Anda di halaman 1dari 4

ISI KANDUNGAN

iii

ISI KANDUNGAN

PROFIL ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN PENGENALAN OBJEKTIF LAPORAN KEM BINA INSAN GURU (BIG) SEBELUM PROGRAM BIG SEMASA PROGRAM BIG o REFLEKSI AKTIVITI Refleksi Aktiviti Mendirikan Khemah Refleksi Aktiviti Senaman Pagi Refleksi Aktiviti Mempelajari Teknik Simpulan Tali Refleksi Aktiviti Jati Diri Refleksi Aktiviti Air (Water Confident dan Berkayak) Refleksi Aktiviti Darat: Jungle Trekking. Refleksi Aktiviti pada Majlis Malam kebudayaan o REFLEKSI KESELURUHAN LAMPIRAN o KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU o KANDUNGAN AKTIVITI JATI DIRI o GAMBAR-GAMBAR KENANGAN

iv

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

engan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibni Abdullah SAW, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih.

Alhamdulillah, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi kerana keizinan, rahmat dan hidayatNya membolehkan saya menamatkan program Bina Insan Guru Siri 8/2011 dengan jayanya. Saya merakamkan sepenuh penghargaan kepada En. Mohd Nadzri yang telah menjadi ketua kem komanden sepanjang program ini berlangsung. Banyak pengalaman dan teladan yang saya perolehi hasil pimpinan dan tunjuk ajar beliau menjadi ketua kem komanden bagi program BIG siri 8/2011 ini. Sekalung terima kasih turut ditujukan juga kepada ayahanda kumpulan Matematik Ambilan Januari 2011, En. Azmi bin Mat Safar kerana kesudian beliau menemani kami kumpulan matematik sepanjang berkampung di Kem Tok Sakah ini. Tidak ketinggalan ucapan penghargaan buat jurulatih air dan darat serta jurulatih aktiviti jati diri yang tekun memberi tunjuk ajar kepada peserta Program BIG Siri 8/2011dengan bersemangat dan berwibawa. Setinggi-tinggi apresiasi juga saya tujukan buat kedua ibu bapa saya yang tidak putus-putus memberi dorongan dan semangat kepada saya untuk menjalani program ini dengan hati yang kental dan sabar. Sesungguhnya tanpa dorongan mereka sudah pasti saya tidak dapat menyempurnakan program BIG ini dengan jayanya. Seterusnya, saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang melakukan aktiviti semasa program BIG ini. Tanpa bantuan mereka semua, saya pasti menghadapi kesukaran bagi melalui setiap aktiviti yang dijalankan. Sekalung ucapan penghargaan turut ditujukan kepada pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam Program BIG Siri 8/2011 ini. Sekian.

vi

Anda mungkin juga menyukai