JPKN.
PERANAN WARGA JPKN
Setiap warga JPKN wajar menyumbang kepada pembetukan budaya integriti melalui apa
yang diucap dan dilakukan setiap hari. Setiap warga dari semua lapisan peringkat mesti
menjadikan integriti sebagai satu komitmen peribadi untuk menggalakkan dan mengekalkan
budaya integriti di JPKN. Ini bererti setiap warga JPKN mestilah:

Memahami dan menghayati visi, misi dan nilai-nilai bersama JPKN;


Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, kualiti peribadi, etika kerja dan
tatakelakuan yang digariskan dalam Kod Etika JPKN;
Menjadi teladan yang baik dengan sentiasa mematuhi undang-undang, dasar dan
peraturan dalam melaksanakan tugas harian;
Menepati janji dan memberi komitmen serta bertanggung jawab ke atas segala
tindakan yang dilaksanakan;
Melayan orang lain sebagaimana diri sendiri ingin dilayani;
Bercakap benar meskipun sukar melakukannya dan sentiasa menegakkan
kebenaran;
Mendapatkan nasihat daripada pegawai atasan atau pihak lain yang lebih
berpengetahuan apabila tidak pasti dengan sesuatu tindakan;
Saling membantu untuk melaksanakan tugas dengan betul dari mula;
Berani mempersoal, mencaba atau melaporkan tindakan yang menyalahi undangundang, dasar dan peraturan; dan
Berusaha mencegah dan mengelakkan kesilapan serta
mengcadangkan
penambahbaikan untuk mengurangkan kesilapan pada masa hadapan.

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


KOD ETIKA JPKN
6 Nilai Teras
1. Amanah
2. Benar
3. Bijaksana
4. Adil
5. Telus
6. Bersyukur
7. Cemerlang
8. Budaya Ilmu
9. Setia
10 Nilai
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Kembangan
Bertanggung Jawab
Berdedikasi
Berdisiplin
Bekerjasama
Bersih
Berbudi Mulia
Ikhlas
Sabar
Sederhana
Tekun

Kewajipan Kepada Organisasi


1. Memahami Hala Tuju JPKN
2. Penghayatan Disiplin
3. Pengawasan Harta Awam
4. Keselamatan Perlindungan
5. Keselamatan Perlindungan ICT
6. Perisytiharan Harta
7. Pematuhan Muafakat
8. Pematuhan Peraturan Dalaman
Etika Pelaksanaan Tugas
1. Tata Kelakuan Rasmi
2. Aku Janji
3. Ikrar
4. Integriti yang Tinggi
5. Amalan Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni
Budaya Warga JPKN
1. Berpegang Teguh Kepada Integriti
2. Memberikan Perkhidmatan yang Terbaik
3. Menghindari Rasuah, Salah Guna Kuasa dan Penyelewengan.
4. Menerima, Memahami dan Melaksanakan Arahan Pihak Atasan
5. Menghormati Kepercayaan Agama, Budaya dan Tatasusila Semua Kaum
Di samping itu, warga JPKN sebagai penjawat awam juga perlu mematuhi ikrar Integriti
Perkhidmatan Awam.

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam
Kami, Pegawai Awam Malaysia, dengan sepenuh dan rela hati berikrar mempertahankan dan
memperkukuhkan integriti perkhidmatan awam dengan mencegah dan membanteras segala
bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan melalui tindakan-tindakan berikut:

Berusaha memupuk dan mengamalkan nilai-nilai membenci rasuah;

Menutup semua ruang dan peluang yang mendedahkan kepada amalan rasuah;

Bertindak tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang, peraturan dan


etika jabatan;

Bekerjasama sepenuhnya dengan mana-mana pihak untuk memerangi sebarang


perlakuan jenayah rasuah;

Bertindak tegas terhadap mereka yang cuba menggugat integriti dan imej Pegawai
Awam; dan

Mematuhi sepenuhnya kod etika jabatan dan mengamalkan nilai-nilai murni yang
berteraskan ajaran agama dalam melaksanakan tugas.

PENDEKATAN
Strategi dan program yang digariskan dalam PIO-JPKN menggunakan tujuh (7) pendekatan
seperti berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Penghayatan/Penerapan
Pengukuhan
Pencegahan
Komunikasi
Pengiktirafan
Punitif
Pemulihan

Penghayatan

Memberi kefahaman dan kesedaran mengenai nilai, etika dan integriti;


Menimbulkan kesedaran dan keinsafan tentang perlunya integriti di peringkat
individu dan organisasi; dan
Membudayakan integriti supaya menjadi gaya hidup warga JPKN.

Pengukuhan

Meningkatkan dan memperluas penghayatan dan pengamalan integriti sebagai


budaya warga JPKN;
Memantapkan mekanisme ketelusan supaya pelanggan mempunyai keyakinan yang
tinggi terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh JPKN;
Menjadikan pemimpin dan penyelia di semua peringkat sebagai contoh ikutan (role
model) kepada kumpulan yang dipimpin atau diselia;
Mewujudkan penanda aras dan indikator atau Petunjuk Prestasi utama (Key
Performance Indicator) bagi setiap program dan aktiviti yang dilaksanakan;

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015

Mempelbagai dan meningkatkan program kualiti di semua peringkat


Menyediakan suasana kerja yang berkualiti dan kondusif dengan keperluan fizikal
yang sesuai;
Mengaplikasikan konsep pengurusan dan proses pembelajaran sepanjang hayat.
Melaksanakan program-program motivasi, jati diri dan kaunseling dengan berkesan;
dan
melaksanakan program pementoran bagi membentuk kepimpinan yang hebat dan
dihormati kerana keperibadian yang tinggi.

Pencegahan

Mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan-kelemahan dalam sistem dan prosedur


kerja serta peraturan-peraturan sedia ada untuk mengurangkan kerenah birokrasi
dan menutup ruang serta peluang terhadap perkara-perkara yang menjejaskan
integriti;
Mengambil tindakan yang perlu sekiranya wujud unsur-unsur atau petunjuk yangb
oleh membawa kemerosotan integriti;
Memperkasa tadbir urus dan mekanisme kawalan dalam bagi memastikan kecekapan
dan keberkesanan pelaksanaan tugas dan fungsi jabatan;
Memperkemas sistem maklum balas dan aduan dalam bagi membolehkan aduan
mengenai salah laku dilaporkan kepada pihak berwajib di JPKN; dan
Melaksanakan program audit dalam bagi memastikan pematuhan ke atas peraturan
dan mengenalpasti ruang-ruang penambahbaikan.

Komunikasi
Menggunakan pelbagai saluran komunikasi sebagai medium utama mempromosikan
pembudayaan nilai-nilai murni;
Mendorong dan memberikan kepada warga untuk mempertingkat integriti diri
berdasarkan kisah-kisah mengenai tokoh-tokoh hebat dan tersohor;
Memastikan kandungan hebahan sentiasa tepat, bermaklumat serta memberi impak
ke arah menyemarakkan penghayatan nilai-nilai murni di semua peringkat dan
lapisan; dan
Memberikan penjelasan yang berkesan dan boleh meningkatkan keinsafan akibat
tindakan-tindakan yang tidak berintegriti yang dilakukan.
Pengiktirafan
Mewujudkan sistem penilaian yang lebih berkesan, adil dan saksama bagi tujuan
penghargaan atau anugerah kepada warga;
Mengadakan hari Inovasi dan Integriti JPKN dengan mengadakan program dan acaraacara yang bersesuaian;
Memastikan nilai dan moral yang unggul terus kekal dalam diri warga JPKN sebagai
inspirasi kepada warga yang lain;
Mengenalpasti
dan
memberikan
pengiktirafan
yang
sesuai
kepada
individu/kumpulan/organisasi
yang
cemerlang
dalam
membudaya
dan
memantapkan integriti di setiap peringkat; dan
Mempelbagai program pengukuhan integiri dalam Bulan Inovasi dan Integriti JPKN.
Punitif
Melaksanakan tindakan penguatkuasaan atas perlanggaran peraturan atau undangundang dilaksanakan dengan tegas, adil dan saksama tanpa unsur pilih kasih;
Melaksanakan sistem pengurusan tatatertib jabatan dengan pantas dan berkesan
mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan; dan
Menentukan tindakan punitif (menghukum) dilaksanakan berasaskan konsep
6

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


keadilan dan pengajaran
Pemulihan
Melaksanakan program pemulihan yang berkesan kepada warga JPKN yang
melanggar disiplin, tatatertib atau yang berprestasi rendah melalui program
kaunseling dan motavasi; dan
Memberi ruang kepada warga JPKN memperbaiki kelemahan diri melalui refresher
course dan pusingan kerja.
RANGKA KERJA PELAN INTEGRITI JPKN (PIO-JPKN)
Untuk memastikan tadbir urus JPKN yang lebih mantap, kukuh dan berintegriti, satu
rangka kerja yang menyeluruh bagi pelaksanaan tadbir urus yang terbaik adalah
diperlukan. Rangka kerja PIO-JPKN seperti Rajah 1 disediakan selaras dengan strategi yang
digariskan dalam Pelan Integriti Nasional (PIN).

Rajah 1 : Rangka Kerja PIO-JPKN


PIO-JPKN dibangunkan berasaskan empat (4) objektif strategik yang didokong oleh lima
belas (15) nilai budaya JPKN. Penggubalan PIO-JPKN bertujuan untuk mencapai visi dan
misi JPKN dan seterusnya mencapai objektif yang digariskan dalam PIN.
VISI : Peneraju Transformasi Perkhidmatan Awam Negeri Untuk Mencapai Connected
Government
MISI : Memberikan perkhidmatan ICT yang cemerlang kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi
membawanya dekat kepada masyarakat.

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


NILAI BERSAMA
1.
2.

Competent
Berkhidmat dengan penuh rasa tanggung jawab dan amanah terhadap segala
tugas dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan tonggak 12
Confident
Sentiasa yakin dalam membuat keputusan yang cepat, tepat dan berintegriti.

3.

Credibility
Bertindak dengan cekap, cepat dan tepat pada setiap masa dengan kemahiran
yang mencukupi.

4.

Commitment
Berkhidmat dengan penuh rasa tanggung jawab dan amanah terhadap segala
tugas dengan mengamalkan nilai-nilai murni dan tonggak 12.

5.

Capability
Sentiasa meningkatkan keupayaan bekerja dan berusaha memperbaiki dan
meningkatkan skil.

6.

Courtesy
Menyelitkan ihsan atau sentiasa berbuat baik dalam setiap pekerjaan atau
perkara.

7.

Consistency
Mengamalkan momentum penyampaian perkhidmatan pada tahap yang tinggi dan
konsisten setiap masa.

8.

Compassion
Bekerja dengan penuh rasa belas kasihan terhadap rakan sekerja pada landasan
yang betul.

9.

Contact
Sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan stakeholder, pelanggan dan rakan
sekerja yang lain.

10.

Communication
Mengamalkan cara komunikasi yang efektif

11.

Cooperation/Collaboration
Meluaskan rangkaian perhubungan dengan meningkatkan hubungan kerjasama
dengan entiti lain.

12.

Coordination
Mengamalkan koordinasi dalam kerja berpasukan.

13.

Constructive Critisicm
Sentiasa memberikan kritikan yang membina terhadap suatu permasalahan atau
perkara.

14.

Correction
Membuat pembetulan dengan cepat dan mengamalkan sifar kesilapan dalam
setiap tugas yang dilaksanakan.

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


15.

Creativity
Sentiasa berfikiran secara kreatif dan kritis dalam memperbaiki penyampaian
perkhidmatan dan menghasilkan output yang berinovatif

OBJEKTIF STRATEGIK
Pelaksanaan PIO-JPKN adalah berasaskan kepada empat (4) objektif strategik yang telah
dikenalpas seperti berikut:Objektif
1

Membangunkan Modal Insan Berintegriti

Memantapkan Budaya Integriti

Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan

Memperkasakan Tadbir Urus dan Pengurusan Tatatertib

Objektif Strategik 1:
Membangunkan Modal Insan Berintergriti
Kecekapan dan keberkesanan modal insan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab
perlu diberi perhatian khusus kerana modal insan merupakan aset utama sesebuah
organisasi.
Selain itu, kepercayaan umum terhadap sesebuah organisasi itu juga
bertunjangkan kualiti yang unggul dan integriti yang dimiliki oleh warganya.
Aspek pengurusan sumber manusia adalah berkaitan dengan pemilihan dan pelantikan,
pembangunan kompetensi dan kerjaya, kebajikan, pengiktirafan dan pelan penggantian,
Pengurusan modal insan yang cekap bertujuan membentuk tenaga kerja berilmu, berfikiran
strategik, sentiasa relevan dengan perubahan persekitaran serta mempunyai nilai-nilai dan
etika yang tinggi. Objektif strategik ini akan dicapai melalui pelaksanaan strategi-strategi
berikut:
1. Memperkasa Program Pembangunan Sumber Manusia, Pembangunan Kerjaya dan
Pembangunan Kepimpinan;
2. Meningkatkan Program Pengiktirafan dan Penghargaan;
3. Mewujudkan Budaya Organisasi yang Berintegriti;
4. Meningkatkan Pengetahuan dan Kreativiti Sumber Manusia;
5. Mengukuhkan Hubungan di Kalangan Warga dan Pengurusan; dan
6. Menggalakkan Gaya Hidup Sihat.
Objektif Strategik 2:
Memantapkan Budaya Integriti
Kecemerlangan JPKN perlu berteraskan kepada pengamalan budaya integriti seluruh
warganya. Ini menuntut warga JPKN supaya bertindak berpandukan kepada Nilai Teras
Perkhidmatan Awam, Nilai-nilai Kembangan dan Nilai Bersama JPKN.
Bagi melicinkan proses pembudayaan ini, kefahaman dan penghayatan seluruh warga JPKN
terhadap nilai integriti perlu dipupuk dan dimantapkan. Objektif strategik ini akan dicapai
melalui pelaksanaan strategi-strategi berikut:
9

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


1.
2.
3.
4.
5.
6.

Meningkatkan Kesedaran Nilai-nilai Murni;


Meningkatkan Kefahaman dan Penghayatan Nilai-nilai Murni;
Meningkatkan Pengamalan Nilai-nilai Murni;
Membentuk dan Membangun Integriti Individu;
Meningkatkan Pemantauan dan Penilaian; dan
Meningkatkan Kesedaran Tanggungjawab Sosial.

Objektif Strategik 3:
Meningkatkan Sistem Penyampaian Perkhidmatan
Sistem penyampaian perkhidmatan yang cekap, cepat, berintegriti dan mesra pelanggan
hendaklah diberi keutamaan selaras dengan prinsip Rakyat Diutamakan. Setiap bahagian
di JPKN perlu memastikan perkhidmatan yang terbaik, dan mematuhi undang-undang dan
peraturan yang ditetapkan. Disamping itu, sistem dan prosedur kerja hendaklah dipastikan
kemas, terselaras dan cekap bagi menghalang berlakunua penyelewangan, salah guna kuasa
dan rasuah.
Objektif strategik ini akan dicapai melalui pelaksanaan strategi-strategi berikut:
1.
2.
3.
4.

Memperluas Penggunaan ICT Dalam Melaksanakan Tugas;


Memantapkan Sistem Pengurusan Pelanggan;
Memantapkan Pengurusan Pejabat; dan
Mewujudkan Persekitaran Kerja Yang Kondusif.

Objektif Strategik 4:
Memperkasa Tadbir Urus dan Pengurusan Tatatertib
Tadbir urus menyediakan asas kepada pengukuhan integriti dalam sesebuah organisasi
melalui pewujudan mekanisme perancangan, pelaksanaan dan pemantauan usaha-usaha
membudayakan nilai-nilai murni dan integriti. Tadbir urus adalah sistem yang telus,
bertanggungjawab, adil, mempunyai check and balance, peka serta mengambil kira
keperluan dan kehendak awam. Ia berasaskan empat (4) prinsip utama iaitu integriti,
akauntabiliti, pengawasan dan ketelusan. Ia diperkenalkan dengan matlamat ke arah
menyemai dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan sektor awam dalam
melaksanakan dasar yang telah dimandatkan di samping mengekalkan akauntabiliti dalam
sistem penyampaian. Antara ciri-ciri tadbir urus terbaik ialah keterlibatan, penguatkuasaan
undang-undang, ketelusan, muzakarah, kesaksamaan dan penglibatan, kecekapan dan
keberkesanan, kebertanggungjawaban dan kepekaan.
Pemantapan sistem pengurusan tatatertib pula akan melahirkan warga yang berdisiplin
serta melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab, amanah, jujur dan profesional.
Pengurusan tatatertib juga bertujuan memberi pengetahuan dan kesedaran mengenai aspekaspek yang perlu diutamakan dan dielakkan dalam usaha meningkatkan keyakinan
pelanggan dan stakeholder terhadap sesebuah organisasi. Dalam konteks ini, pematuhan
terhadap arahan serta peraturan dalam melaksanakan tugasan dengan penuh ketaatan dan
komitmen perlu disemai dalam diri setiap warga JPKN.
Objektif strategik ini akan dicapai melalui pelaksanaan strategi-strategi berikut:
1) Memperkasa Sistem Kawalan Dalaman;
2) Memantapkan Mekanisme Tadbir Urus;
3) Meningkatkan Tahap Disiplin; dan

10

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015


4) Meningkatkan Prestasi Pegawai Berprestasi Rendah

PELAKSANAAN DAN PEMANTAUAN


Bagi memastikan pelaksanaan program-program di bawah PIO-JPKN, satu jawatankuasa
yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pelaksana PIO-JPKN akan ditubuhkan bagi memantau
pelaksanaan dan mengkaji keberkesanan program/aktiviti yang dirancang dalam tempoh
masa yang ditetapkan.
Tempoh Pelaksanaan
Strategi-strategi yang ditetapkan dalam PIO-JPKN ini dirangka untuk tempoh 2013 hingga
2015 agar selari dengan Pelan Strategik JPKN 2010-2015. Selain itu, sasaran Pelan Integriti
Nasional (PIN) juga dijadikan panduan untuk merangka strategi dalam PIO-JPKN.
Jawatankuasa Pelaksana
Satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Pelaksana PIO-JPKN perlu ditubuhkan bagi
memastikan keberkesanan pelaksanaan PIO-JPKN. Keanggotaan jawatankuasa ini adalah
seperti berikut:
Pengerusi

Pengarah JPKN

Setiausaha Bersama

Ketua Bahagian BLP


Ketua Bahagian BPP

Ahli-ahli Tetap

Semua Ketua Bahagian

PENUTUP
Untuk mencapai kecemerlangan yang diharapkan oleh stakeholder, pelanggan dan rakyat,
organisasi perlu bertindak secara strategik. PIO-JPKN menyediakan rangka dasar, hala tuju
dan bidang fokus bagi melaksanakan program-program bagi meningkatkan integriti di
kalangan warga JPKN. Program-program ini akan dikaji semula dari semasa ke semasa
sejajar dengan perubahan persekitaran dan keperluan stakeholder serta pelanggan. Rangka
kerja dalam PIO-JPKN diharapkan dapat mewujudkan tadbir urus yang mantap, kukuh dan
berintegriti yang merupakan asas dalam transformasi JPKN secara menyeluruh.

11

Pelan Integriti Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri 2013-2015

PELAN TINDAKAN
Lampiran A

12

OBJEKTIF STRATEGIK 1 : MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERINTEGRITI


BIL
1.

STRATEGI
Memperkasa Program
Pembangunan Sumber
Manusia, Pembangunan
Kerjaya dan
Pembangunan
Kepimpinan

PROGRAM/AKTIVITI
Pelaksanaan Program Transformasi Diri
Dengan Berkesan

Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan


Strategik Sumber Manusia
Melaksanakan Training Needs Analysis
(TNA)
Pelaksanaan dan Pemantauan Pelan
Operasi Latihan (Tempoh Minima Latihan
7 Hari Setahun)

INDIKATOR

SASARAN

PELAKSANA

TEMPOH
PELAKSANAAN

2013-2015

Penyediaan Pelan Transformasi


Diri Oleh Setiap Pegawai

1 Pelan Setahun

BLP

Mesyuarat Pemantauan

Setiap 6 Bulan

BLP

2013 - 2015
2013-2015

Laporan TNA

1 Laporan Setahun

BLP
2013-2015

Jumlah Hari Mengikuti Latihan

Minimum 7 Hari Setahun/


Warga

BLP
2013-2015

Melaksanakan Pusingan Kerja Bagi


Jawatan-jawatan yang Sesuai dan
Mengikut Kepakaran Pegawai

Bilangan Penggiliran

Berterusan (Tempoh Maksima


1 Posisi - 4 Tahun)

Bilangan Mentor-Mentee &


Bilangan Aktiviti

2 Mentee Untuk 1 Mentor dan


Sesi Mentor - Mentee 2 Kali
Sebulan

BLP

2013-2015
Melaksanakan Program Mentor-Mentee
dan Coaching

BLP

2013-2015
Melaksanakan Pelan Penggantian Bagi
Jawatan-Jawatan Strategik
Melaksanakan Program Motivasi dan
Team Building

Bilangan Jawatan

Sekali Setahun

BLP

Bilangan Program

2 Kali Setahun

BLP

2013-2015

2013-2015
Program Pembangunan Pegawai
Berpotensi Tinggi dan Pelan Kerjaya di
JPKN (Attract, Groom & Retain)

Bilangan Pegawai

2 Kali Setahun

BLP

2013 2015
Program Inspirasi (Mentoring) Untuk
Pegawai Muda Baru

2.

Meningkatkan Program
Pengiktirafan dan
Penghargaan

Bilangan Program

Mengikut Keperluan (Setiap


Kali Pengambilan Baru)

BLP

2013-2015
Memperakukan Warga Organisasi Secara
Terancang Bagi Penerimaan Anugerah
Kebesaran
Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi
Anggota yang Lebih Berkesan, Adil,
Saksama dan Lebi Telus (Menyediakan
Kriteria yang Lebih Jelas Untuk Edaran
Seluruh Warga)

Perakuan

Setiap Hari Keputeraan Negeri

BPP

2013-2015
Kriteria

1 Kriteria

BPP

2013-2015
Melaksanakan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang

Bilangan Majlis
Penganugerahan

1 Majlis Penganugerahan

BPP

2013 2015
Memberikan Pengiktirafan Kepada Warga
yang Menunjukkan Pengamalan Nilainilai yang Tinggi

3.

Mewujudkan Budaya
Organisasi yang
Cemerlang

Mengikut Jenis Amalan Murni


yang Dilakukan

Setiap Bulan

BPP

2013-2015
Pengamalan Tagline Menjawab Panggilan
Telefon Yang Seragam

Keputusan Survey

80% Warga Menjawab


Panggilan Mengikut Tagline

BPK

2013-2015
Pemakaian Pakaian Korporat JPKN

Peratusan Pematuhan

100% Pematuhan

BPK

2013-2015
Penggunaan Slogan JPKN
Profesionalisme Teras Keunggulan

4.

Meningkatkan
Pengetahuan dan
Kreativiti Sumber
Manusia

Peratusan Pematuhan

100% Pematuhan

BPK

2013-2015
Mewujudkan Kumpulan Inovatif Kreatif
(KIK) Bagi Setiap Bahagian

Penubuhan Kumpulan

1 Kumpulan Bagi Setiap


Bahagian

JK Kreativiti
Inovasi
2013-2015

Program Library To You

Bilangan Program

Sekali Sebulan

Unit PSM

2013-2015
Program Membaca Buku

Bilangan Buku

4 Buku Sebulan

Unit PSM

2013-2015
Program Perkongsian Ilmu

5.

Mengukuhkan Hubungan
di Kalangan Warga dan
Pengurusan

Bilangan Program

2 Kali Setahun

BLP

2013-2015
Meningkatkan Peranan Majlis Bersama
Jabatan (MBJ)

Pematuhan Mesyuarat

4 Kali Setahun

BPP

2013-2015
Menjalankan Kajian Kepuasan Pekerja

Kajian Kepuasan

1 Kajian Setahun

BRN

2013-2015
Sesi Perjumpaan/Dialog Bersama Ketua
Pengarah Bagi Mengeratkan Hubungan
Pengurusan dan Warga

Kekerapan Dialog

Sekali Setahun

JKMBJ

2013-2015
Mengadakan Hari Keluarga

Bilangan Program

Sekali Setahun

Kelab
KESITER
2013-2015

Menganjurkan Aktiviti Sukan Antara


Warga/
Bahagian/Jabatan

Bilangan Program

Sekali Setahun

Kelab
KESITER
2013-2015

Mengadakan Program Untuk Membentuk


Semangat Kekitaan (esprit de corp)

6.

Menggalakkan Gaya
Hidup Sihat

Bilangan Program

2 Kali Setahun

Kelab
KESITER

2013-2015
Mengadakan Program Pemeriksaan
Kesihatan

Bilangan Program

Sekali Setahun

KESITER

2013-2015
Mengadakan Kempen Derma Darah

Bilangan Program

Sekali Setahun

KESITER

2013-2015
Mengadakan Program Pengurusan Emosi

Bilangan Program

Sekali Setahun

BLP

OBJEKTIF STRATEGIK 2 : MEMANTAPKAN BUDAYA INTEGRITI


BIL

STRATEGI

PROGRAM/AKTIVITI

INDIKATOR

SASARAN

PELAKSANA

TEMPOH
PELAKSANAAN

1.

Meningkatkan Kesedaran
Nilai-nilai Murni

Ceramah Nilai-nilai Murni

Bilangan Aktiviti

2 bulan sekali

BLP

2013-2015

Program Bicara Integriti Warga JPKN

Bilangan Aktiviti

3 Kali Setahun

BLP

2013-2015

Hebahan Berita-berita Integriti

Bilangan Aktiviti

Berterusan

BLP

2013-2015

Hebahan Mengenai Tingkahlakutingkahlaku Positif (Melalui Pemerhatian


dan Pengalaman yang dialami) yang Boleh
dicontohi Warga JPKN

Bilangan

Berterusan

BLP

2013-2015

Meningkatkan Penghayatan dan


Pengamalan Kod Etika JPKN Melalui
Hebahan Berterusan Yang Berkesan

Bilangan Aktiviti

1 Hebahan Sebulan

BTM

2013-2015

Mewajibkan Setiap Warga Menghadiri


Kursus/Latihan Mengenai Integriti, Nilainilai Murni

Kursus

Satu
Kursus/Latihan Setahun
Setiap Warga

BLP

2013-2015

Meningkatkan Sambutan Terhadap


Program-program JPKN Melalui Analisis
Kehadiran

Peratusan Kehadiran

100% Kehadiran Berdasarkan


Senarai Dari Setiap Bahagian

BLP

2013-2015

Mengadakan Sambutan Hari Integriti

Pelaksanaan Majlis Sambutan

Sekali Setahun

BLP

2013-2015

Mengadakan Program-program yang


Melibatkan Ahli Keluarga Warga Selaras
sengan Konsep Membina Integriti
Bermula Dari Rumah dan JPKN Extended
Family

Bilangan Program

2 Program Setahun

KESITER
DAN PERKIS

2013-2015

2.

Meningkatkan Kefahaman
dan Penghayatan Nilainilai Murni

3.

4.

Meningkatkan
Pengamalan Nilai-nilai
Murni

Membentuk dan
Membangun Integriti
Individu

Melantik Pegawai Integriti Bertauliah


(CelO)

Pelantikan

1 Pelantikan

BLP

2014

Menubuhkan Kumpulan Pemikir dalam


Bidang Integriti

Penubuhan Kumpulan

1 Kumpulan Pemikir Integriti

BLP

2014

Penguatkuasaan/
Pemantauan Pengamalan Nilai-nilai Murni
seperti Responsif da Menepati Masa

Kajian Keberkesanan (survey)

2 Kali Kajian/Setahun

BLP

2013-2015

Meningkatkan Aktiviti Pemantapan Nilainilai Murni (Contoh:Ceramah Agama,


Usrah, Solat Berjemaah, Tahlil, Bacaan
Yassin dan Lain-lain)

Bilangan Program

1 Aktiviti Sebulan

PERKIS
KESITER

2013-2015

Kempen Nilai-nilai Murni


(Contoh:Senyum, Ucapan Terima Kasih,
Ucapan Selamat & Santun 6)

Bilangan Aktiviti

3 Nilai Setahun

BPK

2013-2015

Menyediakan Manual Pembangunan


Integriti Individu

Manual

1 Manual

BLP

2014

Menyediakan Pelan Integriti Individu

Pelan

Setiap Warga

BLP

2014

Menyediakan Panduan Model Contoh


(Role Model) Berintegriti JPKN

Panduan Model Contoh

1 Manual Panduan

BLP

2014

Pembangunan Aplikasi Model


Contoh

Sistem Aplikasi

BLP

2014

Panduan Penilaian

1 Panduan

BLP

2014

Menyediakan Garis Panduan Penilaian


Kualiti Pegawai Cemerlang

Pemilihan Pegawai dan


Pelaksanaan

5.

Meningkatkan
Pemantauan dan
Penilaian

BLP

2014

Memilih dan Mengiktiraf Model Contoh


Berintegriti JPKN

Model Contoh

2 Model Contoh Setahun

2013-2015

Pengiktirafan kepada Anak-anak Warga


JPKN yang Mencapai Keputusan
Akademik/Akhlak Cemerlang

Bilangan Pengiktirafan

Sekali Setahun

2013-2015

Mengadakan Program Pengukuhan


Kecerdasan Emosi san Spiritual (ESQ)
Warga

Bilangan Program

1 Program Setahun

2013-2015

Program Bicara Inspirasi

Bilangan Program

2 Program Setahun

2013-2015

Program Pembangunan Pegawai Muda


Berintegriti

Bilangan Program

1 Program Setahun

2013-2015

Melaksanakan Audit Nilai Secara Berkala

Nilai Komposit

Setahu Sekali (Nilai Komposit


Lebih daripada 80%)

2013-2015

Melaksanakan Program Pengukuhan Bagi


Meningkatkan Aspek-aspek Audit Nilai
yang Kurang Memuaskan

Bilangan Program

4 Program Setahun

2013-2015

Kajian Keberkesanan Program-program


Integriti

Bilangan Kajian

1 Kajian Setahun

2013-2015

Audit Integriti/integrity, Testing

Bilangan Audit

2 Kali Setahun

2013-2015

Naziran Dalaman Bagi Aspek-aspek


Integriti

6.

Meningkatkan Kesedaran
Tanggungjawab Sosial

Bilangan Nasiran

2 Kali Setahun

Bilangan Program

4 Kali Setahun

KESITER

Menganjurkan Seminar Keibubapaan

Bilangan Program

2 Kali Setahun

KESITER

2013-2015

Mewujudkan Mekanisme Bagi Warga


Menyalurkan Derma seperti Wang,
Pakaian dan Bahan Makanan untuk
Diserahkan kepada Pihak yang
Memerlukan (Cth: Rumah Anak Yatim,
Rumah Kebajikan, dll)

Bilangan Program

Sekali Setahun

PERKIS
KESITER

2013-2015

Menganjurkan Program Bersama Badan


Kebajikan

Bilangan Program

Sekali Setahun

PERKIS
KESITER

2013-2015

Menganjurkan Lawatan ke Institusiinstitusi seperti Rumah Orang


Tua,Hospital, Rumah Anak Yatim, Pusat
Perlindungan dan lain-lain. Bagi
Menerapkan Nilai-nilai Berkasih Sayang,
Rendah Diri dan Bersyukur

2013-2015

2013-2015

OBJEKTIF STRATEGIK 3 : MENINGKATKAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN


BIL

1.

2.

STRATEGI

Memperluaskan
Penggunaan ICT Dalam
Melaksanakan Tugas

Memantapkan Sistem
Pengurusan Pelanggan

PROGRAM/AKTIVITI

Memantapkan
Pengurusan Pejabat

SASARAN

PELAKSANA

TEMPOH
PELAKSANAAN

Sistem MyMesyuarat

Peningkatan Penggunaan

80%

2013-2015

Sistem Pengurusan Rekod

Pematuhan Sistem

100%

2013-2015

Sistem Aduan

Tempoh Masa Penyelesaian

Dalam Tempoh 7 Hari

BPK

Sistem Maklum Balas Warga

Tempoh Masa Respon

Dalam Tempoh 1 Hari

BPK

2013-2015

Sistem/Peti Cadangan

Tempoh Masa Respon

Dalam Tempoh 1 Hari

BPK

2013-2015

Melaksanakan Kajian Kepuasan


Pelanggan Setiap Tahun

Pelaksanaan Kajian

Satu Kajian Setahun

BPK

2013-2015

Memantau dan Mengemaskini Mengikut


Keperluan

Pelaksanaan Semakan

2 Kali Setahun

BPK

2013-2015

Penghasilan Panduan/Risalah

Mencukupi Semua Urusan

BPK

Pemantauan Penilaian Kepuasan


Pelanggan Melalui Sistem e-Rating

Pelaksanaan Penilaian

1 Penilaian Setahun

BPK

Meningkatkan Kesedaran dan


Pemahaman Mengenai Peraturan dan
Prosedur Pejabat Melalui :
Knowledge Sharing
Ceramah

Bilangan Sesi Knowledge


Sharing/Ceramah

3 Kali Seminggu

BLP

Menyediakan Risalah Mengenai


Perkhidmatan yang Disediakan JPKN Bagi
Kemudahan Pelanggan Yang Berurusan
Di Kaunter

3.

INDIKATOR

2013-2015

2013-2015

2013-2015

2013-2015

4.

5.

Mewujudkan Persekitaran
Kerja yang Kondusif

Memperkasa Sistem
Kawalan Dalaman

Melaksanakan Mystery Shopping Bagi


Aspek-aspek Seperti Menjawab Panggilan
Telefon, Ketersediaan Untuk Membantu
dan Sebagainya

Laporan

2 Kali Sebulan

BLP

2013-2015

Melaksanakan Langkah-langkah
Mengurangkan Pembaziran Sumbersumber Pejabat

Peraturan Penjimatan

20%

BPP

2013-2015

Pelaksanaan Amalan 5S (Sisih, Susun,


Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) Secara
Berterusan

Markah Penilaian

100% Pematuhan

BPP

2013-2015

Menganjurkan Pertandingan Keceriaan


Pejabat

Bilangan Penyertaan

100% Pematuhan

BPP

2013-2015

Melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti


MS ISO 9001:2008

Pensijilan MS ISO 9001:2008

Pensijilan MS ISO 9001:2008


(2010)

JK Kualiti

2013-2015

ISMS MS ISO 27001 JPKN

Mendapatkan Pensijilan
MS ISO 27001

Pensijilan
MS ISO 27001

BKS

2013-2015

ICT Security Scorecard

Pematuhan kepada Dasar


Keselamatan ICT JPKN

Tahap Pematuhan 90%

BKS

2013-2015

Mesyuarat Pengurusan JPKN(MPM)

Pematuhan Pelaksanaan
Mesyuarat

Setiap Bulan

BPP

2013-2015

Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan


Akaun(JPKA)

Pematuhan Pelaksanaan
Mesyuarat

4 Kali Setahun

BPP

2013-2015

Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus


(JKTU)

Pematuhan Pelaksanaan
Mesyuarat

3 Kali Setahun

BPP

2013-2015

3.

4.

Meningkatkan Tahap
Disiplin

Meningkatkan Prestasi
Pegawai Berprestasi
Rendah

Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih


Kerajaan (JKPAK)

Pematuhan Pelaksanaan
Mesyuarat

4 Kali Setahun

BPP

2013-2015

Pasukan Petugas Khas Pembangunan


Kandungan Sektor Awam (PPK)

Pematuhan Pelaksanaan
Mesyuarat

12 Kali Setahun

BPS

2013-2015

Jawatankuasa Penyelarasan Kerajaan


Elektronik (EGCOM)

Pematuhan Pelaksanaan
Mesyuarat

4 Kali Setahun

BPS

2013-2015

Memantau Penyelesaian Kes-kes


Tatatertib Dalam Tempoh Yang
Ditetapkan

Jangkamasa Penyelesaian Kes

Kurang Dari 3 Bulan

BPP

2013-2015

Menyediakan Persekitaran yang Kondusif


untuk Sesi Kaunseling/
Pembimbing Rakan Sebaya

Kualiti Persekitaran

Bilik/Ruangan Khas

BLP

2013-2015

Memantau Untuk Memastikan Tindakan


Diambil Atas Sebarang Pelanggaran
Peraturan Pejabat

Bilangan Pemantauan

Setiap Bulan

BPP

2013-2015

Memantau Pelaksanaan Pengisytaharan


Harta

Laporan Pengisytiharan Harta

100% Isytiharkan Harta

BPP

2013-2015

Penerangan Mengenai Kesalahan


Tatatertib dan Jenayah

Bilangan Penerangan

2 Kali Setahun

BPP

2013-2015

Mengadakan Program-program Bagi


Mengutuk Amalan-amalan yang Tidak
Beretika dan Berintegriti (Naming and
Shaming)

Bilangan Penerangan

1 Kali Sebulan

BLP

2013-2015

Memberikan Khidmat Bimbingan


Kaunseling

Bilangan Sesi Kaunseling &


LNPT

Peningkatan Kualiti Kerja


Warga

BPP

2013-2015

Melaksanakan Pusingan Kerja atau


Penempatan Mengikut Kesesuaian

Laporan LNPT dan Analisis


MBTI

Peningkatan % Kepuasan
Bekerja

BLP

2013-2015

Melaksanakan Program Pemulihan


Seperti Program Motivasi, Team Building
dan Program-program Kerohanian

Bilangan Program & Penyertaan

100% Penglibatan Pihak


Berkenaan

BLP,
PERKIS,
KESITER

2013-2015

Anda mungkin juga menyukai