Anda di halaman 1dari 9

PERANAN DAENG PARANI BERSAUDARA

Satu daripada keluarga Bugis yang terlibat dalam pemindahan ini ialah keluarga Daeng Rilaka dan 5 anak lelakinya. Anak - anak lelakinya ialah Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Chelak dan Daeng Kamasi. Daeng Rilaka, seorang putera raja, dan anak-anaknya meninggalkan Makasar selepas satu pertelingkahan di istana. Keturunan Daeng Menambun menjadi pemerintah di Pontianak, Matan dan Berau di Borneo. Daeng Kamasi berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Sambas.

Jasa-jasanya
Daeng Parani dan 2 saudaranya berjaya merampas kuasa politik di Johor. Pada tahun 1712 pemberontakaan berlaku di Johor. Raja kecil dari Siak ingin merampas takhta dan telah membuat komplot dengan Daeng Parani. Tetapi Raja Kecil berjaya menawan Johor tanpa bantuan Bugis. Pihak Bugis dipimpin oleh Daeng Parani merasa kecewa atas perbuatan Raja Kecil. Dia berkomplot dengan keluarga Bendahara untuk menghalau Raja kecil dari Johor.

Sambungan
Daeng Parani menggunakan kesempatan untuk menghalau Raja Kecil apabila tercetusnya perselisihan di antara Raja Kecil dan Bendahara mengenai adat perkahwinan. Raja Kecil telah mengecewakan Tengku Tengah anak perempuan tuan Bendahara dan mengahwini adiknya Kamariah.Dengan ini Raja Kecil telah melanggar adat melayu. Oleh itu Bendahara Abdul Jalil dan anaknya Tengku Tengah telah menghasut Daeng Parani menyerang Johor. Pada tahun 1720 Daeng Parani menyerang Johor tetapi gagal mengusir Raja Kecil.

Sambungan
Pada tahun 1722 Daeng Parani sekali lagi membuat serangan yang lebih berkesan dan dapat merampas kuasa dari Raja Kecil. Dengan ini bermulalah pengaruh Bugis di Johor. Raja Sulaiman,anakanda Bendahara Abdul Jalil,dilantik sebagai raja boneka yang daif dengan gelaran Sultan Sulaiman Badr AlAlam Shah(1722-60). Kuasa Johor jatuh ke tangan Bugis dengan perlantikan Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda. Daeng Parani mengahwini Tengku Tengah. Kesimpulannya, Daeng Parani yang membantu Bugis menetap di Johor.

KEJATUHAN KUASA BUGIS DI JOHOR


Daeng Kemboja dibantu oleh Raja Haji,putera Daeng Chelak. Menjelang tahun 1760, kuasa Bugis dipulihkan oleh Raja Haji. Dia meluaskan semula kuasa Bugis di Jambi dan Indragiri di Sumatera,Perak dan Kedah. Tahun 1777 Raja Haji menjadi Yamtuan Muda Johor. Dia berazam menghapuskan pengaruh perdagangan Belanda di Johor. Pada tahun 1782 Raja Haji bersengketa dengan Belanda atas harta rampasan dari sebuah kapal Inggeris yang ditawan oleh Belanda di kawasan Riau.

Sambungan
Keengganan Belanda untuk memberi sebahagian daripada harta rampasan itu menyebabkan peperangan di antara Bugis dan Belanda. Dalam bulan Januari 1784 Raja Haji mengepung dan menyerang Melaka. Satu pertempuran yang hebat berlaku dalam mana Raja Haji telah terbunuh. Orang-orang Bugis dihalau ke Riau. Pada bulan Oktober 1784 orang-orang Bugis diusir keluar dari Riau.

SALASILAH KETURUNAN RAJA-RAJA DI JOHOR


RAJA-RAJA EMPAYAR JOHOR, 1511-1699:KETURUNAN DIRAJA MELAKA Sultan Mahmud Shah(1511-28) Sultan Muzzafar Shah (Sultan Perak Pertama) Sultan Alauddin Riayat Shah(1528-64) Sultan Muzzafar Shah(1564-70) Sultan Jalla Abdul Riayat Shah(1570-97) Sultan Alauddin (1597-1612) Sultan Abdullah Maayat Shah (1623-77) Sultan Abdul Jalil Shah (1623-77) Sultan Ibrahim (91677-85) Sultan Mahmud (1677-99)

RAJA EMPAYAR JOHOR (1699-1855):KETURUNAN KELUARGA BENDAHARA. Bendahara Abdul Jalil(Sultan Abdul Jalil Shah IV) (1699-1717) Sultan Sulaiman Badr Al-Alam Shah (1722-1760) Sultan Abdul Jalil Muazzam V (1760-1761) Sultan Mahmud (1761-1813)

Sultan Hussein(Tengku Long) (1819-1824)

Sultan Abdul Rahman(berada di Riau) (1813-1841)

Sultan Mahmud( diturunkan dari takhta oleh Belanda) (1841-1857) Sultan Ali (1835-1877) Keturunan keluarga Bendahar berakhir dengan kemangkatan baginda kerana Temenggung dijadikan pemerintah Johor yang sah oleh British

KETURUNAN BUGIS 5 BERSAUDARA


Daeng Rilaka Daeng Parani Daeng Merewah (YTM Johor Pertama) 1722-28 Daeng Chelak Daeng Merimbun (YTM ke-2) 1728-45 Daeng Kemasi

Daeng Kemboja (YTM ke-3 Johor 1745-77) Raja Ali (YTM ke-5 1784-1805)

Raja Lumu (Sultan Salahuddin) Sultan Selangor Pertama

Raja Haji (YTM Johor ke-4 1777-84) Raja Jaffar (YTM ke-6)

Anda mungkin juga menyukai