Anda di halaman 1dari 5

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TOPIK 6

Teori Pembelajaran Ausubel

Sinopsis Topik ini memperkenalkan Teori Pembelajaran Ausubel. Anda akan belajar tentang pembelajaran deduktif dan ekspositori. Anda juga akan diperkenalkan konsep pembelajaran verbal dengan menggunakan penyusunan awal (advance organizers) . serta implikasi teori ini dalam mengajar sains sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran Menerangkan Teori Pembelajaran Ausubel . Membezakan pembelajaran deduktif dan ekspositori. Penggunaan Penyusunan Awal dalam pengajaran sains sekolah rendah.

Kerangka Tajuk-tajuk (Peta konsep)

Teori Pembelanjaran Ausubel

Pembelajaran deduktif/ ekspositori

Pembelajaran verbal dengan penyusunan awal

Implikasi Teori dalam pengajaran sains sekolah rendah

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

6.1

Teori Pembelajaran Ausubel David Ausubel adalah seorang ahli psikologi pendidikan. Teori

pembelajaran Ausubel merupakan salah satu teori pembelajaran yang menjadi dasar dalam pembelajaran koperatif. Menurut Ausubel bahan subjek yang dipelajari kanak-kanak mestilah bermakna (meaningfull). Pembelajaran bermakna merupakan suatu proses mengaitkan informasi baru pada konsep-konsep relevan yang terdapat dalam struktur kognitif seseorang. Struktur kognitif ialah fakta-fakta, konsep-konsep, dan generalisasi-generalisasi yang telah dipelajari sebelumnya.

Pembelajaran bermakna juga adalah satu proses pembelajaran yang mana informasi baru dihubungkan dengan struktur pengertian yang sudah dimiliki seseorang kanak-kanak yang sedang melalui proses pembelajaran.

Pembelajaran bermakna terjadi apabila seorang kanak-kanak dapat mengaitkan fenomena baru ke dalam struktur pengetahuan mereka. Ini bererti bahan subjek itu mestilah sesuai dan relevan dengan struktur kognitif yang dimilikinya.

Selanjutnya Ausubel mengatakan bahwa ada dua jenis pembelajaran, iaitu pembelajaran bermakna (meaningful learning) dan pembelajaran menghafal (rote learning). Bahan pelajaran yang dipelajari haruslah bermakna. Pembelajaran menghafal adalah tidak bermakna kerana kanak-kanak memperoleh pengetahuan baru tanpa mengaitkannya dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif mereka. Seseorang kanak-kanak seharusnya belajar dengan menoganisasikan fenomena, pengalaman dan fakta-fakta baru ke dalam skemata yang telah dipelajari. Ausubel juga mendakwa bahawa faktor paling penting yang mempengaruhi pembelajaran adalah apa yang kanak-kanak telah mengetahui. Oleh itu,

mengenalpasti pengetahuan sedia ada kanak-kanak adalah satu tugas yang penting sebelum guru memulakan sesuatu pengajaran.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

6.2

Pembelajaran Verbal dengan Penyusunan Awal Penyusunan Awal (Advance Organizers) telah diperkenalkan oleh Ausubel

untuk menyesuaikan skema kanak-kanak dengan bahan pembelajaran, supaya pembelajaran optima berlaku. Salah satu strategi untuk memastikan wujudnya kesesuaian tersebut ialah memulakan pembelajaran berpandukan kepada penyusunan awal. Ia merupakan struktur yang menerangkan hubungan antara konsep-konsep yang hendak disampaikan pada hari tersebut.

Fungsi penyusunan awal ialah untuk menjelaskan kepada kanak-kanak tentang perkara-perkara yang perlu difahami bagi sesuatu tajuk pelajaran. Penyusunan awal juga boleh menghubungkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari. Jadi terdapat tiga tujuan penggunaan penyusunan awal, iaitu memberi gambaran tentang apa yang penting dalam pelajaran, menjelaskan hubungan antara konsep yang akan dihuraikan dan menggerakkan minda pelajar untuk ingat semula konsep berkaitan yang telah dipelajari.

Ausubel

mementingkan

penyusunan

konsep

dalam

satu

bentuk

pengetahuan yang disusun secara hirarki iaitu dari konsep yang umum ke spesifik. Konsep tersebut adalah tersusun dan dikaitkan secara bermakna. Idea yang umum dalam subjek itu sepatutnya dipersembahkan dahulu dan dijelaskan secara terperinci dari segi butirannya.

Ausubel juga mengemukakan pembelajaran verbal (lisan) bermakna (meaningful verbal learning), termasuk pentingnya maklumat lisan, idea dan hubungan antara idea yang dikenali sebagai Konsep Penyusunan Awal. Bagaimanapun, hafalan (rote memorization) tidak dianggap sebagai pembelajaran bermakna.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

6.3

Pembelajaran Ekspositori/ Deduktif David Ausubel mengemukakan teori pembelajaran yang menyatakan

bahawa manusia memperoleh ilmu kebanyakannya dalam bentuk pembelajaran resepsi dan bukan pembelajaran penemuan. Model pembelajaran ini kadang-

kadang dikenali sebagai Model Pembelajaran Ekspositori atau deduktif.

Teori

pembelajaran

ekspositori

yang

dikemukakan

oleh

Ausubel

menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta yang tersusun dan dijelaskan mengikut urutan serta dengan fakta yang lengkap. Ausubel menegaskan pembelajaran sepatutnya berkembang dalam bentuk deduktif daripada umum kepada spesifik atau daripada prinsip kepada contoh. Tugas guru ialah menyusun konsep dan prinsip untuk dipersembahkan kepada pelajar.

6.4

Implikasi Teori Ausubel untuk mengajar sains sekolah rendah Teori pembelajaran dan pengajaran Ausubel boleh digunakan dalam

pengajaran sains sekolah rendah dengan memberikan perhatian kepada dua perkara berikut:

Ausubel mencadangkan supaya guru menggunakan pembelajaran deduktif atau pengajaran ekspositori kerana guru dapat menyampaikan maklumat yang lengkap dalam susunan yang teratur supaya kanak-kanak dapat memahami keseluruhan konsep.

Menggunakan penyusunan awal dalam pengajaran untuk menggalakkan kanak-kanak mengingati semula konsep yang telah dipelajari dan

mengaitkannya dengan konsep baru yang akan dipelajari serta mengingatkan mereka tentang perkara-perkara penting dalam sesuatu tajuk pelajaran.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Soalan tutorial

1. Terangkan macamana anda dapat mengaplikasikan teori Ausubel untuk mengajar satu tajuk sains sekolah rendah. 2. Bandingkan kelebihan dan kelemahan Teori Ausubel dan Teori Bruner dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

Rujukan: Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th Edition).Washington: Wadsworth Publishing Company.

http://scied.gsu.edu/Hassard/mos/2.10.html (Ausubel Meaningful Learning Model)

http://wik.ed.uiuc.edu/index.php/Advance_organizers (Advance organisers)

http://www.hsc.csu.edu.au/pro_dev/teaching_online/how_we_learn/cognitive.html (Cognitive Learning Theories)

Anda mungkin juga menyukai