Anda di halaman 1dari 20

Folio Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan

Nama:Amirah Adriana Bt Haris Nazri Kelas:5Seri Cahaya Tajuk:Gaya Hidup Sihat

Biodata Saya
Nama:Amirah Adriana Binti Haris Nazri Kelas:5 Seri Cahaya Sekolah:S.K Convent Green Lane Hobi:Bermain badminton Cita-cita:Peguam

Isi Kandungan
Unit 5-Gaya Hidup Sihat m/s A.Pemakanan Sihat 1-2
-Pentingnya makanan seimbang 3 -Gurindam cara hidup sihat 4 -Pilihan makanan sihat 5-6

B.Penyalahgunaan Bahan 7
-Hidup sihat tanpa alkohol 8 -Otak cerdas tanpa bahan hidu 9

-Keburukan merokok,mengambil alkohol & dadah,serta menghidu bahan tertentu 10-11 -Panduan mengelak daripada merokok, mengambil alkohol & dadah serta menghidu bahan-bahan tertentu 12-13

Pemakanan sihat
Kumpulan &jenis makanan -Makanan boleh dikelompokkan mengikut
kumpulan karbohidrat,protein,lemak, serta vitamin dan mineral. Kita perlu tahu jenis-jenis makanan dalam setiap kumpulan ini. Pengetahuan ini dapat membantu kita memilih dan seterusnya mengambil makanan seimbang. 1.Karbohidrat Bijirin-beras,gandum,oat,dan jagung. Hasil bijirin-roti,mi,dan bijirin sarapan. Ubi-ubian-kentang,keledek,dan keladi.

2.Protein Daging,ayam,ikan,dan kekacang. Susu dan hasil tenusu seperti keju dan dadih.

3.Lemak o Minyak. o Marjerin atau mentega. o Susu tinggi lemak dan santan.

4.Vitamin dan mineral Buah-buahan-betik,jambu batu,dan nanas. Sayur-sayuran-kangkung dan lobak merah.

Pentingnya makanan seimbang


-Makanan seimbang mengandungi karbohidrat, protein,lemak,serta vitamin dan mineral. Karbohidrat memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan akitiviti harian. Protein pula membekalkan nutrein supaya tubuh kita dapat membesar dengan sempurna. Lemak diperlukan sedikit sahaja untuk membekalkan haba kepada tubuh kita. Vitamin dan mineral juga diperlukan untuk memelihara fungsi tubuh dan melindungi kita daripada penyakit.

Gurindam cara hidup sihat


Membeli makanan hendaklah beratur, Pilihan selera bubur dan pengat; Makan mengikut waktu teratur, Hidup sihat sepanjang hayat.

Lemak ,gula,garam, dan minyak,

Bahan utama masakan kita; Jika dimakan terlalu banyak, Badan obes jantung derita.

Karbohidrat,protein,lemak,dan vitamin, Hidangan disaji setiap hari; Makanan seimbang kesihatan terjamin, Banyak penyakit dapat dihindari.

Budu,cencaluk,tempoyak,belacan, Rasanya masin berlebih-lebih; Aiskrim dan gula-gula cuba kurangkan, Badan gemuk dan cepat letih.

Pilihan makanan sihat

-Kita memerlukan makanan yang kaya dengan nutrien untuk membesar dengan baik, bertenaga, dan sentiasa sihat. Untuk memastikan kita mendapat semua nutrien tersebut setiap hari, kita hendaklah mengambil:

Sarapan: o 1 cawan bubur nasi kosong atau cawan bijirin sarapan atau 1 keping roti. o 1 biji pisang bersaiz sederhana atau 1 hiris betik, nanas atau tembikai. o 1 gelas susu atau minuman bersusu.

Sajian makan tengah hari: o 1 cawan nasi atau 1 cawan bihun atau 2 keping roti. o cawan sayur berdaun hijau atau cawan terung atau tomato. o 1 ketul paha ayam atau 1 ekor ikan kembung. o biji jambu batu atau 1 biji oren, pir, atau epal

o 2 ketul daging tanpa lemak. o 1 gelas air.

Sajian makan malam o o o o o o cawan nasi atau cawan mi/bihun cawan sayuran/buah barubi 1 biji pisang bersaiz sederhana 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala 2 keping tauhu 1 gelas air

Penyalahgunaan bahan
-Penyalahgunaan bahan bermaksud menggunakan bahan-bahan seperti dadah, alkohol, atau gam dengan tidak mengikut fungsi sebenarnya. Hidup bahagia tanpa dadah -Dadah wujud dalam bentuk pil, serbuk, dan bahan mentah. Jenis-jenis dadah adalah seperti kokain, candu, ganja, dan pil khayal. Penyalahgunaan dadah boleh mengubah cara berfikir, perasaan, dan perlakuan seseorang, serta mengakibatkan kematian. Oleh itu, kita perlu mengelakkan diri kita daripada dadah supaya hidup kita bahagia. Hidup sejahtera tanpa rokok -Rokok mengandungi pelbagai bahan toksik seperti nikotin, karbon monosikda, dan tar. Bahan ini menyebabkan perokok mendapat penyakit jantung, barah paru-paru, dan penyakit saluran

penafasan yang teruk. Asap rokok ini juga boleh menjejaskan kesihatan orang lain yang tidak merokok. Dengan kemudaratan-kemudaratan ini,kita patut mengelak daripada merokok agar hidup kita lebih sejahtera. Hidup sihat tanpa alkohol -Minuman beralkohol juga dikenali sebagai minuman keras atau arak. Contohnya ialah bir, wain, dan samsu. Minuman beralkohol boleh memabukkan dan menyebabkan peminum tidak dapat berfikir dengan waras dan mengawal perlakuan mereka. Kita tidak sepatutnya mengambil minuman ini kerana terdapat banyak minuman ini kerana terdapat banyak minuman lain yang lebih berkhasiat. Hidup kita tentu lebih sihat tanpa mengambil minuman beralkohol.

Otak cerdas tanpa bahan hidu -Gam, cat, minyak petrol, dan thinner ialah contoh beberapa bahan yang disalahgunakan sebagai bahan hidu. Ruapan daripada bahan ini boleh mengganggu fungsi system saraf dam merosakkan organ-organ tubuh. Kita hendaklah menjaga kesihatan dengan mengelak daripada menghidu bahan-bahan tersebut. Otak yang cerdas lahir daripada tubuh yang sihat dan cergas.

Keburukan merokok,mengambil alkohol & dadah,serta menghidu bahan tertentu


1.Perbuatan perokok membuang puntung rokok yang masih menyala boleh menyebabkan kebakaran.

2.Bahan kimia yang terkandung dalam rokok, alkohol, dadah,dan bahan yang dihidu boleh menjejaskan kesihatan.

3.Individu yang terlibat tidak dapat mengawal diri dan fikiran apabila mengalami ketagihan. Mereka sanggup menjatuhkan maruah diri dan memalukan masyarakat.

4.Kandungan rokok,alkohol, dadah dan bahan hidu boleh menyebabkan ketagihan jika diambil berulang kali. Ketagihan

ini akan menyebabkan penagih menghabiskan banyak wang untuk mendapatkan bahan-bahan ini.

5.Individu yang terlibat dalam penyalahgunaan bahanbahan ini sering menimbulkan masalh dan mengakibatkan keruntuhan keluarga.

Panduan mengelak daripada merokok, mengambil alkohol, dadah serta menghidu bahan tertentu
1.Libatkan diri kita dengan aktiviti berfaedah seperti memancing.

2.Elakkan diri kita daripada terpengaruh. Kita mesti berani menolak ajakan untuk mencuba atau mengambil bahan-bahan tersebut. Plih rakan yang bermoral

3.Amalkan meneliti kandungan sesuatu bahan. Baca labelnya sebelum kita membeli.

Penghargaan
Saya amat berterima kasih kepada ibubapa saya yang telah membantu saya untuk membuat folio ini.

Selain itu,saya juga ingin berterima kasih kepada guru saya kerana memberi ajaran dan panduan kepada saya.

Saya amat bersyukur kepada Illahi kerana saya dapat menyiapkan folio ini dengan sempurna.

Sekian,terima kasih

Tamat.

Anda mungkin juga menyukai