Anda di halaman 1dari 5

Senaman Kalistenik dan Regangan

Kearah Hidup Cergas Sepanjang Hayat Peningkatan umur serta kurang melakukan pergerakan boleh menyebabkan tubuh badan hilang daya kelonggaran dan kelembutan. Otot akan menjadi semakin tegang dan lemah. Namun begitu tubuh badan mempunyai keupayaan yang aneh untuk mengembalikan semula kelembutan dan kekuatan yang telah hilang. Melalui satu program kecergasan yang berterusan anda boleh mencapai hasrat ini. Anda digalakkan melakukan senaman kalistenik dan regangan sebagai satu pilihan senaman. Boleh dilakukan di mana-mana tanpa perbelanjaan tambahan. Panduan 1. Asas regangan adalah sama tanpa mengira umur dan tahap kelembutan. 2. Regangan yang sempurna bermakna anda tidak melakukannya melebihi tahap kemampuan sendiri. 3. Regangkan anggota badan anda tanpa paksaan. 4. Melonggarkan sendi dan otot-otot yang tegang memakan masa, tetapi ia boleh dicapai sedikit demi sedikit. 5. Sebarang keraguan hendaklah merujuk kepada doktor pakar anda sebelum memulakan senaman. 1 Berjalan setempat. Kaki terangkat dari lantai. Tangan lenggan cergas. Kesan: Meningkatkan peredaran darah keseluruh tubuh badan. Jogging di sekeliling dewan sambil meloggoarkan sendi bahu, lengan dan tengkok. Kesan: Menggalakkan peredaran darah, kelonggaran sendi dan otot. 2 Lari setempat. Angkat lutut dan hayun tangan. Kesan: Menggalakkan peredaran darah. Lompat selang seli kiri dan kanan. Hayun tangan dengan rancak. Kesan: Menggalakkan peredaran darah serta kelonggaran sendi dan otot. Berdiri setempat. Hayun tangan ke depan dan ke belakang sisi. Kesan: Kelonggaran dan kelembutan sendi dan otot tangan dan bahu.

Lompat anak setempat. sambil angkat kaki ke kiri dan ke kanan berselang seli. Kesan: Kelonggaran dan kelembutan sendi dan otot kaki.

Trunk twister. Meregangkan otot-otot bahu dan belakang. Kesan: Menguatkan otot-otot pinggang.

Duduk dan berdiri (5x) Berdiri tegak, bengkok lutut, tangan mencecah lantai dan bangun semula. Kesan: Menggalakkan peredaran darah Regang tengkuk. Buat separuh bulatan dengan kepala dari kiri ke atas, ke kanan ke bawah dan ke kiri. Buat tiga bulatan dan tukar arah. Kesan: Untuk kelembutan dan kelonggaran otot-otot dan sendi di tengkuk.

Regang tengkuk. 10 Tangan di bawah dagu menolak ke atas. Keduadua tangan di atas kepala menekan ke bawah. Ketiga tangan di kiri dagu menolak ke kanan. Akhir sekali tangan ke kanan dagu menolak ke kiri. Kesan: Kelembutan dan kelonggaran sendi tengkuk. Regang Selangka. Angkat bahu sehingga mencecah telinga. Turunkan bahu ke bawah. Bengkokkan siku, buat bulatan supaya sendi-sendi bergerak. Kesan: Sendi otot lingkungan selangka dikendurkan. 12

11

Regang bahu. Tangan dibengkokkan di depan dada. Tolak siku ke dalam dengan sebelah tangan lain berselang. Tangan capai tulang belakang. Tarik siku dengan tangan bebas. Tukar tangan. Kesan: Mengendurkan otot-otot bahu. Melonggarkan sendi Regang badan (2x). Angkat tangan kanan lurus. Lengan cecah telinga. Tarik tangan kanan ke kiri sambil bengkokkan badan. Tukar tangan dan ulang. Kesan: Mengendurkan otot-otot sisi kiri dan kanan.

13

Angkat tangan ke belakang 14 (3x). Cangkukkan jari-jari tangan di belakang. Angkat tangan perlahan-lahan setinggi yang boleh, kemudian turun dan ulang. Kesan: Mengendurkan otot-otot bahu depan.

15

Regangan depan. Merengangkan otot-otot paha bahagian belakang dan bahagian bawah. Kesan: Menguatkan otot-otot paha dan pinggang.

16

Kilas badan (2x). Berdiri dengan kaki terbuka. Kepala toleh ke kiri. Capai pelipat kaki kanan dengan tangan kiri. Tukar arah dan ulangi. Kesan: Meregangkan otot-otot sisi supaya kendur. Peluk lutut (2x). Berdiri atas sebelah kaki. Kedua belah tangan peluk lutut sebelah lagi dan tarik ke dada. Tukar dan ulangi. Kesan: Meregangkan otot-otot pinggang dan bahagian belakang paha.

17

Tekan badan ke bawah. Berdiri dengan kaki terbuka di dinding. Tangan letak ke dinding paras bahu. Tunduk ke depan dan bengkokkan di penggang seberapa rendah. Kesan: Menguatkan bahagian bahu, belakang dan betis.

18

19

Regang Peha (2x). 20 Berdiri tegak dengan sebelah tangan menyokong ke dinding. Tangan kiri mencapai hujung kaki kanan dari belakang. Tarik kaki ke atas dengan membawa lutut ke belakang. Tukar kaki dan ulangi. Kesan: Mengendurkan otot-otot di bahagian hadapan paha. Sandaran dinding. Kedua dua tangan ke dinding. Lunjurkan sebelah kaki ke belakang dan sebelah lagi di hadapan Kesan: Menguatkan otot-otot betis 22

Tolak dinding (2x). Menghadap dinding. Letakkan tangan ke dinding sama dengan paras bahu. Satu kaki ke depan, satu kaki ke belakang. Bengkok siku perlahan-lahan sambil membawa badan ke depan. Tukar kaki dan ulangi. Kesan: Mengendurkan otot-otot betis. 'Lunge' Meregangkan otot-otot betis. Kesan: Menguatkan otot gastrok dan hamstring

21

23

Regangan 'groin'. 24 Meregangkan otot-otot paha bahagian dalam dan belakang bahagian bawah.

Perut ke paha. Regangkan otototot paha bahagian belakang dan bahagian betis. Kesan: Menguatkan otot dibahagian peha Tolak bumbung (3x). Berdiri tegak. Tangan jalin jari di atas kepala. Tolak ke atas hingga sampai ke bumbung. Tahan selama 10 saat. Ulang sebanyak 3 kali. Kesan: Meregangkan otot-otot seluruh badan. Baring dan angkat punggung Meregangkan otot-otot punggung. Kesan: Menguatkan otot-otot spinal, abdomen dan glatius Regangan kucing. Meregangkan otot-otot perut. Kesan: Menguatkan otot-otot belakang dan abdomen

25

Bengkok lutut (3x). Berdiri tegak. Perlahan-lahan bengkokkan lutut hingga 2/3 dan bertahan selama 10 saat. Ulang 3 kali. Kesan: Mengendurkan otot-otot betis. Rehatkan diri. Berdiri selesa. Sambil tarik nafas, angkat tangan ke sisi dan ke atas. Hembuskan nafas perlahan-lahan habis-habisan. Kesan: Melegakan diri. Regangan 'lower back'. Meregangkan otot-otot pinggung dan belakang bahagian bawah. Kesan: Menguatkan otot-otot belakang dan pinggul . Regangan tunduk. Meregangkan otot-otot dada dan bahu. Kesan: Meregangkan otot belakang, bahu dan abdomen

26

27

28

29

30

31

32

Regangan 'gravlti'. Meregangkan otot-otot bahu, tulang rangka dan tepi belakang bahagian atas. Kesan: Menguatkan otot bahagian dada, lengan, bahu abdomen dan belakang

RUKUN KECERGASAN

FAEDAH REGANGAN

1. Anda perlu menjalani latihan (train), 1. Sendi-sendi bergerak dengan tetapi bukan secara paksaan. lancartanpa rintangan. 2. Memanaskan badan dan 2. Mengurangkan / mengelakkan menyejukkan badan secara penyakit "Muscular Skeletal". Ansurmaju 3. Mengelakkan kecederaan pada otot 3. Mengetahui kadar nadi sasaran dan tendon, ligamen. mengikutnya. 4. Mempercepatkan peredaran darah. 4. Sentiasa berada dalam keadaan 5. Melancarkan pergerakan maksima. aktif. Tidak perlu berlatih secara 6. Mempercepatkan proses giat setiap hari. Bersenam sekurangperkumuhan - supaya tidak merasa kurangnya 90 minit seminggu. kesakitan / ketegangan otot. 5. Menyeimbangkan program 7. Merehatkan otot-otot yang tegang senaman. hasil dari aktiviti yang dilakukan. 6. Bernafas secara "Rhythemic". 8. Mengelakkan pengumpulan darah di jangan menahan nafas. bahagi tertentu. 7. Relaks - berlatih kuat pada satu hari ringan pada hari berikutnya. 9. Mengekalkan kelembutan. 8. Memilih tempat dan suasana yang KELEMBUTAN sesuai dan selamaT untuk bersenam. 9. Makan makanan seimbang 3 kali Kebolehan badan manusia menggerakkan sehari. anggota-anggotanya dari semua sudut pergerakkan sendi yang munqkin. 10. Mengurangkan tekanan perasaan melalui rekreasi, membaca dan lain- Kelembutan ditentukan oleh beberapa lain. faktor :1. Dihadkan oleh rangka tulang badan serta sendi-sendi. 2. Ditentukan oleh saiz dan kekuatan otot. 3. Umur dan jantina. 4. Tahap penglibatan dalam sukan.
Sumber dari Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia

http://www.jpa.gov.my/english/senam2.asp

Anda mungkin juga menyukai