Anda di halaman 1dari 5

ARCHERY(VSPA2031)

NAMA

MOHD ZULFIKRI AZIZI BIN UMAR

NO. MATRIK

232624

NAMA
JURULATIH

KUMPULAN

MOHD SHUBANTHIRIO BIN MOHD


SUHAIMI
C

MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN SEBELUM MEMANAH


MEMANASKAN BADAN DAN REGANGAN
Kecergasan dalam aktiviti memanah terdiri dari tiga faktor utama. Kelembutan sendisendi badan dikawal oleh beberapa faktor seperti struktur tulang, otot, tendon dan ligamen.
Kesemuanya mengawal pergerakan sendi-sendi badan. Untuk meningkatkan kadar pergerakan,
latihan regangan berikut dicadangkan:
Latihan regangan
Berikut adalah latihan regangan, memanas serta menyejukkan badan. Latihan ini akan
mengelakkan kecederaan kepada otot, tendon dan sendi dan meningkatkan kelembutan. Semasa
melakukan latihan ini ,jangan tahan nafas anda kerana ia akan menjadikan anda pening. Semasa
melakukan latihan ini, otot anda akan memerlukan lebih oksigen, jadi kadar pernafasan anda
bertambah.
Pertama, melonggarkan lengan atas dan otot dada. Cantumkan jari dengan kedudukan
tapak atas kepala dengan keadaan jari terkunci antara satu sama lain. Regangkan ke atas dan
tahan selama 10 saat.Tangan keluar. Luruskan tangan anda.
Seterusnya, melonggarkan dada, bahu atas dan otot bawah lengan. Bengkokkan satu
tangan melepasi kepala dan turun ke belakang. Bengkokkan tangan yang lagi satu dari bawah ke
atas. Cuba pegang jari-jari anda dan tahan selama 10 saat. Biarkan keadaan belakang anda dalam
keadaan tegak semasa latihan ini.

Seterusnya melonggarkan bahu dan otot belakang. Kuncikan jari kedua-dua tangan
bersama-sama, keluarkan tangan ke hadapan dan pusing ke kiri dan kekanan pelahan-lahan
selama 10 saat. Jangan berpusing secara mengejut kerana ini akan merosakkan sendi-sendi
tulang belakang.
Seterusnya melonggarkan otot belakang dan bahu. Gunakan seutas getah, pegang keduadua hujungnya, angkat kedua-dua lengan ke paras bahu dan depangkan tangan. Biarkan bahu
pada kedudukan lurus, ke belakang dan ke depan dengan cara mengembang dan menguncup otot
belikat. Lakukan selama10 saat.
Seterusnya, melonggarkan otot bahu. Gunakan seutas getah, pegang kedua hujungnya,
angkat sebelah tangan melepasi kepala dan sebelah lagi separas dengan bahu.Tarik tangan
separas bahu ke bawah kemudian tukar hala. Ulang lebih kurang 6 kali.
Disamping itu, melonggarkan otot dada dan bahu. Gunakan seutas getah, pagang kedua
hujung ketika getah berada di bahagian belakang badan. Angkat kedua tangan separas bahu
kemudian hayunkan tangan ke depan untuk menegangkan getah. Tahan selama 10 saat dan ulang
sebanyak 6 kali.
Sebagai regangan terakhir iaitu Melonggarkan otot memanah Gunakan seutas getah. Ikat
kedua hujungnya untuk membentuk satu lingkaran, buat aksi seperti menarik tali panah. Tahan
selama 10 saat. Ulang sebanyak 6 kali. Ulang latihanmenggunakan tangan yang sebelah lagi.

Kesimpulan
Aktiviti pemanasan badan ini adalah sangat penting di dalam sukan. Ini adalah
keranaaktiviti inikan menyebabkan tubuh badan kita dapat bersedia dari segi mental dan
fizikalsebelum kita melakukan aktiviti yang lebih lasak. Pemanasan badan ini berperananuntuk
mengelakkan kita tercedera semasa melakukan regangan. Aktiviti pemanasanbadan adalah tidak
sama dengan aktiviti regangan. Pemanasan badan dilakukansebelum melakukan regangan.
Setelah kita melakukan regangan barulah kita bolehmelakukan aktiviti yang lebih lasak. Apa bila
kita mengikut turutan ini, badan kita akanlebih bersedia untuk melakukan aktiviti yang lasak.
Apabila kita melakukan aktivitipemanasan badan, suhu badan akan naik. Dengan erti kata lain,
aktiviti pemanasanbadan inni telah meningkatkan suhu badan dan suhu otot pada badan.

LAMPIRAN
PERTAMA

KEDUA

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

KEENAM

KETUJUH

Anda mungkin juga menyukai