Anda di halaman 1dari 7

SUKAN DAN REKREASI

Semua pelajar perempuan

DEFINISI REKREASI

Aktiviti yang terancang yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang bukan untuk tujuan pertandingan tetapi untuk memperolehi keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan . Ford (1981), rekreasi merupakan program yang melibatkan penggunaan persekitaran yang semula jadi yang bertujuan untuk mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu, dan sikap.

Hammerman Etal (1985) pula mengatakan bahawa sukan rekreasi itu merupakan landasan untuk mengenal pasti pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Rekreasi terbahagi kepada 2 iaitu : i) Rekreasi dalam (in-door) contoh : badminton, squash, bowling ii) Rekreasi luar (out-door) contoh : abseiling, bola sepak,perkhemahan. Rekreasi itu merupakan aktiviti yang dirancang di masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda, dan merehatkan badan. Kesenggangan pula membawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam diri individu.

KONSEP REKREASI

Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang *memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakanrakan mereka. Fungsi, nilai dan impak rekreasi ke atas tingkah laku, ekonomi, sosiobudaya, politik, sekitaran dan kesihatan bangsa dan negara. ii) Ekspresi kreatif dan apresiasi estetika iii) Hubungan manusia yang demokratik

Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

Jenis Rekreasi
i) Rekreasi fizikal cth : berbasikal ii) Rekreasi sukan cth : bola sepak, bola jaring iii) Rekreasi sosial _ cth : sukan rakyat, sukaneka iv) Rekreasi mental/linguistik memanah, debat v) Rekreasi Terapeutik cth : i) Muzik J-robik, senamrobik ii) Gerak tari yoga, tai chi iii) Drama - teater, pantomi

Definisi Kesenggangan

Masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberikan kepuasan kepada seseorang individu.

Konsep kesenggangan

Mengikut Konsep kesenggangan Aristotle : i)Senggang sebagai keseronokan ii)Senggang sebagai kerja iii)Senggang sebagai aktiviti iv)Senggang sebagai pelengkap kesempurnaan kendiri v)Keseronokan dan kepuasan vi)Kesukarelaan

Anda mungkin juga menyukai