Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA LATIHAN KEBAKARAN SK TAMAN SUTERA 2012 DENGAN KERJASAMA BALAI BOMBA LARKIN

Pendahuluan

Latihan kebakaran ialah proses dan tatacara penghuni (mangsa) menyelamatkan diri dalam keadaan sehelai sepinggang semasa berlaku peristiwa kebakaran. Latihan kebakaran ini sangat penting kerana ia melibatkan nyawa murid dan guru di sekolah. Latihan ini diadakan sebanyak sekali setahun bagi menyediakan kemahiran kepada murid dan juga guru dalam menghadapi bencana kebakaran. Selain itu, ia juga penting bagi proses mengajar murid dan guru berkaitan tatacara penggunaan alat pemadan api dengan betul serta efektif.

Tema

'Ke Arah Sekolah Selamat'

Rasional

3.1 Warga sekolah masih belum biasa dengan istilah latihan kebakaran

3.2 Pengalaman simulasi pengosongan bangunan di sekolah masih kurang

3.3 Murid kurang mengambil endah tentang pentingnya menghindari kebakaran

3.4 Kesedaran tentang risiko kebakaran di sekolah masih di tahap rendah

3.5 Pengetahuan warga sekolah tentang kegunaan alat pemadam api masih belum kukuh

Matlamat

4.1 Meningkatkan kepekaan warga sekolah terhadap elemen keselamatan

Objektif

5.1 Mangsa mematuhi tempoh maksimum tujuh minit untuk proses pengungsian bangunan

5.2 Mangsa mematuhi segala arahan Jawatankuasa Keselamatan sekolah

5.3 Mangsa menerima taklimat dan tatacara melawan kebakaran

Tarikh

6.1 Pada 5 Oktober 2012 (Jumaat), bermula pukul 10.00 pagi

Tempat

7.1 Bilik darjah

7.2 Padang sekolah

Bidang Program

8.1 Proses pengosongan bangunan

8.2 Demonstrasi penggunaan alat pemadam api

8.3 Taklimat Khas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


2

Penyertaan

9.1 Semua murid SK Taman Sutera, Johor Bahru

9.2 Semua guru dan kakitangan SK Taman Sutera, Johor Bahru

10

Pegawai Jemputan

10.1 Bahagian Latihan, Balai Bomba dan Penyelamat, Larkin

11

Perbelanjaan

11.1 Petrol: 5 liter 11.2 Diesel 5 liter 11.3 Cenderamata @ 3 11.4 Jamuan pegawai bomba 11.5 Pelbagai

RM 10 RM 10 RM 60 RM 20 RM 20

Jumlah

RM 120

12

Sumber Pendapatan

12.1 Kumpulan Wang HEM

RM 120

13

Ahli Jawatankuasa

13.1 Pegawai Insiden: 13.2 Timbalan Pegawai Insiden: : :

Guru Besar Penolong Kanan (HEM) Penolong Kanan (Pentadbiran) Penolong Kanan Kokurikulum

13.3 Penolong Pegawai Insiden: Guru Keselamatan : : : : 13.4 Penyelia Insiden : Pegawai Bantuan Kecemasan (Guru PBSM) Semua Guru P & P Semua Guru Kelas Pengawal Keselamatan Sekolah Penolong Kanan HEM

14

Penutup

Pelaksanaan latihan kebakaran di sekolah memerlukan kerjasama dan sokongan seluruh warga sekolah, khususnya murid. Ketertiban dalam pergerakan dari lokasi insiden ke tempat berhimpun dan pelaporan yang tepat menjadi kayu ukur kejayaan simulasi berkenaan. Pihak sekolah mengharapkan agar program latihan ini mencapai segala objektif sebgaimana yang telah digariskan.

Disediakan oleh:

Disahkan Oleh:

__________________________ Muhammad Safari Bin Abdullah Guru Keselamatan b.p. Penolong Kanan HEM

__________________________ Teng Chai Heng GPK HEM SK Taman Sutera

Anda mungkin juga menyukai