Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN LAWATAN KE KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN SEREMBAN

ANJURAN: GERAK KERJA KEBUDAYAAN (KO-KURIKULUM) KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

Pengenalan
Program lawatan sambil belajar ke Kolej Pembantu Perubatan Seremban adalah merupakan salah satu aktiviti yang telah dirancang untuk melaksanakan aktiviti kokrikulum bagi sesi Januari 2011. Ahli - ahli Gerak Kerja Kebudayaan Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar sesi Januari 2011 diharapkan dapat memberi pendedahan dan pengalaman yang berguna kepada setiap peserta di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab apabila dilantik sebagai penjawat awam kelak. Bagi memastikan program yang dirancang berjalan lancar, Gerak Kerja Kebudayaan Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar telah membentuk satu organisasi yang diketuai oleh saudara Muhammad Azreen Bin Nor Azman. Organisasi ini telah dipantau oleh Encik Chiang Woo Han selaku penasihat dan pembimbing dalam pengurusan serta pembentukan program ini. Selain itu diharapkan program ini dapat menjadi satu program yang berjalan dengan baik dan lancar.

Objektif
Melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi melengkapkan jam wajib untuk Gerak Kerja Kebudayaan (GKK). Memupuk semangat kerjasama antara peserta. Mengeratkan hubungan diantara kedua-dua buah kolej. Memberi peluang kepada para pelatih kedua-dua buah kolej untuk berkongsi idea dan menjalinkan silaturrahim.

PENGENALAN PROGRAM
Program: Lawatan Sambil Belajar ke Kolej Pembantu Perubatan Seremban Anjuran: Gerak Kerja Kebudayaan Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar Penyertaan: Ahli Gerak Kerja Kebudayaan Kolej Pembantu Perubatan Alor Setar Program ini diadakan untuk mendekatkan pelatih, pengajar dan pengurusan aktiviti. Selain itu, dengan adanya program ini, diharap dapat melahirkan bakal Penolong Pegawai Perubatan yang berpengetahuan, berketrampilan serta berwibawa dan penyayang. KUMPULAN SASARAN Pelatih Diploma Pembantu Perubatan Anggaran peserta : 70 orang NAMA PROGRAM Program ini dinamakan LAWATAN MESRA. LOKASI DAN MASA PROGAM Lokasi : Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Negeri Sembilan Tarikh : 25 Februari 2011 - 26 Februari 2011 Hari : Jumaat dan Sabtu

CARTA ORGANISASI
PENAUNG PENYELARAS PROGRAM PENGERUSI NAIB PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI Ahli Jawatankuasa Tindakan : : TUAN HAJI ZAFRI BIN YUSOF : ENCIK CHIANG WOO HAN : IZHAN BIN MOHD SOFFIAN : SITI BALQIS BINTI MAHADI : MUHAMMAD AZREEN BIN NOR AZMAN : SUTHA A/P MURUGAYIAH AJK LAWATAN 1. Yogen A/L Velautham 2. Muhammad Zaihafiz bin Ishar 3. Muhammad Zairin bin Zainuddin AJK DIALOG 1. Nur Dayana bt Azman 2. Izhan bin Mohd Soffian AJK PENGANGKUTAN 1. Mohammad Faizry bin Mohamad Azharry 2. Nur Dayana bt Azman AJK PENGINAPAN 1. Muhammad Shamzuri bin Mohd Saidi Amri 2. Mohd Zahid bin Haji Md Sallehuddin AJK PERSEMBAHAN 1. Khalid bin Rosmiah 2. Siti Nur Azlina bt Abd Razak AJK SUKAN 1. Tengku Nazirul Kamal bin Tengku Kamarozaman 2. Wafaa Syazwani bt Md Nasir AJK SAJIAN 1. Muhammad Syakir Badri Adnan 2. Nurhafinaz Bt Mohamad Rosli

Penutup. Semoga perancangan dan pelaksanaan aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mencapai objektif. Kerjasama daripada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan projek ini amatlah dialukan dan diiringi dengan ucapan jutaan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai