Anda di halaman 1dari 1

Format abstrak utk buku program seminar, mesti kena ada :

1. Tajuk kajian ( semua huruf besar & BOLD) 2. Nama Pengkaji. (semua huruf besar x perlu BOLD) 3. Nama pensyarah penyelia. (semua huruf besar x perlu BOLD) 4. Kata kunci - 3 hingga5 kata kunci (Italic) 5. Format tulisan, Times New Roman, size 12.

***** Contoh seperti di bawah =)

KEBERKESANAN PENGGUNAAN MULTIMEDIA INTERAKTIF DALAM MENINGKATKAN MINAT MURID TAHUN 4 PINTAR SK BUKIT CEMPAKA MEMBACA SURAH AN-NAMLU AYAT 56 HINGGA 60 SECARA BERTAJWID

NURUL SYAHIRAH BINTI LOKMAN ADNAN BIN ABDULLAH

ABSTRAK Bacaan Al-Quran secara bertajwid amatlah ditekankan dalam pembacaan Al-Quran. Ianya termasuklah membetulkan sebutan mengikut tanda bacaan dan hukum tajwid dalam ayat. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan minat murid Tahun 4 Pintar SK Bukit Chempaka membaca Surah An-Namlu ayat 56 - 60 secara bertajwid. responden yang dipilih terdiri daripada 8 orang murid yang berada pada tahap lemah setelah ujian pra dijalankan bagi keseluruhan kelas. Data dikumpulkan melalui instrumen ujian pra dan pos serta melalui instrumen analisis dokumen (lembaran kerja) , soal selidik dan temubual. dapatan yang dijalankan menunjukkan barlaku peningkatan sebanyak 30% . semasa ujian pra, pencapaian keseluruhan adalah 40% manakala pencapaian ujian pos adalah sebanyak 70%. Secara kesimpulannya, penggunaan multimedia interaktif adalah berkesan dalam meningkatkan minat dan pengetahuan murid membaca Al-Quran dan mengenal hukum tajwid.

Kata kunci: Keberkesanan, Multimedia, Interaktif, Minat, Murid

Anda mungkin juga menyukai