Anda di halaman 1dari 8

KOMUNIKASI INTRAPERSONAL

Komunikasi intrapersonal bermakna bagaimana seseorang itu melihat dan memberi maklumbalas terhadap diri sendiri. Ia melibatkan proses internal seseorang seperti kognitif, perasaan dan emosi. Ia juga dikenali sebagai self-talk.

Apa yang kita cakap sama ada positif atau negatif, walaupun tidak didengari oleh orang lain ianya penting dan boleh mempengaruhi pemikiran, perasan, dan tindakan kita.

Proses Komunikasi Intrapersonal


Individu akan memainkan dua peranan a) sebagai pengirim dan b) penerima mesej dalam proses komunikasi intrapersonal Bermakna individu akan menghantar mesej kepada dirinya sendiri untuk diinterpretasikan maknanya.

Proses Komunikasi Interpersonal


PENGIRIM SALURAN
Otak Hati Deria Nilai yg ada dlm diri.

PENERIMA

Menangis Gelak Senyum Menjerit Dsb

MAKLUM BALAS

Faktor2 Yg Mpengaruhi Komunikasi Intrapersonal.

EMOSI

Emosi merupakan elemen perasaan/mood seseorang / 2 jenis,iaitu emosi positif dan emosi negatif, emosi ini dapat mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku seseorang. emosi yang positif seperti gembira, tenang, berpuas hati, senang hati dan lain-lain dapat meningkatkan prestasi kita, sama ada dalam pekerjaan ataupun pelajaran.. emosi yang negatif, iaitu sedih, geram, takut dan marah, kita sudah dapat jangka bahawa seseorang itu akan menunjukkan prestasi yang kurang baik dalam pekerjaan ataupun pelajaran.

Perasaan ini muncul berdasarkan aktiviti-aktiviti yang berlaku di sekeliling kita. Apabila perasaan kita diaktifkan, otak akan mentafsirkan apa yang berlaku sama ada secara rasional atau tidak rasional

Proses Berlakunya Emosi

Kita boleh mengawal emosi dengan mengenal pasti emosi yang biasa dialami dan mengubah cara memanifestasikannya mengikut cara yang sihat.