Anda di halaman 1dari 3

Sumber Arus Ulang Alik (A.

U)
2.0 SUMBER ARUS ULANG ALIK (A.U)

Salah satu sumber bagi arus ulang alik ialah penjana (generator) yang merupakan sebuah mesin yang menggunakan prinsip aruhan elektromagnet dimana ia menukarkan tenaga mekanik kepada tenaga elektrik. Penjana AU terdiri daripada gegelung dawai pengalir yang berputar di dalam medan magnet. Pengalir dalam penjana AU berputar melalui 360 untuk menghasilkan 1 kitar gelombang sinus yang lengkap. Terdapat 2 cara untuk menjana voltan ulang alik (a.u) iaitu ; i) ii) Pengalir bergerak, fluks medan magnet pegun (diam). (Pengalir memotong fluks) Fluks medan magnet bergerak, pengalir pegun (diam). (Fluks memotong pengalir)

Dalam sebuah penjana asas iaitu dengan andaian pengalir tunggal, pengalir itu dinamakan angkir (armature). Hujung angkir gelung ini disambung ke gelang gelincir (slip rings). Gelang gelincir ini ditebat di antara satu sama lain dan dari shaft di mana ia dipangsikan (mounted). Berus-berus karbon disambung ke gelang pelincir untuk membolehkannya menyambung pengalir (angkir) bergerak ke litar luar (terminal keluaran). Angkir mestilah dipacu dengan daya mekanikal. Oleh itu, penjana dikatakan mesin yang menukar tenaga mekanik ke tenaga elektrik. Penukaran tenaga tersebut berdasarkan kepada penghasilan daya gerak elektrik(d.g.e) iaitu apabila terdapatnya pemotongan fluks oleh pengalir (angkir) sebagimana dinyatakan oleh Hukum Faraday bagi aruhan elektromagnet ; d.g.e teraruh , e = -N dq/dt

Jika satu litar luar (beban) disambung ke pangalir tunggal itu melalui gealng gelincir, daya gerak elektrik (d.g.e) ulang alik akan terjana kerana ia sentiasa bertukar arah bergantung kepada pergerakan pengalir (atas dan bawah). Maka arus ulangalik akan mengalir melalui beban tadi. Arah aliran arus dan kekutuban d.g.e bergantung kepada arah medan magnet, juga arah putaran (gerakan) pengalir tersebut. Ia boleh ditentukan dengan menggunakan Aturan Tangan Kanan Fleming. 1.1 Penjanaan AU Sumber arus ulang alik yang utama ialah penjana AU. Penjana AU terdiri daripada gelung dawai pengalir yang diputarkan di dalam medan magnet. Aruhan elektromagnet berlaku apabila pengalir bergerak dalam medan magnet di mana fluks magnet dipotong oleh pengalir.

Dalam Rajah 1(a) dan Rajah 1 (b), pada pertengahan pertama pusingan, arus mengalir dari B ke A dan keluar melalui X ke Y, kemudian masuk semula melalui D ke C.Pada pertengahan kedua pusingan, arus mengalir dari C ke D dan keluar melalui Y ke X dan kemudian masuk semula melalui A ke B. Kesimpulannya, dalam pengalir ABCD, arus berubah-ubah haluan pada setiap setengah pusingan, begitu juga dengan litar luar (R ).

Rajah 1.3 menunjukkan magnitud dan arah d.g.e teraruh yang dihasilkan oleh penjana AU bergantung kepada kedudukan sudut putaran gegelung pengalir. Andaikan pengalir berpusing pada kelajuan yang sama. Apabila pengalir pada kedudukan 0, ia akan berada selari dengan medan magnet.Oleh kerana daya gerak elektrik (d.g.e) hanya dijana apabila pengalir memotong garisan fluks magnet, maka tiada d.g.e yang terjana pada kedudukan 0.Apabila pengalir sampai pada kedudukan 1, ia akan memotong fluks magnet secara serong dan d.g.e akan terjana sedikit. D.g.e yang terjana akan terus meningkat pada kedudukan seterusnya sehinggalah pada

kedudukan 3. Pada kedudukan ini, pengalir akan memotong fluks pada sudut tepat dan d.g.e akan menjadi maksimum seketika. Seterusnya, d.g.e yang teraruh akan mula mengurang sehinggalah menjadi sifar pada kedudukan 6. Keadaan perubahan yang sama akan berlaku apabila pengalir berpusing pada satu lagi setengah pusingan. Pada kedudukan 7, 8, 9, 10, 11 pengalir akan memotong uratdaya dalam arah terbalik, oleh yang demikian d.g.e. akan berbalik walaupun mempunyai nilai yang sama. Apabila sampai pada kedudukan 12, d.g.e. yang teraruh akan kembali menjadi sifar seperti kedudukan 6. Dari sini pusingan akan bermula sekali lagi seperti yang berlaku sebelumnya, bermula dari kedudukan 1 kembali.

Anda mungkin juga menyukai