Anda di halaman 1dari 3

Nama : Mohd Haikal Bin Aminuddin ( 911119-09-5025 ) Unit : BM/ PJ/ PSK (A) Tajuk Penulisan Artikel: Main

Peranan Memantapkan Pengajaran Guru Pendidikan Jasmani

Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) (1993) dan yang terbaru Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (2011) memperlihatkan kepada kita kesungguhan kerajaan dalam memperkembangkan potensi anak bangsa Malaysia untuk menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetansi serta penerapan nilai murni dalam kalangan murid. Pengaplikasian teknik main peranan oleh guru dilihat mampu memberi kesan yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Ini dapat dibuktikan apabila main peranan memerlukan murid berfikir secara spontan secepat mungkin bagi menghadapi masalah yang ditimbulkan oleh guru. Murid akan memperolehi pengalaman baru setelah berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Inilah matlamat teknik main peranan dalam proses pengajaran. Pengamalan main peranan dalam kelas haruslah bersesuaian kerana teknik ini dipengaruhi oleh umur, kemampuan fizikal, kecerdasan dan minat murid. Main peranan merupakan salah satu teknik yang selaras dengan domain pendidikan jasmani iaitu domain kognitif, psikomotor dan afektif. Buktinya, keupayaan murid berfikir dan menzahirkan perlakuan tersebut telah melibatkan domain kognitif dan psikomotor. Bagi domain afektif, main peranan memberi peluang kepada murid untuk lebih yakin dan prihatin dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Dalam melaksanakan main peranan dalam pendidikan jasmani, guru boleh menyediakan dua kon kecil yang mempunyai ruang di tengahnya. Ruang ini berfungsi sebagai gol dan diletakkan 25 meter dari jarak murid. Murid perlu menjaringkan gol tiga kali berturut-turut. Secara tidak langsung, murid akan berfikir cara yang konsisten untuk menjaringkan gol. Perbincangan dengan rakan sekelas memupuk kemahiran komunikasi dalam kalangan murid. Oleh itu, terbuktilah bahawa main peranan berjaya mencapai matlamat domain pendidikan jasmani.

Kesimpulannya, main peranan juga mampu merealisasikan tiga tunjang kandungan huraian sukatan pelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Kejayaan melibatkan tiga tunjang ini dipengaruhi oleh beberapa aspek antaranya ialah keberkesanan teknik yang digunakan. Ternyata teknik main peranan mampu mengubah personaliti murid dalam bergiat aktif dalam aktiviti yang telah dirancang. (322 patah perkataan)

Senarai rujukan : Amran Lee Abdullah. (2007). Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan Perancangan Kerja Tahunan Pendidikan Jasmani dan Penyediaan Pengajaran Harian. Petaling Jaya : Sutrapadu (M) Sdn. Bhd. Amran Lee Abdullah. (2007). Siri Pendidikan Jasmani dan Sukan Sukaneka / Sukan Ragam dan Permainan Kecil. Petaling Jaya : Sutrapadu (M) Sdn. Bhd. Helen Ten Hong Beng. (1992). Pengajaran Pendidikan Jasmani Awal Kanak-Kanak Belajar Melalui Pergerakan. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Teng Boon Tong. (2001). Pendidikan Jasmani Dan Pendidikan Kesihatan. Petaling Jaya : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe. (2009). Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam : Karisma Publications Sdn. Bhd. Wee Eng Hoe. (1995). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Edisi Kedua. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Yusoff Ismail. (1992). Strategi Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSM. Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://www.kssronline.com/p/teaching-aids-resources.html (1 Ogos 2012) http://www.staripoh.com/muat_turun/Bahan%20PPK/hsp/hsp_pjasmani.html (1 Ogos 2012)

Anda mungkin juga menyukai